Rabu, Ogos 01, 2012

Aku nak berubah!


Dah selalu sangat aku kata aku nak masuk gym. Seingat aku, bertahun jugaklah aku dok kata lagu tu. Pi balik-pi balik, masuk keluar- masuk keluar gym jangan cerita lah...lepas aku recce gym yang berdekatan, selalunya mood aku cuma bertahan selama 2 jam sahaja. Keluar dari gym, pekena teyy 2-3 gelas, balik rumah....Sedangkan selama aku dok delay tu, berat badan aku tak pernah pun nak delay. Memanjang naik tak turun-turun! Tapi sekali ni aku bersemangat waja....waktu aku dok ronda-ronda kat bangsar village, aku ternampak Celebrity Fitness berada di tingkat 3 berhadapan dengan HAMMAM.  Aku jengok kepala....sua kaki.....aku ditegur sorang lelaki yang bernama Donny. Donny tanya beberapa soalan yang biasa ditanya oleh TRUE FITNESS dan jugak FITNESS FIRST! Aku rasa script depa semuanya sama...Setelah aku berperang dengan Donny selama 20 minit, barulah dia bawak aku jalan-jalan tengok equipments depa. Yesssss.....aku suka! Untuk cardio saja ada lebih kurang 20-30 unit semuanya. Itu belum yang dok ada kat dalam training studio depa lagi! Banyak tv monitor...yessss.....aku sukakan banyak tv monitor sebab aku suka tengok video clips sewaktu diatas threadmill! Tak terasa.....Aku dibawak ke tingkat atas dimana terdapat beberapa studio untuk yoga, body pump, aerobics dll. Teruja sunguh aku tengok....rasa macam la-la tu jugak aku nak sign up! Sabar...sabar...apa lagi dia ada? Equipments untuk upper body pun banyak....yessss....aku suka! bicep, tricep, quadracep dan tah apa-apa cep lagilah...fuyoo.....dah terbayang perut ada 6 packs......dah terasa bicep menonjol-nonjol keluar dari lengan baju....manakala dada pulak, pergh.....jangan ceritalah....kalau dah berdada bidang nanti, mahu aku ke pasar malam tak pakai baju! Hahahahahahaha......



Selepas aku buat payment beserta dengan 2 bulan advance, makanya aku pun dibenarkan untuk masuk angkat besi! Hari pertama aku angkat besi, badan aku bergegar-gegar sebab banyak lemak. Mula-mula aku buat cardio. Berlari diatas threadmill selama 15 minit dibulan puasa ni menyebabkan lidah aku panjang sampai ke lantai. Tak pa....aku tabahkan hati dan perasaan serta nafsu! Lepas cardio, aku naik atas kononnya nak check tahap kecerdasan pulak. Aku buat "plank" selama beberapa minit. Oh mak aiiii, macam nak patah pinggang aku! Dalam pada tu aku sempat jugak menjeling ke studio. Aku tengok adalah dalam 30 orang pompuan baru nak masuk. Dalam fikiran aku mula terbayangkan yang depa ni nak buat aerobics ataupun line dance. Tapi sangkaan aku meleset lagi bilamana lagu dipasangkan, rupa-rupanya wanita ni  tadi semuanya dok buat "body pump".....pergh...pompuan.....yang jantannya pi mana?


Yang kat atas tu pulak ialah kasut buruk aku. Kasut yang dah bertahun tak bertukar. Selongkar punya selongkar, adalah sepasang kasut ni yang aku masih boleh pakai untuk ke gym.  Cuci bagi bersih, lepas kering aku tengok aikk, macam kasut baru pulak! Nasib baik aku tak buang minggu sebelum tu! Kasut ni lah yang aku pakai sampai lunyai sekarang ni...aku tengok kaki kat sebelah aku ada yang pakai REEBOK.....tengok sebelah sana pulak, ada yang pakai ADIDAS....pelan-pelan aku tunduk kebawah tengok kasut aku jenama apa...laaa.....kasut aku jenama POWER! Patutlah lari tadi tak terasa penatnya walaupun dibulan Ramadhan!!!

16 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Memang POWER...
akak pun suka kasut POWER
heh heh heh...

Uncle berkata...

Salam Kak.
Tak larat nak beli ADIDAS.....saya pi cari SADIDA tak jumpa! Hehehehehe.....

faradia berkata...

Chaiyok uncle!
Fara dulu pun pnah join jap gym..pas2 dah bz keje..punah segala..hehehe tgk entry uncle..semangat bk nk join bk..hehe..

Kuey san berkata...

Salam Uncle,

saya pun tengah semangat waja ni nak jog. tapi saya hold dulu. hahaaa. alah bagi chance la. macamlah uncle tak biasa tangguh, kan?


hahaa ;p


ps: saya bagi masa 12 bulan tuk uncle build 6 packs or 8 maybe? hahaha

Lady Windsor berkata...

Salam uncle,
iskk bulan puasa pun p gym ya? memang power! teruskan usaha murni itewww!

Uncle berkata...

Salam Faradia.
Yes...chaiyok! Apa kata kalau Fara pergi recce dulu mana-mana gym yang berdekatan dengan office...then masuk dan tanya programnya, then tengok equipments and facilities, then sembang sikit dengan instructor depa....then balik, letak tangan atas dahi dan pikir....(err, tangan kawan pon boleh!), then tanya bayarannya....pinjam duit makcik rumah sebelah dan teruslah buat bayaran! Hahahahahaha...

Uncle berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Uncle berkata...

Salam Kuey san.
Ishhh...benda yang elok janganlah ditangguhkan! Tak baik tu...ini untuk kesihatan....sebab tu lah Uncle signed up dgn gym ni sebab umur Uncle tambah meningkat...jadi kesihatan dan penampilan kenalah jaga...hahahahahahaa....."aging gracefully..."

Uncle berkata...

Salam LW.
Oh yes...katanya bulan puasa is the best time to burn fats! Uncle ada berkilo-kilo lemak yang harus dibakar....Memang mula-mula tu rasa letih tapi lepas beberapa minute, all geared up, once started rasa macam tak nak stop pulak! Tapi kena stop jugak at 6.30pm, masuk shower, mandi puas-puas, tukar baju, turun ke Chawan (Uncle parking motor kat depan Chawan!) then breh...breh...breh...balik Ampang. Sampai rumah pukul 7.15pm!

faradia berkata...

Salam uncle,

da join da pun...mula2 ok la..pas2 da bz keje..mula alasan2 tercipta...hehehe.

Uncle berkata...

Salam Faradia.
It's mind over matters...Bagi Uncle, Uncle nak badan yang kejap (toned), tak perut boroi, sihat, pakai kemeja tucked in nampak kemas...hahahahaha....anyway, let's start again!

faradia berkata...

salam uncle,


i will...thanks uncle...ni yang bersemangat ni ....hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle,

Ramadhan Kareem! wow semangat uncle joined gym dlm bulan puasa. One thing Uncle akan notice bila dah mula bergerak cergas selera makan akan bertambah juga, jadi berhati2 bila memilih makanan.

Saya ucapkan selamat menjalani perubahan.

Uncle berkata...

Dear Anon.
Thanks for the info. Yes....you're absolutely right. Tadi pukul 4 petang Uncle hit the gym again. 20 minutes on threadmill at speed 5.7 and 10 minutes cycling on a "fat burner" mode. After, it was more to upper body toning starting with tummy crunch 3 sets, followed by biceps and triceps 3 sets each, shoulder and chest. Total 70 minutes....adoi...letih sungguh! And besides, dah masuk hari ke 3 Uncle tak jamah nasi...nak tgk apa jadi!!!!! Craving 2X!!!!! Anon, tolong share more info with Uncle on this topic yea!!!

Kakzakie Purvit berkata...

Harap boleh panjang dah jgn patah semangat macam kakak. Dulu kakak yg menganjurakan aerobik buat semua wanita tempat kakak tapi bila kakak asyik busy memanjang tak ada rumah selalu last sekarang dah terkubur..

Tempat tu pun dah dijadikan anak-anak dara main futsal dah..

Lady Windsor berkata...

Salam uncle,
Boleh makan nasi, tapi makan beras faiza herba ponni atau brown rice tu..go uncle...betul sekali bulan puasa ni kalu diet badan cepat turun...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...