Selasa, Februari 28, 2012

Lurah Bilut

Felda Lurah Bilut

Ini first time aku ke Bentong manakala aunty pulak mati-mati kata aku pernah kesana dulu. Aku confused! Abang ada perlawanan bola kat sana dan prior to that ada aku bagitahu abang yang aku akan kesana nanti tengok dia lawan bola. Aku nampak muka dia happy sebab aku akan pergi tengok dia beraksi. Tapi last minute meeting with lunch membuatkan aku terpaksa membatalkan rancangan aku ke Bentong dan aku terpaksa mencari alternative lain untuk abang ikut mana-mana parents yang nak ke sana. Selepas aku selesai meeting dan bagitahu aunty suruh pick-up aku, tiba-tiba dia tanya kat aku samada aku masih ada waktu kalau nak ke Bentong, Pahang. Jam dah menunjukkan pukul 3.30pm manakala perlawanan pulak dijangka berlangsung pada pukul 5 petang. Aku bergegas kesana dengan aunty yang memandu melalui DUKE. Nasib baik aunty pikir panjang dan ambik DUKE. Kalau tak, mungkin game dah nak habis barulah kami sampai!
SYAME berperisa oren....terlampau banyak coloring dan terlalu manis!

Kami sampai sedikit awal dari perlawanan. Tekak terasa haus maka kami terus ke gerai berdekatan. Btw, aku tak sangka yang untuk ke padang bola di Lurah Bilut tu kami terpaksa melalui simpang nak ke Fraser's Hill! Ohhh sini ka....baru aku tahu! Hahahahahahah...bijak geography sungguh aku! Minum di warung tu aku ternampak satu botol oren warna oren yang tertulis name SYAME. Aku cuba dan mintak sebotol. Alamak, manis nak mampus.....dan nampak sangat pewarna yang dipakai tu terlalu banyak sehingga menimbulkan rasa ragu-ragu aku pada SYAME. Good try though tapi lain kali kalau nak buat sesuatu, buatlah baik-baik. Falsafah Cheng Ho ni selalu aku pesan pada adik-adik termasuklah staff aku dimana-mana saja. Aku cakap kalau nak buat hotel 2 bintang tak jadi masalah.....tapi buatlah dan jadikanlah hotel 2 bintang tu yang terbaik didalam kategori 2 bintang. Malangnya dalam hal ini, especially business orang kita, depa ni selalunya ada duit tapi tidak mempunyai expertise. Jadi depa senang ditipu kiri dan kanan. Ini selalu berlaku didalam industri F&B. Selalu aku berpesan, nak bukak restaurant ni bukannya mudah. Depa tak percaya....depa kata depa ada duit dan depa kata orang nak makan 24 jam...ya lah aku tahu orang nak makan 24 jam tapi depa tak sedar yang business restaurant ni memerlukan depa berada di site 24 jam jugak! Cashier cilok duit dengan tak punch ke system ataupun depa ambik duit float, kemudian pi beli ayam 20 kilo, 2 kilo hantar balik rumah....satu lagi orang kita cepat gelap mata.....katalah kita pi sign contract dengan towkay ayam selama 12 bulan, towkay ayam akan hantar ke restaurant dan ke rumah, 2 ekor ayam 2 kali seminggu. Tuan punya restaurant tak tahu...Aku pun heran. Yang tu dah terang lagi bersuluh menyalahi etika kerja. Depa tak nampak yang ni semua. Manakala tuan punya restaurant dok seronok bagitahu orang rata yang dia ada restaurant. Dia tak tahu kat belakang dah "bocor". Last-last lepas 6 bulan, tutup! Tu lah yang berlaku selalu....jadi pada adik-adik yang nak buat business makan dan minum ni, berhati-hatilah...mai lah jumpa Uncle yang tak pandai ni. Uncle akan cerita dan ajar dengan percuma. Tak payah hantar ayam 2 kilo ke rumah Uncle! Hahahahahah...dak aiihhh, Uncle ikhlas nak membantu adik-adik yang nak buat business makanan dan minuman. Uncle akan guide dari mula....mai chek mai....bila dah berjaya, ucaplah terimakasih kalau jumpa Uncle...Uncle akan berbangga dengan kejayaan adik-adik semua! 


Abang dok tunggu bola!
Aku teringin nak tengok kejayaan abang dalam pelajaran dan bolasepak. Bukan aku tamak tapi dari segi bolasepak, aku nak dia lebih cemerlang dari aku yang setakat berbangga bila dapat main ragbi dan takraw untuk negeri ke MSSM atau kejohanan lain dulu. Takat tu saja kejayaan sukan aku. Terbantut sekerat jalan sebab sukan tak dilihat sebagai career pada waktu itu. Tapi la ni dah berbeza. Makanya, aku nak abang excel in both dan pelajaran akan menjadi sandaran bila bersara dari sukan nanti. Abang mempunyai bakat dan saiz. Tapi aku rasa masih ada kelonggaran didalam permainan abang. Agak kurang matang lagi. Nah, macamana aku nak "jual" abang ke kelab-kelab ternama? Pada readers yang dok baca entry ni mungkin dia akan tersenyum dan tergelak bilamana aku kata aku nak "jual" abang pada kelab-kelab ternama. Tapi itulah hakikatnya. Aku memang nak "jual" talent abang pada kelab-kelab luar. Being a sportsman is a career now. Aku ingat lagi dulu masa main untuk negeri, aku dapat RM5 duit makan. Tapi la ni gaji dah dekat RM100,000 sebulan. Tak mustahil dan SS dah membuktikannya. Cerita pasai SS ni, masa aku ke KULIM dulu, sepanjang jalan lebuhraya utara-selatan, ada billboard@papantanda iklan scooter SYM buatan Taiwan. Since SS yang jadi duta untuk scooter SYM ni, dia jadikan SYM tu sebagai = Safee Yang Menunggang! Aku gelak sorang-sorang diikuti oleh pemandu-pemandu lain di lebuhraya utara-selatan.....

Takdak kerja

Gambar kat atas tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati....kenyataannya, aku gatai tangan. Fullstop. Gatai sebab banyak semut gatai dok menjalar kat kaki dan tangan aku. Sakit bila dia ketit!

Di Pak Ya Chinese Muslim Restaurant

Nanti kalau aku rajin, aku akan ceritakan sikit pasal Pak Ya Chinese Muslim Restaurant ni. Menarik dan sangat berjaya. Restaurant yang simple set-upnya tapi sedap dan berpatutan harganya. Aku makan char kway teow, siakap kukus, daging black pepper, ayam lemon, pucuk keledek belacan dan apa tah lagi beserta dengan 5 minuman, baru RM105. Aku rasa berbaloi. Tak lah mahal sangat. Kalau pi makan kat hotel mahu kena sembelih beratus-ratus tu. Confirmed!
Yuya pun tunggu bola!

Yuya pun  gila bola. Dia main goalkeeper. La ni tengah berusaha untuk mendapatkan tempat didalam kesebelasan utama team Sekolah Taman Nirwana. Walaupunmasih didalam peringkat sekolah, kesungguhan Yuya tak aku nafikan. Seperti jugak dengan abang, aku rasa Yuya akan pergi lebih jauh lagi sebab Yuya mempunyai advantage jangkamasa yang masih panjang. Baru 11 tahun, jadi target aku pada depa masih berbaki banyak tahun lagi untuk Yuya. Target bolasepak untuk anak-anak aku mudah saja. Sebelum umur 16 tahun, depa dah kena sign dengan mana-mana kelab hebat di rantau ni. Kalau tak berjaya, pesan aku, "Back to school!". Have a good and productive week ahead people!

14 ulasan:

kucingorengemok berkata...

ooo, perkara 'bocor' tu ada kat semua level ye, hatta bisnes restoran pun... ingatkan banyak kat dunia korporat je

azieazah berkata...

Salam UNCLE.
Entri ni terlupa bubuh tajuk eh?Pi bubuh cepat.

“Jual” talent anak adalah suatu matlamat dlm bidang sukan. Teruskan!

Kena semangat yang gigih, jitu lagi berterusan. As parents yang prihatin, sokongan Uncle dan Aunty adalah segala-galanya.

Ibu n Abah berkata...

Insya'Allah...
Abang dan Yuya akan menjadi pemain bolasepak profesional seperti Messi dan Nasri...

Lady Windsor berkata...

Salam Uncle,
Waahh jauhnya abang pi lawan football...moga bakatnya itu boleh bawa abang pi jauh jauh nun..kalahkan SS yang menunggang tu...hikhikhik!
Err Yuya pun tak mau kalah tu posing kemain atas padang bole tu yek..

Ok ini statement tak de kena mengena dengan entry..milo tarik percuma adalah yang paling sedap di dunia...hik!

rezeki berkata...

salam uncle

betul kata uncle

ilmu mesti ada kalau nak mulakan sesuatu perniagaan tak kira kecik atau besar, kalau tak tahu kita belajar dan bertanya .

Uncle berkata...

Salam KOG.

Ke"bocor"an bukan saja berlaku didalam perniagaan bahkan di dalam hubungan suami isteri juga.....sorang "pergi kerja" manakala sorang lagi "buat kerja.....".

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

Tajuk dah masuk...hahahahahahah....tapi itulah, semangat uncle untuk melihat kejayaan anak-anak amat berkobar-kobar. Uncle mahu depa capai apa yang uncle tak tercapai dulu. No matter what it takes, uncle akan sentiasa mendorong minat depa! Bukankah itu tugas ibubapa?

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

Saya harap macam tu lah...nanti kalau pencen, jadi tukang kilat boots jadilah.....dapatlah habuan RM23,000 sebulan......

Uncle berkata...

Salam LW.

1) SYM="Safee Yang Menunggang"....hahahahahahah kelakar nak guling2 atas hiway Utara-Selatan!
2) Milo ais adalah minuman kesihatan yang terbaeeekkk....especially kalau minum kat LEEYA'S.....hahahahahahahah...sshhhhh jangan habaq orang lain!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.

Itu pesanan Uncle untuk adik-adik yang nak meniaga. Meniaga burger sekalipun....jangan main tibai grill burger tu sampai kering dan keras macam selalu kita tengok...dia siap belah tengah lagi.....dia tekan, tonyoh atas grill sampai habis juice semua keluar! Nah....yang tu pasai tak bertanya!

Kakzakie Purvit berkata...

Tidak mustahil abang boleh berjaya macam SS. Punya mummy dan daddy yg menyokong kakak percaya dia boleh. Betul sport sekarang dah jadi satu karier yg baik. Kalau kakak ada anak lelaki pun kakak hantar ke sekolah sukan. Di Kota Tinggi ada sekolah ini.

Belajar business makan memang betul uncle tak mudah. Kakak awal-awal memang tak bolehlah...
Uncle memang ada talent dan tak lokek ilmu itu kakak pasti/tahu.

awang berkata...

salam pak cik,



laaa dah dekat dahhh, awat tak lajak maiii blh makan dalcha hj moonal, apa pun harap2 abg dapat capai cita2 dia dlm bidang pelajaran dan sukan,,,

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.

Anak pompuan saya nanti pon saya akan galakkan bersukan jugak. Squash ka.....renang ka.....apa-apa pon tak pa janji berjaya! Saya cuma boleh menumpang seronok....tapi kalau depa tak minat, saya tak paksa!

Pasai tak lokek ilmu tu, saya teringat pepatah Cheng Ho dulu mengatakan "kalau tahu, ajarlah orang lain....simpan pun buat apa....last2 karat, lupa dan tak berguna lagi..." Jadi tu yang saya amalkan dan saya terapkan pada anak-anak saya. Abang for example, belajar elok sikit dari kawan-kawan dia...jadi setiap prep malam dia akan conduct a small study group in order to assist kawan2 bola lain yang agak ketinggalan. The beauty of it is, he refreshes his mind and study harder pasal takut kawan tanya dan dia tak boleh jawab! But my point is, whatever it is, "berkongsilah" be it wealth, knowledge or whatsoever. At the moment saya masak ditempat kerja dan selalu masak lebih supaya rakan2 kerja saya dapat makan sama-sama! Bila depa makan, saya senang dan tenang. Knowing that they can save some money!

Uncle berkata...

Salam Awang.

Yo3X.....nak lajak? Tak pa nanti kalau ada duit lebih saya akan lajak kesana but what's the best rate that you can offer? I might be taking 2 connecting rooms. Anak2dah besar!!!!!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...