Sabtu, Februari 01, 2014

Sweet 16!

Arman Azumi dah 16!

Tiba-tiba Azumi menghantarkan sms menyatakan yang dia inginkan jam tangan sebagai hadiah di hari lahirnya tanggal 31hb Januari yang juga merupakan cuti umum kerana sambutan Tahun Baru Cina. Kebetulan pula! Ini merupakan minggu terakhir untuk anak-anak semua berkumpul memandangkan pada Selasa minggu depan Yuya juga akan menyusul abangnya untuk tinggal di asrama. Kedua-dua Azumi dan Yuya kini mengikuti latihan bolasepak yang lebih sistematik kerana mereka berdua terpilih untuk menganggotai projek bolasepak sekolah dan harus menetap diasrama. Aku rasa itulah pilihan yang terbaik. Belajar dengan tekun dan pada masa yang sama mengikuti latihan bolasepak secara intensif setiap hari!

Tengah demam..

Marina tiba-tiba demam panas. Kebetulan juga aku sebenarnya sedang bercuti kerana aku perlu menyelesaikan beberapa perkara berkenaan dengan kemasukan Yuya ke sekolah projek bolasepak VI. Setelah selesai dengan kemasukan Yuya ke asrama, aku bergegas pulang untuk melihat Marina. Marina terlantar lesu tak bermaya. Aku bagi dia makan ubat dan tunggu sebentar. Aunty balik dan terus bawak Marina ke klinik. Aku takut Marina diserang demam denggi tetapi TIDAK! Aku lega. Lepas makan malam aku, abang dan Yuya bersiap nak ke KLCC. Tiba-tiba Marina bingkas bangun dan bagitahu yang dia nak ikut. Kelam-kabut dia mandi dan bersiap manakala kami menunggu dengan sabar. Marina kembali bercakap banyak dan ini melegakan kami semua!

Bangga dgn anak-anak!

Selepas mendapatkan kasut sukan Yuya (ada dalam syarat kemasukan keasrama), kami berbondong-bondong menuju ke kedai FOSSIL ditingkat atas KLCC. Abang mencuba beberapa jam dan memilih satu yang digemari. In fact aku sendiri sukakan jam tu. Aku berbisik pada abang yang aku juga teringin nak pakai jam yang sama. Abang kata ok! Hahahahahahaha...

Segalanya untuk anak-anak!

Dah selesai dapatkan kasut untuk Yuya dan jam untuk abang, kami mula melangkah turun menuju ke kereta. Pada hari ini, 31hb Januari 2014, bersempena dengan Tahun Baru Cina, abang genap berumur 16 tahun.....Selamat Hari Jadi abang.....Papa doakan yang abang akan menjadi anak yang soleh dan sentiasa mengutamakan pelajaran dan keluarga. Sayangilah adik-adik kerana itu sahajalah adik-beradik yang abang ada! Once again, Happy Birthday my dearest son.....I love you!

4 ulasan:

nohas berkata...

semoga anak2 lelaki Uncle jadi professional footballer..

Uncle berkata...

Salam Nohas. Terimakasih. Itulah harapan Uncle. Tetapi, apa jua keinginan dan hala tuju mereka, Uncle dengan besar hati akan menurut asalkan mereka tidak 'menyimpang' daripada tujuan asal....insyAllah!

JunAina berkata...

Happy belated bufday buat abang...anak2 penenag jiwa dan setiap tawa mereka adalah kegembiraan kita juga. Jadi bila mampu memberi yg terbaik berilah...

Uncle berkata...

Salam JunAina.
Terimakasih. Uncle juga berfikiran begitu.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...