Isnin, Januari 16, 2012

Usaha Tangga Kejayaan Part 2


Masa aku kerja kat kampeni biodiesel dulu banyak yang aku belajar lain daripada apa yang pernah aku buat selama ni di hotel! Aku banyak deal dengan press. Newspaper lah, magazine lah, tv lah...masa projek tu nak dijalankan di Trong, Perak, boleh dikatakan selang 2-3 hari aku kena ke sana. Masa tu aku pakai kancil. Oh makkkk aiii...macam nak patah pinggang aku bawak pi-balik...pi-balik...sat-sat pi jumpa MB kat Ipoh. Pergh.....jumpa orang besar wooo......

Ada sekali tu boss aku nak launch product program dia, jadi aku mula berhubung dengan MB dengan lebih kerap. Dari sorang yang tak tahu apa, sekarang aku dah tahu macamana nak buat appointment dan segala macam. Baru aku kenal "press secretary" etc. Banyak sungguh aku belajar. Ni cerita budak yang tak pass sekolah ni! Ni cerita budak yang selalu lari sekolah!! Hahahahahah.....Ada sekali kami nak join morning show kat TV1. Aku pun pi lah tebalkan muka jumpa depa kat stesyen TV kerajaan. Makk aaiii...puinyalah tinggi kat atas bukit....nasib baik motor besar aku pick up bagus....brehh..brehh..brehh...sampai jugak aku kat atas dan setkan plan aku untuk masuk TV1. Lepas pi-balik...pi-balik....boss aku keluar jugak TV. Walaupun aku tak keluar, aku berbangga jugak sebab apa yang aku buat berhasil. Aku rasa puas!


Setelah agak beberapa musim aku berkelana dan kerja tak tentu hala dengan biodiesel kampeni tu, aku sekali lagi diberikan tawaran untuk berjalan jauh. Sekali ni bukan berjalan-jalan kat tasik titiwangsa tapi jalan kat negara arab pulak. Makanya bermulalah sejarah paling besar untuk aku. Penghijrahan yang teramat besar ini aku iringi dengan doa kesyukuran. Adik-adik....ini merupakan kisah sorang budak yang tak pass periksa ni.....3 tahun aku disana, lebih banyak yang aku pelajari dan lebih kecil aku rasa diri ini. Sepertimana selalu, kisah sedeyy aku ni aku harap dapat dijadikan panduan untuk adik-adik semua. Macam yang selalu Uncle dok cerita, tak semua yang pi universiti tu akan berjaya.....dan tak semua yang gagal periksa tu akan terus gagal.....pokok pangkalnya terletak pada kemahuan adik-adik sendiri. Mahu atau tidak? Bangsa lain dah berjaya....kenapa kita tidak? Tapi adik-adik, setiap kejayaan itu tidak akan datang dengan bergolek. Kalau dia tergolek pun itu pasal adik-adik mungkin "inherit" dari sapa-sapa...Kalau nak harapkan dia mai sendiri, sampai kesudah tak akan dapat. Jadi moral of the story is, adik-adik kenalah berusaha sekuat-kuatnya....jangan adik-adik pi doa dulu sebelum usaha......adik-adik kena usaha dulu barulah diikuti dengan doa!

Selalu Uncle berpesan, kalau dok berkumpul ramai-ramai, janganlah dok asyik bercerita tentang keburukan kawan-kawan, rakan-rakan kerja, bos adik-adik, pasangan adik-adik dan adik-beradik adik-adik....perkara-perkara yang negative seperti ini semua haruslah dibuang jauh-jauh. Kita kena sentiasa positive. Kita kena sentiasa bersemangat. Kita kena sentiasa "switched-on". Yang kita dok bercerita perkara buruk orang tu, kita ni baik sangat ka? Jadi adik-adik pikirlah sendiri.....don't waste your time.


Aku pernah berkata pada diri sendiri yakni berjanji pada diri sendiri bahawasanya, position terakhir aku di hotel ialah General Manager ataupun dalam bahasa melayunya ialah Pengurus Besar. Position itu akan aku capai tatkala umur aku menginjak ke angka 45. Alhamdulillah berkat kerja keras dan tak pernah berputus asa, position tersebut aku capai ketika aku berumur 42 tahun yakni 3 tahun kurang daripada perancangan awal aku. Aku juga pernah berkata yang apabila aku mendapat apa yang aku idam-idamkan, aku akan berhenti kerja. Kini semuanya telah terlaksana. Sekarang aku mengorak langkah yang lebih panjang. Aku ingin mengembangkan syarikat ini ke peringkat yang lebih tinggi. Perancangan akan tinggal perancangan jika disiplin dan hala tuju aku tidak mantap. Aku bersyukur mempunyai mentor yang tersangatlah memahami dan menghargai kreativiti atau kerja-kerja aku. Aku bersyukur mempunyai rakan sekerja aku Robbie yang sentiasa memberikan kerjasama terbaik. Aku bersyukur kerana mempunyai isteri dan anak-anak yang memahami kerja-kerja aku dan senantiasa menyokong segala apa jua tindakan aku selama ini tanpa mengenal erti jemu. Semuanya itu aku boleh rumuskan kepada kepercayaan ataupun trust. Mentor aku percayakan aku untuk menjalankan segala aktiviti syarikat yang berkaitan dengan bidang perhotelan dan pelancongan. Robbie percayakan aku untuk sama-sama berganding bahu memajukan syarikat ini manakala isteri dan anak-anak percayakan aku dalam melaksanakan kerja-kerja gila aku. Kepercayaan mereka tidak akan aku sia-siakan....

Pada adik-adik yang tak tentu hala diluar sana, aku jugak tak tentu hala macam adik-adik semua. Tapi kesedaran yang cepat, disiplin diri yang tinggi dan niat yang baik untuk memajukan diri sendiri, masyarakat sekeliling dan syarikat serta jujur dalam melaksanakan tugas serta tidak menipu menjadi kunci azimat aku selama ini untuk mencapai apa yang aku capai setakat ni dengan cara kerja merapu aku ni. Aku percaya bahawasanya masih ramai lagi adik-adik diluar sana yang masih terkapai-kapai mencari hala tuju. Pesan aku cuma satu, datanglah berjumpa aku....hahahahhahahah.....

15 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Terima kasih untuk catatan yang bagus ini, semoga ada yang mengambil perhatian dan pengajaran darinya...

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

kita macam ada chemistry lah. saya punya belog hari ni pun ceritakan pasal berfikir positif!!!!!


subhanallah.

tapi cerita saya tergantung sebab tak dan masa nak menulis lagi. hahaahah

Ibu n Abah berkata...

Uncle...
ALhamdulillah..
Memang Usaha Uncle memberikan kejayaan. Alhamdulillah.

norh berkata...

eh, uncle memang tak pass periksa betui ka?
kalau betui, ni mesti kena tulah cikgu ni.. :P

tabung dok tirih la..bila ntah boleh penuh nak pi hotel uncle ni.. he he

Uncle berkata...

Salam Kakcik.

Ala...catatan budak tak pass sekolah...lagu tu lah...semoga adik-adik saya pi lah sekolah...

Uncle berkata...

Salam Lutfi.

perabih lah...perabih lah...

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

Itu pun kalau depa baca...hahahahahahah....

Uncle berkata...

Salam Norh.

Kalau tabong dok tireh awat tak tampong dengan selotep? Dan jugak kumpoi 2-3 minggu! Hahahahah

awang berkata...

salam , pak cik,,,

memang pak cik suka lari dari sekolah masa duduk kat titi siam dulu, tapi pak cik tak pernah lupa akan matlamat pak cik, dan sentiasa mengigatiNYA, itu adalah rempah dalam kejayaan pak cik sekarang,,,,

Uncle berkata...

Salam Awang.
Eh bukan kita pernah pekena teyy sama2 ka dulu? Ka ni pelandok 2 serupa?

Yang penting niat kita ikhlas, disiplin tinggi dan sentiasa positif....

taj berkata...

Salam Uncle....

apa yg nak taj kata....cayalah sama lu...uncle mmg selalu positif dr mula saya baca blog ni lg...sekurang2 ianya juga jadi perangsang pd saya....

syabas uncle, moga terus sukses dunia dan akhirat, insyaAllah

Uncle berkata...

Salam Taj.
Apa yang Uncle kisahkan disini adalah cerita benar semuanya. Tak ada yang kona2....amat besarlah harapan Uncle agar adik-adik yang membaca ni dapat jadikan pengkisahan Uncle yang carcha-marba ni sebagai satu cerita pembakar semangat kalaupun bukan pembakar merechon! Hahahahahah....Uncle suka bercerita cara santai agar lebih mudah terpahat di kepala otak kita semua termasuklah kepala otak Uncle sendiri....hahahahah...

Lady Windsor berkata...

Salam uncle, sorry i baru report duty kat entry uncle yang ini..

Heaven kan kalau kita ada mentor atau protege yang memahami kita dan always be there to pull up our hand when we drawn and etc..as for me..they are true friends when they keen to tell the truth eventho its hurt..

sekian, terima kasih!

Uncle berkata...

Salam LW> Awat I tak buleh nak masuk ke blog LW? Dah lama dah ni...tak sabaq nak baca cerita2 LW! Huah..........

azieazah berkata...

Cerita Uncle yang tak pernah jemu dibaca... Penuh motivasi!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...