Rabu, Julai 16, 2014

Noor Azam Ali

Ini abang aku. Aku panggil beliau dengan nama Wan. Dari mana nama Wan tu datang, jangan tanya sebab aku tak tahu! Penat aku mencari, tetap tak pernah berjumpa. Merupakan anak ke-4 daripada kesemua 7 orang adik-beradik. Aku anak ke 7. Namun abang diatas aku sorang yang bernama Anuar telah meninggal dunia sebelum aku dilahirkan. Jadi total kami adik-beradik ialah 6 orang!

Jarak umur kami agak jauh. Wan kini berumur 53 tahun manakala aku baru berumur 46. Ligat bermain bolasepak dan memasuki apa juga bidang sukan disekolah dulu. Sangat terkenal disekolahnya sebagai seorang athlete serba boleh dan juga pengawas yang sangat berdisiplin. Seringkali aku mengikuti Wan menjalani latihan bolasepak dan juga olahraga. Sebagai atlet olahraga, Wan sangat hebat didalam acara pecut. Itu aku memang tak dapat nafikan. Disebabkan kami tinggal di Henry Gurney Telok Mas waktu itu dan Sekolah Henry Gurney merupakan satu-satunya sekolah di Malaysia yang sudah mempunyai track bitumen, maka kesempatan itu dipergunakan oleh Wan untuk betul-betul berlatih acara balapan. Wan diberikan seorang personal coach untuk mengawasi cara larian, memberikan nasihat mengenai nutrisi dan membuat jadual latihan padat untuk beliau. Ini sangat hebat bagi aku kerana Wan waktu itu tidak dikenali dan berusia hanya didalam lingkungan 17 tahun. Walaubagaimanapun, bagi pelari-pelari pecut di Melaka di tahun 77-79 waktu itu, nama Noor Azam Ali dari SFI telahpun bermain dibibir mereka.
 
Wan hampir-hampir ke peringkat kebangsaan tetapi pada masa yang sama telah dipanggil oleh PULAPOL untuk menjalani latihan kepolisian di Kedah. Ini juga merupakan salah satu minat Wan yang aku tahu. Apabila Wan berada di Kedah menjalani latihan, ada satu insiden yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Setiap kali seorang pegawai atasan berbangsa cina ini lalu, setiap orang akan bangun, menghentak kaki, melentikkan badan, memberi tabik hormat sambil menjerit, "Selamat pagi Tuanku!". Aku kebingungan kerana mana mungkin seorang berbangsa cina dipanggil Tuanku? Selang tak berapa lama, aku tersedar 'nametag' beliau tertulis KHOO dan Tuan pula adalah panggilan kesemua prebet kepada pegawai atasan mereka. Jadi sepatutnya didalam penulisan, ia harus ditulis sebagai "Tuan Khoo" dan bukannya "Tuanku" seperti yang aku dengar dan sangka!
 
Bertahun Wan bertugas di Sarawak dan akhirnya mendapat posting untuk kembali ke Semenanjung. Beroperasi dari Shah Alam, Wan dan isteri sentiasa sibuk membesarkan anak-anak. Alhamdulillah, seorang demi seorang kini sedang menempa kejayaan dibidang masing-masing. Yang sulung telahpun bergelar doktor. Yang kedua bakal bergelar peguam. Yang ketiga bakal menjadi chef manakala yang terakhir pula begitu fasih berbahasa Mandarin! Wan mempunyai misi dan visi yang sangat hebat. Pendekatan yang diambil Wan didalam membentuk akhlak anak-anak, mendisiplinkan mereka, menanamkan sikap rajin belajar, membuatkan aku kagum. Tak terfikir dan tak mampu nak aku laksanakan apa yang Wan telah lakukan. Aku tumpang bangga. Kepayahan Wan aku rasai. Kesusahan Wan juga aku rasai. Hebat....itulah  satu-satu perkataan yang mampu aku nyatakan. Wan dan Kak Sutinah telah bersengkang mata membesarkan anak-anak. Bukan senang..
 
Diawal bulan Ramadhan tempohari, Wan dikehendaki masuk ke IJN kerana degupan jantungnya tidak stabil. Oleh kerana IJN berada diantara jalan aku untuk pulang ke rumah maka kesempatan itu aku ambil untuk melawat Wan sebelum pulang berbuka puasa. Banyak kami bersembang. Darihal keluarga sehinggalah kepada penjagaan dan pembelajaran anak-anak. Banyak yang Wan ceritakan kepada aku. Satu persatu nasihat Wan cuba aku ingati.
 
Pagi tadi aku mendapat pesanan ringkas daripada Wan yang mengatakan bahawa esok beliau akan menjalani pembedahan. Aku rasa itu merupakan jalan yang terbaik untuk Wan. Aku pasti anak-anak dan isteri Wan juga berfikiran begitu. Maka dengan itu, di bulan yang mulia, bulan Ramadhan, aku ingin mengucapkan "selamat menjalani pembedahan" esok dan insyAllah aku akan singgah sebelum pulang kerumah untuk bebuka puasa. You take care, be strong and I love you!

6 ulasan:

mokja berkata...

semoga abang uncle selamat menjalani pembedahan.

Tanpa Nama berkata...

Assalam Uncle,

In Shaa ALLAH, Kita iringi doa moga ALLAH permudahkan pembedahan Abg Wan dan rahmati dia sekeluarga, juga Uncle sekeluarga.

Ameen.

Charlie

Uncle berkata...

Terimakasih Mokjadeandell. Saya sudahpun mendapat pesanan ringkas dari beliau mengatakan yang beliau akan disorong masuk ke OT...doa saya semoga Wan selamat menjalani pembedahan dan kembali ceria!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Abang Charlie.

Terimakasih diatas iringan doa tersebut. Saya sebenarnya agak nervous dan hanya akan tahu jawapannya bila saya melawat pada pukul 6 petang nanti!

Yours truly berkata...

assalam

Semoga abang uncle cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya..ameen..

part Tuanku tu kelakar..hahaha

Uncle berkata...

Waalaikumsalam YT.
InsyAllah saya dan keluarga juga memohon kepada Allah agar dipermudahkan. Cerita pasal Tuan Khoo itu merupakan "kisah benar!".

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...