Sabtu, September 01, 2012

3rd Day Raya

Azumi, Izatt (cucu menakan) and Yuya..

Habis depa bergelumang kat atas ais...manakala Pak depa dok sejuk "gedi" kat tepi skating rink tu! 2 jam Pak depa dok "keraih!". Ada ramai tok-tok bawak cucu depa main ais. Aku pun duduk sekali dengan depa sambil minum mocha. Salah sorang tok tu tanya kat aku, "which one is your grandchild?". Aku jelin siaaaapppp...aaaiiiiaaappp atas bawah kat depa. Last-last dia rephrase balik, "err, mana anak-anak?". Baru aku menguntum senyum....aku tunjuk, "tu, 5 orang yang jatuh merudum tu...". Dia melopong sambil sebut, "oooo..."

Aunty in black, Marina in pink and Kayla in green (cucu menakan jugak!)

Menghabiskan masa selama 2 hari dengan depa yang sedang membesar amat-amatlah membahagiakan aku. Melihat depa bermain adik-beradik, berpimpin tangan, bergelak ketawa, masam muka, sat-sat bergaduh sat-sat berdakap....masyAllah....what else need I ask for? Jadi, kalau aku belanja lebih sikit pun untuk bersama-sama depa, aku tak terkilan langsung. Depa seronok, aku puas. Keputusan aku mengambil 2 bilik connecting tak membuatkan aku menyesal atau terasa rugi. Bayar lebih sikit pun tak palah....dan sekarang aku merancang untuk berbuat sekali lagi. It's ok. Simpan duit sikit.....

In her own world!

Tak lama lagi anak-anak aku semua akan menganjak keusia untuk masuk college walaupun lambat lagi. Waktu tu rambut aku akan bertambah putih. Gigi mungkin dah relai! Tenaga mungkin kurang dan tangan mungkin terketaq-ketaq manakala mata pulak mungkin tak berapa nampak. Walaumacamanapun, suara depa, hilai-tawa depa, bau depa sentiasa dalam ingatan...

Muka terlebih makan!

Masa aku kecik dulu, waktu nak balik kampung berhari raya merupakan masa yang paling aku tunggu-tunggu. Baju raya dan kasut raya dah disiapkan. Masukkan dalam kereta VW bernombor pendaftaran BP4538 sehari sebelum, sebab tak sabar-sabar....pada yang dah besar, depa terpaksa naik bas balik ke alor setar sebab VW tak muat nak masuk 6 orang anak-anak yang badan masing-masing tak kurang besarnya! Pagi esoknya, akulah yang paling tak sabar nak tunggu waktu bertolak. Kecoh dok bertanya bila...bila....kadang-kadang bila arwah mama dah meluat, dia cubit pipi aku...menangis sat...lepas 10-15 minit aku tanya lagi sampailah ke waktu yang semuanya dah masuk dalam kereta. Waktu tu aku suka balik alor setar sebab ramai sepupu yang lebih kurang sebaya dengan aku ada. Pi rumah Mak Tam, ada 2-3 orang...pi rumah Lang, ada....pi rumah Nyah, ada....pi rumah Wa pun ada....habis satu alor setar kami ronda. Dari Lorong Titi Siam, Kampong Berjaya, Taman Uda, Taman Intan, Bakar Bata, Mentalon, Alor Merah, aktiviti kami tak pernahnya cukup 2-3 hari....

Rahsia kami!

Sewaktu aku di eropah dulu aku berkesempatan berhari raya disana. Taklah meriah manapun sebab tempat aku tak ada masjid. Lagipun tempat aku pun cume ada berapa kerat saja orang Islam. Pagi Raya yang syahdu, lepas kelas pagi tu, aku berjalan dengan kawan aku ke cafe tepi pejabat post, minum kopi dengan makan croissant. Tu lah makanan di pagi raya. Oh ya, dulu ada jugak aku cerita yang sorang lecturer yang mengajar aku French dengan Physchology ni nama dia Karim Ariffin. Mak Suisse, bapak melayu. Sangat bagus dan sangat mengambil berat perihal kami. Paham cakap melayu tapi dah tak boleh cakap lagi dah. Muka pun macam mat salleh. Pendek kata kalau student pompuan tengok dia mengajaq, melopong lah mulut depa! 2 tahun lepas aku dapat berita yang dia dah meninggal akibat cancer......aku pasti yang family di Malaysia tak tahu pasal dia. Dah lah anak yatim piatu, dia pulak sebatang kara....cuma kami sajalah tempat dia bercerita! Kesian sungguh aku kat Karim ni....

Masa aku kat Mekah pulak, di pagi Raya, dibakarnya bekas macam kita dok bakar kemiyan tu dan di sogokkan ke kita supaya satu badan berbau wangi.....kemudian di hotel lobby, kami sediakan bermacam-macam makanan dan minuman. Kaum pompuan depa dapat sekuntum bunga ros merah dan kanak-kanak akan mendapat gula-gula sepeket sorang. Sekali imbas aku terasa macam hari perayaan lain pulak yang lebih kurang sama walaupun tak sama. Bila aku tanya pasal apa buat lagu tu, dia kata memang tradisi disana buat lagu tu....oh...ya ka! Lagi satu, depa tanya pulak kat aku, di Malaysia waktu bukak posa kat hotel, buat apa? Aku sambil tersenyum bagitahu kat depa, "oh...kalau kat Malaysia, bukak posa di hotel ada pompuan nyanyi ghazal siap dengan pemuzik lain lagi..." depa jawab, "masyAllah........masyAllah......why?". Hahahahahahahaaaa.....

That's why I hate mobile phones!

Ini lah masalahnya bila semua dok sibuk pakai mobile! 24 jam dengan mobile. Sedangkan aku sendiri tak sesibuk depa pakai mobile. Aku dah tak berapa nak paham apa yang depa dok sibuk dengan mobile. Sms ka? Main game ka? Sampai Yuya pun dah tak sedar diri. La ni, si kecik Marina pulak dok kecoh nak mobile sebab katanya nak sms ke Sarah, kawan baik dia. Satu hari Marina datang kat aku dan cakap, "Papa...Sarah tu BFFE Marina!". Aku kaget!!! Aku tanya kat dia, "BFFE tu apa menatang?". Dia jawab, "Apalah Papa ni.....orang dewasa pun tak tahu apa BFFE? BFFE tu maksudnya, "Best Friend Forever and Ever!". Tu dia aiihhh, anak pompuan aku yang umoq 6 tahun tu!

I like the "mizu" effect!

Hari tu Yuya dah kurus elok. Maklumlah posa penoh! Tapi lepas 2 minggu lepas posa, aku tengok badan dia berisi balik dah. Alamak, apa dah jadi ni? Since semalam aku nak jumpa sorang blogger yang balik bercuti dari Phoenix, USA dan aku tahu aku akan jamah makanan sikit, aku pakat satu family pi jogging kat Taman Tasik Ampang Hilir. Pergh...cargasss...cargasss......jaga badan...jaga badan.....kami balik rumah pukul 7.00pm. Balik rumah, mandi, bersiap dan pergi ke kenduri kahwin anak bekas associate aku dulu kat Dewan Taman Dato' Amhad Razali di Ampang.....nasi kenuri tuu.......tapi pasal aku dah pi jogging, makanya aku tak jamah makanan kenuri sedikit pun. Cuma minum air saja! Fuyooooo Jangan jealous yea! Ok people....have a nice weekend!

5 ulasan:

Lady Windsor berkata...

Salam uncle,
Wahhh wahh gigihnya diet and jogging satu family, sampai sanggup tak jamah nasi kenduri, kuat sungguh semangat tu na...baguih!

Tanpa Nama berkata...

Salam LW.
La ni masih bersemangat lagi....lepas ni tak tahulah...hahahahahaa...

Ibu n Abah berkata...

Uncle..
betul kata Uncle..
belanja lebih sikit demi kegembiraan anak2 rasa memang berbaloi. Anak akan mengenang apa yg telah abah mereka lakukan...
Anak2 cepat sekali besarnya.. tau2 rambut kita memang makin putih dan gigi kita memang akan relai satu persatu...(tapi mujuqlah ada biras doktor gigi.. macam2 boleh bikin ooooo(

Uncle berkata...

Salam LW.
Kononnya semangat lah...tapi kadang2 terbabas jugak...rupa2nya ada istilah among those yang pergi gym. Namanya "cheat day!" yang membawa maksud satu hari dalam sebulan tu depa makanlah apa yang depa nak makan! Hahahahahaha...macam tu ka? Anyway, esok pagi nak pi gym awai2....7.30am ke celebrity fitness....jumpa disana lah sapa2 yang pi!

Uncle berkata...

Salam ibu N abah.
Pergh...kena introduce saya dgn dr gigi tu...tapi saya ada fellow sdarian yang dr gigi kat segambut...classmate lagi dari 81-85....dr jeffvinder singh....satu2nya dr gigi yang gila! Hahahahahaha...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...