Rabu, April 04, 2012

Not Entry!

Warning!

Sekali lagi tugas aku membawa aku ke Bali. Memastikan semuanya berjalan lancar. Aku sukakan pekerjaan aku lantas, tidak terasa penatnya dan masa jugak berlalu dengan pantas sekali. Sampai di Bali tengahari, tuanpunya hotel penginapan sendiri yang datang menjemput. Hubungan kami akrab setelah hampir setahun setengah aku menginap di hotelnya setiap kali aku ke Bali. Bilik aku selalunya bertukar kerana aku sukakan ambiance yang berbeda.  Katil bersaiz king untuk aku amat selesa sekali. Terasa seperti pulang ke rumah. Waktu-waktu sebegini lantas mengingatkan aku pada katil diasrama sekolah pada tahun 1981 dulu. Waktu itu katil aku double decker dan aku tidur ditingkat atas. Tidak ada papan pengalas membuatkan katil aku melentur kebawah! Kesian kat kawan aku...Setahun kemudian barulah diletakkan papan pengalas......

Sunset..

Aku pergi ke Tanah Lot dan mengambil masa yang panjang untuk bersantai, ngopi sambil menunggu bermulanya Kecak sekitar jam 6.30 petang. Kali ni aku ada banyak waktu. Pukul 4 aku dah ada di situ. Dulu tak sempat nak buat apa-apa dan kemana-mana kerana masih kurang arif lagi bijaksana....at least sekarang ni masih ada waktu. Bayaran masuk ke Tanah Lot dah naik dari RP10,000 ke RP30,000 tepat pada hari aku melawat yakni 1 hb April. Untuk tarian Kecak pulak, tambahan RP50,000 dikenakan. Bagi aku masih ok harganya (exchange in bali is 2850, di Sanur). Kali ni aku tak beli apa-apa pun. Masuk dan terus duduk kat kedai kopi berhadapan dengan ular sawa, 3 round aku minum kat situ sambil tengok orang lalu-lalang yang pelbagai rupa dan saiz! Ini memberikan aku lebih banyak idea untuk menulis. Cukup waktunya aku beli tiket, berjalan santai masuk ke dalam dan duduk diatas platform buluh. Depan aku stage dan belakang aku pulak matahari sedang terbenam!


Bliss..

Aku suka suasana yang sebegini. Tenang bilamana mendengar ombak menghempas pantai. Waktu-waktu sebegini mengingatkan aku pada pantai kecil di depan rumah aku di Henry Gurney Telok Mas dulu. Rumah aku diatas lereng. Hujung minggu aku  akan turun ke pantai yang berbatu dan bermain air. Betul-betul depan rumah aku. Pokok ketapang tumbang ke laut menjadi papan anjal tempat aku "dive". Manakala belangkas pulak menjadi sarapan aku. Rasa betul-betul macam terdampar kat pulau! Itulah yang menjadi modal pembikin-pembikin movie dari Hollywood melamar Tom Hanks untuk menjadi salah satu daripada pelakon depa.....errr..cuma Tom Hanks tak makan belangkas...hahahahahah!

Ramai yang buat wedding photography kat situ..

Ramai sungguh pasangan keatas tu untuk bergambar. Ada yang saja suka-suka dan tak kurang yang mengambil gambar pra-perkahwinan walaupun depa sendiri tahu yang kemungkinan besar depa tak akan kahwin! Hahahahahah.....Manakala pasangan yang tak sempat kahwin pasal terjatuh gaung pun ada! Hebat sungguh Tanah Lot ni! Ombak agak deras dan peluncur-peluncur yang terdiri daripada penduduk tempatan mula membanjiri kawasan. Aku suka tengok tapi tak pernah mahu mencuba kerana aku kurang minat dengan surfing ni. Yang aku ingat tentang tentang surfing ni cumalah lagu "Surfing USA" kalau tak salah aku!



Aku!

Ni masa aku dalam perjalanan nak ke tempat Kecak diatas bukit tu. Letih aku jalan. Turun 2 kilo setengah! Tiket dah pun dibeli awal-awal lagi dan penonton dah pun memenuhi ruang. Dari segenap pelosok dunia. Tepat jam 6.30 malam, persembahan kecak pun bermula. Yang bagusnya disini, bahasa di dalam tarian kecak itu dilakukan didalam pelbagai bahasa kerana tetamunya dari pelbagai negara. Ada bahasa Sanskrit, Inggeris, Jepun dan bahasa Indonesia dan ditariknya salah seorang penonton untuk melakonkan satu babak, katanya lebih dekat@seru! Jadi aku dan penonton-penonton lain lebih memahami jalan certanya...
 
Jauh disebelah kanan gambar ialah stage untuk persembahan..

Kali ini banyak tempat-tempat makan yang berjaya aku kunjungi. Malam pertama aku makan di hotel saja. Malam kedua aku makan di sebuah restoran yang agak mewah dengan seafoodnya yakni "Bale Udang Mang Engkin" di Nakula Timur, Denpasar, +623618947007. Pondok-pondok terletak diatas kolam yang mana tetamu boleh mencecahkan kaki kedalam kolam sambil digigit-gigit kecil anak-anak ikan. Jangan risau kerana kaki anda akan masih cukup sifatnya setelah membayar bil! Hari ketiga aku makan tengahari di Natrabu, Sanur manakala malamnya pulak aku ke sebuah restoran di Ubud. Bagus tempatnya dan sedap masakannya. Lupa aku namanya. Malam seterusnya aku ke Cafe Wayan. Kalau di google cafe ni, kita akan jumpa dan Cafe Wayan tersenarai sebagai salah satu Cafe yang terbaik di Bali. Macam biasa, menu aku mesti ada gado-gado kalau aku makan disini kerana aku nak cari keunikan rasanya berbanding dengan kita. Tempat-tempat makan yang aku kunjungi adalah tempat-tempat yang aku reccommend kepada sesiapa saja yang datang ke Bali. Aku tak akan reccommend tempat-tempat yang tak bagus kerana itu akan mendatangkan sedikit rasa bersalah didalam diri walaupun aku tak kenal semua pembaca blog merepek aku ni! Dan satu lagi, aku tak dapat commission...hahahahahahah!

Aku tak pasti samada depa hidup atau mati lepas bergambar!

Selepas menonton, aku terus kembali ke Ubud. Sampai Ubud dah pun pukul 9 malam dan badan terasa sangat lemah. Aku teguk satu botol air bersaiz besar dan terus keluar untuk berjumpa dengan partner disalah sebuah restaurant yang aku selalu terlupa nama walaupun dah berkunjung sebanyak 3 kali! Hahahahahah...Had a not so small dinner....balik saja ke bilik, santai di balkoni, aku terus menyambung kerja-kerja yang terbengkalai dan kembali merancang program untuk  keesokan harinya. Aku masuk kebilik dan melelapkan mata pada pukul 2 pagi. Pukul 6 nanti aku dah nak bangun untuk menguruskan apa-apa yang patut untuk hari yang baru! Itulah aktiviti aku selama di Bali pada trip kali ni. A hectic week indeed but that's what I really love doing! Mencari rezeki halal untuk anak-anak dan isteri di KL.....Have a pleasant week ahead people! 

4 ulasan:

Kakzakie berkata...

Bali lagi uncle... seronok kakak melihat putaran hidup uncle. Warna-warninya berbagai.

Makanan yg berbagai juga pasti menggamit bila balik KL. Rajin juga uncle meredah banyak tempat utk menikmati hidangan di sana.

Tempat bergambar tu; uncle cuti gambar couple tu ye hihi... pre-wedding mereka tu agaknya. Tapi cantik memang tempat tu..

Uncle berkata...

Salam Kak Zakie.
Perjalanan saya memang berwarna-warni. Cita-cita saya harus dipenuhi. Ada another good 20 years in me....semuanya demi keluarga yang tersayang....

nohas berkata...

Salam singgah, uncle,

Bali memang menarik, ada juga Kecak dance di Tanah Lot, kebanyakan tengok di Uluwatu

Uncle berkata...

Salam Nohas.
Kecak juga boleh ditonton di Ubud cuma settingnbya saja yang berbeza, tapi saya suka yang di Tanah lot sebab didalam pelbagai bahasa...

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...