Rabu, November 05, 2014

Cuti

Pasar Ampang

Cuti 2 minggu lalu agak panjang bagi aku kerana hujung minggu aku selalunya akan penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik samada dirumah mahupun di hotel.. anak-anak cuti seminggu. Jadi Azumi dan Yuya pulang dari asrama dengan pelbagai kisah menarik. Marina tak sabar-sabar nak bertemu dengan abang-abangnya. Kak Wiwit komplen sebab abang dan Yuya bawak balik macam-macam yang perlu dicuci. Ini termasuklah stokin bola yang seminggu hanya dibilas, baju yang kolarnya telah hitam berkarat dan kasut yang dah tak ada rupa kasut! Namun walaubagaimanapun Kak Wiwit aku tahu, setakat ini amat sayangkan budak-budak ini. Alhamdulillah dah 6 tahun bersama kami. Hari tu ada ura-ura yang Wiwit nak pulang ke Madiun tetapi Marina merengek enggan membenarkan dan Kak Wiwit cair dengan Marina. Selalunya kalau Marina ada wang lebih, Marina akan belikan gula-gula untuk Kak Wiwitnya. Itu yang buat Kak Wiwit tangguhkan rancangan untuk pulang. Dari setahun ke setahun! Alhamdulillah...

Gerai No 29, Sebelah Roti Canai,Depan Maybank Pandan Jaya.

Aku ada sorang kawan ni. Aku kenal beliau sejak aku di Mekah lagi apabila aku sering menulis dari sana menceritakan tentang kehidupan aku di bumi Mekah. Vimmy terbaca cerita aku dan dari situ kami mengenali satu sama lain. Vimmy juga merupakan penulis blog yang hebat. Dari beliau aku mula mengenali suami dan anak-anaknya. Vimmy bagi aku merupakan seorang wanita yang sangat kuat. Kuat dalam erti kata yang sebenarnya. Mempunyai 4 orang anak yang kesemuanya perempuan bukanlah satu tugas yang mudah. Tambahan pula anak-anak kini menjangkau usia remaja tetapi alhamdulillah kesemuanya sangat menjadi...Vimmy sibuk dengan kerja-kerja kebajikan membantu masyarakat gelandangan, anak-anak dirumah yatim dan pelbagai program lagi yang dijalankannya. Pada masa yang sama Vimmy dan suami juga membuka gerai makan yang terletak berhadapan Maybank di Pandan Jaya menjual makanan-makanan seperti wantan mee, mee kari nyonya dll. Sedap sudah pasti kerana suaminya merupakan bekas Executive Chef yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk membantu isteri tersayangnya melaksanakan kerja-kerja kebajikan. Aku hairan dimana datangnya tenaga dan semangat beliau. Aku pasti beliau tidak mempunyai banyak masa terluang seperti orang-orang lain. Sangat hebat. Itulah sahaja yang mampu aku katakan mengenai beliau dan suaminya. Even hingga kini aku masih lagi tidak mampu mengikuti satupun program kebajikan yang dilaksanakannya walaupun aku tahu mereka mula melaksanakan kerja-kerja amal mereka seawal pukul 4 pagi setiap hari minggu bertempat di Masjid Jamek di KL. InsyAllah jika aku terjaga awal, sudah pasti aku akan turut serta walaupun hanya sekali!

Celebrity Fitness Bangsar Village

Minggu yang lalu, hujan menjadi tidak menentu. Sekejap hujan, sekejap berhenti, sekejap hujan dan sekejap berhenti. Perjalanan aku ketempat kerja dan pulang juga menjadi sama. Sekejap jalan, sekejap berhenti bawah jembatan...sekejap jalan, sekejap berhenti bawah bus stop! Sekarang aku terpaksa mengusung beg besar untuk ke tempat  kerja. Apa yang diisi didalam beg? Ada kasut, ada selipar, ada stokin ke 2, ada baju ke 2, ada kain tuala kecil dll. Ini semua persediaan berlaku hujan ditengah jalan....ubat dalam peket kecil juga dah standby. Hahahahahaha....Paling teruk hari Sabtu lepas. Sesampainya aku dirumah, badan dah mula rasa lain macam. Mula seram-sejuk tak tentu hala! Pergi ke klinik ambil ubat sekejap. Risau jugak kalau-kalau ada penyakit lain. Maklumlah...denggi masih berleluasa. Menonton bolasepak perlawanan akhir pun rasa macam tak puas...keesokkan harinya aku tengok Marina pulak melepek ke rumah. Tidur dari pukul 11 pagi sampai pukul 3 petang. Bila aku pegang tangannya, terasa panas. Lehernya lebih lagi. Cepat-cepat Marina pulak diberi ubat. Alhamdulillah hari Isnin dia bertambah sihat. Marina cuti tak pergi sekolah tetapi sebelah petangnya menalipon aku bertanyakan samada aku benarkan dia keluar bermain diluar! Pagi tadi aku bertanya samada Marina sudah mendapat keputusan peperiksaan atau belum dan katanya sudah. Ditunjukkannya markah BM. Cuma 75%. Aku cari kesalahannya. MasyAllah...tersandar aku sebab terlalu senang untuk dijawap tetapi jawapan yang diberikan salah! Aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak memberikan tumpuan yang lebih kepada matapelajaran tersebut. Waktu itu tumpuan aku hanyalah kepada Sains dan Matematik! Aku sedikit terkilan....

Pasembor Ampang

Beberapa hari yang lepas, kami teringin nak makan pasembor. Kak Anne pulak kebetulan akan berziarah ke rumah. Jadi aku pesan kepada abang sewaktu kami keluar membeli untuk membeli sebungkus lebih khas buat Kak Anne yang akan datang. Balik ke rumah, kami makan. Kak Anne sebentar kemudian sampai dirumah. Aku suruh Wiwit tolong siapkan untuk Kak Anne. Wiwit bingung kerana dicarinya pasembor sebungkus lagi tapi tak jumpa. Penat mencari akhirnya kami tersedar yang penjual tadi tidak memberikan sebungkus lagi pasembor walaupun telahpun dibayar! Sekali lagi aku terkilan. Tak ada rezeki untuk Kak Anne!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Uncle,

Maaf, cerita belum habis dah terbayang Uncle bedal pasembor
2 bungkus, tu sebab xde...he..he.

Pasai apa Uncle letak photos umpama film negative 1960-80's
xsempat cuci?

Mata saya pula dh xsempoi, lepas tu bila komen dh kena
buktikan saya bukan robot!
Ruang komen kt bawah tu!

Charlie.

Uncle berkata...

Abang Charlie.
Keinginan saya untuk membedal pasemborr sebanyak 2 bungkus memang tinggi. Cuma kesihatan tidak berapa mengizinkan kalau tidak cfm yg tu angkara saya dan buat-buat tak tahu!

Gambar pulak sengaja kerana masih didalam "mode mencuba"...hahahahaha

Manakala komen tu pulak, saya pon selalu terkena...jangan tanya macamana nak remove sebab saya sendiri pon tak reti! Hahahahaha

Ibu n Abah berkata...

Kesilapan begitu boleh buat merajuk pembeli...
Sekarang ni mmg musim hujan. Baca kisah uncle sebagai penunggang motor mmg buat akak insaf. Semuga perjalanan uncle lebih dimudahkan.

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.

Kesilapan yang tak patut berlaku kerana itu akan mengurangkan kepercayaan pelanggan. Tapi, rasanya mungkin dia tak sengaja kot...dan saya pulak sepatutnya check dulu sebelum balik..
Kadang-kadang hujan ni seronok jugak sebab orang lain semua sangkut dalam traffic jam sedangkan saya tidak! Hahahahahaha.....alhamdulillah..walaupun hanya moto cabok!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...