Rabu, Mac 21, 2012

Curry land Part1

Salam semua. Beberapa hari ni aku jadi ter"busy" buatan sendiri disebabkan aku sedang berada ditempat baru. Selalunya macam tu lah. Will take a bit of time to acclimatise...hahahahahah. Aku datang sini tanggal 15 jadi aku bagitahu kat kawan aku si Matt London ni yang aku akan sampai epot tanggal 16....yang sebenarnya aku sampai sini on the same day pasal time kat sini dibelakang kl sebanyak 8 jam! Adoi...apa nak jadi dengan aku ni? Aku ada cerita dulu-dulu yang aku ada sorang kawan lama yang aku dan rakan-rakan lain panggil "Matt London". Kami panggil nama tu sebab Matt mempunyai fashion taste yang lain daripada lain pada zaman tu...(awal 80-an). Taste Matt sentiasa up to date....zaman-zaman Sex Pistol (nama band ni ya...) dll yang sewaktu dengannya, termasuklah U2 etc.
student baru sampai....

Sesampainya aku ke Heathrow selepas naik kapalterbang selama 13 jam dan habis 7 movies aku tengok tanpa pejam mata, pakai jacket, capai beg galas yang aku pinjam dari Yuya, menapak ke immigration untuk check passport. Banyak dia tanya kat aku. Aku jawab soalan objektif dengan menandakan "semua yang diatas!". Hahahahah...clear....bila dah keluar aku minum kat COSTA sat. It seems that COSTA is the best cafe in london comparing to starbucks! Menjadi permintaan ramai orang, tua, muda, miskin dan kaya. Terus menuju ke kereta yang menunggu dan aku terus ke hotel. Somewhere at Bayswater dan sebelah dengan Hyde Park dan Notting Hill. Satu jalan ke Oxford Street dan short walking distance ke Marble Arch.

matt london...sah2 perosak diet aku!

Esok pagi Matt dah buat gila datang ke hotel jumpa aku dan kami sama-sama melantak nasi lemak kat malaysian hall...mak aii...aku nak diet lah!!!!!! Tolong......lepas makan, aku bergegas ke Whiteley sebab ada meeting tak rasmi kat situ. Dekat sangat dengan tempat aku. Naik ke tingkat 3 dan sementara menunggu, aku minum kat starbucks pulak...aku pusing satu bangunan cari Pelita tapi tak jumpa!

bas nak ke ampang/kpg pandan

Petang-petang sikit bila agak-agak dah nak malam, aku pelan-pelan menapak ke Holland Park area untuk perjumpaan tak rasmi seterusnya. Banyak yang dibincangkan. Lepas 1 jam kalau tak salah aku, Matt datang jemput aku untuk dibawak balik ke hotel. Aku rasa kalau aku balik sorang-sorang mungkin esoknya aku dah ada kat Cardiff! Hahahahahahah.....walhal jalan kaki dari Holland Park ke Bayswater melalui Notting Hill (remember the movie by the same title?) cuma mengambil masa selama 25 minit saja. Senang dan sedap sebab temperature berada didalam lingkungan 15C. Matahari memancar-mancar pada waktu siangnya!


hujan la pulak...

Aku ke Portobello Market pada hari Sabtu pagi sebelum ada satu lagi meeting pada petang harinya. Hujan lah pulak....aku kena cari souvenir untuk anak-anak dulu...aku punya tak pa sebab aku tak penting...tsk...tsk...Panjangnya adalah dalam lebih kurang 2-3 kilometer. Habis aku pusing sampai kepala aku sendiri pun pusing...hahahahahah....beli satu jadi dua...beli dua jadi tiga...pergh...tak boleh jadi ni...

tempat gila....rambang mata street!

Kedai-kedai sepanjang jalan diwarnakan dengan warna-warna yang menarik sampai aku jadi kelabu mata...semuanya aku nak masuk. Pergh...happening.....happening......ok esok insyallah aku akan sambung lagi....aku nak keluar sekejap ya...ambik angin....ok people...till then.....pleasant week ahead ya!

16 ulasan:

Lady Windsor berkata...

Salam Uncle,
whoaaa dah sampai kampung pandan yer..itu bas berwarna merah...heheehe..tiket lima posen ke berapa?

Hmm ok jangan lupa kirim salam pada pakwe saya, Pak Awie tokey nasi lemak berhantu tu...sedap gila kan nasi lemak tu..memang diet hancus!

Errkk beli souvenir untuk saya juga, saya kan kakak kepada Yuya..(saya perasan, sila bluerkk) kihkihkih!

kucingorengemok berkata...

kari omputih mana sama dengan kari orang penang! hehe

uncle, buat la siri bergambar dengan pintu :)

Kakzakie Purvit berkata...

La.... dah terbang ke negeri mat salleh ye uncle. Auntie tak ikut ke? Kalau macam tu kena beli banyak souvenir utk yg ditinggal.

Musim hujan juga di sana ye..

Ibu n Abah berkata...

Uncle..
Akak pernah sekali ke London..
Mmg best...
Teringin nak gi lg jika ada rejeki....

awang berkata...

Salam Pak cik


Waaa banyak la tu brg yg nak di beli, itu pasai pusing kepala, hahaha jgn lupa Buah tangan dr sana hehehe

Uncle berkata...

Salam LW aka Kakak Yuya.
Uncle pi makan kat Tok Din. Siap dok bersembang lagi...maklumlah dia pon penang...kampong kastam...sebelahlah dengan brown garden. Had mee curry walaupun tak pernah wujud dalam menu dia...table sebelah dok jelin sssiiiaappp-sssiiiaaapppp....nak terkeluaq bijik mata...Uncle dengan Matt dok slurpp bagai nak gila! Hahahahahah

Uncle berkata...

Salam KOG.
Cerita ni memang bersiri dan berhantu...macam siri Bercakap Dengan Jin tu...but "pintu" tu apa menatang?

Uncle berkata...

Salam Kak Zakie.
Yes dah sampai kat sini last week. Rasa2 aunty tak ikut pun tak pa kot...sometime it's easier to move around alone...hahahahahah

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Eh sama lah kita...btw, Uncle masih tak berminat kat sini walaupun la ni dah ada kat sini....hahahahahah tak tahulah pasal apa but I like to watch people dan fashion sense depa sangat menarik....itu yang saya suka!

Uncle berkata...

Salam Awang.
Bukan setakat "buah tangan" saja Uncle cari dan jumpa..."buah amra" pun ada jugak...hahahahahah...mailah sini...ala...13 jam ja....serupa macam reja 2 shift aih....ala...masa TS pi sana dulu buleh reja sampai 16 jam...ni flight 13 jam apa ada....hahahahah mailah3...

Lady Windsor berkata...

Salam Uncle,
Wahaaa dok sssiapp ssiaapp mee curry tu ka? Mesti orang sebelah tak menahan apa bende la u all makan kan..saya dok ketagih nasih putih dan ayam goreng kunyit kat Restoran Bonda kat Mara House tu..sekali dok ingat ka sirap bandung tu RM2 hengget je segelas, bila kira balik hwaaaa RM15 hambekkk...terus merah mata memikirkan...isk..memang Kg Pandan tu mahal bebeno sara hidupnya...

Tanpa Nama berkata...

Amboi! jalan sorang2 tak bawak autie, tak boleh jadik ni.. silap2 sesat kat SOHO pulak tu nanti.

Uncle berkata...

Salam LW.
Aik Mara House kat mana? Mara Hostel ada lah....semak-samun macam kat Taman Rimba! Serious tak tipu...they really have to do something about it...Gambaq Tuanku Mizan pon ada lagi.....tak kena sungguh aih tempat tu!

Uncle berkata...

Salam Tanpa Nama.
Eh Soho tu tempat apa? Ada dalam peta ka? Tu kot yang depa kata ada menari traditional ataih meja! Nanti pi check! Wink!!!!

Lady Windsor berkata...

Salam uncle,
Ye la tu kot Mara hostel...kami kami masa pi dok penggei mara house...dulu pun semak lagu tu jugak...tapi foodnya boleh tahan...

Uncle berkata...

Salam LW.
Malang sungguh tempat tu....sayang dan malu kalau orang tengok...Gambaq Yang Di Pertuan Agong pon yang lama lagi....sedehhhh

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...