Rabu, Januari 02, 2013

Impossible Is Nothing (Part 4)

Players nak ke stadium.

Hari ke-2 kejohanan menampakkan para pemain tambah serasi. Ada 2 perlawanan menanti mereka. Perlawanan pertama, aku mendapat special request dari Persatuan Sepakbola Bali untuk meletakkan pemain-pemain bawah 16 tahun untuk menentang pasukan VI bawah 14 tahun. Ini merupakan pasukan bawah 16 tahun terbaik mereka. Perlawanan berlangsung sengit dan diakhir perlawanan, VI menang dengan jaringan tipis 1-0! Manakala diwaktu anak-anak sedang berehat, bapak-bapak pulak yang masuk ke padang untuk bermain. Pasukan kami cuma ada 8 orang bapak dan 3 lagi dipinjam dari Ubud termasuklah Pak Rai yang masuk dalam team kami! Aku tak berani nak main sebab takut belakang aku "terpeleot". Jadi tugas aku cuma tengok dan sorak dari tepi padang.....hahahahaha...at least aku ada jugak sumbangan berharga untuk pasukan!


Menunggu bas selepas sarapan.

Ini muka-muka para pemain selepas bersarapan. Masih ngantuk tapi dah tak sabar nak ke stadium. Dengan semangat yang membara, letaklah mana-mana pasukan pun, pasti kena baham dengan depa! Semangat juang yang tinggi ini aku cuba sulami dengan pelbagai lagi informasi tentang bolasepak. Sebagaimana anak-anak di Jepun, apabila mereka di recruit ke dalam pasukan J-League Junior, mereka bukan saja disajikan dengan latihan-latihan bolasepak semata-mata tetapi juga disulami dengan classroom sessions yang merangkumi pemakanan seimbang, cara-cara untuk lebih bertenaga apabila tiba kejohanan, masalah bookie, rasuah, bagaimana caranya untuk mendapat perhatian daripada pencari-pencari bakat baru (talent scout), avoiding injuries dan juga diselitkan soal kebajikan masyarakat setempat sebagai contoh apabila pemain-pemain meningkat usia, apakah cara mereka untuk mendapatkan pemain baru untuk menggantikan mereka dan "transfer"kan pengetahuan bolasepak kepada peringkat umur yang lebih rendah! Semuanya terkandung didalam syllabus J-League! Hebat sekali dan kalau ia berjaya menghasilkan pemain-pemain baru yang lebih handal, kenapa kita tidak meniru?

Panaskan badan sebelum main.

Kelmarin merupakan hari pendaftaran anak-anak ini kembali ke asrama bolasepak mereka. Selesai sahaja taklimat daripada guru-guru dan para jurulatih, aku terus mengadakan perjumpaan secara ad-hoc. Perjumpaan tersebut adalah semata-mata untuk merangka program akademik dan sukan anak-anak kami. Semuanya ini dilakukan oleh para ibubapa pemain-pemain sendiri. Pada penggal persekolahan terakhir tahun lalu, pemain-pemain bolasepak telah mengikuti kelas tambahan setiap hari sebelum turun menjalanai latihan bolasepak. Alhamdulillah, apabila disemak, ternyata kesemua guru-guru agak terkejut dengan perkembangan akademik anak masing-masing. Oleh kerana program kelas tambahan itu telah berlangsung dengan jayanya, kami para ibubapa, sepakat untuk menyambungnya pada tahun ini juga sehinggalah mereka selesai PMR nanti. Untuk para pemain juga, kami ibubapa telah bersepakat menetapkan bahawa anak-anak yang mendapat sekurang-kurangnya 3A didalam peperiksaan ujian PMR sahaja yang akan dibawa ke Bali untuk kejohanan bolasepak pada bulan Disember nanti. Ini terpaksa dilakukan supaya anak-anak ini mempunyai matlamat. Bukan hanya setakat bermain bolasepak, akademik juga perlu cemerlang!
 
Pak Rai menerima cenderahati dari Coach Sam.

Manakala ketika aku berhubung dengan Pak Rai di Bali melalui sms, beliau agak sibuk sekarang ini kerana pemain-pemain bolasepak dibawah umur 12 dan 14 tahun Ubud sedang mengharungi kejohanan bolasepak besar di Bali. Aku berharap dan berdoa agar pasukan Pak Rai beroleh kejayaan.
 
Aunty sempat belajar menari Bali!

Dalam pada itu, sewaktu kami semua sibuk dengan aktiviti di Bali, aku sempat membuat tempahan untuk Aunty belajar menari Bali. Aku lihat Aunty sangat berminat dan sangat berbakat. Apabila Aunty menyatakan hasrat untuk belajar sewaktu di Bali, aku segera berhubung dengan Pak Rai dan membuat tempahan guru tarian untuk datang ke hotel dan mengajar Aunty selama 2 jam. Alhamdulillah sehingga kesaat ini masih belum ada kejadian pelik-pelik lagi berlaku di rumah. Risau jugak kalau-kalau apabila terbangun tengah-tengah malam, tiba-tiba aku nampak Aunty dok menari atas katil sorang-sorang! Mahu pengsan aku dibuatnya! Hahahahahaha......

10 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

kikikikiki...
mau terkejut seisi rumah jika aunty dok menari sorang2 atas katil...

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
fuuuhhh jangan disebut. NGERI kak! Hahahahahaha.....

Al-Manar berkata...

Menarilah berduaan, tahun baru,cara baru. Selamat maju jaya

Uncle berkata...

Salam Al Manar.
Sedang memikirkan cara terbaik! Hahahahaha...

The Singing Pilot berkata...

Auntie menari xpe. Jgn uncle yg buat tarian kecak tu sudah la haha

Bunda_nora berkata...

salam kenal, salam tahun baru..

Uncle berkata...

TSP.
Kalau Uncle yang menari, makkk aiii.....kecoh satu bali nanti.....hahahahaha

Uncle berkata...

Salam Kak Nora. Thanks for reading.....alamak, nama macam kakak saya lah!

Kakzakie Purvit berkata...

Hebatlah anak-anak semua. Tapi yg kakak suka tu syarat diberikan sekurang-kuarangnya 3A baru boleh ikut ke Bali baru seimbang main dan belajar.

Wah!! auntie tak mahu kalah joget Bali ye.

Uncle berkata...

Salam Kak.
3A tu sebenarnya saya rasa agak sikit...takut tak ada "push" nanti...sebenarnya saya nak 5A! Pelajar2 projek bolasepak VI yang menduduki PMR tahun lalu ada yang dapat 8A dan ramai yang dapat 5A! Keputusan sekolah pulak 100% lulus. alhamdulillah!~

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...