Ahad, Januari 11, 2015

Hari pendaftaran

 
2015
 
Hari ini ibubapa pelajar-pelajar yang telah diterima untuk masuk ke asrama sekolah Victoria Institution kembali sibuk. Pelajar-pelajar tingkatan satu menjadi teruja kerana ini mungkin kali pertama mereka berjauhan dengan keluarga. Ibubapa pelajar lebih lagi teruja kerana khuatir mengenai kebajikan anak-anak mereka. Apakah mereka cukup makan diasrama, apakah mereka mampu tinggal 24 jam selama sessi persekolahan bersama rakan-rakan tanpa pemantauan daripada ibubapa, apakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan sistem pembelajaran baru dan lain-lain lagi, apakah mereka akan menghadapi masalah apabila hanya dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya dan para pelajar senior?
 
1981
 
Kenangan seperti ini membuatkan aku kembali terkenangkan pengalaman pendaftaran aku sebagai pelajar asrama di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban pada tahun 1981 dulu. Pengalaman yang menyeronokkan dan seterusnya menjadi pengalaman yang banyak mengajar aku untuk hidup berdikari sejak daripada dulu hingga kini. Pengalaman-pengalaman ini tidak dapat aku ceritakan kepada anak-anak sebagai panduan kecualilah mereka sendiri yang melaluinya. Untuk mendaftar masuk ke sekolah aku di Seremban dulu, aku diiringi oleh hampir kesemua ahli keluarga. Untuk seorang pelajar, average rombongan menghantar ialah seramai 5 orang. Ada yang diiringi 2 generasi dan ada juga yang 3! Memang meriah. Ibaratkan menghadiri kenduri kahwin. Setiap pelajar datang dengan kelengkapan yang kalau dilihat seperti tidak akan pulang ke kampung halaman selama 10 tahun. Baldi pelbagai warna, beg sandang, beg sorong, beg tarik, semuanya ada! Bekalan makanan juga sudah cukup menunjukkan betapa meriahnya pemergian seorang anak untuk memulakan hidup diasrama.

 
2015
 
Disini semuanya dilakukan sendiri. Ibubapa dan anak-anak akan masuk ke dewan makan yang telah dikosongkan khas untuk hari pendaftaran. Ia dilaksanakan didewan makan kerana bersebelahan dengan blok asrama. Makanya, sebaik sahaja selesai sessi pendaftaran dan pembahagian bilik asrama, ibubapa dan anak masing-masing akan terus mengusung beg untuk terus ke asrama, terus ke bilik masing-masing dan menetapkan katil dan loker masing-masing sebelum kembali ke dewan makan untuk sessi taklimat. Didalam sessi taklimat pelbagai perkara dibincangkan. Pelekat nama untuk katil dan asrama disediakan oleh pihak asrama untuk pelajar-pelajar ini lekatkan dikatil dan loker yang mereka sendiri pilih didalam bilik masing-masing. Kesemua pelajar asrama mendapat satu single bed beserta tilam dan sebiji bantal serta sebuah loker. Yang menariknya ialah kerana setiap bilik hanya menempatkan 8 orang pelajar dan kemudahan bilik air disediakan didalam bilik. Tidak sama dengan aku dulu yang terpaksa berjalan melalui koridor untuk ke bilik air! Janganlah nak mengandaikan bahawa bilik ini sama dengan bilik dirumah masing-masing. Banyak keluh kesah para ibubapa apabila sampai ke bilik dan melihat sendiri keadaan asrama yang bakal diduduki anak-anak mereka.
 
1981
 
Pendaftaran dilakukan di dewan besar sekolah. Selain daripada kesemua guru dan pengetua, kami juga disambut oleh pengawas sekolah, ahli Persatuan Islam Pelajar dan beberapa persatuan lain untuk memudahkan sessi pendaftaran kelas dan untuk melancarkan proses masuk keasrama. Selesai sahaja pendaftaran didewan besar, kami akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan diberikan penerangan serta pengenalan mengenai tempat baru kami. Kami dibawa keasrama masing-masing yang menempatkan sekitar 20-30 pelajar setiap dormitory, ditunjukkan dimana tandas sekolah, blok pentadbiran, bilik sakit yang juga dikenali sebagai "sick bay", dewan makan dan sebagainya. Amboi terasa seperti kami begitu dihargai! Hahahahaha...Kesemua penerangan dan lawatan tersebut membuatkan para ibubapa berasa lega dan selamat untuk meninggalkan anak-anak diasrama. Janganlah dibandingkan dulu dan sekarang kerana dulu tidak banyak kemudahan seperti sekarang. Yang ada dulu hanyalah kemudahan sebuah pondok talipon untuk kegunaan hampir 600 pelajar pada satu-satu masa. Beratur kami nak menggunakan talipon. Kalau pelajar senior bergayut dengan girlfriend maka terpaksalah kami batalkan saja niat nak menggunakan talipon! Kini semuanya lebih canggih dengan penggunaan talipon bimbit yang membuatkan anak-anak terasa seperti dikelilingi keluarga dirumah! 
 

 
 
2015
 
Para pelajar tingkatan satu ditempatkan di blok yang sama dengan tingkatan dua. Tingkatan satu bersama-sama tingkatan satu dibilik tingkat atas manakala tingkatan dua pula sesama sendiri di tingkat bawah. Kemudahan bilik rekreasi dan surau juga disediakan dan ini berasingan dengan pelajar-pelajar senior. Disitu ada seorang warden yang paling digeruni oleh pelajar-pelajar asrama. Digeruni oleh para pelajar tetapi disukai oleh para ibubapa kerana dengan adanya warden yang mementingkan disiplin ini, ibubapa dapat tidur lena. Walaupun begitu, masih terdengar cerita-cerita yang kurang sedap didengar apabila aku berkesempatan berbual dengan Pengetua pagi tadi. Bagi aku, itu merupakan asam-garam kehidupan diasrama. Aku tak nak bercerita panjang mengenai masalah disiplin diasrama. Biarlah pihak yang lebih arif melaksanakannya. Aku ada berpesan kepada anak-anak aku agar menjaga disiplin dan jangan sampai aku dipanggil oleh pihak sekolah. Hormati adik-adik junior dan bantulah mereka dari apa segi sekalipun. Mungkin adik-adik ini memerlukan bantuan seperti sokongan moral, penyesuaian diri diasrama dan juga bantulah juga mereka dari segi pelajaran. Bimbing mereka agar mematuhi disiplin. Kalau dapat laksanakan tugas-tugas tersebut, aku lega....
 
1981
 
Aku juga ditempatkan didalam bilik yang kesemuanya pelajar tingkatan satu. Bezanya ialah setiap bilik akan dihuni oleh seorang pengawas yang juga menjadi abang kepada kami sepanjang tahun. Apa saja masalah yang tiba akan kami salurkan kepada abang pengawas dibilik masing-masing. Prep malam juga dipantau oleh abang pengawas disetiap kelas dan ini untuk memastikan yang kami benar-benar mengambil kesempatan prep malam itu tadi untuk mengulangkaji pelajaran setelah prep petang digunakan untuk menghabiskan homework yang diberikan. Kami kecut perut bila pengawas garang ditugaskan berada dikelas prep malam kami. Sebabnya ialah, kami tak boleh tidur! Selalunya kesempatan ini abang pengawas akan berkumpul dengan rakan dimeja guru didepan kelas untuk mengulangkaji pelajaran dengan study group yang kecil sebagai persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM di penghujung tahun.


 
2015
 
Tempat kereta penuh dengan kereta ibubapa. Pelbagai jenis kereta ada. Alhamdulillah. Semuanya telah bertambah maju dan persekitaran bertambah baik. Ini banyak menunjukkan kepada aku kepelbagaian latarbelakang keluarga. Sungguh menarik! Aku meletakkan kereta jauh daripada kawasan asrama untuk mengelakkan kesesakan sewaktu hendak keluar nanti. Selain daripada itu, aku juga boleh berjalan lebih jauh. Ramai juga ibubapa yang mengambil kesempatan melawat bilik anak-anak diasrama. Bagi ibubapa pelajar tingkatan satu, mereka mungkin menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat prasarana yang disediakan. Tetapi bagi aku yang pernah melalui keadaan yang lebih daif, anak-anak ini lebih mewah. Kebanyakkan pelajar-pelajar yang ditempatkan diasrama adalah merupakan pelajar-pelajar cemerlang yang ibubapa mereka tinggal jauh. Selain daripada itu pelajar-pelajar asrama ini juga adalah merupakan pelajar-pelajar yang cemerlang didalam permainan bolasepak, kriket, rugby dan juga pancaragam. Azumi dan Yuya berada didalam kelompok yang terpilih untuk latihan pusat bolasepak. Oleh kerana itu petang mereka terisi dengan latihan-latihan intensif bolasepak yang menjurus kepada pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan. Selesai pulang dari kelas, mereka akan makan tengahari dan bersolat jemaah. Pukul 3 petang latihan bolasepak akan dimulakan dengan pemain-pemain bagi peringkat umur 15 tahun manakala pada pukul 4.30 petang para pemain bawah 17 tahun akan turun menjalani latihan. Latihan yang dijalankan oleh jurulatih yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan ini sangat sistematik. Perlawanan persahabatan sebagai pemanas badan dirancang dengan teliti. Jenis latihan juga dirangka dengan baik supaya para pemain bolasepak ini akan mencapai kemuncak prestasi bila diperlukan. Aku kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh jurulatih bolasepak VI yakni cikgu Azlan Husin yang setiap hari tanpa mengenal penat berada ditengah padang memberikan arahan-arahan keras kepada barisan pemainnya yang berjumlah hampir 70 orang ini. Terimakasih cikgu!
 
1981
 
Tidak banyak kereta yang kelihatan sewaktu hari pendaftaran. Ramai yang datang dengan teksi atau sekurang-kurangnya dengan bas apabila tiba di stesyen keretapi Seremban. Latarbelakang kami juga sangat berbeza. Pada waktu itu pelajar-pelajar yang terpilih ke sekolah aku adalah merupakan anak-anak cemerlang yang ibubapa tidak mampu untuk menghantar ke sekolah yang baik. Itu jugalah yang merupakan matlamat kerajaan pada waktu itu. Aku tidak terkecuali. Walaubagaimanapun, kehidupan kami selama 5 tahun diasrama telah berjaya membentuk kami menjadi seorang yang amat prihatin, berdaya saing dan sentiasa ingin memajukan diri masing-masing. Bayangkan sehingga kini walaupun tahun ini merupakan tahun ke 30 kami meninggalkan bangku sekolah tetapi pertemuan demi pertemuan tetap kami adakan. Sebagai contohnya, malam tadi ada perhimpunan di Bangi. Jadi sesiapa saja yang berada dikawasan tersebut akan berkumpul. Minggu ini mungkin di Ampang sebelum sebulan sekali kami berkumpul beramai-ramai. Tanggal 17 haribulan kami tetapkan untuk bermain futal dan selepas itu kami akan ramai-ramai minum diwarung berdekatan dan merangka program seterusnya.
 
Oleh kerana sekolah aku terkenal dengan permainan rugby, ramai pelajar-pelajar akan berlumba-lumba untuk menjalani latihan untuk diserapkan kepasukan rugby sekolah kerana jika kami mewakili sekolah, peluang amat cerah untuk mewakili negeri untuk ke peringkat kebangsaan! Aku tidak terkecuali...Prep petang aku banyak dihabiskan dengan berkhayal mengenai rugby. Bagaimana nak mengambil tendangan yang baik, bagaimana nak menguatkan larian, bagaimana nak memahirkan "dummy" untuk mengelirukan pihak lawan dan lain-lain lagi. Aku akan terus berada dipadang setelah selesai solat Asar dan akan memulakan latihan tendangan ke arah tiang gol. Berpuluh-puluh tendangan akan aku ambil untuk memahirkan agar "bola dapat mengikut kaki dan fikiran aku yang fokus". Masyallah, 30 tahun telah berlalu tetapi kenangan aku dihari pendaftaran, kehidupan selama 5 tahun bersama rakan-rakan dan latihan serta pertandingan rugby tidak pernah aku lupa. Terasa seperti baru semalam semuanya berakhir...
 
Kini anak-anak aku sedang melayari dan menjalani perkara yang sama seperti aku lalui 30 tahun dulu. Mereka akan merasai apa yang aku rasai selama 5 tahun berada diasrama. Mereka akan merasai dan melalui apa yang aku nikmati bersama rakan-rakan diasrama. Hubungan aku dan junior serta senior bertambah kukuh kini. Harapan aku agar biarlah anak-anak aku juga merasai apa yang aku rasai dulu...insyAllah!

14 ulasan:

iryantyismail berkata...

:-(( tak pernah rasa berjauhan dengan keluarga semasa bujang dulu...dah kahwin baru dapat berdikari...beruntung sapa yang duduk asrama ..

Kakcik Seroja berkata...

Dulu - kalau hantar anak masuk asrama bagaikan menghantar orangtua yang hendak menunaikan haji...

Masa berubah dan suasana juga telah sangat banyak berubah...

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle,

fara dulu masa mula2 masuh MGHS mula2 ok..dpat kawan baru duduk hostel..malam xble tdo..pagi2 esoknya nangis..xtau nape...jmpe parents pun nangis..baru tahu erti rindu...hahaha...bila da 18tahun..kene blaja kat kl..hati da kental skit...kadang2 cuti sem pun xbalik sebab nak siapkan asig...bab telefon tue memang legend...malam mingu je penuh la pondok telefon kat sekitar hostel..beratur tungu toilet lagi la..kami sangkut towel tuk menentukan turn mandi...adoi kenangan tul..

-faradia-

Uncle berkata...

Salam Iryanty.
Menyeronokkan kepada orang seperti Uncle tapi mengerikan bagi sesetengahnya. Walaubagaimanapun kami akhirnya berjaya menghabiskan 5 tahun bersama dengan pelbagai kenangan...

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Memang betul. Sama macam nak pergi haji! Meriah sungguh....saya akan ketawa sendiri bila ingatkan balik....

Uncle berkata...

Salam Fara.
MGHS di Melaka? Durian Tunggal? Uncle masih ingat sekolah itu kerana Uncle pernah bersekolah di Melaka selama beberapa tahun dulu. Eh betul ke di Melaka? Hahhahaha...

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Yuya dan Abang disekolah yg sama...
Senang nak ziarah. Pastu dlm KL juga pula tu.....
Semuga mereka berdua menjadi bintang bolasepak yg amat disegani dan naikkan nama Malaysia dlm sukan bolasepak.....

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.

Tu lah dia. Saya memang bernasib baik. Dulu ingat nak hantar ke sekolah jauh, tapi alhamdulillah sekolah situ pun saya bersyukur. Saya tak pening kepala kalau ada apa-apa yang urgent. Jarak cuma 5 stesyen lrt dari rumah! Hahahahahaha....waktu melawat seminggu sekali yakni hari rabu lepas prep malam. 10.30-11.30. Itu yang mintak nasi goreng usa tengah-tengah malam tu...hahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Salam uncle,

Durian da betul dah..tapi di Durian Daun..bukan durian tunggal...hehheehhee...

-faradia-

Uncle berkata...

Fara, Uncle lupa lah...maklumlah dah lama tak sekolah....hahahaha...

lynmunir berkata...

Assalam.

Setiap kali menghantar anak ke asrama hati memang berdegup degap bimbang anak
tidak dapat menyesuaikan diri dgn suasana baru. Dan rasanya kita berkongsi pesanan yg sama pada anak-anak
" jangan sampai kita kena panggil ke sekolah kerana anak bawa masaalah."
Itulah cabaran pertama yang menghantui sesetengah ibu bapa agaknya.

Uncle berkata...

Salam Lynn Munir.
Alhamdulillah sekarang Azumi di tingkatan 5 dan Yuya di tingkatan 2. Sudah ada pengalaman berada diasrama. Saya kurang pening kepala. Malam ni lepas prep ialah waktu melawat anak-anak Yuya pesan nasi goreng kampung, air sirap, keropok dan air botol besar dan azumi pula minta dibawakan 2X biji burger special dan air botol besar.. Confirm, roboh bakul moto saya!

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle,

antara nikmat duduk hostel adalah boleh request makanan...sampai sekarang pun..kalau balik kampung...heaven....sampai adik da tahu..kalau mak masak lauk lain macam skit jer..mama dak akak nak balik ek...hehehehehhe

-faradia-

Uncle berkata...

Salam Faradia.
Memang betul. Begitulah apabila Uncle balik ke kampung....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...