Khamis, Mac 14, 2013

Surprise!

 
Pada hari sabtu yang lepas, Marina merengek-rengek ajak aku ke IKEA. Sepanjang malam asyik bercerita pasal SMALAND tu. Nak pergi jugak....nak pergi jugak......Aku kata, "esok pagi saja lah kita pergi...". Marina diam terus. Dia akan diam bila kehendaknya dipenuhi. Hmmm, ini satu perkembangan yang "tak berapa sihat". Bagi aku, ada perkara yang boleh dan ada juga perkara yang tidak boleh. Aku cuba jelaskan pada Marina. Tak pasti pulak samada dia faham ataupun tidak!

 
Esoknya aku ke pasar dulu pada pukul 7 pagi. Ikan dah bertambah mahal. Kepala ikan merah sekilo dah RM15. Ikan kembung dah jadi RM17 dan bawal hitam sekilo mencecah RM25 sekilo. Aku teringat sewaktu di Alor Setar dulu sewaktu aku dibangku sekolah rendah, Sekolah Iskandar, aku ikut jugak makcik aku ke pasar pagi berhampiran Taman Intan. Ikan kembong waktu tu berharga RM2 sekilo! Hahahahaha....Makcik aku akan cuci ikan tu bersih-bersih, lumurkan dengan asam jawa, sedikit gula dan secubit garam dan diperap selama satu malam. Esoknya waktu nak makan tengahari, barulah digorengnya ikan tadi. Oleh kerana diperap dengan asam jawa, makanya kulit ikan tadi berwarna hitam. Tapi jangan terkeliru. Luar hitam dan buruk tetapi dalamnya, masyAllah...punyalah sedap! Para pembaca boleh mencuba. Senang sangat-sangat nak prepare lauk ni. Kemudian sambil makan dengan minyak ikan yang panas-panas dan sambal siam cicah timun, aku bertanya pada makcik aku yang aku panggil PONG.
"Pong, lauk temenung ni nama apa?".
"Ikan Burok!". Pong jawab dengan selamba
"Pasai apa Pong panggey ikan burok?", aku tak puas hati.
"Pasai dia burok", jawap Pong senafas sambil menggigit kepala ikan temenung yang beru lepas di goreng tu tadi.
 

 
Aku beratur punyalah lama kat dining area dia tu. Yuya makan chicken breast, marina makan meatball dan aunty makan salmon. Aku minum kaput chino. Bila aku duduk, aku perasan ada sorang wanita disebelah kanan aku sedang sibuk menghantar sms. Kepalanya tak diangkat langsung. Amboi, sibuk sungguh nampaknya. Kami makan dan aku melayan kerenah anak-anak. Kesian jugak sebab abang tak balik dari asrama minggu tu sebab ada orientasi disekolah. Lepas seketika, aku perasan yang wanita disebelah kanan aku sedang memandang aku. Aku toleh. Dia senyum sambil bertanya, "Ni Uncle kan..Uncle Shahrir....saya ada baca blog Uncle!" MasyAllah...aku terkejut sebab wanita manis disebelah aku tadi menegur aku dan kata dia membaca blog aku. Aku kaget. Kemudian dia sambung lagi..."Uncle kenal Nek Rock yang di Arizona tu kan?". Dalam terkejut tak berkelip, aku angguk kan kepala tanda ya! "Saya kenal sangat dengan NR tu. Kalau NR balik Malaysia, kami selalu berjumpa!" Tu dia aihhhhh.....aku lagilah terkejut sebab dalam beratus-ratus orang yang tengah dok makan kat situ, macamana kami boleh duduk sebelah-sebelah? Kami bersembang sakan. Kemudian datang sorang lagi wanita yang jugak merupakan rakan kepada wanita yang duduk disebelah kanan aku. Dia pun kata yang dia kenal NR! Tu dia....tu dia.....kami sambung bersembang lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Sebelum memohon diri, aku meminta kebenaran untuk mengambil group photo untuk aku masukkan kedalam blog dan juga FB aku....

 
Terkejut aku masih tak terpadam. Sampailah kehari ini. Alhamdulillah. Terimakasih aku ucapkan kerana menegur. Kalau tidak, sampai kesudah aku tak kenal. Jadi kepada 2 orang wanita budiman tersebut, Uncle nak ucapkan terimakasih kerana menegur, terimakasih kerana memperkenalkan diri dan terimakasih kerana membenarkan Uncle mengambil gambar mereka sebagai bukti kepada NR yang aku jugak kenal dengan kawan-kawan NR! What a small world indeed!


4 ulasan:

Nek Rock berkata...

Hahahahahaha what a small world:)

Uncle berkata...

Kelakar giler! Terasa macam Aaron Aziz......bergambar pulak dengan Lisdawati! Hahahahahaha.....NR jgn jelezzz yea...

hmylieen berkata...

alamakk muka ku disitu...ahaksss! thanks uncle melayan kami berdua yang agak kepoh!! hahahahha

Uncle berkata...

Salam Hymlieen.
Mestilah masuk.....in fact orang penting tu!

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...