Khamis, Jun 07, 2012

Jalan Lagi Siikiiit!

Marina happy macam kat Venice!

Sampai sekarang aku masih bercerita pasal Melaka dengan anak-anak. Depa happy. Aku pun happy. Sebab penting aku kesana ialah untuk melihat sebuah rumah di Alor Gajah. Ada tetamu yang akan kesana pada tanggal 1hb Jun tempohari selama 2 malam. Anak dia nak masuk ke ITM kat Lendu. Jadi sebelum tetamu aku kesana, aku kena pergi recce dulu pastikan tempat tu sesuai untuk depa. Semasa aku membesar di Melaka dulu, aku tak pernah ke Alor Gajah. Lalu kat situ adalah! Rupanya tempat tu taklah jauh dari Pulau Sebang. Kenapa Pulau Sebang? Masa aku kat SDAR dulu aku ada sorang kawan yang duduk kat situ....Tadi petang aku berkesempatan berbincang dengan tetamu aku yang akan buat function pada hari Jumaat nanti. Sembang punya sembang, terkeluar cerita pasal durian. Katanya sekarang ada durian yang lebih "power" yang dipanggil Durian Paka (kalau tak salah aku). Harga biasa sekitar RM22 sekilo! Makkk aiii...mahalnya! Dia makan sewaktu dalam perjalanan nak ke Pulau Sebang....What a coincidence! Cerita pasal mahal ni pulak, last weekend aku ke marrket. Nak makan siakap steamed, jadi aku ronda satu marrket cari siakap. Ada satu gerai tu jual. Sekilo RM19 woooo...."mahalnya sharonnnnnn" (macam Burn dgn Sharon). Since aku nak makan punya pasal dan since Aunty W suka memasak bagi kami makan sampai buncit, makanya aku beli jugak 2 ekor. And guess what? I paid RM30 for 2 ikan siakap! Masak dekat satu jam, makan cuma 5 minit siap cicah ayaq assam...bliss! Lepas tu terbongkang for 3 hours tak sedar diri! Hahahahaa..


Alfonso d'Albuqueque menyesal tak datang sekarang!

Dulu aku suka naik "merry go round" yang macam ni tapi sekarang tak lagi. Masa aku naik Eye On KL kat tasik Titiwangsa dulu, tiap kali sampai kat atas, masa tu lah dia nak berhenti. Bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali! Pergh....angin kuat pulak tu...goyang sana goyang sini...ishhh...masa aku naik kat Pesta Pulau Pinang tahun 1975 dulu tak ada pulak macam tu! Then sekali tu aku naik "Space Mountain" kat Tokyo Disney, beratur punyalah panjang sampai 45 minit baru nak dapat satu ride, tapi naik tak sampai 3 minit....walaupun tak sampai 3 minit, aku rasa macam destinasi tu tak sampai-sampai! Rasa macam nak terkeluar isi perut aku. Dah lah "ride" tu indoor....kena pulak berliku-liku....isshhh menyesal aku naik, bila aku keluar dari situ, aku masuk balik dalam line yang mula-mula tadi, beratur lagi 45 minit....hahahahaaa...all in all, aku naik ulang-ulang sampai 3 kali! Puas bayar mahal!


Ni notice di kedai yang jual ais kacang tu..

Dalam zaman yang serba canggih ni, kedai favourite aku yang jual ais kacang mengambil pendekatan yang berbeza. Aku gosok mata sampai 13 kali sebab masih ada notice dikedai famous yang ditulis tangan! Mungkin ini specialty dia....tapi aku suka sebab nampak yang waktu tak berganjak dari kedai tu. Susunan dibelakang cashier counter masih sama, sign board kat luar kedai masih sama, kerusi dan meja dikedai masih sama, menu masih sama dan toilet yang terletak kira-kira 15 meter kebelakang dari kedai juga masih sama. Masih kena mintak kunci kat tuan kedai sebelum dia bagi pergi toilet! Hahahaha...


Long San along Melaka river!

Ni lah pemandangan kedai Long San yang aku cakap dalam entry yang lepas. Memang "long". Aunty W kata tuanpunya kedai ni mungkin keturunan "Long" yang ke-3 berdasarkan kepada perkataan "san" yang tertulis yang membawa maksud 3 didalam bahasa Jepun dan jugak dialek Mandarin! Betul ke tidak aku tak pasti tapi selalunya, telahan Aunty W jarang tersasar! Aku cuma minum hot barley manakala yang lain-lainnya macam-macam depa order. Nasi goreng lagi pelbagai...itu lepas depa makan satay celup kat Bandar Hilir tepi jeti river cruise! Aku pulak dah tak larat nak makan sebab terasa guilty of the first degree!



Pineapple tart...best in the world, available di jonker's street!
Macam-macam tart nenas dah aku makan. Pelbagai tempat dah aku rasa. Tapi tart nenas terbaik yang pernah aku rasa, pastinya di sini...freshly prepared dan kita boleh tunggu sebelah oven! Boleh gemuk kalau tiap-tiap hari dok hidu bau tart nenas jonker walk ni. Aunty W memang gilakan makanan ni. Satu tupperware berharga RM14.  Dia beli 2 dan masuk kat dalam kereta, 2-2 tinggal tupperware kosong...nyop-nyap.....nyop-nyap.....sampai bersembur serbuk tart kat dalam kereta bila kami bergelak sakan! La ni tart nenas tu ada install dalam kepala otak....kacaulah kalau nak makan tart nenas kena pi melaka! Tapi aku heran sungguh pasai apa kat kl ni aku tak jumpa tart nenas yang sebagus tu!


Mengadap sungai..

Aku ada tulis dulu yang aku sukakan bangunan-bangunan lama di Melaka yang di pelihara baik. Dari luar sampailah kedalam semuanya terpelihara seperti asal. Ukiran pada dinding, pintu, ceiling dan semua ukiran dibuat semuala mengikut lukisan dulu. Aku terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut idea siapakah dibelakang pemuliharaan ini semua. She must be a genius! Teringin aku nak jumpa dengan orang di belakang tabir ini untuk mengucapkan terimakasih secara ikhlas kepada beliau. Makanya kawasan tersebut mendapat pengiktirafan dunia! Kalau di London dulu, setiap rumah lama yang dulu nya dihuni oleh cendikiawan, sasterawan ataupun tokoh tersohor, akan diletakkan satu tanda nama di dinding bangunan tersebut dengan menyatakan bahawa rumah tersebut pernah didiami oleh seseorang ternama dari tahun berapa ke tahun berapa. Aku rasa idea ini sangat menarik agar menjadi bahan rujukan kepada generasi baru yang mungkin hanya mampu membaca sahaja sejarah silam si penghuninya di buku-buku sekolah!


Only available di Bandar Hilir!

Bandar Hilir dah tak macam dulu lagi. Longkang kat depan sekolah yang aku dok tangkap ikan guppy dah tak kelihatan. Padang besar kat depan sekolah pun aku dah tak nampak. Kat padang tu lah dulu petang-petang aku tengok ramai anak-anak main bola. Dulu aku tangkap belalang badak, ikat kaki dengan benang dan main helikopter. La ni nak cari belalang badak pun aku dah tak jumpa....masa aku ke Cameron Highland dulu, Abang dan Yuya dapat sorang sekor yang harganya dah RM15 satu! Kat padang tu jugaklah budak-budak henry gurney main pancaragam berkawat cantik dengan kain sampin kaler merah dan berkopiah dengan logo "RESURGAM". Aku ikut depa tengok persembahan diwaktu malam. Tapi yang kalutnya bila nak pergi ada 80 orang tapi bila balik cuma tinggal 78 orang! Habis kalut semua pegawai kena kerah pi cari kat bus stoplah, segala tempat. Termasuklah arwah bapak aku! Hahahahahaaaa.....tiba-tiba orang kat kampung sebelah bagitahu yang kain baju depa hilang! Amboi, Melaka ni kalau aku nak cerita, mahu 3 tahun lagi pun tak kan habis....oh one more thing about melaka. Dari simpang A'Famosa masuk ke highway baru tu ada 19 traffic light sebelum sampai ke selekoh nak ke bandaraya Melaka yang bersejarah....aku rasa kat melaka lah traffic light ada paling banyak di Malaysia ni dalam satu-satu kawasan! Hahahahaha.....ok people, work hard....play harder!


8 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

untuk seseorang yg bermertuakan orang melaka... tart nenas tu pun tak tahu ada kat melaka... ishish ish...
(malunya)

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Ruginya kak oooiiii...sedap gila!Nanti balik melaka, pi cari kak!

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,

Mama nadz pernah duduk kat melaka 2 tahun masa zaman maktab . habis bandar Hilir kami round (1978/79 tu). Baru 2 ni pergi , dah habis ditambun pun.. Masih ingat Jalan Bunga Raya tempat kami bershopping kain baju.
Membaca catatan uncle mengembalikan nostalgia.Thank you

Uncle berkata...

Salam Mama Nadz.
Tahun 78/79 saya masih dibangku sekolah rendah di Bandar Hilir waktu tu...saya sendiri pun tersesat jalan...baru nak cari Bukit Cina terlepas ke Portuguese Settlement! Hahahahaha...

Mak Wardah berkata...

Uncle,

Baru update yr blog...tunggu2 jugak kali ni uncle ke mana...Enjoy your Melaka trip.

Hjh Noralenna Abbas berkata...

Salam,
Saya singgah 'rumah' mama madz, terjumpa pula 'rumah' uncle cerita tentang Melaka. Saya orang Melaka. Terima kasihlah cerita yang best-best tentang Melaka. Tart Nanas Nyonya memang sedap tapi so manis!

Uncle berkata...

Salam Mak Wardah.
Terimakasih kerana masih bersedia untuk membaca cerita-cerita mengarut saya...saya suka jalan....tapi mungkin orang lain jalan lagi jauh dari saya! Sigh!!!

Uncle berkata...

Salam Hajah.
Terimakasih kerana "singgah" kat rumah saya sat....patutlah terasa macam nak bancuh kopi jamu tetamu! Hahahahaha...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...