Khamis, Mac 22, 2012

Curry Land Part 2

Gimmick yang sangat menarik perhatian aku

Amboi banyak sungguh barang-barang yang ada kat tempat ni. Nasib baik hujan dan aku jadi sejuk-gedi...kalau tak, dah pasti aku akan mengganas. Tengoklah gambar kat atas tu. Mesin jahit lama depa susun elok-elok pun cantik bila depa display lagu tu. Tak teringat pulak nak buat macam tu masa aku pakai mesin singer yang kena goyang-goyang dengan kaki tu!

Aku pun join depa beli payung sama!

Mula-mula aku sampai dah mula hujan. Aku ingat aku water-proof, rupa-rupanya tidak....yang tu dulu masa muda remaja...hahahahahahah...la ni dah lenguh sikit...aku lupa! Julin mata aku cari kat mana depa beli payung. Last-last aku jumpa kedai souvenir yang jual payung harga souvenir! But since aku mai nak cari souvenir, aku pun bayar lah harga souvenir...hahahahahah

Makanan, sayuran yang sangat fresh...

Tempat-tempat yang macam ni bila aku lalu aku mesti teringat masa kat Florence, Italy dulu. Di luar bilik aku tinggal tu ada pasar pagi yang macam ni dan depa susun sayur-sayuran pelbagai warna kat dalam tong kayu. Sangat cantik dan menaikkan nafsu aku...hahahahah....lalu saja dan tengok tak beli sayur apa pun sebab kalau aku beli, aku nak masak kat mana?

Bola rugby kulit style lama pon ada!

Gerai ni aku suka sebab dia ada banyak alat-alat sukan gaya medieval! In fact kalau tengok betul-betul ada pulak bola rugby ala-ala tahun 1886 zaman Jack The Ripper dulu. Nanti this weekend kalau aku lalu kat situ dan kalau harga mengikut kata aku, aku beli 7 buah! Beli 1 tak guna sebab nanti tendang masuk rumah sebelah!


Macam Jonkers Street, Melaka..

Aku pun suka tengok bangunan-bangunan kat sini. Aku berhenti dan ambik gambar sebab bangunan kat situ cantik dihias dengan pokok bunga dan dinding yang dicat pelbagai kaler. 10 minit jugak aku dok belek bangunan dan ambik gambar. Bila aku pusin belakang, ada lagi 5 orang dok ambik gambar yang sama macam aku dengan tanpa tujuan dan tanpa halatuju....sama jugak dengan aku...hahahahahah


Warna-warni yang meriah

Ada banyak kedai makan, kedai minum, kedai antik dan yang paling menarik perhatian aku ialah kedai souvenir, susunan yang bijak memang memeningkan kepala aku pada apa yang aku nak beli. Depa ni jahat sungguh! Maklumlah depa tahu aku memang "banyak duit!!!". Pelbagai bangsa ada kat sini...china, arab, india, portugis, eropah timur dan tak kurang locals....err, selain daripada melayu sorang (yang dok pi balik...pi balik...tanpa tujuan dan matlamat!)

Sangat professional

Sedap depa ni main muzik. Suara pun sedap jugak. Siap boleh request lagi...pasai apa budak-budak Music School kita tak buat lagu ni? Mungkin bukan "culture" kita selain daripada takut kena perambat! Tapi aku rasa kalau depa berani, semua pengalaman ni akan meningkatkan keyakinan untuk berhadapan dengan audience!

Accapella from music school boys! Insane!

Itulah yang aku kata tadi, budak-budak ni dari satu famous school kat london dan depa menyanyi ala-ala "Manhattan Transfer". Sedap dan jalinan suara yang harmoni membuatkan depa dikerumuni oleh ratusan pengunjung...kalau masuk "British Got Talent" ni anytime boleh menang!

So people, tunggu lagi cerita aku dari pekan kecik bernama London! Keep on reading people!



10 ulasan:

Mak Wardah berkata...

Uncle, nasib baik saya tak pergi sana. Mesti luggage saya berat 12x ganda dari saya. Bestnyer...

awang berkata...

Salam Pak cik,,,

Jgn lupa beli mesin jahit tu utk letak kat tempat kerja baru nanti, mana gambar Pak cik nyanyi dgn budak2 yg main bonggooo tuuu, heehe

Uncle berkata...

Salam Mak Wardah.
Uncle pulak terbalik...naik 12X lebih berat dari luggage!! Hahahahah

Uncle berkata...

Salam Awang.
Uncle conductor yang dok hayun pi balik-pi balik kayu tu. Pasai tu tak nampak pon...btw, mesin jahit tu uncle dah order 10 pasal nak beydak2 kat Awang sekeluarga...

Lady Windsor berkata...

Salam uncle,
Pemandangan sayur dan buah fresh tu menggoda kan...rasa macam nak makan gitu gitu je kan...isk bila nak balik jeumpa ni...Ada food sample lagi tau..hehe

rezeki berkata...

salam uncle

lalu lalang kat situ mmg buat kita leka kerana banyak tarikannya

angkut je apa yg berkenan , tukaran sekarang agak ok 1 pound dalam 5 ringgit

jgn lupa jumpa mr beans hehehe

taj berkata...

Salam unlce...


aik....tetiba dah sampai london...wah, hebat uncle...

duk berangan ni, spt taj ada duk lalu lalang kat situ...perghhh, berangan je le...;)

Uncle berkata...

Salam LW.
Insyallah akan balik sunday dan sampai monday. Tuesday insyallah ada kat opis kot kalau semuanya ok...

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Belom jumpa dia lagi tapi kereta dia banyaklah yang berkeliaran kat jalanraya....hahahahhahah...

Uncle berkata...

Salam Taj.
Semuanya mula dengan "berangan". Uncle dulu berangan nak kerja kat tempat cantik2....then kerja hotel...Uncle berangan nak pakai suit masa kerja....then kena pakai suit masa kerja...Uncle dulu berangan nak jalan2 negara orang...then dapat jalan2 negara orang....nahh...keep on dreaming and work your way....insyAllah! It will come naturally....do things with PASSION and LOVE!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...