Jumaat, Januari 27, 2012

Selamat Ulangtahun ke 14 Arman Azumi!

Birthday dinner for abang at Bella Vista!

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan berbangsa Tionghua aku dan kepada sapa-sapa yang tak celebrate, enjoy the long weekend! Bersempena dengan cuti panjang ni aku laksanakan acara pertama untuk tahun ni yakni, birthday abang. Abang dah 14 tahun pada hujung bulan ni tapi aku buat awal sebab nanti hujung bulan, semua orang jadi sibuk! Agar tak mengganggu agenda-agenda lain, kami buat awal untuk abang. Tak adalah apa-apa yang special pun sebab selalunya kami cuma buat makan malam saja. Apa yang special dengan makan malam ni? Bagi aku semuanya special. First of all, abang dah masuk umur 14 tahun. Abang macam biasa, tetap cool dan masih gila dengan bola. Sibuk belajar disekolah, prep petang dan prep malam, pukul 5 petang sampai 7 malam training bola dengan pasukan bawah 15 tahun VI dari isnin sampailah jumaat. Sabtu dan Ahad pulak disebelah paginya abang bergegas ke Cheras untuk latihan bolasepak dengan club CIMB-YFA bersama-sama Yuya. Memang penuh jadual abang tapi setakat ni pelajaran masih ok. Aku tak bimbang cuma matematik agak menurun sikit. Alamak....yang tu aku agak risau tapi masih belum tekan panic button lagi...Jadi kepada abang, aku nak berpesan, "Buatlah apa-apa pun asalkan baik untuk Agama, Bangsa dan Negara!" Papa menyokong 100% apa juga yang abang minat! Penting, banggakan keluarga dan jangan sekali-kali memalukan keluarga!

Yuya dengan muka kenyang..

Gambar kat atas tu gambar Yuya yang merangkap bakal penjaga gol terhebat pernah dilahirkan di Malaysia! Kalau tak percaya datanglah tengok Yuya tidur bila-bila masa sekali pun pasti ramai yang terkejut sebab aksi tidur dia memang macam aksi penjaga gol cuba menepis bola penalty! Serious aku tak tipu! Tengok muka "riang ria apple-zapple" dia tu. Macam tu lah perangai dia tiap-tiap hari walaupun dah disunatkan beberapa tahun yang lalu!

Abang dah 14!

Kek yang kami beli (aunty bayar!) dari SC dan kami makan 2 hari 2 malam tanpa segan silu...just a plain cheese cake and it was sooo good dan rasa macam nak pi beli lagi la..la...jugak! Hahahahahah...

Drama je tu api dah padam lama dah!

Abang dan lain-lain dalam keluarga aku tak suka nak buat birthday party besar, cukuplah sekadar kami sekeluarga makam sama-sama dan kalau ada present yang nak dibagi, kami akan usahakan. Like in this case, abang dapat mobile baru sedangkan pak dia tak pernah bertukar! Kesian kat Pak dia!

Pemasangan speaker BOSE di hotel.

Aku memang berkenan dengan speaker ni sejak aku tengok speaker jenama ni dipakai di Masjidil Haram di Mekah dan Madinah. Lontaran suara gemersik yang keluar daripada kotak speaker kecil sungguh mengkagumkan aku. Apabila aku pulang ke sini dan berkesempatan untuk menunaikan sembahyang sunat aidilfitri di masjid al bukhary di alor setar dulu aku terpandang speaker BOSE ni dipasang dimerata-rata ceruk masjid termasuklah di tempat mengambil wuduk diperkarangan masjid. BOSE adalah satu jenama antarabangsa yang tersenarai diantara yang terbaik didunia. Kualitinya tak perlu dipertikaikan. BOSE kalau tak salah aku diasaskan oleh seorang engineer dari amerika hasil perkahwinan campur india sebelah bapak dan amerika sebelah mak. Bekas pelajar M.I.T. yang kini merupakan millionaire sound system! Hebat sungguh BOSE ni. Makanya, kehebatan sound system BOSE tu cuba aku bawak ke Boutique Hotel kecik aku ni dengan harapan tetamu-tetamu aku akan sama-sama dapat menikmati suasana exclusive yang cuba aku sajikan. Dengan perancangan yang teratur dan dipersetujui oleh kesemua pihak termasuklah majikan aku, pemasangan speaker BOSE telahpun dilaksanakan pada minggu lalu. InsyAllah lepas CNY, siaplah semuanya dan February nanti bolehlah aku dengar lagu-lagu Laura Fygi (btw, concert Laura Fygi akan diadakan pada 21 dan 22 Feb, jumpa di MPO ya!), Cafe del Mar dan lain-lain Smooth Jazz di lobby ataupun di office aku! Yabedabedu!

Beriani ayam, darrcha sayur, telur rebus dan yoghurt!

Untuk makan malam birthday abang yang hari tu, aunty sendiri yang masakkan beriani ayam, darrcha sayur, acar dan preparekan yoghurt. Aku cuma rebus telur! An excellent combination bagi taste aku yang ada sikit-sikit mengarah ke Penang! Hahahahah.....tak sangka aku yang aunty ni super-duper....masakan aunty untuk malam semalam semuanya menjadi. 5 cups yang aunty masak tak bersisa....Jadi, tak dapatlah aku nak bawak bekal. Oh by the way, setiap hari aku bawak bekal lunch ketempat kerja. Jadi kalau aku jadi terrsibuk, aku makan kat dalam opis saja...I don't waste my time! Anyway, aku heran awatnya berat aku tak turun-turun lagi walaupun swimming bagai nak gila malam tadi pukul 8! Tak boleh makan beriani ni!! Aku dah habaq kat aunty tapi dia yang paksa aku makan........hahahahahah....

19 ulasan:

kakcik berkata...

Happy birthday Abang. Semoga sentiasa mendapat kejayaan di dunia dan tidak melupakan bekalan ke sana. :)

Lady Windsor berkata...

OWhh hari jadi abang ya.. ok abang, ahkak ucapkan selamat hari jadi yang ke 14, didoakan abang jadi anak yg berjasa kelak..(hikhikhik ahkak ya bukan makcik...uncle kasi can kat i noo)

arghhh darrcha tu...darchaa...

ok, uncle i dah call teacher gandhi and she said after thaipusam boleh jumpa dia.

tq!

PINATBATE berkata...

Happy birthday abang!!
nampak best yer nasi beriani tu..terlioq dah ni

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Terimakasih (mewakili abang)dan doakan pun macam tu lah....mana ada mak-pak yang doakan benda yang tak elok pada anak-anak? Pergh...emo sikit ni!

Uncle berkata...

Salam Makcheeeek LW! Hahahahahahah...amboih pi mengaku kakak noooooo......tak pa.....samalah kita......Uncle pun masa jalan dengan abang depa dok kata macam adik-abang jugak! Hahahahahah...

Uncle berkata...

Salam Pinatbate.

Uncle tak boleh masuk blog PINATBATE.......KENAPEEEEE.........

kucingorengemok berkata...

saya baca "latihan bola sepak bersama yuna" wah uncle, kawan dengan artis je sekarang! hahaha...

rezeki berkata...

salam uncle

happy birthday buat abang

kejap je masa berlalu

opssss uncle mengecat siling ka hehehehehehehe

awang berkata...

salam pak cik,,

apa pun sampaikan ucapan selamat ulang tahun untuk abg dari kami sekeluarga,,,,

untuk pak cik pula, kalau dah terlalu sibuk, jgn sampai lupa mengecat rambut tuuuu, nanti jatuh sahammmm,,,,hehehe

Ibu n Abah berkata...

Wow...
baru tahu nama sebenar Abang...
Cantik namanya... sesuai dengan orangnya...
Happy Birthday buat Abang...
Semuga menjadi anak yang berjaya dan soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat...

Uncle berkata...

Salam KOG.
Eh ya ka Uncle tuleh lagu tu? Tapi kalau betoi apa salahnya...hahahahahah jelez lah tu!!!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Actually yang tu bukan saya yang mengecat siling tapi budak2 contractor BOSE potong siling dan habuk2 siling di vacuum terus.....saya actually nak mengecat kepala...tapi dok tak dan2 lagi ni.....sigh!

Uncle berkata...

Salam Awang.
Amboi...sejak besaq ni pandai noo.....anyway, Awang kirim salam kat Awing (isteri) dan anak2.....dengaq kata nak tambah sorang lagi? Anak Swiss la tu....hahahahahah...

Uncle berkata...

Salam Ibu and Abah.
Memang harapan saya macam tulah dan semoga anak2 I&A jugak begitu. InsyAllah!

Yours truly berkata...

salam uncle.

lamaa aihh x jenguk sini..busy skit..
anyway..Happy belated birthday to Abang.. nanti uncle bagi tips pulak melayan karenah anak remaja.. macam anak2 saya..kekadang peninggg...hihihi

Uncle berkata...

Salam YT.
Maklumlah busy........Uncle paham...mana nak buat preparations lagi......hahahahah...

azieazah berkata...

Selamat Ulangtahun Kelahiran ARMAN. Moga terus ceria dan suksess!

Tak turun berat? elehhh nampak Nasi Beriani tu terus lupa pasal berat. hahahaha

Itu tandanya Aunty masak dengan kasih sayang sebab tu menjadi!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

La ni dok ada kat bali dan dengan harapan, berat badan akan turun...tapi mungkin tidak....sebab banyak makanan "guling-guling" ada kat sini...hhahahahahahah...

wanayu berkata...

ini saya kenal ni.. mak saya pernah jaga anak uncle.. cikgu aisha..

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...