Isnin, Jun 16, 2014

Gunting rambut

Satu perkara yang aku tak dapat elakkan ialah menggunting rambut. Anak-anak akan bagitahu yang rambut aku masih pendek. Tapi aku dah rasa tak selesa walaupun baru saja menggunting rambut 3 minggu yang lalu. Jika aku dizaman sekolah, seboleh mungkin, aku tak akan menggunting rambut. Biarkan dia panjang. Selagi tak dapat dikesan oleh guru disiplin, selagi itulah aku akan menyimpan selama mungkin. Hujung rambut akan dimasukkan ke dalam kolar baju. Bila guru disiplin lalu ditepi ataupun belakang, aku akan menundukkan kepala agar hujung rambut aku terangkat melebihi kolar baju! Selalunya aksi begini memang tak dapat dikesan. Hujung minggu akan diadakan pemeriksaan dari bilik ke bilik oleh pengawas dan juga warden. Kami akan berbaris ditepi katil masing-masing. Pengawas dan warden akan memeriksa katil, locker, rambut, kasut dll. Aku masih terlepas......Ada sekali kumpulan aku dipanggil ke belakang surau oleh warden. Kami berbaris 6-7 orang. Kami dimarahi warden kerana satu perkara 'nakal' yang kami lakukan. Lama kami di lecture dalam keadaan kami berdiri tegak. Tiba-tiba warden beralih topik ke topik 'rambut'. Semuanya kecut perut terutamanya aku! Tapi dalam ramai-ramai yang kena marah pasal rambut panjang, entah macamana sekali lagi aku terlepas!
 
Gambar tak kena-mengena dgn cerita!


Gelugor
Aku cukup takut nak gunting rambut kerana mamak gunting disitu sangat kasar. Disengguk-sengguknya kepala aku. Jadi setiap kali arwah mama bawak aku nak gunting rambut, aku akan jadi kelam-kabut. Meracau tak tentu hala. Fikiran terganggu. Berguling-guling aku atas lantai. Lepas kena sengguk dengan arwah, barulah aku sanggup disengguk-senggukkan oleh mamak gunting rambut.
 
Alor Setar
Ada 2 tempat yang aku selalu pergi. Satu dengan Ah So di Taman Intan dan satu lagi di kedai mamak di pekan. Aku segan nak pergi ke kedai Ah So ni sebab yang ada situ semuanya pompuan. Semuanya baya-baya arwah mama! Adoi...malunya  aku bukan kepalang. Nak tak nak kena pergi jugak sebab arwah mama yang bayar. Aku tambah letih sebab nak tunggu arwah mama 'serkup kepala' @ steaming. Menguap sakan aku menunggu dan seperti kebiasaanya, lengan aku akan merah-merah sebab kena cubit dengan arwah mama yang dah tak tahan dengan perangai aku mengajak arwah mama pulang! Hahahahahahaha............
 
SDAR
Duit tak ada. Jadi aku kenalah percaya kepada 'Anje' yakni rakan aku untuk mencantas rambut aku sekali-sekala.Nasib baik si Anje ni agak baik dalam hal cantas-mencantas rambut...makanya aku bernasib baik walaupun kadangkala rambut aku jadi macam rambut Ringo Star......Peralatan yang diperlukan oleh Anje amatlah simple. Gunting dan sekeping surat khabar yang dilubangkan ditengah untuk aku masukkan kepala! Kerusi tak berapa penting sebab boleh duduk ditangga ataupun tembok ataupun bersila di koridor ataupun atas baldi baju yang diterbalikkan! Sambil gunting Anje akan nyanyikan lagu Pop Yeh-Yeh dengan suara yang tak berapa nak sedap (Anje...if you are reading this....dah lama benda ni terpendam...hahahahahaha). Waktu bergunting, aku tak boleh kata suara dia tak sedap sebab gunting kat tangan dia...hahahahahaha.

Shibuya
Rambut dah panjang. Sebelum aku ditegur, baik aku gunting dulu. Tapi dimana nak gunting kat Tokyo ni? Beropa harganya? Mak aiihhh...mesti mahal ni....Aku bukak newspaper cari dan cari. Aku tanya orang-orang disitu kat mana nak cari Semua jawapan yang aku dapat berharga RM300 ke atas. This was back in 1992 people! Aku dah susah hati. Waktu tu aku bekerja di Tokyo Bay Hilton. Nama hotel dah gah...disiplin mesti jaga! Adoi...susah hati aku. Sampai aku terfikir nak gunting rambut sendiri. Punya tension! Dalam dok melengung sorang-sorang, aku naik keretapi JR Yamanote dan berhenti di Shibuya. Waktu nak keluar stesyen, aku ternampak satu line panjang. Ramai orang beratur. Aku ingat semuanya nak makan soba, tapi bila aku menghampiri, aku nampak orang yang keluar semuanya nampak kemas bergaya. Rambut rapi. Aku jenguk ke dalam dan confirm yang tu kedai gunting. Aku lihat signboard, ada gambar gunting dan harganya dalam RM60. Itu lah yang paling murah pada tahun 1992 pernah aku jumpa!

Le Bouveret
Ada sorang budak pompuan sweden yang pandai gunting rambut. Aku kena buat booking sebab ramai yang akan guna khidmat dia. Nama Lis. Harga gunting dia memang paling murah di Suisse. Cuma Sfr20. Bayangkan kalau ada sampai 10-15 orang gunting rambut dengan dia seminggu...tak ka kaya-raya budak ni? Modal dia cuma gunting, gunting gigi, sikat dan apron. Itu saja! Jadi kepada adik-adik yang akan masuk Universiti disini dalam ataupun luar negara, Uncle cadangkan belajarlah cara menggunting rambut. Lelaki ataupun pompuan and trust me, adik-adik akan sentiasa ada duit belanja...silap-silap tak payah pakai duit scholarship! Sungguh, Uncle tak tipu!

Geneva
Adoi...kat sini aku pening kepala nak gunting rambut. Yang ada ramainya Italian tak pon Turkish. Letih nak bayar sebab memang mahal. Nak cari Lis pulak jauh....nak tak nak aku terpaksa cari kawan-kawan asia aku. Depa ni pandai macam-macam. Pandai belajar, pandai masak, pandai berkawan dan jugak pandai kelentong! Dalam ramai-ramai budak asia kawan aku yang ada kat geneva, sorang budak siam nama "O" ni boleh menggunting rambut. Makanya setiap bulan aku ke rumah dia untuk gunting rambut. Selalunya dia tak mintak bayaran.....hahahahahaha....sekarang ni "O" merupakan Executive Chef di Bangkok dan sekali sekala dipanggil untuk membuat cooking demonstration di banyak channel di Thailand.

Madinah
Boleh tahan harganya. Kalau nak murah, carilah kedai gunting rakyat Bangladesh. Cepat siap. Aku rasa 5 minit dah settle. Rasanya baru nak selak 3-4 mukasurat majalah, barber dah suruh turun! Hahahahahaha.....Kalau nak bergaya sikit, cari kedai Turki. Depa ni memang pakar. Ada sekali aku ke kedai Turki dan bayarannya memang mahal sikit dari biasa. Selalunya bila nak cuci rambut, aku baring di kerusi gunting dan mengadap keatas (ceiling) tapi di kedai ni aku kena meniarap dan kepala aku masuk dalam singki dan mengadap ke bawah...."lain padang lain stail!"

Mekah
Lepas aku selesai 'melontar', di kawasan nak keluar, ada ramai tukang gunting. Aku serah diri dan serah kepala pada tukang gunting yang dok tersengeh tengok aku jalan menghampiri kedai beliau. Dia suruh aku duduk. Aku duduk. Dia ambik mesin gunting dan mula pegang kepala aku. Aku baru nak tanya mana 'apron'? dia dah sagat suku kepala aku. Dalam masa 1 minit, kepala aku dah botak! Itulah paling pendek pernah aku rasa. Kelebihannya pulak, kepala sentiasa sejuk. Tak payah pakai gel. Tak payah sikat. Okay jugak!

La ni
Aku dan Yuya pergi ke kedai gunting yang sama. Yang ada lampu warna biru-putih-merah gulung-gulung kat luar kedai tu. Lama-lama tengok mata aku jadi juling! Harga Yuya RM7 manakala harga aku pulak RM8. Marina ikut aku ke kedai gunting dan tanya kenapa harga gunting Yuya dan aku berbeza? Aku jawab sebab rambut Yuya hitam manakala rambut aku pulak putih! Marina confuse! Hahahahahaha...Setiap pagi Ahad aney India yang gunting rambut tu akan main cricket di padang tepi rumah aku dan bolanya selalu masuk ke kawasan rumah. Aku lah yang akan baling keluar bola cricket tu. Since aku tolong ambik bola cricket yang depa selalu main, aney tu kata dia akan bagi discount bila aku pergi gunting rambut nanti.....yeay....looking forward.....hahahahahaha!!

 
 

12 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Tak tahu pula rupanya kalau
Duduk jauh nun diluar negara nak mencari tukang gunting tak mudah...(bg lelaki laaa)
Pompuan pakai tudung
Pnjang ikat...
Balik malaysia.. Baru gunting

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,

kelakar la cerita uncle kali ni..nasib baik tak tersedak makan..fara dari kecil sampai besar mama je potongkan rambut..tapi bila tangan mama da start sakit..baru pergi salun..selalu kena marah dengan aunty salon.."u mau potong macam mana?..boy cut la aunty...senang..haiya..boy cut ka..rambut manyak cantik..boy cut ka..rugi oo.."..setiap kali pergi salon..setiap kali la skrip sama di ulang....hehehehe

-faradia-

Tanpa Nama berkata...

i like! sungguh menarik pengalaman pelbagai dan turut disertakan nasihat buat pelajar. teruknya harga di jepun dulu, sekarang lagi mahal ke.

patutnya senior citizen, grey hair dapat diskaun kan.

Uncle berkata...

Salam. Actually bukannya susah nak mencari tapi susahk membayar sebab harganya terlalu mahal...Nak cari yang berpatutan, masyAllah...punyalah payah!

Uncle berkata...

Salam Fara.
Uncle ada jugak ke saloon dulu. Tapi memandangkan harga sekali gunting menyamai dengan harga pi marrket beli ikan selama 1 bulan...(RM250, cut and wash, Uncle terus batalkan niat murni tu dan beralih ke KEGUMA (Kedai Gunting Mamak!)yang berharga RM8. Uncle cari lagi kot2 jumpa lagi murah, tapi belom berhasil...hahahahaha

Uncle berkata...

Salam Tanpa Nama.
Uncle masih belom mencapai tahap 'senior citizen' lagi walaupun rambut puteh...hahahahahahaah soon to be! But anyway, ada sekali Uncle bawak Azumi dan Yuya menonton wayang. Masa nak bayar budak counter tu cakap, "1Xsenior citizen dan 2Xdewasa ya.....". Uncle angguk mengiyakan. Discount RM5!!!!! Anak2 ketawa!

Mummy Eda berkata...

Hahahah (sakit perut baca sambil gelak) :D

Uncle berkata...

Salam Mummy Eda.
Jangan dapat 'stomach cramp' sudah ya...

Kakzakie Purvit berkata...

Banyak berjalan banyak pengalaman. Itulah kitaran dan kenangan gunting rambut uncle ye. Dari rambut hitam sampai rambut putih (kalah rambut uncle ni - muda lagi rambut dah putih). Yg kakak salute org siam tu masa belajar pandai jadi 'pakar gunting rambut' kawan, sekarang dah jadi pakar masak - chef terbilang tu kalau tv selalu undang.

Yg best kepala botak kerana tahlul. Lagi banyak rambut yg digugurkan lagi banyak dosa digugurkan juga alhamdulillah.. liciiiinnnn:)

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Itu semua 'survival tool'. Memang menguntungkan kalau tahu menggunting rambut. Itu yang saya katakan dalam entry saya. Kalau adik2 nak masuk universiti, adik2 belajarlah cara2 menggunting rambut. Memang duit sentiasa ada! Manakala kawan2 saya pulak, alhamdulillah, semuanya sangat berjaya. Baru semalam saya baru dapat tahu yang sorang budak pompuan senior saya setahun sekarang ni GM di Swisshotel at Nai Lert Park Bangkok! Makanya kami akan adakan suisse reunion di tempatnya di Bangkok bulan august nanti!

Hazlan Zakaria berkata...

Salam Pak cik

pak cik beli saja mesin sagat macam pak arab tu,,,lepas tu bagi aunty sagat setiap minggu...hehehe

Uncle berkata...

Memang dah ada mesin sagat...tapi tak larat nak bayaq....mahai sunggoh dia tu...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...