Renaissance Hotel KL, 1996. Aku duduk di sebelah Mika Hori
Aku mula bertugas di RKL setelah pulang ke sini sebaik sahaja tamat belajar dan tamat bersuka-ria...Sebenarnya aku sekadar mencuba nasib apabila mendapat tahu yang RKL ada membuat 'open interview' di site officenya yang terletak diseberang jalan berhadapan dengan RKL sekarang ni. Aku hadir hanya dengan tujuan untuk mengisi borang dan tunggu untuk dipanggil temuduga. Meletakkan motor aku dibawah pokok besar yang rendang ditepi jalan, aku mengatur tapak ke pejabat HR. Mengambil borang dan terus isi. Aku tak bawa apa-apa sijil. Position yang aku apply ialah "Fine Dining Restaurant Manager". Borang yang siap diisi aku serahkan kepada pegawai HR yang ada disitu, Abang Tahir. Selang beberapa hari aku menerima satu panggilan dari Puan Zaleena yang menyuruh aku datang untuk interview pertama.
Ist Interview
Aku menunggu agak lama sehinggalah datang seorang lelaki yang berpakaian kemas yang bernama Kesang Sugatsang berasal dari Tibet dan menetap di Germany masuk dan memanggil aku. Banyak yang dia tanya dan soalan terakhir yang beliau tanya ialah apakah position yang aku apply? Aku pun jawablah yang aku apply sebagai Restaurant Manager di 'Marche Meditteranean Restaurant.' Beliau menarik nafas panjang dan kembali membelek resume dan application form aku. Dengan pandangan mata yang tajam, beliau memberitahu aku bahawa position yang aku minta itu ialah position yang beliau sandang! Aku telan air liur....memohon maaf dan terus memberitahu yang aku sedia menerima apa saja position yang masih ada tetapi aku mahukan restaurant kerana itu merupakan 'forte' aku. Kesang Sugatsang menganggukkan kepala dan menyuruh aku balik dan datang semula keesokan harinya untuk interview seterusnya.
2nd Interview
Aku tak boleh tidur lena malam tadi menantikan hari ini. Pelbagai perkara bermain difikiran aku. Apakah soalan yang bakal ditanyakan dan apakah dan bagaimanakah harus aku jawab. Akhirnya aku terlelap juga. Sekali lagi aku memecut motor aku dari DJ menuju ke Jalan Ampang. Terus ke pejabat HR dan menunggu. Seorang lelaki berbangsa Suisse keluar dari pejabat dan memanggil aku masuk. Lengan baju beliau disinsing ke lengan dan ada sebatang pensel terselit ditelinga kanannya sambil tangannya memegang borang permohonan kerja aku. Alamak.....telan air liur lagi! beberapa soalan diajukan kepada aku. Semuanya mengenai pengalaman kerja aku sebelum ini. Alhamdulillah semuanya ok. Ditanyanya kepada aku apa position yang aku minta dan kali ini aku menjawab Coffee House Manager setelah tahu yang Marche Restaurant telahpun ada calonnya! Lama beliau merenung aku dan akhirnya beliau menggeleng-gelengkan kepala dan memberitahu bahawa Coffee House Manager juga telah diisi! Adoi...parah aku. Apalah nasib aku kali ni. Terasa hampa dan longlai.
Dalam keadaan yang agak tak tentu arah, pintu pejabat beliau diketuk dari luar dan masuk seorang lagi lelaki mat salleh, Robert Aschwanden. Robert Aschwanden merupakan GM di RKL yang pertama. Berbangsa Suisse/German. Muka garang dan berbadan besar. Berbual dengan orang yang interview aku tadi didalam bahasa German dan kemudiannya memandang kearah aku. Mukanya masih lagi serious. Bertanya aku beberapa soalan dan soalan yang terakhir beliau tanya ialah, "You studied in Switzerland? Which school?". Belum habis aku menjawab, dia terus menghulurkan tangan untuk berjabat sambil berkata, "Welcome on board!". Aku tergamam.....aku tergamam kerana pertama, begitu cepat beliau membuat keputusan dan keduanya, dimana aku akan diletakkan nanti kerana ke dua-dua restaurants telahpun diisi! Ketiganya kerana kami masih belum berbincang tentang gaji! Hahahahahahaha!
3rd Interview
Robert faham yang aku bingung lalu dipanggilnya aku untuk bertemu beliau keesokan harinya. Aku sekali lagi ke RKL. Semua kebimbangan, aku utarakan kepada beliau. Beliau sangat memahami. Aku diberikan jawatan Room Service Manager. Tugas aku ialah memastikan semua pesanan makanan dan minuman yang dihantar kebilik memenuhi piawaian. Dihantar dalam tempoh yang telah ditetapkan. Menjawab panggilan talipon dengan standard yang telah diberikan. Aku juga diberikan jumlah sales yang perlu dicapai didalam sebulan. Wah.....ini cabaran baru untuk aku. Aku tak pernah bekerja di RS. Kecualilah membantu menghantar makanan dan minuman ke bilik jika pekerja RS sibuk ataupun kurang. Kali ini aku sendiri yang harus menguruskannya! Tapi ini bukan yang aku minta. Robert memberitahu aku bahawa beliau personally akan menilai kerja aku dan dari situ dia akan melakukan pertukaran ke tempat yang sesuai untuk aku jika prestasi kerja aku baik.....Bagaimana pula dengan gaji? Aku dibayar sebanyak RM2700 sebulan dan akan meningkat jika prestasi aku baik. Itu janjinya. Aku mengangguk tanda setuju. Pada tarikh yang ditetapkan, dengan motor cabuk aku, kasut hitam baru yang dibungkus elok didalam kertas suratkhabar dan dimasukkan kedalam plastik, stokin hitam baru yang juga dibungkus sama, aku masukkan ke dalam bakul motor. Manakala aku pula hanya memakai selipar jepun untuk ke tempat kerja! Hahahahahaha.......enjoy the weekend people!
4 ulasan:
Salam uncle
mana tak kerut dahi mamat tu, uncle minta position dia hahaha
Salam Rezeki.
Entah mana lah dia dah pergi sekarang ni.....itulah first time saya kerja dengan orang Tibet!
Salam Pak Shahrir, Terharu dengar cerita you....
Love you ALL RenKL
My ever dearest friend, Journal Of Life!
I'm surprised to get a short and sweet message from you. It has been such a long time.....hey, now you know where I am, keep in touch and let's meet up sometime for a nice cup of coffee....regards to your family at home!
Catat Ulasan