Isnin, Jun 02, 2014

Padat lagi!


 
Satu lagi hari minggu aku berlalu dengan amat pantas sekali. Malam sebelumnya aku sampai rumah pukul 2 pagi. Sibuk menguruskan hal ditempat kerja. Longlai. Badan dah tak berdaya. Fikiran entah kemana. Moto aku pandu perlahan menusuri jalan bangsar, sultan ismail dan ampang untuk sampai ke rumah. Alhamdulillah sampai dalam masa 30 minit walaupun jalan agak lengang. Ahadnya pukul 7.30 baru aku bergerak ke pasar. Kebiasaannya jam 7 pagi! Seperti biasa aku ke gerai ayam, ikan, telur dan sayur. Selesai semua dalam masa 20 minit. Aku dah tahu apa yang aku mahukan jadi waktu aku tidak terbuang! Pasar agak ramai pagi ini. Aku bertanya pada Ah Lian penjual apam balik. Katanya esok merupakan Dumpling Festival....jadi ramai mereka membeli-belah untuk acara tersebut! Hmmm...aku belajar mengenai satu perayaan lagi yang tak pernahnya aku dengar selama ini!
 
 
Seperti kebiasaannya aku akan berhenti di salah satu gerai disitu. Membeli karipap untuk dibawa balik, minum teyy dan membaca suratkhabar selama lebih kurang 30 minit sambil berbual kosong perihal anak-anak dan aktiviti harian mereka. Leka aku membaca, kelibat makcik dan kucing kembali kelihatan ditepi gerai nasi lemak. Aku memberi salam kepada beliau. Lembut dijawabnya salam aku. Aku bertanya apa yang dijualnya selain daripada beg tangan daripada China. Katanya yang selalu habis dibeli ialah tepung jagung. Aku kembali bertanya, kenapa beliau memberi makan kepada kucing? Katanya dia sayangkan kucing. Selain daripada itu, sedikit rezeki yang beliau ada, katanya lebih afdal kalau diagih-agihkan walaupun hanya nasi kosong dan beberapa hirisan-hirisan kecil isi ikan kembung rebus! InsyAllah rezeki kita akan dimurahkan...sambungnya lagi sambil mengira wang yang diterimanya daripada pelanggan yang membeli tepung jagung sebentar tadi!

 
Walaupun bengkak dipipi masih terasa dan esoknya pula aku harus kembali ke doktor gigi untuk mencabut benang, itu bukan penghalang untuk aku diam dirumah tanpa berbuat sesuatu. Aku ajak Azumi untuk ke gym pada pukul 9.30 pagi dan kami sama-sama menghabiskan lebih sejam dengan aktiviti berfaedah. Sama-sama cuba menguatkan otot-otot atas (upper body) dan melihatkan perbezaan saiz badan, aku mula terasa yang usia kami amat ketara bezanya.....

 
Pulang ke rumah, jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Kami dijamu dengan 'homemade lasagne' dan terlentang didepan tv selepas itu! Tepat pukul 2, cucu menakan aku sampai. Sarah, rakan Marina juga sampai. Semuanya nampak happy dan dah tak sabar-sabar. Bila jarum jam menunjukkan tepat pukul 3 petang, aku mengarahkan kesemua mereka masuk ke dalam kereta. Aku memandu perlahan ke FINAS di Hulu Kelang untuk sama-sama menonton rakaman sebuah rancangan kanak-kanak terbitan sebuah syarikat besar dinegara ini. Ramai selebriti-selebriti negara dan luar datang berkumpul rupanya. Aku menerima panggilan talipon daripada Producer mengatakan bahawa salah seorang daripada Managernya sedang menunggu aku dipintu masuk studio. Kami adalah antara yang pertama dibawa masuk ke studio. Terasa seperti VIP. Setelah tempat diambil dan penonton-penonton lain dibenarkan masuk, En Producer datang bertemu aku bertanya samada semuanya ok untuk aku dan keluarga? Apa lagi yang aku mahu katakan kepada Encik Producer selain daripada mengucapkan terimakasih. Encik Producer berlalu pergi. Beliau teramat sibuk menyelenggarakan semua program. Anak-anak ternganga melihat seorang lepas seorang selebriti masuk ke pentas. Berada betul-betul dihadapan kami. Hampir 4 jam kami disana dan rakamannya pun selesai. Aku terus keluar menuju ke kereta. Sewaktu aku menghampiri kawasan rumah, aku menerima panggilan talipon daripada Encik Producer yang bertanyakan samada aku masih berada diperkarangan studio ataupun tidak untuk anak-anak aku bergambar dengan kesemua selebriti. Aku mengucapkan jutaan terimakasih kepada beliau diatas keikhlasan dan kesanggupan beliau menjemput aku sekeluarga untuk sama-sama menonton rakaman program hebat tersebut! Sekali lagi aku dan keluarga dijemput untuk satu lagi acara yang lebih menarik! Alhamdulillah....rezeki kita, tak siapa pun tahu kecuali Allah SWT. Dalam waktu yang sama aku mula teringatkan kata-kata Makcik yang memberi makan kucing liar di pasar pagi tadi... 

21 ulasan:

Lee berkata...

Hello Mohd Shahrir, as I'm much older than you, feels funny addressing you as 'Uncle'...so ma'af ya, anyway boleh x'change, you can call me 'Lee', as long as you jangan add an 'A' depan, ha ha ha.

My bahasa da la out of tune, sebelum Merdeka, but boleh faham 32% and enjoyed reading your this posting, but at 12kph only....
Nice pics too.

Can see you looking very fit...I guess SYTs will turn heads see you walking by, ha ha ha.
You keep well, have a great week.
Best regards.
Lee.

Kakcik Seroja berkata...

'Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga....'

mokja berkata...

uncle,
makcik pun percaya dengan makcik kat pasar.Bila kita memberi kita akan banyak menerima..kdgkala hingga yang tak terduga.Selalu pesan kat anak anak...jgn kedekut tapi jgn boros.Insha Allah,Tuhan menggandakan apa yang kita beri.

Tanpa Nama berkata...

dear uncle
rezeki dan ujian di luar jangkaan kita..

Ibu n Abah berkata...

Uncle ni mcm tau2 akak teringin nak tgk wajah wanita yg bersedekah makanan pd kucing..
Nampak wajah org yg lembut dan penyayang....
Gigi dah cabut, uncle?

rezeki berkata...

Salam uncle

mmg betul tu uncle, rezeki kita semua dah Allah tentukan dan kita tak tahu,

Rezeki saya pagi ni pulak ialah Allah bagi sakit kat belakang tetiba masa saya dah siap pakai track suit dan stokin nak jogging pagi ni , rasanya penyebabnya pasal dah 2 hari saya pi panjat atas bumbung tampal lubang hehehe

Maka segala hari ni punya kerja termasuklah jogging saya kansel . Terus kansel juga nak hantar medal yang bertimbun dalam kotak pasal berat kotak medal tu boleh tahan walaupun tak besar mana kerana medal besi hehehe

Jadi saya hanya siapkan kerja2 pentadbiran je sikit pagi ni, siapkan purchase order ke supplier dan emailkan je

Maka rezeki saya pagi ni Allah suruh rehat , makan pain killer dan tidur lah jap lagi

Alhamdulillah.

Uncle berkata...

Dear Lee.
Feel free to call me whatever you feel comfortable with....Thanks for leaving a note here..."Uncle" is my nickname since school circa 1981....(i was very close to the pakcik kantin then)and obviously it doesn't reflect my age at all...wink! Such an honor to have you leaving a short note here!
Lee. once again thank you for visiting and realy really looking forward to reading your beautiful stories in the near future! Stay healthy and pssttt....regards to your SYT next to you! Hahahahahaa..

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Jika Kakcik ada membaca cerita2 'rakan penyamun dari Mekah' saya yang bernama Lutfi, didalamnya ada diceritakan perihal Pak Abu. Lutfi dan Pak Abu banyak bercerita kepada saya kelebihan bersedekah sewaktu saya di Mekah dulu. Banyak cerita yang ingin saya kongsikan tetapi saya takut saya disalah tafsirkan sebagai 'riak' disini. Jika Kakcik Nur ada email saya akan ceritakan kelebihan bersedekah yang terjadi kepada saya semasa saya di Mekah dulu. MasyAllah....Allah is great!

Uncle berkata...

Salam Mokjadeandell.

Memang benar....sila baca jawapan saya kepada Kakcik Nur. Jika Kakak juga ingin mengetahui apa yang berlaku kepada saya, drop me an email and i'll write to you. Kesemuanya berlaku kepada saya dan saya sangat hairan kenapa dan apakah sebabnya? Setelah dikaji, baru lah saya mendapat jawapannya....again, i don't want to be seen and memandai2 dan membuat2 cerita. Makanya saya tak akan menulis di entry2 saya kecuali kalau ada permintaan secara personal.

Uncle berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Uncle berkata...

Salam Tanpa Nama.
Benar. Makanya didalam entry "Sakit" yang lalu, apabila Uncle tak sihat, Uncle berkata 'alhamdulillah'. Itu semua nikmat Allah SWT kepada kita. Dari sakit kita akan merasa 'nikmat sihat'.

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.
Saya ada 6th sense kak...hahahahahaha...and yes gigi dah cabut last monday dan hari ni cuma cabut benang atas dan bawah sebab gigi dicabut 2 batang. Selesai masalah...katanya akan properly heal in 2 weeks time...

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Alhamdulillah kerana diberikan kurniaan 'sedikit kesakitan' kepada kita agar kita lebih beringat kepadaNya. Kalau kita sihat, mungkin perkara2 remeh kita tak akan pandang seperti berehat dsbnya walhal berihat dan tidur cukup juga amat pentng untuk tubuh badan kita! Terimakasih dengan perkongsian ini. Semoga cepat sembuh!

norh berkata...

salam uncle

norh nak tau cerita uncle masa kat mekah tu boleh? ni email add norhashimahhashim@yahoo.com

:)

Kakzakie Purvit berkata...

Kemampuan minda menjalankan rutin walau pipi bengkak dan benang yg belum dibuka tak menghalang uncle tuk terus menjalan rutin harian. Itu sebab ada rasa tanggung-jawab yg dipikul

Keep-fit tak boleh kira usia uncle. Ada yg dah berusia tapi stamina kuat sebab rajin beriadah tapi yg malas macam kakak ni memang pasti kelihatan lebih tua dari usia...

Uncle berkata...

Salam Norh.
Will email you shortly!

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Rasa bersalah sangat bila tak pi gym...bersalah kepada badan yang hanya tahu mengikut selera! Hahahahaha...Waktu saya ke gym dalam kesaikitan tempohari bersama anak, ada sorang aunty tanya saya kenapa beberapa hari tak nampak? Saya jawab saya sakit gigi dan baru dicabut 2 hari lalu....dia tanya datang dgn siapa? Saya cakap bawak anak just in case saya tergolek tak larat! Hahahahahaha.....It's all about "Mind Over Matters!"

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,

tiba-tiba ngidam karipap pusing....hahahahha..

-faradia-

Uncle berkata...

Salam Faradia.
itu memang feveret Uncle tu...Ramadhan boleh makan setiap hari!

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,

masalahnya susah nak cari yang ranggup n pusing macam dalam gambar..tu yang tiba-tiba teringin..hehe ..kalau ada..tak berapa pusing sangat karipapnya..

-faradia-

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Faradia.
Teringin ka? Sekarang almost 2 pagi dan kejap lagi dalam pukul 7 Uncle dah ke pasar...and as usual, lepas beli ikan segala, Uncle singgap sat kat kedai kopi, minum teyy dan makan karipap sebelum gerak ke gym....kalau teringin singgah lah di marrket pekan ampang.....kedai kopi tu sebelah kanan, the first shop bila masuk ke marrket...you'll never miss it! Nyum...nyum...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...