Isnin, September 17, 2012

Hari Malaysia

Bought and read!

Aku ke kedai buku di Bangsar Village. Mencari buku yang dicadangkan tetapi malangnya tidak dijual disitu. Leka pusing-pusing sampai aku sendiri pening, aku tanya kat budak pompuan situ samada dia ada atau tidak buku yang pada sebelah paginya aku terbaca "review" menarik di The Star. Buku yang dihasilkan khas untuk Yasmin Ahmad, dibikin oleh Datin Orkid dan rakan-rakan Yasmin yang lain-lainnya. Budak pompuan tu angguk-angguk kepala sambil menuding jari ke satu stack buku-buku baru. Aku ternampak buku berkulit putih tu diatas counter cashier dan terus mencapai satu. Ada covernya dan aku tanya apakah betul buku tersebut mempunyai cover sedemikian (yakni nampak lusuh!), budak pompuan tu angguk kepala tanpa mendongak! Aku capai. keluarkan buku tersebut dari cover dan belek sambil membaca beberapa baris ayat-ayat yang disusun rapi. Ada yang sedih dan ada jugak yang melucukan. Semuanya berkisar tentang pertemuan depa dengan Yasmin, dari kacamata rakan-rakan sekerja, teman-teman rapat dan lain-lain lagi. Membaca sedikit dah mula menarik perhatian aku. Semuanya pengakuan luhur dan jujur dari rakan-rakan, menampakkan Yasmin seorang yang sangat disenangi dan berhak berada dikelas tersendiri. Aku tak buang masa, terus capai buku tu dan nak membayar sebelum aku teringat koleksi buku-buku enid blyton aku yang harus ditambah. Aku ke ruangan kanak-kanak dan membelek satu persatu buku-buku Famous Five karya agung Enid Blyton yang membariskan pelakon tak pernah tua seperti Julian, Dick, Anne, George dan anjing kesayangan depa bernama Timothy. Koleksi Famous Five ini sengaja aku beli kerana ilustrasinya telah diperbaharui bersempena dengan ulangtahun depa yang ke 70 tahun! Aku dah baca semua cerita-cerita depa sejak aku kecil lagi dan kini memperbaharui koleksi aku dengan membeli beberapa buah buku kanak-kanak Famous Five. Buku-buku inilah dulu yang memberikan aku inspirasi untuk berimaginasi! Gaya bahasa mudah dan penceritaan yang penuh misteri membuatkan naluri kanak-kanak aku sentiasa ingin tahu apakah kesudahan ceritanya! Kini dah 2 buku yang aku dah habis baca dan ada beberapa lagi didalam siri Famous Five yang aku bercadang nak membeli.....Masa aku nak bayar, ada pompuan mat salleh tengok aku sambil tersenyum dan bertanya, "For your kids?". Aku geleng kepala sambil berkata, "No...it's for me!".

Full House!

Ada satu weekend tu masa aku balik dari menziarahi kubur arwah mama, kak anne ajak aku breakfast di satu restaurant di Damansara Utama. Nama dia Village Park Restaurant. Parking penuh dan aku terpaksa parking kereta cabuk aku lebih kurang 50 meter dari restaurant. Orang ramai, sampailah ke atas jalan. Manakala di corridor sepanjang deret restaurant tu jugak diletakkan kerusi dan meja. Para pekerja sangat efficient. Walaupun meja aku dipenuhi dengan pinggan dan gelas tetamu terdahulu, depa cepat datang clear dan terus ambik order. Very good. Pelbagai bangsa datang dan aku tengok deretan orang queue untuk pesan makanan adalah dalam 15 meter sampai ke luar kedai. Service sungguh cepat. Manakala yang duduk dimeja, diberikan menu, dan order aku dan kak anne sampai dalam tempoh hanya 20 minit!

Aku bagitahu Kak Anne yang aku nak masuk ke dalam kedai dan tengok interior. Bersih dan meja semuanya penuh. Cashier yang juga merupakan tuanpunya kedai sangat sibuk. Di belakang cashier terdapat gambar-gambar tetamu yang pernah makan dikedai tersebut termasuk Tun Mahathir, barisan menteri-menteri kabinet sekarang, Lee Chong Wei dan ramai lagi celebrities yang pernah datang ke situ untuk menjamu selera. Terdapat jugak sekeping nota tulisan tangan daripada Tun M dengan ucapan terimakasih. Aku rasa semuanya membawa value yang sangat tinggi! Jadi kepada pembaca aku yang budiman, silalah menjamu selera kat sana......Have a nice productive week ahead people!

13 ulasan:

azieazah berkata...

Saya tengok majlis pelancaran buku Yasmin tu kat tv hari tu. Dlm Melodi kalu tak silap. Datin Orkid tu adik Yasmin.

Saya pun kalu sempat, nanti nak juga cari buku tu...

Uncle berkata...

Salam Azie.
Yesss, Orkid tu adik Yasmin. You should get one...kalau tak pun Uncle boleh kasi pinjam...takde hal!

Ibu n Abah berkata...

Village park...
Ada kawan sagesss... Blm sempat pergi sebab puasa...
Raya pun dah habis.. Masih tak pergi cuba nasi lemak tersohor depa....
Nak perg jugak lah macam ni..,

faradia berkata...

salam Uncle,


saya baru beli kat Borders tadi...punya susah nak cari...samada da abis atau belum sampai...dulu memang follow blog arwah da xde...rasa cam xpercaya...hari2 buka nak tgk arwah ade post baru x...student fara pernah interview arwah and i was lucky to meet her...until now i remember her tip to succes..."Work hard, doa and be nice to your parents"....

azieazah berkata...

Thanks UNCLE. InsyAllah saya nak beli satu utk diri sendiri. Saya jarang pinjam buku orang, sebab saya suka baca ulang ulang.

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
You should go and try. Nampaknya hari tu semua orang makan nasi lemak berlaukkan ayam goreng panas. Saya cuma makan toast dan kopi "o". Tak berani makan.....bukan pasai jaga badan, tapi takut berulang2 makan! Hahahahahaha...

Uncle berkata...

Salam Faradia.
It's a nice book. Sesuai jugak untuk diberi sebagai tandahati pada teman2....yes, dia selalu berpesan agar kita menjaga ibubapa kita. Important indeed as our time will come! Enjoy reading! Uncle tak sabar tunggu buku ke2!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Great...pasal kutipan hasil jualan buku2 tu nanti akan diberikan pada charity kalau tak salah saya!

faradia berkata...

Salam uncle...

Im having diffcult time in work place..kadang2 keikhlasan dlm bekerja hilang bgitu je.tapi saya sentias cuba mikhlas diri walaupun mase 2 allah je tau perasaan sy..but when reading her book..i came across her thought bout working,.work wit
happy ppl..never forget we work bcoz of allah..let do something that would make us happy..ble uncle cte pasal keje pun mgingatkan fara spy ikhlas keje...

Uncle berkata...

Salam Fara.
Sentiasalah bekerja dengan ikhlas dan jujur. Jangan sekali-kali menipu rakan-rakan, teman sekerja,ahli keluarga dan begitu jugak pasangan kita. Kalau kita jujur dan ikhlas bekerja tanpa mengharapkan bos kita memuji, insyAllah you'll be alright. Good luck!

faradia berkata...

salam uncle,


im trying so hard rite now...hahahaha...insyallah...i always try to find way how to stay ikhlas....sebab ayah cakap..kalau keje xikhlas..rezeki x berkat...so i try so hard to "love" my job eventough some part of me wanna kick some a*&%^....hahahahaaha...sory uncle...anyway thank you for the advice...it really help....

Uncle berkata...

Salam Faradia.

Great that you are doing well. Kick some !@#$%& if needed! That's what I do in order to get things done. I always believe in "ikhlas dan jujur" selain daripada I am paid to do my job and not to please people for nothing!

faradia berkata...

salam uncle,


betul...my dad always remind me..." always ask wat you can do to them...not how much u can get from them...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...