Harapan aku agar cerita-cerita pengalaman aku bakal menjadi pencetus semangat kepada adik-adik yang aku kasihi sekelian. Adik-adik boleh berhubung dengan Uncle di ali.shahrir@gmail.com untuk sebarang pertanyaan mengenai bidang perhotelan dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya. Uncle akan menjawab secara terperinci setiap soalan, insyallah. Harus diingat bahawa niat Uncle hanya ingin membantu adik-adik agar dapat membina kerjaya yang cemerlang didalam bidang hospitaliti.
JW Marriott Hotel, Jakarta - 2001
Sewaktu aku masih bertugas di Renaissance Hotel Kuala Lumpur (1996-2006), aku telah mendapat perkhabaran daripada Ibu pejabat Marriott bahagian Asia yang bertempat di Hong Kong yang menyatakan bahwa aku dipilih sebagai salah seorang yang akan ditempatkan di JW Marriott Hotel di Jakarta untuk membantu mereka membuat pembukaan sebuah hotel bertaraf 5 bintang di kawasan Kuningan di Jakarta Selatan. Aku terkejut dan pada masa yang sama, amat bersyukur kerana aku tahu ramai lagi yang berminat untuk kesana. Apatah lagi ia bakal merupakan sebuah hotel eksklusif baru dan memang dinanti-nantikan di Jakarta. Lokasinya amat baik dan berhampiran dengan pelbagai kedutaan. Selang beberapa minggu kemudian, aku menerima surat tawaran.
Persiapannya aku lakukan sebaik mungkin untuk berangkat. Oleh kerana Renaissance Hotel ialah merupakan adik kepada Marriott Hotel International, makanya pemergian aku kesana tidak memerlukan aku untuk berhenti kerja. Gaji berserta allowance aku hanya disambung oleh hotel di Jakarta. Aku sampai dihotel tersebut pada sebelah malam. Telah ada kereta yang tertulis JW Marriott Jakarta menunggu aku di bandara (airport). Aku terus dibawa ke hotel. Walaupun malam, sebaik sahaja aku sampai di lobby hotel, aku jadi tergamam. wahh, indah sungguh binaannya. Lampu dipasang penuh walaupun hotel masih belum beroperasi. Setibanya aku di depan hotel, pintu aku dibuka oleh seorang lelaki berbangsa tionghua yang memakai kemeja berlengan pendek, berseluar pendek khaki dan hanya berselipar. Beliau agak berumur. Ada 2 orang pekerja datang mengambil barang aku untuk dibawa masuk ke lobby. Lelaki yang agak berumur itu memperkenalkan dirinya sebagai Tan Kian. Katanya, "panggil saya Pak Tan!". Kami berjabat tangan. Pak Tan menyuruh aku ke bilik dulu untuk berehat pada malam itu dan katanya makanan ada disediakan dibilik. Aku dibawa naik ke bilik oleh seorang gadis Guest Service. Tinggi lampai dan bijak bertutur. Sewaktu dibilik, aku ditunjukkan segala kemudahan yang ada dengan sangat baik sekali. Sungguh mewah hiasan dalamannya. Aku diberikan tingkat atas. Bilik airnya besar. Tilamnya empuk dan tinggi hingga kaki aku tergantung bila duduk dihujung katil. Diatas meja telah ada sepucuk surat yang mengalu-alukan kedatangan aku beserta appointment dengan Director of Operations dan GM pada keesokan paginya pukul 8 di Executive Office!
Paginya aku bangun awal dan terus bersiap. Menuju ke Executive Office dan aku terkejut apabila terlihat lelaki yang agak berumur semalam berada di didalam pejabat bersama-sama dengan GM dan DOO. Kami sekali lagi bersalaman dan Pak Tian memberitahu aku bahawa beliau merupakan tuan punya hotel berkenaan. Aku tergamam kerana beliau masih lagi berseluar pendek, berkemeja lengan pendek dan hanya berselipar! Very low profile! Aku masih di Food and Beverage Department dan ditugaskan untuk memberi tumpuan kepada Sailendra Restaurant dahulu kerana itu merupakan outlet penting untuk hotel tersebut. Aku turun ke ground floor dan Sailendra terletak disebelah tepi dari arah lobby. Split level dan mampu memuatkan seramai 400 orang pada satu-satu masa. Banyak "action kitchen" disitu. Ada asian, western, japanese, indian dan lain-lain lagi. Semuanya masih belum siap. Exhaustnya belum berfungsi. Tiada kerusi, meja dan begitu juga hiasan. Semuanya bogel...Yang ada di action kitchen hanyalah counter-counter kosong. Kami hanya tinggal 2 minggu untuk beroperasi. Aku ke Finance Department dan Purchasing Department untuk mendapatkan senarai barangan yang telah dipesan dan untuk mengetahui bilakah penghantaran akan bermula. Kata mereka beberapa hari lagi. Sementara menunggu penghantaran, aku sibuk dengan latihan-latihan on-site. Berbincang dengan chef serta melakukan banyak "food tasting" untuk memastikan makanan yang akan dihidangkan nanti menepati citarasa tetamu. Dry run demi dry run kami lakukan. Dari seawal jam 8 pagi hinggalah ke jam 12 atau 1 pagi kami masih didapur untuk mendapatkan taste makanan yang betul. Menu telahpun dihantar untuk printing dan kami menunggu penghantaran semula. Seperti biasa, aku tak mengambil cuti mingguan malah terus-terusan bekerja tanpa henti. Tinggal seminggu untuk dibuka. Sailendra dan restoran-restoran lain masih lagi "bogel". Masih tidak ada kerusi, meja, hiasan, pinggan, gelas, cutleries dll. Aku lihat yang Pak Tan Kian mula resah. 4 hari sebelum pembukaan kerusi dan meja mula sampai dan aku lihat, penuh lori kontena beratur panjang di belakang hotel. Didapur, kesemua chef sibuk memeriksa peralatan dapur. Melakukan "dry run" dan "food tasting". Berpeluh-peluh mereka bekerja. Tak mengira waktu yang panjang. Perubahan resipi menu last minute dilakukan. Semua orang sibuk. Sentiasa bergerak melakukan sesuatu. Hebat, bisik aku. Bukan senang nak membuka hotel bertaraf antarabangsa. Apa yang Pak Tan Kian mahu mestilah mengikut standard Marriott International. Pekerja Sales and Marketing sibuk menjual hotel dan membawa masuk tetamu yang ingin melihat facilities hotel baru di Jakarta Selatan! Kami tidak punya waktu untuk berehat. Penat memang penat tetapi kami harus melaksankan tugas yang telah diamanahkan! Tinggal sehari pembukaan, kami masih tidak mempunyai pinggan-mangkuk yang lengkap. Sebelah petangnya beberapa kontena lagi sampai. Kali ini pinggan mula tiba. Beratus-ratus kotak jumlahnya. Para pekerja Stewarding Department serta Finance Department menjadi sangat sibuk apabila mereka terus melakukan inventory setibanya barangan tersebut di receiving area. Jika ini kali pertama melakukan pembukaan hotel, aku pasti ramai yang akan melarikan diri. Alhamdulillah kerana aku sudah boleh mengagak apa yang akan berlaku. Kesalahan sewaktu ini memang sering berlaku tetapi kita harus cepat bertindak. Bekerja didalam situasi sebegini memerlukan kita membuat keputusan didalam beberapa saat sahaja dan harus pandai mencari alternatif ke dua mahupun ke tiga! Apabila pinggan-mangkuk mula dihantar ke restaurant, chef mula sibuk untuk memastikan makanan apa patut dihidangkan di pinggan mana, apakah saiz pinggan yang harus digunakan untuk jenis makanan yang ada didalam menu. Setelah makanan dan pinggan ditetapkan, gambar akan diambil, didevelopkan dan mula digantung di dapur supaya setiap pekerja dapat melihatnya dan memastikan bahawa jika 35 nasi goreng dipesan, kesemua yang keluar wajib mempunyai "presentation" yang sama! Resipi-resipi menu juga ditaip elok dan dibukukan agar setiap kitchen dibelakang restaurant tahu apakah standard resipi untuk setiap menu! Bukan mudah. Bukan seperti kedai-kedai makan biasa yang tidak mempunyai sukatan yang betul! Penggunaan MSG diharamkan di kesemua hotel-hotel jenama Marriott seluruh dunia. Kami menerima ramai tetamu yang ingin melihat bagaimanakah rupanya hotel baru bernama JW Marriott Jakarta ini. Dari celebrities hinggalah kepada orang-orang kenamaan. Dari masyarakat biasa yang "curious" hinggalah kepada hotel-hotel yang dianggap competitors. Semuanya datang melihat dan kebanyakkannya memberitahu yang hotel tersebut merupakan hotel tercantik dan terbaik pada waktu itu. Aku seperti biasa, menjadi sangat sibuk. Pukul 2 pagi baru aku balik ke bilik. Badan terasa sangat penat dan kepala terasa sungguh berat. Sampai dibilik, aku tak sempat mandi. Hanya bersalin pakaian dan terus tidur! Tepat pada pukul 5 pagi aku sudah terjaga. Menelan beberapa biji supplements, mandi, minum air segelas dan bersalin pakaian. Kasut telahpun di polish malam tadi. Sewaktu aku menapak turun ke Sailendra dan dengan perasaan yang berdebar-debar, aku lihat segala kelengkapan telahpun disusun-atur dengan baik oleh pekerja malam. Semuanya menunggu tetamu yang akan datang selepas "soft opening" nya. Kesemua Head of Departments berkumpul didepan Sailendra. Duduk bersila didalam satu bulatan dan seketika kemudian melakukan ritual budaya yang seakan-akan menepung tawar dan doa dibacakan agar pembukaannya nanti berjalan lancar dan businessnya baik. Acara tersebut berlangsung selama lebih kurang 20 minit. Pada sebelah petangnya, kami dipanggil oleh GM untuk mesyuarat tergempar. Kami diberitahu bahawa wakil Presiden telah menalipon kami dan memberitahu yang Presiden pada waktu itu yakni Presiden Megawati Sukarnoputri akan melawat dan makan malam pada keesokan harinya. Kami jadi teruja. Aku lebih lagi kerana bukan senang nak bertemu dengan Presiden sesebuah negara jika tidak ada perkara yang sangat mustahak. Sekali lagi malamnya aku tak dapat nak lelapkan mata terkenangkan bagaimana lah rupanya nanti apabila bertentang mata dengan Presiden dan pelbagai pembesar negara Indonesia yang lain! Hahahahahahahaha....itu semua menjadi kenangan yang tak akan luput dari ingatan aku sepanjang masa. Juga pertemuan dengan Fidel Castro dan lain-lain! Adik-adik yang Uncle kasihi sekelian....Uncle berharap agar adik-adik dapat mengambil iktibar dan tanamkan semangat juang didalam diri adik-adik. Minatnya Uncle didalam bidang hospitaliti tidak ada galang-gantinya. Jika minat itu ada, semuanya akan menjadi mudah. Tetapi jangan mengambil mudah setiap perkara. Uncle juga ada banyak kelemahan dan Uncle masih lagi belajar untuk menjadi lebih baik. Uncle kasihankan adik-adik yang mengambil jurusan hospitaliti tetapi sebenarnya tidak berminat. Ramai rakan-rakan Uncle yang sama-sama belajar dengan Uncle di ITM dulu kini tidak bekerja dibidang ini lagi. Rasanya hanya 1-2 orang sahaja yang masih terlibat secara aktif. Lain dengan rakan-rakan kelas Uncle sewaktu belajar di Switzerland dulu. Justeru itu, sebelum Uncle travel kemana-mana dan menginap di hotel mana-mana, soalan pertama yang Uncle akan ajukan di ruang alumni facebook Institut Hotelier Cesar Ritz ialah, "Is there anyone from Cesar Ritz?" Pasti akan ada yang menjawab. Alhamdulillah. Uncle teringat kembali kisah arwah mama yang memberi makan kepada kawan-kawan kami yang bertandang ke rumah dengan menghidangkan biskut kering dan kopi "o" tawar walaupun kami sendiri tidak mewah dengan makanan. Uncle percaya setiap tindakan baik arwah mama dulu terpalit ke kami adik-beradik terutamanya aku yang sentiasa bernasib baik apabila merantau ketempat orang. Kebanyakan rakan-rakan Uncle sedang memegang jawatan yang sangat tinggi diseluruh pelosok dunia. Makanya Uncle sentiasa berpesan kepada adik-adik, jika ada diantara adik-adik yang betul-betul berminat meneroka bidang ini, hubungi Uncle dan Uncle akan cuba "pave the way". I do not promise you anything but I will try....the rest is all yours! Have a pleasant weekend people! |
Nyamuk (kiri) dan aku di bilik aku di al safwah hotel, mekah. |
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Ahad, April 05, 2015
Pengalaman 4
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
15 ulasan:
Salam uncle..
Uncle belajaq kat switzerland?
Syoooookkkkknya!!
Norh baru masukkan dua tiga kupang dlm tabung ayam habuan nak pi tengok switzerland tu...
Ishhh...jeles sungguh ni..
Norh suka cara uncle tanggani situasi hat kelam kabut tu...awat tak nampak mcm uncle stress pun..
Kalau norh dah pucat lesi dah lg brapa jam saja semua tak siap lagi..
Have a nice sunday uncle ;)
betul uncle.Setiap kebaikan yg kita tabur umpama menanam pokok semasa kita lanjut umur.Bukan utk dimakan sendiri tapi sebagai rezeki anak cucu,burung,margastua yg lalu lalang bawah pokok itu nanti..pesan mak saya .
Mudah2an anak kakcik akan terus mengikuti tulisan Uncle ini sebagaimana kakcik membaca dan cuba menghayatinya...
uncle...pengalaman uncle memang berbaloi sapa yang nak bina kerjaya membacanya..
Waaah seronok betul baca tentang cerita dan pengelaman Uncle dalam bidang hospitality yang nampak mudah tetapi memerlukan penumpuan yang gitu. Satu masa dalam tahun 2005 Mak Long pernah menginap di Hotel Renaissance, KL. Breakfast dan lunch sekali..kalau ketika itu kita kenal kan best juga boleh ngopi dengan kekawan lain kan...
Salam Mokjadeandell.
Sewaktu kecil saya sangat hairan kenapa arwah mama begitu generous. Kami 6 beradik masih bersekolah. Arwah mama kadang-kadang berjualan untuk menampung perbelanjaan. Menghantar nasi di jeti untuk dihantar ke Pulau Jerejak dimana arwak bapak bertugas waktu itu. Ahli keluarga lain sibuk dengan persekolahan mereka. Makanya sayalah yang akan mengikut kemana saja arwah mama pergi. Kini saya faham. Dengan hanya memberi minum atau makan setakat yang ada, masyallah ganjarannya sangat besar! Apabila saya merantau dan dilayan dengan baik walaupun tidak mengenali mereka, kesemua yang arwah mama lakukan akan menerjah ke fikiran saya! Kini saya berpesan kepada pekerja saya jika terlihat pekerja yang menyapu jalan diluar kawasan,berilah mereka sebotol air seorang..."put yourself in their shoes"
Salam Kakcik Nur.
Terimakasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Saya akan terus menulis selagi terdaya kerana saya berasa sangat rugi jika ia tidak didokumenkan walaupun hanya melalui blog. Jika bukan untuk orang lain membaca, cukuplah untuk saya membaca sendiri 20 atau 30 tahun akan datang!
Salam Iryanty.
Terimakasih sekali lagi kerana masih membaca tulisan-tulisan Uncle. Pengalaman Uncle tidaklah sebanyak orang lain. Cuma Uncle rasa mereka tidak suka menulis...itu saja perbezaannya. Jika Cikgu Bibah (cikgu BM uncle ditahun 1984/85) membaca tulisan-tulisan Uncle, Uncle pasti beliau akan tetap menggelengkan kepala dan memberi hanya 49/100 kepada Uncle! Hahahhahahaha...
Salam Mak Long.
Saya merupakan salah seorang yang terawal bekerja di Renaissance Hotel Kuala Lumpur. Berada disana sewaktu hotel belum siap sepenuhnya. Itu semua cabaran bagi saya melalui "stages" sebegitu. No pekerja saya waktu itu ialah 127-6 maknanya saya pekerja ke 127 di hotel berkenaan! Saya berada disana dari 1996 (baru balik dari belajar) hinggalah ke tahun 2006. Oleh itu pada tahun 2005 saya masih berada disana. Saya di Restoran Jepun - Sagano waktu itu!
Salam Norh.
Suisse memang merupakan sebuah negara yang hebat bagi Uncle. Cantik dan masyarakatnya peramah. Uncle belajar di Institut Hotelier Cesar Ritz campus di Le Bouveret. Kerja di Geneva dan kemudian dipanggil oleh pihak sekolah untuk mengajar di Cesar Ritz. Pengkhususan Uncle ialah FB terutamanya fine dining. Uncle juga boleh membuat pengkhususan di dalam Culinary tetapi memilih Operations kerana dapat berjumpa ramai orang! Hahahahahaha....
Situasi kelam-kabut boleh ditangani dengan baik jika Norh ada pengalaman. Ini tak dapat disekolah mahupun Universiti. Macam2 dah Uncle lalui therefore insyallah Uncle dapat tangani dengan baik setakat ini. Uncle pernah dimarahi oleh Menteri dari Nigeria kerana mengingatkan beliau yang waksu sahur dah nak habis dan azan subuh akan berkumandang. Uncle hanya dengar sampai habis. Pay attention dan Uncle suka catatkan semua komen yang diberi (in a way it shows that you're dead serious in solving the challenges!. Lepas tu Uncle terangkan semula dan apologise. Dia panggil Uncle naik ke bilik dan diberikan SR2000 sebagai tanda terimakasih kerana mengingatkan beliau. Ada Uncle cerita di entry sewaktu di Mekah!
Inilah yg dikatakan pengalaman yg ada bukan boleh dikiut tapi dirasai. Kakak rasa kalau student yg ambil bidang hotel managemant atau yg seangkatan pasti tak rugi mengikuti entri-entri uncle ini.
Tahniah buat uncle . Kakak kagum sebenarnya..
Salam Kakzakie.
Saya sangat terbuka didalam hal ini. Jika ada yang ingin bertanya, tanyalah dan alamatkan kepada email yang saya berikan diatas. Adik-adik juga boleh bertanyakan kepada saya apakah soalan-soalan yang selalu ditanya sewaktu interview dan bagaimanakah cara menjawapnya. Rugi kalau tak cerita...nanti "berkarat!"...btw, simpan pon nak buat apa? Hahahahaha...
Alhamdulillah Uncle
Segala pengalaman Uncle menimba ilmu dan kemahiran menjadi sesuatu yg sangat berharga.
Dan terima kaseh atas kesudian Uncle berkongsi ilmu dgn semua org terutama anak muda yg masih mencari2 tapak dlm memilih bidang yg serupa.
Waktu akak keluar sekolah dulu, bidang perhotelan kurang diberikan pendedahan... Kena usaha sendiri mencari pengalaman.
Tiada kata2 peransang dari otai2 spt Uncle.
Salam Ibu n Abah.
Saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan walaupun mungkin tak ada orang yang berminat. Seperti yang saya katakan dulu, catatan ini semua ialah untuk tatapan saya 20-30 tahun akan datang. Agar saya dapat senyum sendirian sambil menghirup teyy tarik di pasar ampang sambil menanti aunty beli ikan, ayam, sayur dan telur!
asalam Uncle..nekcik mmg minat dengan atur hias hotel hotel yang pernah nekcik bermalam..walaupun ada tak 5 bintang...tapi cantik seni hiasnya....
di Hanoi dulu...kami dibekalkan dgn roti. .pisang dan telur rebus disebabkan kami checkout awal untuk ke airport...simple things macam tu but it touches the heart....kami sekeluarga masih beronline dengan staff di sana...
betul Uncle..arwah emak dan ayah nekcik pun macam tu..suka beri orsng makan..so nekcik pun mmg ikut sama..insyaallah mmg lapang hidup kita...Allah senyiasa permudahkan urusan. .hati pun lspang...insyaallah
Catat Ulasan