Sabtu, Mac 23, 2013

Jaga kesihatan

my breakfast after 1 hour workout this morning at 7am

Alhamdulillah keinginan aku untuk menjaga badan masih lagi membara. Aku takut semangat hanya tinggal semangat jika tidak disulami dengan disiplin yang tinggi. Oleh yang demikian. Aku seboleh-bolehnya akan memastikan yang aku ke gym sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Tak semestinya setiap hari kita ke gym, kita akan mendapat keputusan yang baik. Itu tidak benar sama sekali. Yang penting ialah kita tahu bahagian badan mana yang memerlukan lebih latihan, apakah jenis latihannya, berapa kali repetitions dan setnya serta berapa lama waktu rehat selepas setiap set yang kita buat. Dan yang paling penting dan paling payah, termasuklah payah untuk aku ialah apa yang kita makan! Aku juga menghadapi masalah untuk mengawal pemakanan. Nasi lemak bungkus even yang kat tepi jalan tu nampak tersangatlah "seksi" bagi aku. Ditambah pula kalau bungkusan nasi lemak tadi basah sedikit dek limpahan sambal yang menggamit-gamit selera aku. Aku tak perlukan ayam goreng ataupun hati goreng. Aku juga tak perlukan lauk lain. Cukuplah setakat apa yang selalu dihidangkan sahaja. OMG...........aku sanggup patah balik kalau dah terlepas 50 meter kedepan! Hahahahahaha....nah! itulah masalahnya. Besides that, everything else is on track!


Ni bukannya aku tapi dok buat menatang tu lah!

Apabila aku mula ke gym dan aku ceritakan kat sini, niat aku cumalah satu. Yakni ingin mengajak para pembaca sekelian memulakan aktiviti sihat dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Tidak ada niat menunjuk-nunjuk mahupun bermegah-megah. Aku bukannya Kevin Azhari yang  mempunyai kelulusan didalam bidang kesihatan. Aku cumalah sorang lelaki yang berumur 45 tahun yang tiba-tiba merasakan bahawa kesihatan dan kecergasan tubuh badan adalah sangat penting. Apa yang aku ceritakan tak semestinya betul. Entry aku adalah 100% hasil rekaan daripada pengetahuan aku sendiri dan juga hasil daripada pembacaan aku. Makanya, ada kemungkinan lebih banyak salah daripada betul, hahahahaha...
 
Minggu ni saja aku dah 3 hari tak sempat nak ke gym. Rabu, Khamis dan Jumaat aku menjadi tiba-tiba sibuk sendiri. Lari sana dan lari sini tanpa tujuan. Sama jugak masa aku bersekolah dulu. Aku pun tak tahu apa tujuan aku ke sekolah...hahahahahaha!
 
Esok dan lusa insyAllah aku akan kembali mengganas dan membalas dendam. Dalam pada aku dok bercerita pasal kesihatan ni, teringat pulak kat kawan-kawan aku yang bila terbaca cerita-cerita aku di sini dan di fb, terbuka hati depa nak melakukan aktiviti sihat yang sama....alhamdulillah. Itulah tujuan aku selain daripada untuk diri sendiri juga untuk rakan-rakan semua supaya menjaga kesihatan. Aku tahu yang ajal dan maut itu di tangan Allah tapi apakah salah kita menjaga kesihatan dan tidak sentiasa berserah kepada takdir sahaja? Think about it people!

3 ulasan:

ummi_khalish berkata...

assalamualaikum uncle n family ..moga sentiasa di bawah rahmat Yang Maha Esa...uncle..menjaga kesihatan tu amat penting..macam abah saya dah 63 tahun masih kuat dan tidak ada sebarang penyakit pun..rahsianya?menjaga pemakanan dan sentiasa berjalan dan senaman...prcaya atau x?abah saya berjalan kaki 20-30km....setiap hari....dan kini anak dia pun mengikuti langkahnya di mesir..naik tingkt 7 takde lif setiap hatri..paling kurang 3x trun naik bawak bebanan 15kg...serta berjalan kaki 10km ke kuliah..memang badan rasa fit....semoga sentiasa istiqomah dalam menjaga kesihatan..uncle..caiyo2...-dil dulu suka masuk gym masa jadi atlit la ni..xpayahlah..dukung anak pun dh macam angkat berat hari2..hehehehe...

The Singing Pilot berkata...

Salam uncle,

Sy pun tgh berkobar nk sexykan badan hahaha

Bru start brapa ari ade dh yg tegor bdn makin gempal, gempal muscle ke lemak cheqq dunno hahahaha. Nid to bulk up la sbb slalu muscle strain

rezeki berkata...

Salam dr kota Makkah

Ni saya rasa perut dh naik sikit kat sini psl makan , masjid, makan , masjid je hehe

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...