|
Sapa tu?
Giant company ada talipon aku last week bagitahu nak datang tengok tempat. Aku kata ok dan selang 2 hari depa datang melawat tempat aku sambil menyatakan hajat untuk membuat video shoot untuk Hazama bagi rancangan akan datang depa. Selepas beberapa jam dan beberapa hari kami berbincang, barulah kata putus dibuat dan persetujuan termeterai! Semuanya berjalan lancar dan tepat pada waktu dan hari yang ditetapkan, the whole production crew sampai. Taklah ramai cuma lebih kurang 30 orang saja yang ada malam tu! Serupa buat kenuri pun ada! Aku tengok crew dia sungguh bersopan santun! Tanya aku mana toilet....jemput aku makan dan jemput aku minum! Even Adira pun ucapkan terimakasih dan selamat malam kat aku masa depa habis shooting pukul 2 pagi! Amboi...sopan sungguh penyanyi-penyanyi baru ni....lain pulak dengan apa yang aku baca kat surathabaq selalu! Alhamdulillah..."orang berbudi, kita berbahasa!". Amalkan sifat dan sikap yang macam tu, insyAllah anda semua akan melangkah lebih jauh lagi!
|
|
Sebelum shooting!
4 tempat digunakan untuk 4 lagu Hazama. Pool area untuk lagu pertama dan interview session, tangga untuk lagu ke dua, suite untuk lagu ke tiga, mezanine untuk interview ke dua dan dining area untuk lagu ke empat. Semua lagu-lagu dia aku suka sebab jiwa kami sama...yakni jiwa remaja! Hahahahaha....seminggu sebelum tu aku ada bagitahu kat family aku yang Hazama akan datang. Marinalah yang paling horey-horey sebab dia peminat nombor satu! Aku jadi letih sebab in total, 456 kali dia tanya aku dalam masa beberapa hari! Marina tak sabar nak jumpa Hazama. Pada hari yang ditetapkan yakni hari Khamis lepas, Hazama sampai pukul 6.30pm walaupun shooting cuma akan bermula pada pukul 8 malam. Dia datang dan bersalam dengan aku setelah diperkenalkan sebagai "tuan rumah!". Very simple and very down to earth. Kami sempat melepak ditepi pool sambil bercerita tentang plan masa depan dia. Aku sempat berpesan kat Hazama agar sentiasa berjimat-cermat sebab dunia hiburan ni tak tentu hala...sama jugak macam masa depan aku! Hahahahaha.....
|
|
Prop for the 3rd song..
Production crew bekerja dengan sungguh professional sekali. Semuanya mengikut jadual yang ditetapkan. Tak adalah kecoh-kecoh....Aku tak sempat nak cover semua tempat tapi menonton dan mengikuti semua pergerakan hanya melalui CCTV yang aku boleh lihat dari lappy aku. Kalau nak ikut depa satu-satu, jenoh aku turun 5 kilo...anyway, setiap pergerakan dapat aku monitor dari office cuma sekali-sekali yang tersasar tu aku cepat-cepat pergi dan tegur. Alhamdulillah....adik-adik ni semua sangat bagus.....tak ada yang terlebih. Rambut panjang tapi bersopan walaupun depa ni semuanya sessionist yang hebat-hebat dinegara kita! Aku berbangga dapat bekerjasama dengan anak-anak muda yang semacam ini.
|
|
Untuk video clip aku pulak! Hahahaha... |
Marina tak berkelip mata.....waktu dia didukung Hazama, mulut Marina terkumam-kumam senyum meleret-leret.....bila Hazama cuit pipi dia, terkemut-kemut Marina tunduk! Hahahahahaha.....EP berjanji dengan aku yang dia akan wrap up pada pukul 2 pagi dan seperti yang dijanjikan, tepat pukul 2 pagi, depa habis dan sorang demi sorang mula bergerak keluar! Tepat jam 3 pagi, Hazama datang jumpa aku kat depan bersalam dan mintak maaf kalau dia terkasar bahasa dengan aku sepanjang beberapa jam kami bersama tadi......pelan-pelan dia masuk kereta dan balik.....
6 ulasan:
syoq eh marina jmpa hazama.. tp ankel sepet ckup marah sbb xajak.. adira tuuuu, comey kot..!!
Bestnya uncle - terus mantop/meletup hotel uncle. Tahniah dari kakak. Mana tahu next ada shooting filem pulak.
Kalau kakak jadi Marina pun exited bila org yg kita minat tetiba ada depan mata. Siap kena dukung lagi mestilah huiii gahnya hati dia walau malu-malu - biasalah budak perempuan...
Salam Pet.
Jangan marah.....btw, adira memang chomeii......dia pon bagueh...sopan pulak tu...tapi tak taolah mungkin depan uncle saja kot...harap2 tak lah...
Salam Kakzakie.
alhamdulillah setakat ni ok...lepas ni mungkin ada banyak lagi program yang akan dibuat!
Salam uncle,'
perghh Hazama tu...uncle semalam saya isi minyak keta kat sungai long, tetiba ada satu mamat ni pun sedang isi minyak keta di belakang keta saya...bila saya tengok, muka dia sebijik macam hazama...tegezut saya. saya pandang lagi sekali...eh ya hazama...
ok itu saja..hazama juga kan...kehkehkeh!
Salam LW.
Kalau VIVA Puteh tu dan berplate number.......dia lah tu! Sampai la ni Uncle nak kata yang dia tu sora sedap, perangai kat depan Uncle pon sedap mata memandang! Uncle tak pernah suka artist sampai lagu ni...tapi bila dia dukung Marina dan ambik gambaq dengan depa, Uncle rasa sejuk hati....ada sekali tu, dia tengah tukaq baju dan Marina lalu, dia mintak maaf kat Uncle sebab Marina nampak dia bukak baju walaupun cuma "intention" nak bukak sebab kena tukaq costume for the next shoot! Again, Adira is so sweet....her smile is so......sweet...I do not mind working with this group of artists again next time....Shahir is coming up! Oooppsss....
Catat Ulasan