Selasa, Julai 08, 2014

Piala Dunia

Bolasepak Piala Dunia telahpun hampir sampai ke penghujungnya. Cuma tinggal 2 perlawanan separuh akhir dan satu perlawanan akhir sahaja lagi. Selesailah penantian selama 4 tahun. Seterusnya, semua negara gabungan FIFA akan kembali sibuk dengan pertandingan ini sekali lagi 4 tahun akan datang! Aku tidak menyokong mana-mana pasukan. Asalkan pasukan itu mempunyai corak permainan yang baik, aku akan sokong. Pada tahun 1970-an dulu aku suka membaca mengenai pasukan Belanda. Mereka mempunyai ramai pemain berbakat dan antara yang aku masih ingat ialah Johan Nieskens dan Johan Cruyff. Cara permainan mereka sangat hebat dan aku pernah berangan-angan untuk menjadi seperti mereka!
 
1981. Bukan pasukan Piala Dunia!

Aku mula bermain bolasepak sewaktu di Tingkatan 1 pada tahun 1981. Oleh kerana aku bermain bolasepak, maka hubungan aku dengan para warden agak lebih rapat diperingkat awalnya....hahahahaha....pada tahun 1982, apabila Piala Dunia bermula, aku dan beberapa rakan yang lain telah diberikan "kebenaran tidak bertulis" untuk menonton di bilik warden dengan syarat, kami tidak membuat bising dan tidak melakukan kesalahan-kesalahan disiplin yang lain. Bilik cikgu merangkap warden yang berdiri tegak baju putih seperti dalam gambar tu lah tempat kami melepak selalu! Cikgu Azizi akan celik mata menyiapkan kerja-kerja beliau manakala kami pulak sibuk menonton bolasepak. Kadang-kadang kami tertidur diatas katil cikgu dan kadang-kadang juga kami termakan makanan dan minuman dibilik cikgu Azizi! Cikgu Azizi tak jadi nak marah bila melihat muka "welfare" kami!
 
Pada tahun 86 dan 90 aku masih lagi mengikuti perkembangan Piala Dunia melalui tv dan pembacaan daripada suratkhabar. Memang hebat! Pada Piala Dunia tahun 1994, aku berada di Switzerland dan bekerja di Geneva. Pada tahun itu juga Switzerland telah melayakkan diri ke Piala Dunia. Diwaktu itu baru lah aku merasai pengalaman bersama-sama penyokong bolasepak eropah meraikan kejayaan! Selepas waktu itu, semangat Bolasepak  Piala Dunia aku telah mula beralih ke RWC yakni Rugby World Cup pulak. Rugby Piala Dunia selalunya diadakan setahun selepas Bolasepak Piala Dunia. Makanya ia akan dijalankan tahun depan di UK! Simpan duit untuk ke sana? Sudah pasti lah....
 
Bolasepak memberi banyak impak kepada aku. Abang sulung aku bermain bola untuk pasukan Piala Rahman dan Piala Razak Melaka dipenghujung tahun 70-an bersama-sama dengan Akob Itam, Isa Jantan, Teong Kim dll pada zaman itu. Setiap kali abang pergi latihan, aku selalunya akan menyusur dibelakang. Melihat beliau mencuci dan mengilatkan but bola dengan "kiwi" hitam tambah menyemarakkan semangat aku untuk berjaya seperti beliau. Posisi kami sama. Cuma dia lebih tinggi dari aku pada ketinggian hampir 6 kaki dan bermain sebagai pemain pertahanan. Banyak perlawanan beliau yang aku tengok dan ini termasuklah perlawanan di Stadium Kubu dan duduk bertenggek di "tangga ayam". Melihat kejayaan beliau satu per satu, tambah menyemarakkan lagi keinginan aku untuk bermain dengan baik. Dari situ lah timbul minat aku didalam permainan bolasepak.

Piala Dunia kali ini bagi aku merupakan antara yang terbaik. Ramai bintang-bintang baru dilahirkan. Yang paling dekat dengan hati aku ialah Neymar kerana aku pernah bertemu dengan beliau secara live sewaktu beliau dan pasukan Barcelona datang melawat pasukan bolasepak VI dulu. Bersusuk tubuh kecil tetapi skill dan kelicikan beliau dipadang memang tak boleh ditandingi. Sayang sungguh Neymar tidak dapat beraksi diperingkat separuh akhir kerana kecederaan. Jika tidak, kehadiran beliau pasti sekali lagi mencuri tumpuan para peminat seluruh dunia!


Bilalah Malaysia akan mempunyai pasukan bolasepak yang mantap dan mampu melayakkan diri ke Piala Dunia? Sesuatu harus dilakukan dengan segera agar tidak tercicir ke belakang. Pemain berbakat ramai dan ada dimerata-rata di Malaysia ni. Masih ada sesuatu yang tak berapa nak kena....Ok people....enjoy the last few remaining matches ya.....watch football and watch your puasa too! Have a pleasant day ahead people!

 
 



5 ulasan:

rezeki berkata...

Salam Pagi Ramadhan Uncle

upset

brazil kena 7-1 ni dgn jerman
kesimpulannya, tiada apa yang mustahil di dunia ni , semua Allah dah tentukan, tapi kena usahalah dulu

RWC kat England tahun depan
saya ada perancangan mcm nak pi tgk , tapi tak tahulah , semua dgn keizinan Allah jua

Uncle berkata...

Sangat mengejutkan bila Brazil pon boleh kena sebegitu banyak!
Saya juga bercadang nak ke RWC tapi semuanya tergantung kepada keadaan.....duit kena ada baru ok!

Al-Manar berkata...

Rupa nya uncle ini kaki bola juga. Jadi melancung kesana sini itu merupakan lawatan pemain negaralah. Masa saya kecil, dalam tahun limapuluhan, kami main bola berkaki ayam dan bolanya ialah bol;a tennis yang sudah dibuang. Zaman berubah, Uncle. Tunggulah tak lama lagi adalah pasokan Malaysia dalam Piala Dunia.

Uncle berkata...

Salam Pakcik "Al Manar".
Diawal tahun 70an juga saya berkaki ayam main bolesepak. Sewaktu mewakili SR Bandar Hilir, Melaka tahun 79, saya dah mula pakai ankle guard. Waktu itu kalau pakai ankle guard sudah dikira hebat dan tendangan pasti kuat (walaupun hakikatnya tidak!). Dan benar kata Pakcik, masa berubah...insyAllah Malaysia akan ke Piala Dunia jika perancangan dilakukan dengan baik!

Kakzakie Purvit berkata...

Kalualah organisasi bolasepak tidak dipolitikkan lama dah mahu bolasepak negara kita. Tapi yg terjadi sekarang selalu kecoh pucuk pimpinan. Akhirnya misi selalu kecundang dek kerana perbalahan dalaman. Kesian sebab pemain juga yg terjejas.

Kakak rasa keluarga uncle dah ada darah skill bermain bola. Sekarang dan turun pada hero uncle. Tak mustahil dia boleh berjaya juga satu hari kelak.

Neymar dah boleh berjalan tapi tak boleh main lagilah... nasib kurang baik buat Brazil kali ini.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...