Jumaat, Januari 06, 2012

Usaha tangga kejayaan! Part 1

Sorry..gambar terbalik...not in purpose!

Selalunya bila tiba tahun baru, aku akan jadi bersemangat nak bercerita pada pembaca semua especially pada adik-adik aku yang baru lepas periksa! Bukannya nak cerita apa...cuma setakat bercerita perihal cerita-cerita merepek aku yang tak pernah berkesudahan! Anyhow, ini cuma setakat untuk memberi perangsang pada adik-adik aku semua dan bukan berniat untuk bermegah jauh sekali untuk mendabik dada aku yang berlapis-lapis ni. Sama seperti cerita-cerita aku dulu (aku suka ulang perkara yang aku rasa baik untuk adik-adik) tapi kali ni biar aku kepilkan sekali kartu nama aku sebagai bukti yang budak tak berapa nak pandai pun kalau berusaha keras tetap akan menjadi pandai ataupun dalam bahasa senangnya, "Usaha itu tangga kejayaan!

Cerita aku bermula dengan semangat bekerja yang berkobar-kobar sejak aku mula bekerja di hotel. Dan pada sapa yang pernah baca kisah perjalanan hidup aku dulu, aku jugak pernah bercerita yang aku mempunyai ramai rakan-rakan yang telah tersangatlah berjaya yang pada satu ketika dulu adalah merupakan teman-teman nasi kawah aku, teman-teman sepermainan, teman-teman sekelas dan jugak teman-teman "pak-sit...pak-sit" (arwah mama kata pak-sit pak-sit = merokok!) aku. Bila depa berjaya ke luar negara dan aku tidak, mulalah aku hilang keyakinan dan mula mengasingkan diri. Depa lalu, aku lari...depa mai, aku lari...tapi aku pikir-pikir balik sampai bila aku nak jadi lagu tu? Pertemuan aku dengan Nyamuk (la ni auditor hebat di jeddah dengan E&Y) membuatkan aku terpikir nak belajar balik. Aku mula terpikir nak kerja kuat supaya bila depa balik dari luar negara, depa tak terserempak dengan aku yang masih bekerja sebagai waiter!

Usaha kuat aku bekerja sampai 12-16 jam sehari berbaloi bila mana aku terpilih untuk dihantar ke jepun untuk bekerja dengan group hotel yang sama. Peristiwa tak sangka ni berlaku pada tahun 1992! Makanya, kartu nama aku ada ditulis didalam bahasa jepun jugak! Peluang yang aku dapat tak pernah aku sia-siakan. Cakap saja apa nak kena buat semuanya aku buat. Bila aku di hilton di tokyo bay, aku rasa yang 24 jam satu hari tak pernahnya cukup. Kalau kerja aku dah habis selesai, aku akan bantu tempat lain pulak dan kalau tak ada apa yang nak dibantu, aku akan bertanya walaupun bukan department aku. Ini aku lakukan semata-mata untuk belajar memperkasakan diri supaya aku berpengatahuan lebih daripada orang lain! Ish...kalau orang lain boleh buat pasal apa aku tak boleh buat? Balik ke hotel penginapan aku di gotanda, aku akan berpikir dan setkan target. Berapa tahun aku nak dapatkan jawatan baru. Kalau aku dijawatan baru pulak, berapa tahun pulak aku nak duduk dalam jawatan yang sama sebelum aku mendapatkan atau dipilih untuk posisi yang baru....Aku jugak banyak membaca selain bertanya. Tempoh aku di jepun tamat dan aku kembali ke pj hilton dengan banyak pengalaman kerja yang berjaya aku kutip selain daripada sorang budak pompuan jepun yang jugak aku kutip!

Naik pangkat...horey!

Gedebuk gedebak...gedebuk gedebak....sekembalinya aku dari eropah, aku ditawarkan ke hotel yang kat atas tu. Ni satu lagi tempat yang aku buat kerja macam tak ingat dunia. Aku sedar di hotel besar yang bertaraf 5 bintang, kerja aku bukan menjadi mudah. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Kuat atau tidak kita meneruskan perjuangan adalah terpulang pada diri kita. Pada adik-adik, Uncle nak berpesan, nak horey-horey bukan tak boleh, tapi kita kena tahu apa priority kita. Usahalah bersungguh-sungguh like there's no tomorrow. Uncle berpegang pada falsafah Cheng Ho masa dia pi serang Melaka dulu....dia kata, "work hard...play osso hard!". Jadi sampai ke la ni Uncle ikut falsafah dia...hahahahahah...

Kerja di RKL bukannya mudah. Pelbagai standard perlu dituruti yang mana standard-standard itu semua telah ditetapkan oleh Renaissance International beribupejabat di amerika. Kami patut turuti. Report yang pelbagai untuk disubmit tepat pada waktu juga haruslah dipatuhi. Nah...adik-adik...disinilah letaknya disiplin diri. Yang cikgu suruh beratur masa perhimpunan tu bukanlah sengaja diada-adakan...ini semua membentuk disiplin dan sahsiah diri. Semua itu masih dipraktikkan bila adik-adik dewasa nanti. Bila adik-adik lambat, cikgu akan marah. Yang adik-adik pulak dok bagi pelbagai alasan tak menasabah kat cikgu...jangan macam tu. Cikgu atau ibubapa menegur untuk kebaikan adik-adik. Depa mahu adik-adik mematuhi peraturan bila besar nanti. Bayangkan kalau adik-adik pulak yang menjadi bos besar nanti dan pekerja adik-adik selalu datang lambat....ini sudah tentu akan membantut segala perjalanan mesyuarat, perjalanan kerja apatah lagi kalau company yang adik bekerja itu adalah sebuah syarikat multi national atau bertaraf antarabangsa....muhasabah diri...kalau adik-adik tak mahu menunggu orang, jangan biarkan orang lain menunggu adik-adik....itu sikap yang tidak sihat kalau kita sengaja membiarkan orang menunggu kita tanpa sebab!

Ada pernah sekali tu aku cuba beralih angin. Malas nak kerja di hotel lagi. Since aku suka bertemu dan bersembang dengan orang ramai, aku cuba menukar nasib labu-labi ni ke nasib yang lebih baik (btw, aku ada kawan dari Tenom nama dia Nasip Mat Noor) lagi. Aku ditawarkan untuk bekerja sebagai PR Manager untuk sebuah syarikat biodiesel. Ada kartu nama aku kat bawah tu. Hahahahahah....


Nanti bila pree nanti aku akan sambung bahagian ke-2 cerita tangkap leleh aku ni dengan harapan adik-adik aku semua diluar sana dapat jadikan ini sebagai panduan....errr kalau tak pun sempadan...hahahahah! Have a nice weekend people!






20 ulasan:

mokjadeandell berkata...

Uncle,
I like this post.Hope many young people could follow your footsteps....kalaulah my children terbaca blog ni.
RKL adalah sekali makcik termasuk jadi guest....hebat hotelnya.

aRoL berkata...

sangat sangat suka cerita uncle..

kucingorengemok berkata...

work hard, play hard, dan bawak balik awek jepun sorang naaa! hehe, gurau2 uncle! ;)

Uncle berkata...

Salam Mokjadeandell.

Thanks for your comment. Harapan saya agar adik-adik saya akan membaca entry saya dan jadikan sebagai pedoman untuk depa berjaya..

Uncle berkata...

Salam AROL.

Terimakasih kerana sukakan cerita2 merapu uncle ni.....

Uncle berkata...

Salam KOG.
Dah bawak balik sorang....ada sorang lagi ka? Hahahahah

Lady Windsor berkata...

Ass'salam Uncle...first sekali nak minta maaf..x sempat lagi nak roger uncle...masa tersangatlah cemburu dengan saya.
Baca entry uncle ni buat saya rasa nak pusing balik jarum jam...banyak lesson yg sy dapat naa...

Minggu lepas coti...so memang x dak kat opis. Dalam hati ni dok teghingat kat cikgu indira, chef berdua nun dan sapa lagi ya..memang dok ingat ni. Esok pulak saya pi naik kapai, belayar sat dua tiga haghi...khamis baghu sampai kelompo balik.

O ya, budak pompuan Jepun tu...rasa2 macam kenai...siapakah??? Hehe...

Gambatte kudesai!

Ibu n Abah berkata...

Uncle..
Masa akak tinggal di keramat permai, vogue cafe mmg tempat akak dan suami menyerang oyster. Ianya sekitar tahun 96-99.... Waktu itu setahu kami lah.. Hnya vogue cafe menyediakan fresh oyster waktu lunch dan dinner. Fresh oyster yang sgt fresh, succulent dan banyak melimpah...
Waktu tu, uncle dah kerja di situ ker?

Uncle berkata...

Salam LW.

Amboi3....(ni dok buat jari macam AA ni). Tak pa...pilah belayaq ke Pulau Jerejak dulu.....jangan tak balik sudah! Kot2 terpikat kat LANUN! Hahahahahah...psst...cikgu GANDHI la...bukan cikgu INDIRA! Yang tu kat India dulu! Hahahahahah....ishh, LW kenai ka pompuan jepun tu? Pernah jumpa ka? Yoko Ono kot....

Uncle berkata...

Salam Ibu and Abah.
Memang tepat sekali sebab tahun 96 saya mula kat sana sebagai Room Service Manager sebelum di transfer ke Vogue Cafe. Memang kamilah pelopor fresh oysters on the buffet sebelum menjadi ikutan shangri-la dan hotel2 besar yang lain! I am glad sebab I was part of the "para pelopor" tu!

Lady Windsor berkata...

Uncle...Ouchh! Gandhi ka? Makkaihh tersasul...sebab dok teghingat nak pi belayar nun...lanun dok tunggu sat ni...kehkehkeh..

Yoko Ono...ya..ya...John Lennon pun suka la teww!!:)

rezeki berkata...

salam uncle

moga hari minggu yg ceria bersama keluarga

bukan senang dan senang, tapi senang nak susah

itulah antara falsafah hidup saya dari dulu dan sentasa bersyukur akan segala nikmat yg Allah limpahkan tak kira susah atau senang

namun kita ni yang tak berpelajaran tinggi dan tiada segulung ijazah tidak sesekali menyerah kepada takdir tanpa berusaha , bak kata org tua, usaha tangga kejayaan

alhamdulillah
berkat usaha kita yg tak pernah jemu menjadikan kita hari ini seorang manusia tapi tetap kerdil di sisi sang pencipta

baca n3 ini mengingatkan saya betapa perih jerih dahulu berusaha memperbaiki kehidupan

Uncle berkata...

Salam LW.
Pi lah...naik cruise tu....Uncle dengaq kan....uncle dengaq kan....ishh...malaih la nak cerita...btw, kalau cxl trip tu, just pass me the ticket yea....lebih afdal akalu ada 5 ticket! Horey2 lah Uncle!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Kita melalui banyak kesusahan untuk mencapai apa yang kita dapat la ni...harapan besar saya agar adik2 mendapat sedikit pedoman daripada cerita sedih saya ni untuk menjadi pemangkin kerjaya depa. Kalau cerita uncle ni dapat dijadikan tauladan...fuyoo...saya lah manusia yang paling gumbira dalam dunia!

norh berkata...

entry yang best utk pedoman saya kuatkan semangat mencapai target menjadi VVIP dalam company yang saya keja...ha haha.. takdela.. saya tak punya impian tinggi pun..cuma ingin laksanakan tugas yg diamanahkan dengan secemerlang mungkin..
saya rasa uncle ni bos yg sempoi..he he

Uncle berkata...

Salam Norh.
Bekerja dengan Uncle adalah amat sukar. Tapi kalau depa dah kerja dengan Uncle depa akan tahu dan selalunya depa mampu tahan bertahun-tahun dengan Uncle. More to respecting each other, no bad mouth, positive and when meet it's only talking about work...semalam Uncle dicontact oleh bekas staff yang dah 6-7 tahun tak jumpa. Nama dia Syahrunnizam. Budak kedah. Dia kata ramai budak2 Uncle yang dah berjaya di hotel masing2 yang dulunya cuma waiter....hidung Uncle kembang! Syukur...harapan Uncle, apa yang depa dapat belajaq dari Uncle, ajaq pulak kat orang lain! Itulah falsafah "penyamun!"

Fabulous Me berkata...

Byk betol pengalaman di dada.. Dr A-Z. Hope uncle dapat capai apa shj yg di hajat.

Uncle berkata...

Salam Fab Me.

Pengalaman Uncle taklah sebanyak mana kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang hebat2 tapi Uncle rasa cukuplah untuk memberikan sedikit perangsang buat adik-adik yang tak pass periksa tu untuk jadikan tauladan...agar depa tahu dan sedar setiap kegagalan disekolah tu bukanlah penentu masa depan....it all depends on YOU!

Lady Windsor berkata...

Uncle..citer apa? Cepat citer? Pasai cruise tu...hehe...nak tiket ka...amboihh saya pun tak termampu nak beli...seb baik hari tu ada org sponsor. Uncle sila bawa family belayar, sgt berbaloi2...

mr. sepet.. berkata...

len kali amik la bok blik bdk pompuan jepun lbh2 skit.. hakhakhak..