Aku masih lagi berada di dalam mood nak bercerita perihal kawan-kawan aku yang mempunyai latarbelakang yang sangat colourful! Badang ni aku kenal sejak hari pertama aku mendaftarkan diri di sekolah. Putih melepak budak ni. Kecik orangnya. Bercermin mata besar. Sangat pendiam dan juga pemalu. Tak banyak yang aku boleh bercerita mengenai Badang sewaktu 5 tahun kami bersama disekolah. Badang seorang pelajar yang cemerlang. Akan menjadi sesuatu yang menghairankan jika beliau tidak mendapat keputusan cemerlang didalam peperiksaan. Aku tak ingat dimana dan dengan siapa Badang mengulangkaji pelajaran. Seingat aku Badang tidak bermain bola, sepaktakraw apatah lagi rugby. Sikap pendiamnya itu sering melepaskan beliau daripada sebarang masalah disiplin disekolah. Sewaktu kami dipanggil kerana berambut panjang, kelibat Badang tidak ada. Sewaktu seorang demi seorang mengusung "rokok agung" dari kelas ke kelas, Badang juga tidak kelihatan. Oleh kerana Badang seorang yang pendiam, tidak banyak yang aku ketahui tentang beliau pada waktu itu. Yang aku ingat, Badang budak Air Baloi, Johor. Tipu kalau aku katakan yang aku tak tahu langsung mengenai Badang. Of course aku tahu tetapi tidaklah searif kenalan nakal aku yang lain. Kalau nak disebutkan disini sampai ke esok pagi pun tak akan habis. Selepas tamat peperiksaan SPM pada tahun 1985, kami semua pulang ke kampung halaman masing-masing. Setelah keputusan peperiksaan diumumkan, Badang seperti yang dijangkakan mendapat pangkat 1 dan ditawarkan untuk menyambung pelajarannya ke Amerika. Ramai teman-teman aku mendapat tawaran ke sana dan ada juga yang terus menetap disana hingga kini setelah berkahwin dengan warga Amerika.
|
Badang dialam kanak-kanak duduk paling kanan
Dipenghujung tahun 80an dan awal 90an, rakan-rakan aku telah mula pulang ke Malaysia setelah tamat belajar selama 5 tahun. Badang merupakan salah seorang daripada mereka. Kepulangan Badang telah diwar-warkan oleh rakan-rakan lain yang pulang beberapa bulan lebih awal dan juga oleh rakan-rakan aku yang ramai juga berada di universiti tempatan. Ada yang telah mula bekerja dan ada juga yang masih mencari pekerjaan sesuai dan ada beberapa kerat yang menunggu tawaran daripada 'sponsor' mereka. Aku bekerja sebagai waiter di Paya Serai, PJ Hilton waktu itu, mendapat tahu yang Badang telahpun pulang dan bekerja di Dayabumi. Dimana, aku tak tahu. Aku sempat bertemu dengan rakan lain yang menyatakan bahawa Badang bekerja sementara waktu di Mc D Kompleks Dayabumi. Pertemuan diatur dan apabila aku berkesempatan, aku bergegas ke tempat Badang bekerja. Lama tak bertemu. Badang yang masih beruniform waktu itu melayan aku dengan baik. Kami makan burger sama-sama. Selang beberapa bulan kemudian Badang ada menghubungi aku dan menyatakan yang beliau telah ditukarkan ke Mc D Bangsar. Sekali lagi kami bertemu. Sambil mengunyah french fries, banyak cerita-cerita diperdengarkan. Kami ketawa dan terus menyedut coca-cola ditangan. Selepas pertemuan itu dan dek kerana kesibukan aku dan juga beliau pastinya, kami sekali lagi seperti terputus hubungan. Aku mula berkelana setelah kesemua rakan-rakan aku pulang ke tanahair. Aku seperti "lambat kembang!" Cerita Badang tiba-tiba terputus disitu!
|
|
Badang dialam dewasa!
Fast forward.....pertemuan demi pertemuan diatur tetapi Badang masih jarang aku temui. Tiba-tiba satu berita memeranjatkan telah aku dengar yang menyatakan bahawa Badang kini sedang giat memenuhi undangan-undangan persembahan muzik rancak diseluruh negara. Dari satu gig ke satu gig hinggalah kumpulannya yang bernama ORION mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di Maldives. Nama Badang terus meniti dari bibir ke bibir peminat muzik sebegini. Petikan gitarnya memukau. Mainan keyboardnya amat menusuk kalbu. Yang paling memeranjatkan kami ialah Badang juga merupakan penyanyi utama kumpulannya. Badang yang kami kenali dulu sebagai seorang pelajar pintar dan pendiam kini telah menjadi seorang vocalist, guitarist dan juga keyboardist yang hebat. Rakan-rakan teruja. Ramai yang mengikuti Badang dan kumpulan ORIONnya menjelajah ke semua gig beliau dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selalunya jika ada event yang membabitkan big bikers (aku terkecuali) kumpulan ORION akan dijemput bersama. Sungguh tidak disangka.
Selepas daripada itu kami ada juga bertemu beberapa kali di Ampang. Lama kami berbual. Kebanyakkannya berkisar kepada minat beliau didalam muzik bergenre keras dan bagaimana beliau bermula. Menurut kata beliau, muzik begitu dekat dengan hatinya sejak dari dulu lagi.....Sebagai seorang rakan yang 5 tahun hidup bersama diasrama sekolah, aku sangat berbangga dengan apa yang telah Badang kecapi. Mempunyai anak-anak yang telahpun mula memasuki universiti, karier yang mantap dan dalam waktu yang sama masih mampu meneruskan minat... Aku ingin mengambil kesempatan ini mendoakan agar Badang akan terus berjaya didalam kerjaya dan juga minatnya terhadap bidang muzik.
|
|
Baju merah ang-ang si Ketat dan hitam si Badang!
"Friends... My friend, Badang aka Noor Faizal Faizal and his band mate, the Orion had released their studio album 'voyage to the promised land' a while back. Staying true to their power metal root, expect a melodious heavy yet tight riffs and soothing infusion of keyboard play. Exhibiting a wide range of 'moods' throughout the album...serious, nationalistic, anger, comical etc with a deep well thought lyrics.. Orion current offering is worth my long, 34 years long to be exact..., wait. Recording is not really an Abbey Road quality but the sound staging is nothing to be ashamed of. If one has a craving for a local power metal produce, do get in touch with me or uncle Mohd Shahrir Ali, as he's one of-the appointed distributors. Think Halloween and other Scandinavian power metal outfit, you'll get an idea of what to expect. An easy 4 out of 5 star hence would I recommend it? Hell an absolute 110% YESSSSS!" (written by Jawer 81-85)
|
5 ulasan:
nape gelarannya badang uncle...dari rupa dan bentuk badan kecil aje..airmuka lembut je bila tengok...
zaman sekolah mmg mcm2 gelaran kawan2 bg kan...tersenyum sendiri bila mngenang kembali zaman sekolah..
Salam Iryanty.
Dia memang kurus...tak tahu apa nak panggil harapan kami agar gelaran ytersebut boleh memotovasikan diri tetapi sampai ke sudah masih macam tu jugak! Hahahahahaha...kekallah nama Badang tu...
Uncle, tlg tanya Badang macam mana nak kekal kurus? Aku pasti jawapan nya bermula dgn huruf "C".. Hahaha
Taib, nanti aku tanyakan dia...mesti panjang cerita dia tu...hahahahahaha....so Taib, this sunday "tt" is on?
Badang ni mesti dapat nama sebab badan dia dulu kurus macam Wahid Satay yg berlakon cite Badang ni..
Catat Ulasan