Jumaat, Jun 22, 2012

Japanese Hi Tea

Yam and Uncle Dan

Terimakasih tak terhingga nak aku ucapkan pada tetamu-tetamu fellow SDARIANS aku yang telah menghadiri majlis minum petang yang aku anjurkan di JDR tanggal 8hb Jun yang lalu. Ada yang datang dari JB semata-mata untuk berjumpa rakan-rakan lama dan kemudian terus pulang semula ke JB usai majlis tersebut! Ada juga yang dah berpuluh tahun tak bertemu setelah tamat zaman persekolahan! Alhamdulillah dapat juga berkumpul walaupun tak ramai. Tujuan aku mengadakan majlis kecil tersebut ialah untuk memperkenalkan tempat aku kepada rakan-rakan sdara yang kini adalah merupakan "big players" in the industry. Gambar pertama menunjukkan rakan-rakan lama aku yang sama-sama main rugby dan makan nasi kawah sekali. Guys, terimakasih kerana sudi datang bertandang dan kalau ada anak-anak nak bertunang ka, company nak buat meeting ka atau jika ada yang perlukan kamar, tolong bagitahu aku.

Lawatan sedang berjalan!

Selepas membuat sedikit pengenalan, aku mengambil kesempatan bawak depa jalan-jalan tengok tempat. Dari satu bilik ke satu bilik kami menyusur...daru suite sampailah ke standard rooms...ternganga depa tengok...alhamdulillah...bila depa ternganga senyum maksudnya depa suka lah tempat tu...tapi kalau depa ternganga menguap.....yang tu kacau...aku kena habiskan tour tu secepat mungkin! Hahahahaha...

Get to know session

Yang datang dengan pelbagai background tu yang membuatkan acara pada petang tu sedikit "colorful". Apatah lagi dengan kebanyakkan karektor "havoc" yang aku kenal sangat semasa di sekolah dulu membuatkan aku berasa bangga dengan kejayaan depa pada hari ini. Tapi bila bertemu semacam tu, bahasa pasar kami sewaktu disekolah dulu digunakan dengan sepuas-puasnya....Percakapan menggunakan bahasa "lu" dan "gua ataupun wa" sentiasa meniti dibibir. Pada kelompok lain, bahasa yang kami pakai ada sedikit kasar tapi pada kami itu sebenarnya "bahasa mesra!". Sampai adakalanya pemandu peribadi depa pun terkejut bila kami gunakan "bahasa sopan" kami sewaktu ada yang mahu berangkat pulang!

Master Chef

Makan pada petang itu bukan sebarangan makanan. Aku cuma bagi yang terbaik kepada tetamu-tetamu aku yang datang ke JDR. Chef diatas adalah merupakan Master Chef Jepun yang sangat qualified. Soba semuanya dibuat sendiri dengan tangan. Makanan yang dihidangkan pada petang itu juga adalah hasil kerja tangan beliau yang aku datangkan khas semata-mata untuk makan petang pada hari itu. Mahal harganya chef ni kalau nak dibawa ke private function. Boss dia aku kenal. Mempunyai 40 restaurant serata Singapore dan 5 di Malaysia manakala 2 di Moscow dan kini sedang merancang untuk berkembang ke Cambodia. Kami selalu berkongsi "projek" bersama.....hmmmmm.....

Sebahagian makanan jepun yang dihidangkan

Aku merancang untuk mengadakan pertemuan sambil minum petang ini setiap 3 bulan sekali. Ini penting untuk aku kenalkan kepada orang ramai dan professionals diluar sana. Minggu depan tempat ini akan dipenuhi tetamu dari negara luar. Seronok depa duduk sini sebab terasa macam kat rumah. Yang tak samanya cuma layanan mesra yang kami bagi dan selalunya melebihi daripada apa yang tetamu selalu dapat dihotel-hotel bertaraf 5 bintang.

Angle berbeza

Sebentar tadi aku sempat berkunjung ke sebuah hotel terkemuka di KL. Bertemu staff lama aku yang kini sudah menjawat jawatan yang tinggi di sebuah hotel bertaraf 5 bintang berhampiran segitiga emas! Aku bangga dengan kejayaan dia. Memakai suit dan berdiri segak disebelah aku yang hanya memakai t-shirt, jeans lusuh dan kasut cabuk, kami ligat bercerita kisah-kisah lama selama beberapa minit yang ada. Last-last dia tanya kat aku, "Bos, moto buruk tu ada lagi ka?" Aku senyum sambil tunjuk kat dia yang motor cabuk aku tu aku parking kat tepi tong gas besar yang ada kat tepi hotel..........dia gelak......"Ishh...bos ni tak berubah langsung!". Aku bersalam dengan dia, berjalan perlahan ke moto aku, start enjin dan masuk gear 1! Bonne weekend people!


14 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Uncle sangat humble walau kejayaan diraih amat mengagumkan kakak. Down to the earth aduh... mesti ex-staff tu hormat dan salute habis dgn ex-boss dia.

Kat mana sebenarnya lokasi hotel uncle nie. Kawan-kawan uncle mesti happy sebab kemesraan terus terjalin, makan sedap lagi siapa tak suka. Kalau kakak pun mesti nak selalu dtg...

Uncle berkata...

Salam Kak.
Alhamdulillah semua bekas staff saya telah menjawat jawatan yang tinggi. Minggu depan saya mendapat jemputan dari DoubleTree KL. Pun ex-staff saya yang kini berada nun diatas sana...seronok tengok depa berjaya....yang tu pun pesan suruh saya bawak moto sampai kat drive-way lobby dan dia kata dia akan suruh jockey pi parking moto saya....saya gelak sakan tadi bila bersembang dengan dia! Anyway, JDR berada di 102 Jalan Maarof, Bangsar, KL. Kalau nak datang, sila talipon saya dulu!

Lady Windsor berkata...

Salam Uncle..

Classs lah JDR..part japanese food tu yg tak tahan..perghhh..oishiiii!

The Singing Pilot berkata...

Uncle,

U run jumpa de ramo? or wtv the spellin is.

Mak Wardah berkata...

Salam.

Respect your attitiudes & hope you will keep on blogging

Mak Wardah berkata...

Salam. uncle I respect your attitudes. Keep up blogging

Carrie-Ma berkata...

congrats uncle.

benar pesan org tua kan, bersusah2 dahulu, insyaAllah senang kemudian.

seronok baca kisah kejayaan uncle.

Carrie-Ma berkata...

Congrats uncle.

Seronok baca kisah kejayaan uncle. I think u deserves to have what u have today after all the hard works :)

norh berkata...

Lagi lama lagi mahai nilai dia kan... Jd, tak payah dok ambik kesah la org dok tanya pasai pa saya dok tak tukaq lagi kelisa yg dah sepuluh taun kan...he he

Uncle berkata...

Salam LW.
Ala kadar je tu....ishhh bila lah LW nak mai ni?

Uncle berkata...

Salam TSP.

Yes...I run JDR but of course with my partner in crime and thats Robbie who was previously my staff at RKL. We used to work together for 10 years...at one time I offered him a job in Madinah but at that time...he just got married...(to also my former staff). Now I guess he has not much choice! Hahahahaha....

Uncle berkata...

Salam Mak Wardah.
Thank you and I will keep on blogging as this has become my passion....

Uncle berkata...

Salam Carrie-Ma.
Thanks and hope that these will be an inspirations to those who "flunk" before! Just like me! Hahahahaha...

Uncle berkata...

Salam Norh.
Thanks. Saya tak kesah langsong...kalau saya kesah, tak kan lah saya nak bawak moto pi meeting dengan "orang besaq" Bank Negara dulu! Hahahahaha....Tie dengan jacket saya perosok dalam bakoi!Kasut tup-tap2 pon saya buboh dalam bakoi...masa pi tu saya pakai stokin dengan selipar!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...