Tepi pokok rambutan tepi pagar rumah!
Assalamualaikum wbt semua yang aku sayangi dan kasihi sekelian. Sudah sebulan kita berpuasa dan telah sebulan anda semua membaca "cerita re-run" aku di Mekah sepertimana anda menonton cerita X-Files yang diulang tayang di ASTRO! Hahahahahahaha. Natijahnya, mana mungkin aku melupakan Bandar Madinah dan Mekah, 2 bandaraya yang menjadi tumpuan masyarakat Islam seluruh dunia! Life goes on dan begitu jugalah dengan cerita-cerita aku yang mendatang. Enjoy reading!
Tahun 2015 ni merupakan tahun yang paling low key tetapi juga merupakan tahun sambutan Hari Raya yang paling aku suka. Kami mengambil keputusan untuk tidak kemana-mana pada tahun ini memandangkan aku bekerja pada Raya pertama. Pada adik-adik yang menceburi bidang perhotelan secara professional, Uncle nak pesan dan bagitahu yang Hari Raya dan juga apa saja perayaan yang ada, tidak bermakna adik-adik sekelian akan mendapat cuti. Maka oleh itu "bersedialah..." Tolong jangan buat muka sedih ya.....dan tolong jangan ambil mc....itu taktik tahun 70-an!
1 Syawal
Awal paginya aku mengejutkan anak-anak bangun dan bersiap-sedia untuk ke masjid. Kali ini aku dah bijak bistari apabila kami sampai lebih awal dari solat sunat. Selalunya aku confuse pukul berapa sembahyang sunat aidilfitri. Ada sekali tu aku sampai, khutbah dah dimulakan. Yuya jeling tajam kat aku. Marah dia....Abang pulak ok saja...Selesai solat aku terpaksa meninggalkan keluarga untuk pergi bekerja. Kami sempat bersalaman seperti kebiasaan berhari-raya. Sewaktu Marina bersalaman dengan aku, dia kata, "Selamat Hari Raya Papa, maaf zahir dan batin..." Aku tambah, "...dan akan belajar rajin-rajin..." Marina terpinga-pinga tetapi menurut lalu dia ucap sekali lagi..."Selamat Hari Raya Papa, maaf zahir batin dan Marina akan belajar rajin-rajin..." Abang dengan Yuya gelak sakan...Marina confused! Selesai kerja, aku sampai rumah pukul 10 malam. Alhamdulilllah tugas selesai!
2 Syawal
Seperti kebiasaan, pada hari raya kedua, aku akan menjemput adik-beradik untuk sama-sama datang ke rumah. Tahun ini aunty menyajikan laksa. Laksa Penang dan Laksa Assam. Malam sebelumnya aunty dah mula sibuk dengan 'preparation' laksa. Habis sebuah rumah berbau ikan. Tommy, si kucing dok menjeling resah. Mundar-mandir dia dalam rumah. Kejap ke depan, kejap ke belakang...Wiwit capai 2 ekor dan letakkan didalam piring makan Tommy yang ditempatkan di beranda depan. Tommy makan dengan lahap...maklumlah dah habis puasa!
Petangnya kakak-kakak aku dan abang ipar serta cucu-cucu menakan datang berkunjung. Alhamdulillah. Kami duduk bersembang lama macam bertahun tak jumpa. Walhal Kak Anne menetap di Damansara Utama manakala Kak Lit di Subang Jaya! 3 lagi abang-abang aku sibuk dengan keluarga masing-masing. Abang Eddie di Penang manakala Wan pulang ke rumah mertua di Melaka dan Joey pulang ke Perak. Setelah semuanya pulang dan laksa pun habis, aku sekeluarga bergelimpangan didepan tv.
Aku mendapat satu berita bahawa rakan karib aku dan keluarganya kemalangan didalam perjalanan dengan kereta ke Krabi. Aku terkejut. Budak-budak batch 1985 terkejut. Budak-budak lain, seniors mahupun juniors semuanya terkejut. Seharian itu kami sibuk menghubungi seberapa ramai yang mungkin untuk mula merangka sesuatu.
Didalam kesibukan itu aku sempat keluar dengan Abang dan Yuya (dah janji awal-awal lagi!) untuk menonton cerita Ant-Man. Love it!
3 Syawal
Kami keluar bersarapan sebagai satu keluarga. Selalunya payah sebab Abang dan Yuya tak tinggal dirumah dan selalunya apabila ada dirumah pun amat sukar untuk bangun pagi. Jadi kebiasaannya aku akan ke kedai membeli sarapan dan balik makan dirumah beramai-ramai! Tapi kali ini semuanya bangun awal. Aku pulak hairan! Kebanyakkan kedai yang kami singgah semuanya tutup. Nak breakfast di McD tak bestlah pulak! Nasib baik ada satu kedai mamak bukak. Kami makan disitu.
Lepas makan kami hanya melepak dirumah saja. Bersembang dan terus bersembang. Makan dan terus makan. Lena dan terus lena! Malamnya aku keluar ke Putra Perdana di Puchong untuk bersama rakan-rakan lain untuk sama-sama menunaikan solat jenazah. Jenazah selamat tiba sekitar 1.30 pagi dan terus dibawa ke masjid untuk di sembahyangkan. Selesai sembahyang, jenazah terus dibawa ke tanah kubur berhampiran. Kepada kawan aku, Reza yang juga merupakan rakan nasi kawah aku dari kami berumur 13 tahun pada tahun 1981, aku doakan semoga beliau tabah mengharungi hari mendatang. Aku speechless.
4 Syawal dan seterusnya
Aku seronok melepak dirumah dengan keluarga. Kalau rasa nak keluar kami keluar. Rasa nak pergi minum, kami keluar pergi minum. Jarang dapat peluang beberapa hari ni dengan hanya melepak didepan tv, makan, minum, bersembang serta menonton wayang. Bagi aku ini lah "quality time". Bagi yang lain-lain mungkin tidak. Hari Raya bagi aku ialah masa untuk bersama keluarga. Therefore 4-5 hari tu hanya kami berlima sahaja. Err dan Tommy...kucing Marina dan juga Wiwit, pembantu kami yang dah macam saudara sendiri.
Raya di Mekah
(Mungkin tak pernah diceritakan...)
Suasana disana sangat meriah. Tetapi ada beberapa perkara yang aku agak tertarik, berlaku di Al Safwah, Mekah. Pada malam raya, aku jadi sangat sibuk dengan pelbagai set-up yang harus dibuat di lobby. Mainan kanak-kanak yang telah ditempah dari Jeddah dah pun sampai beberapa hari sebelumnya dan para associates aku sibuk membungkus kesemua hadiah-hadiah tersebut. Beratus-ratus kuntum bunga ros juga telah tiba.. Lobby menjadi "chaos". Lobby aku besar dan panjang. Aku siapkan gerai-gerai kopi arab, manisan dan lain-lain lagi. Dah seperti pasar malam pun ada. Beberapa pekerja aku juga telah diberitahu untuk memakai pakaian khas di pagi Syawal.
Pagi Syawal (aku tak boleh lelap dari malam sebelumnya) aku turun awal ke lobby. Pukul 4 pagi aku dah mulakan rondaan untuk memastikan department aku siap-sedia. Aku tak suka ditegur, itu tak siap dan ini tak siap apabila berlangsungnya acara. Maka oleh itu "mind map" aku sentiasa berkerja...itu yang aku tak boleh nak lelapkan mata! Bukan bermakna aku ni tak boleh ditegur...bukan begitu....sebenarnya teguran itu berpunca daripada kealpaan aku tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik (jika ada). Oleh sebab itu aku akan pastikan yang "homework" aku siap...segala persiapan mantap, itulah maksud aku! Banyak harus aku fikirkan. VIP guests aku, barisan Menteri-menteri serta mantan yang masih berada di Al Safwah, tetamu hotel berjumlah ribuan orang, makanan serta minuman semua tetamu, para associates aku dan banyak lagi..
Pemilik hotel memanggil aku ke lobby sebelum solat sunat eid. Kami bersalam dan berpelukan. Diambil sebuah bekas yang berasap (bau macam oud) dan diasapnya aku seluruh badan! Wahhh....inilah kali pertama aku diasapkan! Selalunya kami asapkan ikan salmon! Hahahahahaha...
Selesai solat, hotel diserbu. Nah...diwaktu inilah para associates aku yang berpakaian menarik gaya arab dengan bungkusan besar ala Santa Claus akan mengagih-agihkan mainan kepada kanak-kanak dan bunga ros kepada tetamu wanita. Suasana sungguh meriah di lobby....memang satu keraian! Makanan dan minuman sekelip mata hilang! Kemeriahan itu bersambung lagi hingga ke restoran aku ditingkat atas! Selepas sarapan pagi, tetamu mula mendaftar keluar dan hotel kosong. Occupancy merudum kepada bawah 10% dan associates aku semua menyuruh aku balik bilik untuk berehat dan mereka akan habiskan kerja-kerja "tearing down", "setting up" dan lain-lain. Aku melangkah longlai balik ke bilik. Bukak baju dan mandi. Bersalin pakaian, skype dengan keluarga dan terus terlelap sampai esok pagi. Associates aku pulak datang ketuk pintu takut apa-apa terjadi kat aku sebab panggilan ke talipon bimbit dan bilik aku tak berjawab! Hahahahahahaha...
Ok semua...aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta maaf zahir dan batin kepada semua pembaca yang aku kasihi sekelian. Have a great weekend people!
|
24 ulasan:
Eid mubarok..maaf zahir batin..
sentiasa ceria dengan kisah suka duka uncle di perantauan..
beginilah raya di perantauan.
selamat hari raya uncle...tak balik kampung ke uncle :-))
Anak2 uncle dah tinggi2...
Rasanya baru saja nampak abang dan yuya kecil dari uncle dan aunty...
Alhamdulillah
Assalamu'alaikum dan Salam Syawal...
Raya kakcik pada tahun ini hanya meriah pada 1 Syawal bila anak2 dan adik2 beserta keluarga mereka berkumpul di rumah kakcik. Tiada hidangan istimewa sebab kakcik dah malas nak memasak... ;-)
Salam Aidil Fitri buat Uncle sekeluarga. Seronok baca entri Uncle .. ceria dengan keluarga tersayang.
Salam Ahmad Nazrimi dan keluarga.
Uncle juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan perkara yang sama dan didoakan anda sekeluarga beroleh kesihatan yang baik..insyallah!
Salam Iryanty.
Terimakasih diatas ucapan raya tersebut. Uncle juga samalah...Uncle tak balik tetapi hanya aunty dan marina pulang ke alor setar. Aunty ada mission penting disana untuk belajar membuat minyak angin Tok Chik yakni makcik Uncle yang dah berumur 70-an. Nenek Uncle dulu pembuat minyak angin dan ubat beranak di alor setar dan supply ke istana anak bukit. Kemahiran nenek turun kepada makcik Uncle. Walaubagaimanapun setahu kami ilmu tersebut tidak turun kepada sesiapa. Makanya Aunty mengambil keputusan untuk belajar dan direkodkan sebagai "dokumen" penting keluarga. Aunty kini sibuk mengemas kinikan apa yang beliau pelajari dari Tok Chik.
Salam Ibu n Abah.
Alhamdulillah mereka membesar didepan mata kini. Cepat masa berlalu. Terasa seperti mereka masih berlari sekeliling rumah dengan "pampers".
Waalaikumsalam Kakcik dan selamat Syawal juga.
Begitu juga dengan saya Kakcik. Kuih cuma ada 2 jenis yakni samprit dan ntah apa nama satu lagi. Raya pertama, kuih dah habis. Lega. Kalau tidak mahu sebulan tak habis!
Salam kepada Mak Long.
Terimakasih kerana masih membaca. Apa khabar mak Mak Long? Saya sekeluarga mendoakan agar beliau segera sembuh. Apakah Mak Long masih berada di Malaysia atau telah pulang ke Amerika? Salam saya juga kepada Pak Long!
Salam Aidil Fitri buat Uncle/Aunty and kiddos,
Wahhh Yuya bertambah hensem sekarang:)
Say cheese and keep smiling Marina:)
Yang accident going to Krabi - a very young man age 19?
If betul, then the same family yang my sister cerita.
selamat hari raya
Salam Nek Rock.
Cerita sama? Incident happened on the second day of Raya. Reza merupakan rakan satu batch saya. Btw, mungkin your sister kenal Reza atau mana-mana ahli keluarga Reza? I'm seeing him insyAllah this Fri..
Salam Damiamikhaila Areesyasofea.
Terimakasih. Uncle juga ambil kesempatan ini mengucapkan yang sama. You and family take care!
Psstt Uncle:)
Dipendekkan cerita - my niece sama skolah with Reza's daughter (my sister accompanied her daughter to NYC for orchestra competition early of this year then kenal with Reza's family during that trip)
If Uncle pergi this Friday, sampaikan salam takziah to Reza's family (my sis (Rogayah) and she baru bersara from Kem Kesihatan)
Yo3 Nek Rock!
InsyAllah akan disampaikan salamnya. Wow...what a small world indeed...memang betul Reza ada ke NY kerana kalau tak salah anaknya mewakili SSP.
Seronok pulak kakak baca sambil senyum-senyum
Business yg melibatkan hospitality memang seronok apalagi bila buat keraian macam tu uncle. Tapi yg mengendalikan itu letihnyaaaa..
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kakak.
Dah kerja kami macam tu kak...berpuluh tahun dah pun...dah lali jadinya! Selamat hari raya juga dari saya sekeluarga serta maaf zahir dan batin!
Asalam Uncle...a belated hari raya.walaupun bulan syawal masih ada berbaki..syukurlah kita masih dapat menyambut hari lebaran yang merungkai berbagai cerita suka dan duka....
Alhamdulilah anak nekcik pun dah redha bekerja di hari raya..dah 2 raya..lepas sembahyang raya dan makan bersama..terus masuk kerja...nekcik pun dah redha untuk menyambut raya pertama di kl ..sejak 2 tahun kebelakangan ini..raya kedua baru kami ke kampong untuk bertemu saudara mara...
Salam Nekcik.
Takpalah...tiap-tiap tahun ada Raya. Kalau tak raya tahun ni mungkin boleh raya tahun depan! Macam tu lah saya dok kata selalu kat diri sendiri!
Uncle,
Pokok Rambutan tu xde kerengga ke??
Klu ada, kerengga Raya, 5 beranak yang x Raya!
He..he
Charlie
Abang Charlie...kerengge cuti raya 3 hari...balik kampong...
selamat hari raya uncle..baru berkesemptan buka blog..takecare..:-)
Terimakasih ummi_khalish....Uncle dan keluarga juga mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin pada anda sekeluarga..
Catat Ulasan