Rabu, Disember 26, 2012

Impossible Is Nothing (Part 2)

Stadium Dipta, Gianyar.

Alhamdulillah, dengan kesabaran dan ketekunan kami berusaha, maka kami telah dibenarkan untuk bermain di Stadium Dipta di daerah Gianyar yang merupakan stadium terbaik di Bali. Bukan senang katanya nak bermain disini kecuali di Liga Kebangsaan sahaja dan dihadkan hanya beberapa perlawanan sahaja setahun. Hebat sungguh dan pemain-pemain kita berjaya bermain disitu. Satu pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila!

Bersemangat anak-anak!

Anak-anak semua happy sebab inilah kata mereka padang terbaik pernah depa main selama ni. Aku bersyukur sebab segala susah payah mengelolakan telah terbayar. Para pemain kata padang ni lebih baik daripada padang di Stadium Bukit Jalil! Isshhh ya ka? Tak tahulah pulak aku sebab aku tak pernah dapat main kat situ. Paling hampir yang dapat aku main masa semi final lawan AFATS di padang negeri yakni satu-satunya stadium di Seremban tahun 84 dulu.

Coach Sam (VI) dan Hamidi (GM Holiday Villa Bali) bertukar cenderahati.

Sesampainya anak-anak di Bali, aku bawak terus ke Holiday Villa Hotel di pantai Kuta untuk makan tengahari. Kawan lama aku si Hamidi hostkan. Alhamdulillah...rezeki anak-anak....makanlah elok-elok sebab lepas ni cuma makan nasi kotak! Sekali lagi alhamdulillah sebab HV melayan anak-anak dengan baik sekali. Semuanya makan dengan berselera. Mak-bapak jugak tidak ketinggalan menikmati juadah malaysia. Executive Chef disitu anak kelahiran Flat San Peng. Memang berhadapan dengan VI pun. Makanya, lagi sedaplah dia masak! Walaubagaimanapun tempat penginapan anak-anak bukan disitu sebab aku takut anak-anak ni semua tak balik ke bilik malamnya nanti sebab terlalu banyak gangguan yang ada. Kalau kat Ubud tu senang aku nak control! Ronda dengan motor pun dah jumpa...dan masyarakat kat Ubud pun dah kenal jugak dengan aku. Jadi, jika ada masalah kalau pemain tak balik ke bilik pukul 8 malam, sekejap saja dapat dicari. By the way, bila ikut rombongan aku, players semua makan malam pukul 7. Rehat. Pukul 9 ada briefing daripada coaches dan pukul 10 malam pulak lampu mesti dimatikan. Ini terpaksa dibuat untuk menjaga tenaga pemain-pemain semua! Pasal tu lah depa menang ke tiga-tiga perlawanan dan menjuarai kejohanan 4 penjuru tersebut. Cara permainan juga nampak "mature" dan sangat sistematik. Bila dilihat dari atas, pergerakan pemain-pemain 14 tahun ni semua sangat cantik dan terancang. Terimakasih kepada coach Sam (qualified FIFA referee) dan coach Lan (former national defender in the 90's) yang berjaya membentuk anak-anak ni semua!
Dari kiri Afzal, Shafiq, Shamel dan Naufal

Oleh kerana perjalanan ke Bali telah terlewat selama satu jam, maka para pemain semua sampai lambat dan ternyata depa semua tersangat lapar. Kesian melihatkan depa sewaktu sampai sekitar pukul 3 petang. Makan tengahari cuma pada pukul 4 petang. Nasib baiklah Hamidi berbesar hati menangguhkan sehingga pukul 5!

Coach Sam, Coach dari Nicaragua, Hamidi dan Coach Lan

Selepas makan dan bertukar-tukar cenderahati, Hamidi memberikan sedikit kata-kata semangat kepada para pemain. Aku tumpang bersemangat pulak. Macamlah aku yang nak main! Yang aku tahu sepanjang berada di Bali, berat aku bertambah naik dan tak turun-turun sampai sekarang! Hahahahahaha.....


Entrance HV Kuta sebelum ke Ubud

Selepas bergambar sakan di depan hotel, kami mula bergerak ke bas yang telah siap menunggu. Aku terpaksa mengambil 2 bas sebab bas 40 seater tak boleh nak masuk Kuta dan Ubud yang diketahui semua tersangatlah sempit dan berliku! Ditambah pulak dengan "macet", kami cuma sampai di Ubud dalam pukul 9 malam! Sesampainya kami disana, Pak Rai telah menyiapkan makanan untuk semua. Pergh...nasi padang! Melantak lagi tak ingat dunia. Para pemain dan jurulatih berhimpun di Warsi. Aku dan beberapa ibubapa lain di Saru Dori manakala selebihnya di Gerhana Sari. Alhamdulillah semua berpuas hati dengan penginapan yang aku sediakan. Bilik taklah semewah Four Seasons ataupun Westin di Nusa Dua tapi bilamana para pemain dan ibubapa kata selesa dan berpuas hati, makanya tugasan hari pertama aku berjalan lancar dan aku berpuas hati! Pak Rai kasi harga kawan-kawan RM64 sebilik untuk 2 orang berserta sarapan pagi! Fuyoo...lavish tuuuu.....dengan harga yang sebegitu murah, di Gerhana Sari, ada pulak swimming pool mengadap sawah! Mak aiiiii......heaven...heaven.....


6 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Wah..
makin menarik kisah BALI ni...
sebelum ini tak teringat pula akak nak pergi...

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.

Pergi Kak jangan tak pergi....menarik sangat2...tak payah lah nak pergi tempat lain....stay put in Ubud then kalau nak pergi tempat lain, drive ajelah kalau berani dan ada international license....kalau tak, pakai supir! Syiok wooo...Kalau nak pergi, bagitahu lah...saya akan cerita dari A sampai Z!

Tanpa Nama berkata...


salam pak cik..

waaa bestnya,,kalau nak pergi,,,ada sponser tak hehehe,,,

awang

Uncle berkata...

Salam Awang.
Mai lah....mai lah.....Uncle sponsor pi LCCT! Amacam?

Kakzakie Purvit berkata...

Huhhh... lama kakak habiskan sebab kakak kena baca part 1 dulu utk lebih faham bagaimana ianya bermula.

Tahniah idea uncle yg bernas dan betul-betul dapat direalitikan. Anak-anak pun amat membanggakan. Tahniah buat semua yg terlibat. Suka kakak dgn cara ini.

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Saya mengambil masa yang lama dan alhamdulillah semua usaha ini telah membuka mata Menteri Belia dan Sukan kita. Saya dijemput bertemu beliau kelmarin dan kini sedang merancang program sukan yang besar antara KL dan Bali pada Disember 2013 nanti hasil kerjasama dengan KBS, insyAllah! Nanti saya ceritakan..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...