Khamis, Mac 08, 2012

Pak Ya Chinese Muslim Restaurant/Happy Birthday Wakana!

Aku personally recommend this place!

Dah lama kami dok mencari a good and reasonable Chinese Muslim Food yang ada berdekatan dengan kediaman kami. Dulu kedai Pak Ya ni merupakan kedai mamak yang tak laku. Kemudian bertukar tangan ke kedai makanan melayu yang jugak tak laku. Tapi bila diambil alih oleh Pak Ya, kedai makan ni jadi laku pulak! Nah...maknanya bukanlah pasal tempat tu tak dak "fung shui" ataupun tempat tu "dikelabui" oleh orang lain, tapi semata-mata makanan depa sebelum ni ternyata tak sedap! As simple as that.....itu yang aku selalu dok kata dulu. Jangan salahkan orang lain lagi.....cari kelemahan diri sendiri dulu barulah menuding! Pak Ya ni merupakan seorang convert yang masih muda. Isteri Pak Ya, kalau kat sini aku akan panggil Mak Ya, berasal dari negara China. Bermastautin di Malaysia membantu suami tercinta, bertungkus-lumus melaksanakan perniagaan makanan. 2 minggu lepas sewaktu minum kopi dengan kawan lama aku, aku terbukak cerita yang aku pi makan kat kedai Pak Ya. Kawan aku garu dahi dia yang luas sejauh mata memandang tu sambil tanya aku pasal Pak Ya. Aku tanya dia balik pasal apa tanya banyak soalan pasal Pak Ya? Dia jawab, dah lama dia cari Pak Ya. Kedai lama Pak Ya ditutup dan ada notis yang depa berpindah tapi malangnya lokasi tak diketahui! Tapi sekarang dia kata dia dah tahu kat mana Pak Ya menghilangkan diri dan kedai makan Pak Ya akan menjadi tempat persinggahan dia malam tu jugak. Aku ucapkan selamat menjamu selera kat kawan aku ni lepas dia tak jadi order tosey sebab katanya nak simpan perut untuk makan malam dengan Pak Ya! Hahahahahah...

Birthday girl dengan "dayang"

Aku kesana pasal aunty menyambut hari ulang tahun yang ke 44. Sama macam aku. Aunty muda dari aku almost one month. Pasal dia muda dari aku selama sebulan, makanya kami sama-sama nampak muda! (statement yang sungguh tak "gel") Hahahahahahah. Banyak jugak kami order sebab semua orang ada. Kami 5 beranak dan aku tahu abang dan yuya suka makan chinese food. Untuk aku, cukuplah sepinggan "kecik" char kway teow! Pssst...lepas tu tangan aku yang paling panjang menjalar ke pinggan orang lain! Hahahahahah.....

Marina dok "usyar" minuman sebelah!

Marina minum air grape. Rasanya sama macam air FANTA. Dia suka. Aku pun suka. Marina la ni sangat petah bercakap. Aku jadi letih melayan dia cakap. Dari aku balik kerja pukul 6.30pm sampailah waktu dia nak masuk tidur pukul 10.30pm...tak henti-henti bercakap! Mengalahkan Buletin Utama. Tapi habit dia tetap macam biasa. Nak masuk tidur dengan baru bangun tidur mesti marah kat aku. Entah kena sampok dengan sapa pun aku tak tahu.  Nanti aku cari balik buku Tamar Jalis, "Bercakap Dengan Jin!". Bagi aku, apa yang dia bualkan semuanya menarik. Lenggok dan patah katanya sangat "cute" berserta dengan mimik muka yang sangat melucukan. Semalam petang, Marina dan kawan-kawan seperti Mei-Mei, Sarah Nor, Joel, Wawa, Yaya semuanya berkumpul di padang depan rumah aku. Marina bawak sikat, Mei-Mei bawak getah ikat rambut etc dan depa dok menyikat rambut masing-masing. Sibuk sungguh depa kat saloon ciptaan sendiri. Aku lupa nak ambik gambar. Nanti bila aku ingat, aku akan ambik gambar depa budak-budak pompuan Bella Vista!

Muka lapar..

Lama jugaklah kami tunggu walaupun masa kami sampai, sorang pun takdak kat situ. Bila kami keluar, berduyun-duyun orang sampai. Parking is ample. So tak perlu risau. Lepas makan boleh tengok wayang kat MBO Galaxy Ampang pasal depa satu bangunan. Kalau kereta hilang, depan Pak Ya tu ada Balai Polis IPD Ampang Jaya. So, jangan risau! Lepas makan kalau sakit perut, Klinik Gomez pun ada jugak sederet kat belakang tu jugak. Pendek kata, aku tak mahu pindah dari Taman Cahaya sebab segala-galanya didalam short walking distance saja!

2 jejaka paling hemmsemm di A1-G Bella Vista menurut Marina, juruaudit!

Gambar kat atas ni, dan couple yang kat belakang tu adalah Pak Ya dan Mak Ya yang tengah dok potong sayur. Ada 2-3 menu baru depa yang masih tak bernama. Pak Ya tanya aku, apa nama nak taruk, aku cakap taruklah apa-apa pun jangan buat tak sedap sudah! Bila makanan sampai, kami makan dengan tersangatlah lahapnya. Oh ya ada satu lagi restaurant Chinese Muslim yang sangat bagus kat jalan Ampang. Haji Shahrin Low. Dibangunan yang berhadapan dengan Russian Embassy. Kedai ni dulunya merupakan sebuah Bar kalau tak salah aku kemudian ditukar sebagai restaurant Tandoori. 2-2 tak jalan sampailah Haji Shahrin  Low take over! Nahh...seperti yang aku kata tadi, semuanya terpulang kepada quality masakan. Samada sedap ataupun tidak. Kalau sedap, harga berapa pun orang akan datang makan. Jadi, ternyatalah kedai Tandoori tadi tak sedap! Habis cerita...kalau nak dibandingkan dari segi harga pulak, Haji Shahrin Low ni on a higher side sikit. Tapi jangan risau sebab masakannya sangat menyelerakan dan cepat siap! Masa aku sampai pukul 7 malam, restaurant tu dah penuh. Semua aku tengok adalah tetamu yang baru balik dari kerja. Masih berkemeja lengkap dengan tali leher dan ada yang masih dok buat kerja sementara menunggu makanan sampai. Tetamu berduyun-duyun sampai sehinggalah waktu aku nak balik! Nasib baik kami ada buat reservation....Anthony Bourdain kalau datang pun mesti dia tapau sekali bawak balik! Tapi dia tapau waitress...bukannya makanan.....(statement nakal di pagi yang indah, hahahahah!)

Lupa nak ambik sebelum..

Dah habis makan baru teringat nak ambik gambar. Macam tu lah manusia.....kalau "benda" yang seronok tu dia akan lupa dunia....keluarga sekalipun.....tapi bila dah tergadah, barulah teringat kat family......dan akhir sekali bila habis madu, barulah teringat nak ambik gambar! Hahahahahah...peringatan ni aku tujukan pada diri sendiri yang selalu terlupa!

Tengah jalan baru teringat!

Pinggan yang ada nasik dan lauk banyak tu sebenarnya pinggan abang. Bukannya pinggan aku. Aku berani cakap sebab dari tadi aku bagitahu awal-awal yang aku cuma makan ckt! Yang makan sampai tumpah-tumpah tu pun bukannya aku.....yang tu orang meja sebelah! Hahahahahahah...Seingat aku, sewaktu makanan ni semua sampai, sorang pun tak bersuara. Yang bersuara cuma Marina yang komplen kat aku sebab Yuya makan "nyop-nyap...nyop-nyap...". depa tahu yang aku tak suka mulut berbunyi waktu makan......tukang repot mestilah Marina! Abang dengan Yuya memang angin kalau Marina mula repot kat aku...Hahahahahahah....aku sayang semua!

Eh, not bad lah Baker's Cottage!

Aunty tak tahu yang kami dah pakat anak-beranak nak surprise kan aunty dengan birthday cake bila balik dari Pak Ya. Wiwit pun bersubahat sama...hahahahahah....masa aku dah sampai kat rumah dan nak bukak pintu, sms dari Wiwit masuk kat aku berbunyi, "Bapak....gmana mahu nyalain lilinnya? Kapan mahu nyalain?" Adoiiii Wiwit...aku dah nak bukak pintu baru dia sms...dari tadi dah lebih kurang 10 sms aku hantar kat dia bagitahu apa nak buat sampai Aunty pun naik was-was pasai apa dan dengan marka mana aku dok berbalas sms kat kedai Pak Ya tadi! Tengoklah muka aunty kat atas tu. Just a small cake diiringi bacaan doa dari anak-anak dan 2 keping kad "pengganti diri" hahahahahah....aku terharu sebab si Marina yang kecik tu pun pandai simpan rahsia rancangan kami walaupun aku risau takut dia terbocor masa kat kedai Pak Ya sebab kek dengan kasut kami pi beli sama-sama pagi tu jugak tanpa aunty! Kami dah berumur 44 tahun....horeyyyy....bangga...bangga....!

Muka2 terlebih makan..

Muka "riang-ria apple zapple" dengan tangan aku tutup perut dalam gaya paling sopan dalam dunia! Aku makan satu sudu saja kek tu.....adoi...dugaan sungguh aih! Aunty tersenyum pasai aku kata dia nampak macam 34 tahun...10 tahun aku bagi discount....Kamdar pun tak bagi discount banyak lagu tu! At the end of the day, kami semua puas makan. Anak-anak semua senyum panjang. Petang tu pulak aku hantar abang balik ke asrama dan nampak gayanya sejak jadi senior kecik ni, dia nampak macam happy saja. Kalau masa form 1 dulu macam-macam alasan dia bagi untuk balik ke rumah. Peristiwa tu semua mengingatkan aku pada zaman persekolahan aku dulu tahun 1981 masa form 1. Lebih kurang lagu tu lah jugak....

Small present for Wakana!

Dah lama aunty dok kerhelin (kerling) kat kasut ni setiap kali pi kedai ikhsan. Kalau 10 kali pi, 12 kali dia kelitin kat situ. Aku perasan dan aku bagitahu kat abang dan yuya suruh aunty try dan ingatkan saiz kasut tu. Lama depa dok perati tengok. Last-last dapat jugak size yang sepadan. Depa bagitahu kat aku. Lepas 2 hari aku lupa size....makanya, hari Ahad hari tu, lepas ambik yuya dari training bola CIMB-YFA, kami terus memecut ke ikhsan dan beli kasut kat aunty. Lepas tu kami terus ke Baker's Cottage Ampang dan beli mocha cake untuk aunty. Marina yang pilih lilin tu. Marina tak sabar nak balik bagitahu kat aunty. Kami pulak letih dok explain kat Marina apa maksudnya "surprise". Dia mati-mati nak bawak masuk kasut tu dan tunjukkan kat aunty sedangkan plan kami nak bagi lepas makan kat Pak Ya dan bila balik ke rumah! Lepas 30 minit dok explain, masuk kereta- keluar kereta....naik bukit turun bukit, barulah Marina paham. Tu pun kami dok gigit jari supaya dia tak bocor rahsia.....hahahahahahah....anyway, to cut the long story short, disini sekali lagi aku nak ambik kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Lahir" kepada isteri aku Wakana Kamimura yang baru mencecah umur 44 tahun.....still a long way ahead my dear......again, "Happy Birthday and I love you with all my heart!". Fuyooooooo......have a pleasant rainy day people!

16 ulasan:

Carrie-Ma berkata...

Salam uncle,

seronok baca entri pasal aunty ni hehe
semoga kebahagian uncle sekeluarga berpanjangan & berkekalan.
happy brithday aunty.

awang berkata...

Salam pak cik ,

Pertama sekali awing & awang sekeluarga ucap selamat ulang tahun buat aunty, semoga bahagia hingga ke akhir hayat,
Pasai kedai pak ya tu satu hari kami mau p try dia punya dim sum tentu sempoii
Pasai pak cik pulak tak perlu cover perut, hj moonal dah cerita , pak cik mmg dah nampak berisi Dari dulu,
Hahahaah tu tandanya dah tak Ronda pusing2 kwsan latuuu,

Tq

Uncle berkata...

Salam Carrie Ma.

Terimakasih dengan ucapan dan doa. Semoga begitulah! Terimakasih jugak kerana suka membaca cerita2 mengarut Uncle ni...hahahahahah....depa kata, life begins at 40...makanya kami baru berumur 4 tahun! Yeah...long way to go!

Uncle berkata...

Salam Awing dan Awang Belanga.

Jgn dengaq cakap Haji Moonal tu...fitnah semata-mata.....hahahahahah....btw, Haji Moonal nampak lagi muda! Psst....dia ada pi Pertama kompleks dengan sapa hari tu? Cuba tanya kat dia....sat2 pegang talipon...sat-sat pegang talipon.....habaq kat dia itu bukan kena buatan orang....itu namanya "pi buat orang!" hahahahahah....habaq kat haji jangan marah...nanti kena juai! Hahahahahah...

PINATBATE berkata...

Happy birthday Wakana..!
umur kita tak jauh beza rupanya..;))
Kasut tu mmg cantik lorrrrr..nak pi kergheling jugak lah lps ni

Lady Windsor berkata...

SAlam Uncle,
pi cakap kat auntie selamat hari jadi naa...dia dok sebelah dayang tu nampak macam kakak dan adik je..manakala pic yang satu lagi tu nampak macam abang dan adik juga..hehe..

err buleh caya ka makan sikit dalam pinggan kecik?? musykil ni...hahaha!

Okeh minggu roger2 ya..ada food sample...:)

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Kalau umur tak jauh beza, maknanya Pinat pun muda trang-tang-tang la......hahahahah

Uncle berkata...

Salam LW.
Hari minggu ni takdak kat sini pasai nak pi melaka tengok abang lawan bola. ahad baru balik mai...apa? food sample? cukup dak untuk 7-8 orang makan sampai belahak (sendawa)? siap dessert sekali ka?

Aunty W berkata...

Planning sia-sia tu macam "mission impossible" je :)

Anyway,, Thank you very much for surprise birthday!
I'm really happy to have my birthday with all of you.
I love you all!!!

next time nak try "Fu yong egg"@pak ya pulak...

Uncle berkata...

Salam Aunty W.
Yes it was indeed a surprise birthday lunch and presents. And Fuyong Hai.....ah mannnn must be good! The one you made at home tasted good too! But remember the one we had in bali? Next trip ya...only 2 of us!!!! Fuyooooooooo...

Lady Windsor berkata...

Salam Auntie W / Uncle..

Wahh wahh wahh so sweet la u all reply mengreply kat blog ini...hihi..good! good! Hahh i dah tau rancangan u all nak pi Bali ekk...kuikuikui!
Again, happy birthday auntie! Pstt nak minta rahsia awet muda...:)


Err uncle, nak food sample untuk 8 org punya ka? haishh ini dah macam kenduri dah ni...ekekeke!

Uncle Lee berkata...

Hello Uncle, how you doin'? I sure love the fooddishes, especially that ikan steamed.
Bahasa saya da out of tune, so have to comment in English....
Nice family you have, and a happy birthday to your sayang.

You have fun, stay young.
Lee.

Uncle berkata...

Dear Uncle Lee.

It's an honour to have you commenting! Fuyoo...feel very important one! Comment coming from Canada you know! Thanks again and stay young!!

Uncle berkata...

Salam LW.

Aunty pon baca tapi dia baca diam2...balik rumah dia buat tak tahu ja....Huh? Nak mintak rahsia awet muda? Pergh...aunty exercise 24 jam kat rumah...dapat batang penyapu pon dia exercise! Dia kata dia risau kat lengan dia...tak macam Michelle Yeoh! Oh makkk aiii....esok Uncle nak chat rambut lah kalau lagu ni! Huh? Food sample? Buleh sesangat aiihhh...

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

uncle, jenis ambik gambar lepas habis makan tu, memang trend lah. tak caya, pegi tengok link nih :

http://blog.marcusnilsson.com/

antara photographer yang suka ambik gambar makanan bila dah habis. hehehe.. hepi birthdayy auntyy!! masih lagi muda :) pandai ankel jaga. hehehehe

Uncle berkata...

Salam Pi.
Banyak yang kita perlu jaga tentang pasangan kita...tapi kadang2 Uncle terlepas pandang juga....

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...