Tajuknya sengaja diletakkan begitu kerana tahun baru setiap tahun merupakan Hari Raya bagi masyarakat Jepun diseluruh dunia. Inilah waktunya mereka akan bercuti selama seminggu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi mereka yang bermastautin diluar negara seperti para pekerja misalnya, mereka juga akan menjadi sibuk untuk pulang ke tempat asal. Kami tidak terkecuali. Walaupun kami hanya menyambutnya dengan sederhana, aunty masih juga meluangkan waktu untuk memasak sedikit makanan yang kebiasaannya dimakan pada malam Hari Raya yakni soba. Soba ialah sejenis mee yang diperbuat daripada "buck wheat". Sangat sihat dan rendah kalori. Direndamkan didalam campuran syoyu berkuah nipis dan ditaburkan daun bawang diatasnya. Jika mahu pedas sedikit bolehlah ditambahkan "chichimi" yang merupakan serbuk cili. Tapi bagi aku rasanya tak pedas langsung. Oleh kerana itu, aku siapkan cili potong ditepinya. Aku juga sukakan tempura. Jadi, kami pergi ke pasar malam, beli udang segar dan sayur-sayuran untuk dibuat tempura dan dimakan dengan soba tadi. Soba ini dimakan pada malam tahun baru seperti mana kaum cina mengambil "longevity noodle". Kalau di Tokyo, beribu-ribu masyarakat Jepun akan menuju ke temple-temple mereka untuk bersembahyang dan berdoa agar tahun baru memberikan rezeki dan kesihatan yang bertambah baik. Sewaktu aku disana dulu, aku pernah mengikuti dan melihat sendiri upacara ini dilakukan. Ia memberi banyak pengajaran kepada aku untuk mengetahui lebih lanjut lagi budaya masyarakat Jepun.
Tempura soba yang kami makan pada malam tahun baru itu banyak mengingatkan aku kepada waktu-waktu aku disana dulu. Aku bekerja di Tokyo Bay Hilton. Selalunya aku akan bekerja lebih masa semata-mata untuk belajar sebanyak mungkin. Aku mula bertugas pada awal pagi dan habis bertugas selalunya pada jam 8 atau 9 dan kadang-kadang 10 malam. Boleh dikatakan setiap hari aku akan bekerja selama 12-14 jam sehari. Kesempatan bekerja selama itu membuatkan aku menjadi akrab dengan mereka. Apabila hubungan kami menjadi akrab, aku banyak menghabiskan waktu terluang bersama-sama dengan rakan setugas. Kesempatan ini aku pergunakan sebaik mungkin untuk mempelajari budaya, kepercayaan dan paling penting sekali bahasa mereka. Oleh kerana aku sangat akrab dengan mereka, aku sering diajak untuk santai bersama-sama selepas waktu kerja. Kami akan keluar minum bersama dan ini mengeratkan lagi perhubungan kami dan hubungan erat ini terbawa-bawa hingga ke dalam kerja. Apabila pulang ke tempat penginapan aku, jam selalunya menunjukkan hampir pukul 12 malam. Nak ke 7-11 membeli makanan, aku dah malas. Yang paling senang ialah makan berdiri dihadapan tempat penginapan aku dan makanan ringkas pada waktu itu sudah semestinya tempura soba. Oleh itu, apabila aku makan tempura soba yang aunty sendiri siapkan, kenangan lama aku sewaktu di Tokyo kembali menerjah ke kotak fikiran. Aku ingat lagi yang aku terpaksa beratur di vending machine untuk membeli tiket makanan dan minuman. Beratur untuk masuk kedalam manakala cuaca diluar sangat sejuk. Apabila masuk ke dalam, kami semua berdiri bersebelahan antara satu sama lain, menghulurkan tiket yang dibeli dan dihidangkan dengan semangkuk soba yang masih berasap dan segelas teh jepun panas. Selesai makan kita harus bergegas keluar kerana ada orang lain pula yang akan masuk ke kaunter. Aku lintas jalan dan masuk ke hotel penginapan aku. Bersalin pakaian, mandi dan terus tidur. Itulah aktiviti aku sepanjang masa...
Dihari tahun baru pula, kami bercadang untuk makan diluar saja. Nama pun Hari Raya kan.....aku cadangkan agar kami pergi ke 1 Mont Kiara. Masih baru dan tak banyak kedai yang dibuka. Tujuan aku kesana ialah untuk ke kedai sukan yang bernama Sports Direct. Aku sukakan produk LONSDALE. Banyak ada disitu dan harganya sangat berpatutan. Aku tengok saja. Yuya beli glove dan seluar bolanya. Tiba-tiba saja Marina merengek lapar. Aku tanya nak makan dimana dan semua jawab NANDO's....hmmm....kami berlima pun terus jalan ke sana dan order. Food was good and chicken was grilled to perfection. Just nice untuk aku. Aku tak makan banyak sebab nak simpan perut untuk makan malam nanti. Aunty janji nak masak. Walaupun menu malamnya simple tetapi bagi aku sangat special.....Lepas makan tengahari kami bergegas pulang kerana pada pukul 3 pulak persatuan ibubapa para pemain bolasepak bawah 17 tahun Victoria Institution mengadakan pertemuan tak rasmi di Sports Planet Ampang. Oleh kerana lokasi pertemuan ialah di Sports Planet, makanya aku pun terpaksalah berhempas pulas selama 20 minit bermain futsal. 20 minit bagi aku seperti bermain selama 2 jam. Walaupun hanya goalkeeper, aku letih macam berlari naik-turun bukit! Hahahahahaha.....
Setelah selesai perlawanan futsal dan habis segala perbincangan mengenai perangkaan jangka panjang untuk anak-anak kami bagi tahun 2015, aku dan Azumi bergegas pulang. Aunty dah pon sibuk didapur menyediakan makan malam. Malam tu kami makan lambat sikit. Selalunya jadual makan malam kami ialah pada pukul 7.00 tetapi pada malam itu, makan malam kami dianjakkan ke pukul 7.30 malam. Makanannya tetap simple. Kami cuma makan hambagu, mashed potato salad dan juga sayuran yang di celur bersoskan "goma" dan minum teh Jepun. Simple tetapi menyelerakan untuk aku. Hambagu itu asalnya daripada daging yang dicincang lumat. Seterusnya ia diuli dengan beberapa perisa Jepun yang menjadi kebiasaan mereka disana. Kerja menguli dilakukan oleh Marina. Itu yang menambahkan perisa kepada hambagu itu tadi. Hambagu ialah merupakan "beef patty". Setelah diuli secukupnya, ia akan diperap selama beberapa jam dan hanya akan digoreng apabila tiba waktu makan. Tastenya masyAllah...wonderful....
Kami makan dengan berselera sekali. Masakan yang dimasak dirumahlah yang merupakan makanan yang paling aku sukai. Especially when it's cooked with tender loving care....memang out of this world! 2 hari tersebut merupakan hari-hari yang sangat bermakna bagi aku kerana kami meraikannya dengan keluarga kami yang kecil ini. Tidak ada yang lavish (kerana aku sendiri bukan seorang yang lavish..), tidak perlu berbelanja besar dan tidak perlu berlebih-lebih (juga bukan "aku" untuk berlebih-lebih). Cukuplah dengan bersederhana didalam segala segi. Sekali lagi perkara yang sama cuba aku terapkan kepada anak-anak. Celebration sebegini sangat penting untuk keluarga aku. Anak-anak perlu tahu kebudayaan nenek-moyang mereka. Mereka harus kenal kesemua itu untuk membina sahsiah dan jati diri. Sesekali jika ada rezeki lebih mereka akan pulang ke kampung halaman aunty untuk bertemu datuk dan nenek sebelah aunty serta pakcik Masato mereka. Hubungan mereka sangat akrab. Bahasa juga sangat penting untuk mereka pelajari agar mereka tahu asal-usul mereka selain memudahkan mereka dialam dewasa kelak. Seminggu sekali anak-anak akan duduk dimeja mengulangkaji bahasa Jepun. Dari tulisan hinggalah kepada pertuturan diajar sedikit demi sedikit agar mereka tak lupa. Aku senang melihat keletah mereka. Ada yang malas dan ada yang rajin...mungkin mereka tidak tahu akan kepentingannya sekarang tetapi setelah mereka tamat sekolah nanti, apa yang mereka pelajari sekarang akan menjadi "handy", satu persatu. Adat dan budaya kita jika disulam dengan perkara positif lain yang kita pelajari disepanjang perjalanan hidup kita, akan membuatkan kita lebih bersiap-sedia didalam menghadapi apa juga cabaran yang mendatang! Itu pandangan peribadi aku. Lebih mengasyikkan ialah pada malamnya pulak mereka menalipon datuk dan nenek dikampung sambil mengucapkan "Akemashite Omedetou Gozaimasu...!". Didalam hati, aku bersyukur....
14 ulasan:
Salam pak Cik
Selamat hari raya utk aunty....Dan selamat tahun baru utk pak Cik sekeluarga....
Awang
Bahasa ibunda bagi kakcik adalah sangat rugi jika tidak dipelajari walaupun sekadar bahasa Jawa...
Tapi arwah ibubapa kakcik kedua2nya Melayu, jadi kakcik hanya tahu berbahasa Melayu - alangkah ruginya...
Anak ketiga kakcik sedang menunggu keputusan SPM, sekarang bekerja sambil belajar di kedai makanan barat. Dah itu minat dia, kakcik dan suami, dorongkan sahaja...
baru tahu untie rakyat jepun...selamat hari raya untie...
Waalaikumsalam Awang.
Terimakasih diatas ucapan ikhlas...saya juga nak mengambil kesempatan ini nak mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada Awang serta Awing dan keluarga dengan ucapan...."Jangan sampai lupa kunci reta...!" Hahahahahaha...
Salam Kakcik Nur.
Bahasa Jawa juga sangat penting dan rasanya masih belum terlambat kalau Kakcik nak mempelajarinya.
Berkenaan dengan anak Kakcik yang bekerja di restaurant barat sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM, saya rasa beliau melakukan kerja yang betul..alhamdulillah. Sokongan ibubapa sangat penting. Bekerja didapur merupakan satu profession yang sangat baik. Selalunya kami bermula dari bawah sebelum mula memanjat tangga jawatan yang lebih baik. Ramai kawan-kawan saya kini berada diseluruh dunia bekerja. Ada di Ireland, ada di Dubai, ada di Madinah, ada di Bangkok, Eropah dan Australia jangan ceritalah. Yang penting ialah minat dan kerja kuat serta disiplin. Long hours itu biasa...tukarkan ia kepada positive mode yakni lebihan masa itu sebagai "kelas untuk belajar", insyAllah kerja lebih masa akan menjadi sesuatu yang positif dan tidak sebagai kerja beban tetapi sebagai tanggungjawab dan pelajaran penting untuk masa depan yang lebih cerah! Permulaan gaji agak rendah tetapi jika beliau ada sikap seperti yang saya sebutkan, beliau akan meniti kejayaan. It's sheer hardwork, dedication and discipline. Cuba dapatkan peluang ke luar negara...valuenya akan meningkat. Ada chef yang pendapatannya sampai ke RM20 - 30 ribu sebulan! Good luck!
Salam Iryanty Ahamad.
Selamat Tahun Baru dan semoga Iryanty dan pasangan beroleh kejayaan di tahun baru ini. Jangan lupa usaha kuat!
Selamat Hari Raya buat uncle dan aunty...
Alhamdulillah
Walau bertembunh budaya tp ttp dapat meraikan dgn sempurna.
Ibu n Abah.
Terimakasih banyak-banyak diatas ucapan tersebut.....
Langkah bijak kepada ibubapa yg menitik beratkan bahasa ibunda. Tak salah menggunakan bahasa lain tapi ibunda jgn dilupa. Beruntung anak-anak sebab ibunya org sana pasti memudahkan kalau nak teruskan legasi tok-nenek moyang mereka.
'Selamat Hari Raya' buat aunty.
Salam Kakzakie.
Seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ini, bahasa itu sangatlah penting. Kemahiran berbahasa akan membuka banyak peluang keemasan yang tidak pernah kita sedari. Kekesalan saya ialah berhenti separuh jalan setelah mempelajari bahasa Mandarin akibat kekangan kerja pada waktu itu. InsyAllah suatu hari nanti saya akan sambung semula!
Assalamualaikum Uncle,
Pertama kali Mak Long mengikuti tulisan Uncle hari ini. Ianya menarik dengan tajuk Selamat Hari Raya. Oleh kerana ingin tahu, itulah diteruskan membaca.
Perkahwinan di antara dua benua itu memberi beberapa keistimewaan. Antaranya adalah bahasa dan budaya. Anak-anak berpeluang menguasai bahasa ibunda bapa dan ibu.
Selamat Hari Raya dan Selamat Tahun Baru untuk Uncle dan keluarga.
Salam Mak Long.
Terimakasih kerana meluangkan masa dan membaca cerita saya. Semoga Mak Long terhibur...
baru tahu pasal hari raya kat negara lain. bestnya menjelajah dunia. salah satu impian saya jugak tu. amiin. hehee ^_^
Salam Umi Nazrah.
Setiap negara mempunyai bangsa yang tersendiri manakala setiap bangsa itu pula mempunyai kebudayaan tersendiri. Uncle suka belajar sebab dan Uncle bernasib baik kerana berpeluang mengembera sedikit mencari rezeki dan pengalaman...Thanks for reading...
Catat Ulasan