Sabtu, Disember 29, 2012

Impossible Is Nothing (Part 3)

Hari Sabtu dah keluar Bali Post!

Sehari sebelum perlawanan, aku sudah di interview oleh Bali Post. Banyak yang ditanya. Kenapa di Ubud? Apa hubungan aku dengan Ubud? Apa matlamat aku? Jadi disini, aku perturunkan jugak jawapan aku yang lahir daripada hati tulus ikhlas aku.
 
Soalan pertama, kenapa di Ubud? Sebabnya adalah kerana aku selalu berulang-alik di Ubud. Semua tempat aku tahu. Kebanyakkan orang aku kenal. Makanya kalau aku nak mengelolakan apa-apa di Ubud ni, insyAllah tak ada masalah. Masyarakat di Ubud juga amat prihatin dan suka membantu. Yang tu aku jamin. Kalau sakit demam ka, penin ka, kereta rosak tiba-tiba ka, panggil saja....satu kampung akan keluar membantu. Setakat ni begitulah yang terjadi pada aku. Pada orang lain aku tak tahu lah pulak!
 
Soalan kedua, apa hubungan aku dengan Ubud? Jawapan aku, yeah...aku tak ada apa-apa hubungan dengan Ubud. Cuma ramai kenalan rapat aku berada di Ubud. Ini termasuklah Pak Rai serta isteri dan juga ibunya yang bernama Warsi. Depa menjaga makan-minum aku, sakit-pening aku dan segala macam keperluan aku seolah-olah aku ni sebahagian daripada mereka. Ibu Warsi sebagai contohnya akan membuatkan aku air minum dan meletakkan kain yang dicelup dengan air sejuk dikepala aku supaya aku cepat kebah kalau demam. Ibu Warsi yang berusia 78 tahun itu jugalah yang akan terbongkok-bongkok membuka pintu kayu didepan bila aku habis meeting lambat melewati 12 tengah malam. Nah, disitu aku rasa ada sedikit "chemistry" antara aku dengan Ubud.
 
Soalan ketiga, apa matlamat aku? Matlamat aku ada banyak. Pertama sekali aku rasa it's about time for me to give back to the "local community" yang menerima aku dengan baik disini. Lepas tu, aku terpanggil untuk membantu depa dari apa segi sekali pun terutamanya anak-anak disana yang aku lihat sama seperti anak-anak aku jugak! Prasarana sukan tak berapa baik. Padang tak elok. Anak-anak main tak pakai kasut sedangkan anak-anak kita walaupun berumur baru 7 tahun dah pakai kasut adidas! Apalagi yang aku dapat bantu kecuali membantu anak-anak disana. Tengok depa senyum ketawa bila dapat bola baru dah sangat menggembirakan aku. Jadi sekarang kalau aku nak kesana, aku akan bawak peralatan bolasepak. Soccer ball is a must! Kalau ada sapa-sapa nak contribute, alhamdulillah...aku pancitkan bola dan nanti aku bawak kesana! Hahahahaha...Lepas tu, aku nak anak-anak kita mendapatkan pendedahan sebanyak mungkin. Aku tak mahu tunggu lama sebab kalau aku tunggu mungkin akan berlangsung jugak tapi mungkin lambat! Jadi bila aku mampu, masih ada contact, baik aku buat sekarang! Aku juga nak dedahkan anak-anak kita kepada hubungan kebudayaan 2 hala, KL-Bali. Biar depa tengok macamana susahnya anak-anak Bali menjalani kehidupan seharian.....Nah....itulah sebabnya aku buat di Ubud. Matlamat aku cuma nak membantu anak-anak disana sekaligus memberi pendedahan secukup-cukupnya kepada anak-anak dari sini.
 

Warm up di padang Grade A

Pemain-pemain bolasepak yang aku bawa mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat setempat. Bila pemain ke pasar, mereka disapa. Bila mereka ke Tegallalang, mereka diajak bergambar. Aku pun jadi heran macamana masyarakat setempat kenal dengan depa? Kemudian baru aku teringat yang artikel pasal anak-anak ni dah keluar di suratkhabar! Amboi aih...hebat sunggoh depa nooo.....aku tak dak sesiapa pulak nak ambik gambar! Hahahahahaha...tak aciii ni! Ketika aku bersama supir, Pak Wayan pulang ke hotel, Pak Wayan ada bagitahu aku bahawa kalau aku menganjurkan Pertandingan Bolasepak lagi pada masa-masa yang akan datang, pemuda-pemuda di Ubud depa akan lekatkan sticker di kereta depa selain mengedarkan pamphlet di hotel-hotel dan juga di kesemua tourist attraction bagi membantu memeriahkan lagi perlawanan. Pergh...aku bersyukur dan berterimakasih pada mereka!

About to start

Dari luar padang, para pemain ni semua nampak kecik. Tapi bila di padang, aik...sama besar dengan referee pulak! Seronok aku tengok anak-anak semuanya seronok. Selain melancong, depa dapat main bola, berkenalan dengan rakan-rakan yang baru dan belajar tentang budaya dan adat resam masyarakat setempat!

Managed to get FIFA referees!

Amboi, masuk padang macam Germany vs France pulak! Bersemangat depa melangkah masuk untuk perlawanan pertama. Alhamdulillah depa tak ambil masa yang panjang untuk menjaringkan gol pertama dan seterusnya depa menang dengan keputusan 3-0! Semua pemain puas bermain dipadang yang terbaik. Masalahnya cuma cuaca yang tersangat panas walaupun jam baru menunjukkan pukul 9 pagi!


Co-organiser dah tergolek!

Amboi letih sungguh aih...mengalahkan organiser! Anyway, kami tinggal di Saru Dori Bungalow. Bilik berharga RP200,000. Ada air panas, coffee and tea making facilities, a huge balcony, long bath, breakfast inclusive and a ceiling fan. Bersebelahan pulak dengan toko buku terhebat yakni, PERIPLUS dan berhadapan dengan Delta Dewata (24 hours convenience store)! All for a mere RM64! Mana boleh dapat? Hahahahahaha....tapi yang tu harga aku. Harga orang lain, mestilah lain! Sendiri mau ingat lah! Hahahahahaha....

 
Dari kiri reporter Bali Post, Pak Ketut owner of Honeymoon Villa, orang kaya Jalan Cahaya 13 dan Ketua Polis Gianyar

Sewaktu perlawanan dijalankan, aku duduk bersama-sama dengan seorang reporter dari Bali Post. Soal jawab banyak berlangsung dengan beliau. Sorang lagi ialah Pak Ketut yang juga merupakan orang kuat Ubud. Aku kata beliau merupakan orang kuat Ubud kerana beliau dan isteri (ibu Janet, warga Australia) adalah merupakan organiser kepada "UBUD WRITERS FESTIVAL" yang mengumpulkan penulis-penulis besar dunia dan salah sorangnya ialah Karim Raslan dari Malaysia selama seminggu di Ubud untuk bengkel penulisan, bercerita, membaca buku dan banyak lagi workshop-workshop lain. Selain itu mereka juga merupakan pengusaha kepada restaurant-restaurant ternama di Ubud sepeti INDUS dan CASA LUNA serta HONEYMOON VILLA. Kesemua nama-nama ini boleh di GOOGLE dan lihatlah sendiri tempat-tempat tersebut.

Players dibawa ke Mont Batur.

Selepas selesai game pertama dan menang 3-0, anak-anak ini pulang ke hotel penginapan masing-masing. Lunch "nasi kotak" dah pun menunggu dan memang umur-umur nak membesar. Depa makan dengan berselera sekali! Tepat pukul 2 petang, kami berkumpul di Warsi dan bertolak ke Mount Batur. Seronok melihat gelagat depa. Dalam perjalanan pulang pulak, kami singgah sekejap di Tegalalang untuk bergambar dan membeli-belah sedikit. Sebenarnya bukan sedikit....dalam kesempatan yang singkat itu, depa sempat pulak berkenalan dengan beberapa anak-anak gadis dari Ubud! Alamak...yang ni tak ada pulak dalam agenda aku! Hahahahahaha....

12 ulasan:

norh berkata...

ohhh..patut la lama dah tak dak entry..
moga uncle terus berjaya di tahun 2013 :)

Uncle berkata...

Salam Norh.
Uncle juga mendoakan tahun yang lebih baik buat Norh dan keluarga tersayang!

faradia berkata...

salam uncle,
tahniah..best la dorg..lain kali nak ikt jd pom2 girl boleh?..hehe fara doakan agar usaha uncle akan membuahkan hasil yg lbh positif utk team dorg..mane tau bila da dpt main skuad negara..dorg akan igt trip ini dan main dgn lebih ikhlas..chaiyok2..

Ibu n Abah berkata...

inilah waktunya peribahasa kita amat menggambarkan apa yg berlaku

#tempat jatuh lagi dikenang

#orang memberi kita merasa

#hutang budi bibawa mati

Uncle..
macam akak ni tak pernah ada anak lelaki.. jika turut menderma beli boot anak2 tu, terasa lah macam ada anak lelaki. Nak join menderma.... PM me no akuan...

Uncle berkata...

Salam Faradia.

Saya telahpun bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan minggu lepas. Beliau amat berbesar hati untuk membantu saya. Perjumpaan kami berlangsung sangat santai yakni di sebuah kedai mamak di Desa Pandan! Dan nanti akan saya ceritakan butiran yang kami bincangkan dan bagaimana peranan kecil saya ingin membantu kini sedang menuju kearah yang lebih besar sehingga akan ada involvement dari pihak kerajaan kedua-dua buah negara. Tak sabar nak bercerita!

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

Terimakasih tidak terhingga diatas kesudian akak untuk membantu. Pertamanya saya ingin membantu dengan membelikan "soccer ball" untuk anak-anak tersebut bila saya kesana. Kalau nak beli kasut bola saya tak tahu saiz mereka. Bola lebih mudah. Dan saya juga ingin menjemput akak untuk bersama-sama saya kesana untuk melihat anak-anak ini. You'll love the place, the culture and the people there! Btw, how do I contact you in person? Can you just text me after reading this? My number is 016-2417321. Terimakasih kerana ada niat untuk membantu!

faradia berkata...

salam uncle,

alhamdulilah..tapi fara pun nak ikt gak..boleh?hehe

Uncle berkata...

Salam Faradia.

InsyAllah tak ada masalah kalau semuanya telah Uncle uruskan. Sekarang Uncle sedang cuba mengelolakan Football Tournament yang lebih besar pada bulan Disember 2013 di Bali, Ubud to be precised. Walaupun berbaki 12 bulan, tapi Uncle harus mula dari sekarang. Makanya tajuk2 entry Uncle kali ni ialah "Impossible is Nothing!"

The Singing Pilot berkata...

Kat ubud pun ade periplus? 200k for a nite is dirt cheap. Ok I will definitely go there one day

faradia berkata...

salam uncle,

all the best...semoga segala berjalan lancar...

Uncle berkata...

The Singing Pilot.
Yes ada beberapa PERIPLUS cuma diUbud sahaja. Of course Denpasar ada banyak. Selalunya I can spend hours dalam kedai tu. Magnificent! Dan kalau nak ke Ubud, let me know. I'll recommend a good place for you at a good price!

Uncle berkata...

Salam Faradia.
Thanks a lot!

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...