Jumaat, Disember 14, 2012

Impossible is Nothing (Part 1)

Pak Rai berbaju biru

Trip ini mengambil jangka waktu yang sangat lama untuk dilaksanakan. Banyak perkara yang harus aku pikirkan. Banyak citarasa harus aku ikuti dan banyak cabaran yang perlu aku lalui. Segala-galanya bermula daripada cakap-cakap kosong sewaktu sarapan pagi bersama Pak Rai 8 bulan yang lalu. Sewaktu itu, oleh kerana bilik yang aku tinggal berhadapan dengan padang (bahasa indonesia dipanggil lapangan) bola, satu pagi sewaktu aku makan pagi dan ngopi bersama Pak Rai, aku ajukan soalan samada Ubud mempunyai pasukan bolasepak peringkat umur apa tidak? Katanya ada dan dia merupakan pengendali yakni jurulatih merangkap pengurus. Aku terdiam. Keesokan harinya aku ajukan satu lagi soalan. Kali ini aku bertanya samada Pak Rai boleh membimbing lalu membawa pasukan bolasepaknya ke KL untuk menyertai kejohanan di Kuala Lumpur. Pak Rai terdiam dan perlahan memberitahu aku yang mereka tiada dana mencukupi. Dalam pada itu, Pak Rai bertanya pula kepada aku apakah aku sanggup membawa pemain bolasepak dari KL untuk berkunjung ke Bali dan bermain beberapa perlawanan competitive disana. Hmm, aku rasakan bahawa ini merupakan peluang terbaik untuk anak-anak menimba ilmu, melihat budaya lain dan dalam waktu yang sama masih berkesempatan untuk enjoy apa yang mereka suka, yakni bermain bolasepak!


LCCT

Idea tersebut aku bawa pulang ke KL dan bila aku berkesempatan mengadakan mesyuarat pertama di KL, selain daripada perbincangan mengenai pelajaran anak-anak, aku selitkan juga idea aku yang ingin membawa pasukan bolasepak bawah 14 tahun sekolah anak aku ini ke Bali. Cetusan idea tersebut mendapat maklum balas yang positif. Aku nyatakan bahawa aku akan membuat satu kertas kerja dan merancang berapa jumlah wang yang diperlukan oleh setiap pemain. Oleh kerana anak-anak ini merupakan pemain-pemain bolasepak yang berbakat dan mereka merupakan pemain-pemain untuk sekolah sukan bolasepak, makanya idea aku tadi lebih senang untuk diterjemahkan. Mungkin ada aku nyatakan dulu didalam entry-entry aku yang lepas bahawa didalam pasukan bolasepak dibawah umur 14 tahun ini, telah ada beberapa pemain yang telah dipanggil untuk latihan bolasepak kebangsaan. Mereka memang hebat. Bermain 5 hari seminggu disekolah, sabtu dan ahad mereka akan berlatih dengan kelab masing-masing di sekitar KL.
Pemain-pemain yang sangat berbakat
Pertemuan pertama menampakkan hasil yang sangat baik. Aku berdoa agar rancangan ini akan mampu dilaksanakan pada bulan Disember 2012 sebaik sahaja anak-anak selesai peperiksaan akhir tahun. Setiap sesuatu yang dirancangkan, aku haruslah memberikan target sebelum mereka kami bawa ke Bali. Carrotnya ialah "bali trip" dan untuk mampu ke bali dan bermain bolasepak, mereka haruslah mendapatkan result yang bagus didalam peperiksaan akhir tahun. Dan alhamdulillah, keputusan mereka adalah lebih baik daripada peperiksaan-peperiksaan yang lalu. Meningkat dengan  positifnya. Oleh kerana aku bukanlah sponsor yang besar, aku nyatakan pada mereka bahawa mereka harus membiayai tambang mereka sendiri. Mereka harus mencari dana sebanyak RM1000 seorang! Ramai pemain yang tiba-tiba menjadi sangsi dengan jumlah yang aku nyatakan. Aku tahu, dalam kepala otak mereka, tentulah ada yang terfikir bagaimana caranya nak dapatkan jumlah sebesar itu diwaktu mereka masih lagi bersekolah dan di dalam lingkungan umur 14 tahun!

Ibu-ibu yang juga sangat berbakat!
Keinginan untuk ke Bali meluap-luap dikalangan mereka. Pertandingan demi pertandingan mereka harungi dan yang terbesar mereka berjaya ke peringkat separuh akhir dan kejohanan itu pula ada menawarkan wang tunai. Duit daripada kejohanan seperti itulah yang mereka kumpul. Ada seorang lagi pemain yang bermain dengan bermati-matian sepanjang pertandingan, sehingga dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan. Duit yang diterima sebagai pemain terbaik diserahkan terus kepada kami sebagai tambahan dana. Hebat budak-budak ni semua. Bersemangat waja demi bolasepak....

Ngurah Rai Airport, Bali

Kesungguhan anak-anak mengumpul wang daripada pertandingan bolasepak tempatan membuatkan aku tambah bersemangat untuk merealisasikan impian membawa anak-anak ke luar negara. Banyak syarikat-syarikat besar yang aku telah hubungi dan nantikan jawapan. Sehinggalah ke suatu waktu apabila tiada satu pun yang membalas surat-surat aku dan panggilan-panggilan aku. Sementara pada waktu yang sama Pak Rai telah menghubungi aku dan menyatakan bahawa harga bas adalah sekian, harga bilik adalah sekian dan ada beberapa perkara yang terpaksa aku buat bayaran tambahan! Aku jadi buntu. Jumlah kutipan telahpun aku beritahu kepada anak-anak dan para ibubapa. Aku tak boleh menukar "as and when". Sedaya-upaya aku cuba menbendung perbelanjaan agar terus didalam lingkungan yang telah diberitahu. Meeting demi meeting aku laksanakan. Sehingga pada suatu waktu, aku terasa seperti aku kurang mendapat sambutan! Aku jadi bingung. Tanpa patah semangat, demi passion anak-anak terhadap bolasepak, aku terus bekerja keras mendapatkan sokongan daripada ibubapa yang lain, anak-anak yang berminat dan alhamdulillah aunty yang sentiasa menyokong dan niat aku cuma satu, memberi pendedahan sebaik-mungkin kepada anak-anak dari segi kebudayaan, mengembangkan minda mereka agar dapat melihat perbedaan masyarakat 2 negara serumpun dan yang paling utama ialah untuk memajukan sukan bolasepak,  demi negara "Tanah Tumpahnya Darahku!"

8 ulasan:

Lady Windsor berkata...

Salam uncle,
wahhh organiser yg bagus ni..okeh tadi saya tak sempat nak tanya iffcemate...and at the same time sibuk dok pusing kapla nak pulas idea kalau2 boleh buat write up pasal cuti sambil main game ni...cemana aaaa..story ni baguih ni...

My Life berkata...

dear uncle.alhamdulillah..

Uncle berkata...

Salam LW.
Terimakasih kerana menyokong niat murni Uncle. Dan untuk pengetahuan LW, sewaktu disana kami diberi liputan oleh Bali Post selama 3 hari berturut2 dan juga keluar di Bali TV. Semuanya akan Uncle ceritakan nanti. At the same time Uncle ada mengirimkan pesanan ringkas kepada Menteri Belia dan Sukan yakni Datuk Seri Shabery Cheek dan alhamdulillah dijemput bertemu beliau esok untuk berbincang dengan lebih lanjut lagi program tahun depan yang akan diadakan lebih besar lagi! Wish me luck!

Uncle berkata...

Salam My Life.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar!

My Life berkata...

dear uncle

apapun yang kita nak buat, kita kena kuat kan uncle?? walau terjatuh kita tetap kena bangunkan.. ?? azie suka semangat uncle tu, :)

Uncle berkata...

Salam Azie.
Masalah yang mendatang hanyalah merupakan salah satu "hurdle" didalam kehidupan. Kalau "hurdle" kecil tak dapat kita atasi dan hanya berserah, makanya perjuangan kita telah gagal! Keep on moving...get up and start walking tall!

Carrie-Ma berkata...

Tahniah uncle. Berkobar2 saya membaca entri uncle kali ini. Semoga niat murni uncle ini dipermudahkanNya.

Uncle berkata...

Salam Carrie-Ma.
terimaksih kerana membaca entry Uncle. Uncle akan plan banyak lagi kejohanan untuk anak-anak....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...