Jumaat, Jun 21, 2013

Bahagia!

Eastern and Oriental Hotel

Hotel diatas ni dah berusia beratus tahun. Lebih kurang sama dengan Raffles Hotel. Berbentuk kolonial dan masih mengekalkan facade asal, menaikkan lagi seri hotel E&O. Harga bilik masih di peringkat 'affordable'. Tapi bagi sesiapa yang rasa inginkan penginapan yang lebih murah tapi selesa, bolehlah buat tempahan di 'Anggerik Lodge' yang terletak di Gelugor. Sepelaung dari AL merupakan sebuah tempat sarapan pagi (Taman Saadon) yang sangat famous di PP.
 
Pada hari terakhir aku di PP sebelum pulang ke KL, abang Eddie membawa aku makan mee goreng Hameed Pata di Gurney Drive. Seperti biasa aku cuma jamah-jamah sahaja dan habis 2 pinggan! Kalau aku makan, baru 4 pinggan! Lepas makan, aku rasa amat bersalah terhadap diri sendiri dan meminta izin abang aku untuk aku bawa diri berjalan sorang-sorang macam orang hilang akal balik ke rumah dia. Abang angguk tanda simpati tengok aku makan mee sampai 2 pinggan. Dia balik dulu. Aku menyusul kemudian perlahan-lahan. Jarak taklah jauh mana, cuma lebih kurang 3 kilometer sahaja dari Esplanade. Tak dapat treadmill, jalan kaki tengah rembang pun lebih kurang sama lah...cuma aku perlu berhati-hati dengan beca yang tak pakai signal bila membelok!
 


Dari balcony rumah (almost maghrib)

Hajat hati aku nak menginap di hotel bersama-sama dengan para pemain bolasepak dan juga ibubapa para pemain yang datang menyokong. Tapi bila abang aku cadangkan agar aku menginap bersama-sama dengan keluarganya di apartment baru mereka, aku jadi teruja. Abang baru saja pindah seminggu yang lalu. Barang-barang masih didalam kotak tapi memadai dan selesa untuk bermalam disitu. Tidur malam aku dibuai bunyi ombak. Menambahkan lagi nostalgia aku kepada zaman kanak-kanak di Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Aku di Melaka mengikut arwah bapak aku yang bertugas disitu sekitar tahun 77-79. Rumah kami di lereng tebing dan dibawahnya laut. Jarak antara rumah dengan tebing hanyalah sekitar 10 meter dan setiap malam dan pagi bunyi ombak laut mengiringi tidur aku. Berada di rumah abang membuatkan aku tidur lena. Tak perlu pasang penghawa dingin. Malah kipas juga aku tutup manakala tingkap dibiarkan terbuka luas agar angin malam menerobos masuk mendinginkan suasana malam dan subuh!

Selepas solat subuh, aku terus berjaga. Duduk di balcony sambil menghirup kopi panas dan memandang jauh ke kaki langit yang mula menampakkan cahaya tambah menguatkan lamunan aku kepada kisah-kisah misteri dan penyiasatan buku-buku Enid Blyton yang mengembara ke pulau Kenari kepunyaan ayah George (Georgina), terserempak dengan lanun yang sedang menggali harta-karun dan membawa lari ke sampan-sampan yang menunggu di tepi pantai. Bedanya kali ini aku lihat nelayan-nelayan kita telah mula keluar ke laut. Bunyi enjin Johnson memecah keheningan pagi. Membelah laut tenang menuju ke tengah untuk mencari rezeki bagi menyara anak isteri dirumah. Aku kagum dengan semangat hidup mereka yang sekelumit pun mungkin tidak ada pada aku. Dalam diam aku panjatkan doa agar mereka selamat pulang bersama rezeki tangkapan disambut keluarga dengan riang, senja nanti! Aku bersyukur dengan segala apa yang aku ada......walaupun banyak kurang dari lebih!

 

Motor aku pon ada nama ni!

Sewaktu didalam perjalanan pulang daripada Esplanade, dengan peluh membasahi dahi, aku melalui sebuah bangunan yang tersergam indah di seberang jalan sana. Nama dibangunan itu sangat familiar.  Nama ini lah yang melekat di motor pertama yang aku beli dengan titik peluh aku sendiri. HONDA CUB C70. Aku berhenti sebentar dihadapan sebuah rumah indah ditepi jalan yang mengadap dengan Wisma Boon Siew. Dalam pada itu aku sempat mengelamun sebentar. Aku teringatkan motor honda cub pertama yang aku beli pada tahun 1989 yang bernombor pendaftaran BDH 517... Pada waktu itu, motor tersebut lah harta aku yang paling bernilai. Lama jugak aku berangan disitu sambil tersenyum sendirian. Oleh kerana motor aku waktu itu baru, ada beberapa features yang aku kurang tahu. Salah satunya ialah 'handle lock'. Setelah engine dimatikan dan kunci dipulas habis, bukan sahaja engine nya ditutup, malah handlenya juga dikunci supaya susah untuk dicuri. Motor aku di parking diluar rumah Kak Anne. Sewaktu nak keluar rumah, aku ternampak anak dara orang depan rumah sedang bersiap nak memandu. Bila mata bertentang mata, aku senyum dan dia pun senyum. Aku dengan bangga celapak dan hidupkan enjin. Bila enjin berjaya dihidupkan, aku 'koyak' minyak.....aku terlupa nak pulas kunci tadi sampai habis. Walaupun enjin berjaya dihidupkan, handle aku masih berkunci. Bila aku dah koyak minyak, maka berpusinglah motor aku tapi tak kemana. Aku tersungkur dan gadis manis tadi tersenyum....aku malu tapi buat-buat tak malu.....Dalam aku mengelamun, ada orang sergah dari belakang...

Orang: Encik tunggu apa sini?
Aku: tak ada apa.......cuma tengok Wisma Boon Siew, orang kaya Penang nih...
Orang: Encik tak boleh duduk sini lama-lama
Aku: pasal apa?
Orang: sebab ini rumah Boon Siew.....nanti sekejap anak-cucu dia balik
Aku: whoooooooo.....

Jalan Sultan Ahmad Shah

Bangunan disini semuanya lama-lama dan aku sangat kagum melihat binaannya. Sepanjang Jalan Sultan Ahmad Shah, semuanya bangunan-bangunan heritage. Bungalow-bungalow di jalan ini mempunyai laman yang sangat luas. Bak 'chateau' di negara Perancis. Berjalan kaki sepanjang jalan tersebut menuju ke Gurney Drive, sekali lagi fikiran aku melayang ke zaman kanak-kanak. Diwaktu itu arwah pakcik (Ismail Rejab) aku merupakan 'drebar' kepada menteri besar Kedah waktu itu, circa 1975. Setiap kali MB Kedah selesai menaiki pesawat dari Bayan Lepas, pakcik aku akan mengambil aku di Brown Garden dan dibawanya aku ke Istana Hinggap Kedah yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah. Setelah pakcik yang aku panggil 'Lang' siap parkir, aku akan berlari ke padang didepan rumah dan mengejar belalang dan rama-rama. Padang tersebut sangat luas. Boleh memuatkan sebuah padang bolasepak bawah 12 tahun saiznya. Hebat sungguh rumah ni fikir aku....siapalah tuanpunya rumah agam ni.......

Jog sampai sini dan patah balik!

Oleh kerana aku berniat untuk makan nasi kandaq sewaktu di Penang, 'homework' mestilah aku siapkan. Sebelum keluar jog di sepanjang Gurney Drive selepas keluar dari apartment abang, aku timbang berat badan aku (digital weighing scale memang aku usung kemana-mana aku pergi....waima ke Bali sekalipun!). Berat ok dengan ketinggian aku. Tapi pastinya berat aku bertambah jika aku balik ke PP. Aku bersiap, tukar t-shirt, pakai kasut jogging dan stokin, jalan perlahan-lahan menyusur tepi pokok-pokok besar sebelum sampai ke tepi laut GD. Aku mulakan dengan stretching. Lepas badan terasa panas setelah 15 minit stretching, aku mulakan dengan berlari anak. Jam menunjukkan tepat pukul 4 petang. Jangkaan aku, masuk waktu Asar, aku sudah berada di rumah. Perlahan-lahan aku jog. Di kiri aku ada kedai nasi kandar KHALEEL 24 jam...cabaran.......aku jog lagi. Separuh jalan aku nampak G Hotel. Hotel ini lah yang aku teringin untuk menginap. Tapi bila difikirkan, apartment abang lebih enak kerana ada 'private beach' didepannya! Aku jog lagi tanpa henti....hinggalah sampai di persimpangan Sunrise Tower. Disitulah terletaknya segala jenis makanan yang tak akan mampu kita tolak nikmatnya! Aku berhenti sebentar menjawab panggilan daripada 'orang penting' dari Melaka. Setelah semuanya diatur dengan rapi hanya melalui panggilan talipon, aku lega dan memulakan larian pulang ke rumah. Peluh membasahi tubuh. Rasa aku, baju aku sudah boleh diperah dan dibilas 4 kali. Inilah peluh terbanyak melebihi yoga dan larian di treadmill. Aku lihat jam dan terkejut kerana jam sudah pun menunjukkan pukul 5.30 petang! Bermakna sudah satu jam setengah aku berjogging. Patutlah berpeluh sakan. Sampai dibilik, perkara pertama yang aku buat ialah menimbang berat badan...masyAllah......turun 900gm! Aku lega....lega bukan kerana berat air aku turun, tapi terkenangkan nasi kandar yang bakal aku makan nanti. True enough, aku habiskan 2 pinggan nasi kandar di Hameediyah, Campbell Street, Penang! MasyAllah!!!!!

12 ulasan:

faradia berkata...

Salam uncle, fara penah pg penang 3kali je,2 pn pasal keje...tp sb mkn nasi kandaq line clear...n lepak kt padang kota lama..sb bos nk beli jeruk..hehhe..

mokja berkata...

Uncle,
Enid Blyton...minat saya masa zaman budak sekolah pakai pinafore..
I was a college student in early 70's in Penang..things changed drastically over there.My college pun dah jadi baja..
Enjoy your stay .Stay healthy and happy.

Uncle berkata...

Salam Faradia.

Lain kali kalau nak ke PP, bagitahu Uncle. Uncle jadi 'tourist guide'. hahahahahaha....dan kalau nak beli jeruk, kena pergi ke pasar Chowrasta. Bila dah sampai Chowrasta, kena pergi ke sebelah sebab ada cucoq udang paling special dan rasanya yang 'seksi' sekali! Hahahahaha...

Uncle berkata...

Salam mokjadeandell.

Memang dah banyak yang berubah especially jalan highway yang menyusuri kawasan gelugor ke USM. Di belakang USM sekarang dah banyak apartment dan kondo mewah didirikan....hebat penang ni.....pasal tu lah kami tak jual rumah peninggalan arwah bapak dan mama di Brown Garden tu...sayang...kenangan kami membesar semuanya disitu!

faradia berkata...

Rasanya penah pg psar tue...byk kdai jual jeruk kan?hehe xsilap dkat dengan bus stand...

Uncle berkata...

Salam Fara.
Di bawahnya penuh dengan kedai jual jeruk. Depan IPD Polis Trafik. Kena pergi lagi tu...

Al-Manar berkata...

First time I visited Penang was way back in 1952. Can you imagine the place then? E&O was a definite landmark. It was very much Malay in character. Alas, what has happened in 60 years? What will be Malaysia be like in another 60 years?

Kakzakie Purvit berkata...

Dalam pada meninjau sana-sini, jalan rumah abang, makan sedap-sedap minda menerawang melihat kejayan dan perubahan environemnt. Boon Siew family untung kerana atoknya. Mana tahu 3 zuriat uncle akan berbangga juga meneruskan lagenda ayahnya - insya-allah.

Makan banyak exercise banyak tak apalah berbaloi puas makan puas lihat pencapaian turun 900gm hampir sekilo tu!!

Uncle berkata...

Salam Al Manar.
Pakcik, tahun 52 saya pon belum ada lagi! Hahahahaha.......in 60 years time, Penang akan jadi Singapore sedikit demi sedikit.....rumah kami kat penang tu setiap kali kami balik, setiap kali itu jugaklah ah pek sebelah rumah dok 'jek' suroh juai...rasanya jawapan kami sama saja.....'we're not going to sell!'......esok pagi bila nampak muka kami, dia akan tanya lagi.....

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
apalah ada mengenai kejayaan saya ni Kakzakie ooiii....merantau sana-sini, naik moto cabok pi balik pi balik....yang tu ada la.....hehehehehe....

Lady Windsor berkata...

Salam Uncle,
Im back..dan ka nak pekena tea tarik Liyas ni??

Uncle berkata...

Salam Lady Windsor.
Walawei...dah balik yea....Liyas? Satu idea yang sangat bernas!!!!! Nanti I text you! Hahahahaha...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...