Khamis, Mac 29, 2012

Curry Land Part 4

Hahahahahah....aku nak pi jalan lagi ni....macam aku banyak duit dan macam biasalah aku pi jalan selalunya sorang-sorang....Kalau aku ada masa aku akan update blog dari destinasi terbaru aku. Eh aku bukannya kerja dengan Travel Agent ataupun Travel Log Air Asia yang selalu dok keluar makan angin tu...hahahahahah

Hyde Park

Gambar kat atas tu mengingatkan aku kat rumah lama arwah nenek aku kat Kuala Kedah dulu. Tepi rumah tu ada kolam dan pagi dan petang akan ada banyak itik berjalan lenggang kat situ. Aku suka tengok depa berjalan. Comeyy sangat! Bila aku kat Bali, aku tengok lagilah banyak itik ni berkeliaran sampaikan ada restaurant yang menggunakan nama itik ni kat restaurant depa, "Bebek Di Tepi Sawah" dan sangat masyhur hinggakan para pembesar negara Indonesia juga mengunjungi restaurant ini.

Marble Arch

Susunan bunga-bunga yang sangat menarik perhatian aku terutamanya pada musim spring. Sewaktu aku di bandaraya Geneva, susunan bunga cantik seperti ini dhiaskan di "jam besar" dan ini menjadi tumpuan masyarakat seluruh dunia! Ishh, kita kan banyak bunga....awat tak buat lagu tu? Atau mungkin aku terlepas pandang. Jadi kalau sapa-sapa pernah tengok susunan dan hiasan seperti diatas di mana-mana bandar di Malaysia, bagitahulah kat aku. Teringin aku nak ambik gambar untuk tatapan semua!

Oxford Street

Lelaki ni berdiri diatas tong ditepi jalan yang sangat sibuk. Laluan jutaan pelancong asing. Dia jugak menjadi ikon dan merupakan daya tarikan bilamana beratus-ratus pelancong akan berhenti untuk mengambil gambar ataupun bergambar dengan dia. Setiap permintaan untuk bergambar akan dituruti. Ucapan terimakasih dengan gerak badan menarik membuatkan pelancong terhibur dan bertepuk tangan. Malangnya seorang "Mime Artist" (betoi ka aku tulis MA ni, atau ada nama lain?), telah ditangkap dan dihalau dari laluan pejalan kaki di bukit bintang. Budak lelaki yang berasal dari ipoh itu mencari rezeki dengan cara tersendiri. Kalau aku, aku akan masukkan dalam kalendar pelancongan dan aku akan galakkan ramai lagi artist seperti ini untuk beraksi di bukit bintang berhadapan dengan maybank dan aku akan lakukan promosi besar-besaran untuk adik-adik sebegini.....

Piccadilly

Bila bas berhenti, aku tertarik pada budak lelaki ni yang sebenarnya melepaskan lelah setelah melakukan kerja-kerja pembaikan bangunan. Cuaca sekitar 20C membuatkan dia terlena sebentar sementara orang ramai teruja dan mengambil gambar dia. Bangunan hebat seperti ini mengingatkan aku pada Italy. Sebuah negara penuh sejarah dan muzium hebat yang pernah aku lawati sewaktu cuti musim Easter dulu.



One of the cafes

Aku sangat meminati cafe-cafe kecik macam ni. Disulami dengan cuaca yang baik, menikmati sarapan pagi ataupun makan tengahari sangatlah mengasyikkan. Aku suka tempat-tempat sebegini bilamana tetamunya berpakaian kemas dan diberikan proper service. Sepertimana yang aku cakap dulu, sewaktu aku di Paris, aku pernah beratur panjang semata-mata untuk masuk ke "Cafe de la Paix" yang sangat femesz tu. Aku tak makan banyak. Cuma black coffee dicicah dengan croissant segar! OMG...awesome sambil menikmati keindahan pemandangan dan juga pejalan kaki yang menggayakan pelbagai fashion musim bunga!


Westminster

Setiap kali aku lihat gambar ni entah kenapa aku teringatkan cerita "Harry Porter". Hiasan tiang lama dan signage yang dijaga rapi menjadikan ia sebagai suatu tarikan tersendiri.....tangga menuju ke lantai bawah sangat "mysterious" bagi aku untuk diterokai. Apalagi jika ia merupakan jalan menuju ke lorong-lorong belakang London zaman dahulu kala.....my next visit, aku akan cuba mencuri waktu untuk menyusuri jalan yang pernah dilaui oleh "Jack the Ripper!"

Menarik

Aku melalui jalan ini yang mengingatkan aku kepada perbualan aku dengan salah seorang bekas perisik. Waktu itu aku bersama beliau sedang menaiki taxi untuk ke "Fortnum and Mason" untuk makan tengahari. Didalam taxi itu, mat salleh pemandu bertanya kepada partner aku tadi apakah kerja dia, lantas dia menjawab "I'm a spy" dengan jujur. Aku kaget melihatkan keterbukaan dia menjawab soalan tadi. Pemandu taxi melihat berkali-kali decermin pandang belakang untuk melihat samada partner aku berjenaka ataupun tidak. Pemandu taxi bertanya apa tugas beliau dan dia menjawab "i'm like james bond!". Pemandu taxi bertanya samada kami mahu melawat Ian Fleming ataupun tidak dan mencadangkan satu kedai yang pemesz dengan "spy gadget" di tengah-tengah bandaraya london! Hahahahahahah.....

London Tour Bus

Aku menaiki bus untuk melihat tempat-tempat menarik di London. Berharga 27 pound untuk seharian suntuk, aku rasa berbaloi! Aku menggunakan earphone untuk mendengar penerangan didalam bahasa inggeris. Namun excitement aku terganggu angkara perbualan kuat 2 orang lelaki di sebelah aku. Depa duduk disebelah kanan aku dan perbualan depa diikuti dengan deraian ketawa manyakitkan hati aku. Teringin untuk menegur tapi tatkala melihat lengan depa yang sebesar peha aku, niat aku terbantut! Yang berbaju orange mempunyai tattoo memenuhi tangan kiri. Ini tambah melemahkan semangat aku untuk menegur. Sekali-sekala depa berpaling kearah aku dan aku senyum tengok depa. Lengan bertattoo semacam ni mengingatkan aku pada waktu aku giat bermain rugby untuk Royal Selangor Club didalam kejohanan Cobra 10's sekitar awal tahun 90 an. Menentang pasukan club dari NZ membuatkan aku bersemangat untuk bermain mati-matian. Waktu itu posisi aku sebagai pemain fullback. Tendangan bola tinggi "up and under" daripada pasukan lawan akan membuatkan lutut aku goyang untuk menangkap bola. Sesampainya bola ketangan aku, rempuhan maha dahsyat daripada fullback depa membuatkan ingatan aku hilang sementara! Hahahahahah...

Alright people, aku akan sekali lagi ke luar negara besok pagi dan jika berkesempatan, aku akan laporkan cerita terbaru dari sana. Atau mungkin juga aku akan bercerita tentang london lagi! Doakan kesihatan aku semoga segala tugasan dapat dilakukan dengan lancar. InsyAllah....till then, good night people!

12 ulasan:

Lady Windsor berkata...

Salam Uncle,
Wahhhh pi makan tengah hari kat Fortnum and Mason ka?? Woohoooo hebatttt! Tak mampu aihhh saya kalu p makan kat situ...nak pi minum tea pun kena pikio banyak kali tu...tapi scone F&M is the best aite!

Errr bagasi balik London dah habis kemas ka? Nak pi Bali
pulak lagi? Isk isk isk...sibuk sungguh naa...

rezeki berkata...

salam uncle

moga selamat semuanya dgn izin Allah jua

selamat bertugas dan selamat jalan, kalau sempat pasti saya menyusul heheheheheheh

rohaizahabas berkata...

wah!saya tak pernah jejak kan kaki ke negara orang tapi bila baca jurnal you terasa rasa macam kat sana..
Terus kan penulisan ..sangat berharga buat you dan anak anak serta orang macam saya ni...

Mak Wardah berkata...

Uncle, jealousnya....Take care

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak tertarik dgn bunga-bunga yg berwarna-warni uncle. Huh... kalau boleh bawa balik M'sia kakak nak uncle bawa balik benihnya tanam kat JB pulak hihi...

Keduanya yg berdiri di oxford st kakak ingatkan monument atau replika. Tak sangka ia hidup. Memanglah kalau kat M'sia lama dan kena hantar Tampoi atau Tj Rambutan... Sana org ambil gambar..

Seronok baca perjalanan uncle. Tunjuklah sovenir yg uncle dah beli nak bawa balik M'sia..

Tanpa Nama berkata...

Salam LW.
Kali ni dah tahu sangat, jadi bawak 2-3 lai baju saja...tak payah nak usong banyak2..F&M tu memang exclusive....itu yang jumpa sorang lagi VVIP tu......MGR dia siap mai jumpa VVIP kita tu...hahahahahahhahahahahah...

Tanpa Nama berkata...

Salam Rezeki.
Mailah sini bawak anak-anak...banyak tempat boleh pergi...kalau perlu bantuan, let me know!

Tanpa Nama berkata...

Salam Ezza Muffinbiru.
Saya cuma bernasib baik. Berjalan kenegara orang semuanya kerana tugas...kalau nak berjalan sendiri mungkin tak mampu! Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Berjalan dinegara sendiri pun saya tak habis lagi...hahahahaah

Tanpa Nama berkata...

Salam Mar Wardah.
Cepat2 simpan duit...ala...go on a budget trip sudahlah....kalau nak nanti Uncle buleh cerita macamana nak buat! Hahahahah

Tanpa Nama berkata...

Salam Kakzakie.
Nanti saya bawak benih cabai...hahahahahah

Alamak, souvenir tu semua dah habeh beydak2 kat orang!!!!!! Tak teringatlah pulak nak ambik gambar...hahahahah...

Nisa berkata...

I miss London. My friends and I only spent 3 days 2 nights there. Satu hari kami pusing-pusing London and satu hari lagi pusing membeli-belah. Hari ketiga terpaksa kembali semula ke Dublin ;_; Tak sempat den nak singgah Piccadily and a few famous tourist spot.

Uncle berkata...

Salam Nisa.
Alamak...awat jadi lagu tu? Mana cukup.....simpan duit, pi london lagi olympics nanti....kalau nak bilik, i have an apartment for rent kat holland park! Hahahahahahah (gelak orang kaya!)

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...