Sabtu, September 08, 2012

FLYFM Open House

Matt London in KL!

Dihari yang berbahagia dan bersamaan dengan hari Rumah Terbuka FLYFMdi tempat aku, aku dikunjungi oleh salah sorang teman lama aku. Memang lama sungguh berteman kan dia. Dulu selalu aku bercerita pasai Matt ni. Dia ketua murid sekolah rendah bandar hilir melaka tahun 1979 dan aku pulak ketua murid sekolah yang sama tahun 1980. Tahun 81 kami berjumpa di SDAR bila aku masuk form 1 dan Matt waktu tu dah masuk form 2. Ramai budak batch dia dari sekolah rendah bandar hilir masuk SDAR. Malakut, Gonjeng, Rock adalah sebahagian daripada mereka....kami masih berhubung sampai sekarang...itulah kelebihan old boys ni....

Matt menetap di London sekarang dan balik bercuti ke kl bersama dengan keluarga. 3 minggu depa raya. Matt talipon aku dan bagitahu yang dia ada kat Pavillion. Aku jemput Matt datang sekali since lama aku tak jumpa dan kebetulan pulak ada open house. Sebenarnya taklah lama sangat, beberapa bulan yang lepas masa aku berkunjung ke Landenn, Matt lah yang entertained aku selama hampir 2 minggu. Dibawaknya aku makan merata ceruk...Jadi dikesempatan yang singkat ni, aku nak mengucapkan terimakasih pada Matt kerana sanggup meluangkan masa datang menjengok aku. To Matt, "you take care brother....call me whenever you are in KL!"

Matt sekeluarga dan aku bersama FLYFM Crews!

As a special treat to Matt's kids, kami bergambar beramai-ramai dengan all presenters, emcees, dj's yang ada malam tu....anak-anak Matt yang tak fasih cakap melayu cuit tangan aku dan bisik..."Uncle....this is cool mannnn....this is real COOOLLLLL!". Aku tersengih........

Showdown 2012!

Maaf, aku tak ingat nama dia apa, tapi aku panggil dia "Abang Showdown". Mengekek-ngekek dia gelak! Both of them sangat-sangat down to earth. Depa datang bersalam dengan aku dan kami bersembang banyak cerita. Termasuklah soalan macamana aku nak masuk showdown programme sekeluarga! Dia bantai gelak lagi kuat! Hahahahahaha....

Adam of 8TV

Program ni dibuat di malam menjelangnya Merdeka. Adam buat siaran langsung dari tempat aku. Alhamdulillah! Adam ni memang banyak cakap. Non stop dia berceloteh....pergh...aku rasa letih mak pak dia dulu dok melayan si Adam ni. Baik sungguh budak sorang ni. Hormat dengan semua orang....dulu masa aku buat event Desperate Housewives pun dia yang hostkan...Jadi kami masih kenal satu sama lain. Sempat pekena teyy sama-sama malam tu dengan yang lain-lain....

Honey Madu..

Yang ni aku tak berapa nak kenai sangat. Katanya dulu menyanyi tapi la ni jadi emcee. Alhamdulillah....rezeki dia kot. Maklumlah Honey-Madu, senyum dia memang menawan. Berkuntum-kuntum senyum dia malam tu....very the sweet! Cerita pasai dj ataupun Emcee ni, teringat aku pada 2 orang lama yang sangat aku suka. Yasmin Yusuff dan Constance Haslam. Bila depa keudara, aku tak pernahnya miss. Kalau tak salah aku CH pun dok baca berita at one time masa time Harjit Singh dan Hisham Embi. Apa lah dah jadi kat depa. Paling lama aku ingat ialah kat si Singh tu,  kalau tak salah aku, dia dok baca berita sejak dari tahun 70 an lagi tu! Ada sorang tokoh negara pernah bagitahu kat aku, "Shahrir, cuma ada satu benda pada seseorang yang tak akan berubah....yakni suara dia....". Maka dengan itu aku pun teringatlah kat bekas-bekas pembaca berita kita termasuk jugak lah dengan Datuk Rahim Razali. Walaupun rupa dan fizikal dimamah usia, tapi dengarlah suara depa....tetap sama...macam jugak Datuk Haji Hasbullah Awang!

Kesemua crew!

Meriah sungguh malam tu. Aku gumbira sebab selain daripada function yang berlangsung dengan jayanya, kehadiran Matt London sekeluarga dari Lanndenn bertandang ke tempat aku malam tu sesangatlah istimewa untuk aku. Crew FlyFM amat sporting. Baik, rendah diri dll lagi yang positif. Kalau aku nak tulis mahu sampai esok tak habis cerita perihal depa ni. Tengok sajalah muka-muka depa tu....macam-macam perangai ada!

Aku dan Fabian aka Phat Fabes!

Fabian ni sekarang merupakan dj dan emcee terkenal. Salah sorang yang terbaik dinegara kita. Aku kenal Fabian sejak dari tahun 1992 lagi sewaktu aku menjadi manager pertama di Uncle Chilli's FunPub di PJ Hilton tu. Dalam UCFP tu dulu ada 2 karaoke rooms yang sangat besar, games room, dance floor, dj console area, open kitchen dan an island bar. Group yang main kat situ masa aku disana dulu ialah seperti Alleycats dan Headwind (seingat aku). Manakala Fabian merupakan resident dj aku waktu itu. Setiap malam lepas kerja dalam sekitar pukul 2 pagi, aku akan melepak dengan dia minum-minum dan merapu. Selalunya kami terbabas sampai pukul 4 atau 5 pagi.....pertemuan aku dengan Fabian di JDR menggamatkan suasana malam tu. Kami berborak sakan cerita-cerita lama....nostalgia.....

Ok people, aku nak rehat sekejap. Pagi tadi aku dah bergelumang kat gym selama sejam lebih...dada terasa ketat sikit. Sakit dah kurang. Btw, aku tengah gila pi gym la ni...in fact hari ni merupakan hari ke 5 aku ke gym minggu ni. Err, rasa-rasa esok pagi pun aku nak kesana jugak lah...early workout! Fuyooo...."eat healthy and stay healthy people!

4 ulasan:

awang berkata...

salam pakcik,,

waaa sama leee kat sini pun sy selalu gi gym,,, staff boleh guna, freeee,, hahahaha apa lagiiii, dua bulan lagi badan pakcik berketul2 mcm sazalai samad leeee,,,

hehehehe.... bersenam utk kesihatan,,,,

Uncle berkata...

Salam Awang.
Bukan berketui saja, jalan pon rasa macam ada kepak! Hahahahahahaha.....stay healthy Awang!

rezeki berkata...

salam uncle

mesti dah keluar 6 pack hehehe

yang penting bersenam utk kekalkan kesihatan yg baik

meriah majlisnya, tentu mereka puashati

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Perutlah masalah yang paling sukar diatasi. Ini diakui sendiri oleh semua instructors yang ada. Saya tak meletakkan target jangka pendek untuk 6 packs tu. Target saya ialah setahun. Maknanya ada lagi 10 bulan untuk mendapatkan ketulan2 tu...hahahahahaha...my constant exercise untuk perut ialah melakukan "abs crunch" sebanyak 20 repetition X 10 sets with 30 seconds interval = 200 abs crunch!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...