Ahad, September 13, 2015

Sedih

Foto dari bilik aku di tingkat 8

Hati aku sedih sangat bila mengetahui akan kejadian yang berlaku di Mekah. MasyAllah.....aku boleh bayangkan keadaan tersebut. Seperti aku juga berada disana walaupun hakikatnya aku telahpun meninggalkan Mekah hampir 6 tahun lalu setelah beberapa tahun bertugas disana. Tak dapat aku bayangkan keadaan runtuhan yang menimpa jemaah tatkala masyarakat seluruh dunia yang berada disana sedang menantikan masuknya waktu wukuf. Persekitaran pasti sesak dengan jutaan manusia. Keadaan pasti tak terkawal dengan jemaah bersesak-sesak ingin menyelamatkan diri. Paramedik sudah tentu bertungkus-lumus cuba menyelamatkan seberapa ramai jemaah yang ada. MasyAllah..Jika ditinjau daripada tingkap bilik aku dulu, pasti kelihatan kawasan sa'ie. Jarak aku ke masjidil haram sangatlah dekat. Hanya beberapa meter sudah pun sampai. Bila azan berkumandang, aku masih sempat mengambil wuduk di bilik, turun lift, jalan perlahan ke masjid, sembahyang sunat 2 rakaat, barulah sembahyang jemaah bermula. Itu aku nak cuba menceritakan betapa dekatnya Al Safwah Hotel dengan tempat tumpuan masyarakat Islam dunia!

Aku pasti, sewaktu kejadian, para pekerja hotel semua pasti tergamam dan terperanjat. Aku pasti yang mereka juga berpusu-pusu masuk ke dalam kawasan masjid dengan niat untuk membantu. Itu aku pasti. Aku kenal sangat bekas-bekas pekerja aku. Bila sesuatu dugaan melanda, mereka akan segera membantu. Setakat aku demam pun makan-minum aku dijaga rapi oleh mereka apatah lagi jika kejadian ini berlaku. Ini merupakan satu dugaan yang amat besar kepada para jemaah apalagi kepada kerajaan Arab Saudi. Aku bersimpati dan mendoakan agar mereka semua beroleh ganjaran yang besar. Harapan aku agar tidak ada yang mengambil kesempatan diatas kejadian ini dengan menceritakan perkara-perkara yang tidak benar malah khurafat! Janganlah menambahkan keperitan dan kesengsaraan serta kebimbangan kepada waris-waris mangsa....

Kepada yang akan menunaikan haji pada tahun ini, aku mendoakan agar mereka tabah dan kepada yang akan berangkat kesana tak lama lagi, janganlah jadikan peristiwa ini sebagai sesuatu yang bakal mengurangkan amal ibadat kita disana nanti. Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah haji kepada rakan blog aku yakni Nek Rock (geng ampang) yang kini bermastautin di Amerika dan akan berlepas kesana bila-bila masa sahaja. Nek Rock, be strong, believe in Allah! Begitu juga dengan rakan-rakan batch aku, SDARA 85' yang telahpun berada di Mekah ketika ini. Semoga semuanya dapat menjalankan ibadah dengan selesa dan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda, insyAllah!



12 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Innalillahhiwainnailaihirojiun.

Semoga yang terkorban itu syurgalah tempat roh mereka dan keluarga yang ditinggalkan diharap tabah dengan ujian Allah...

Uncle berkata...

InsyAllah Kakcik Nur.

Omong Mak Long..... berkata...

Innalillahhiwainnailaihirojioon, Allahhu Akbar.. Mak Long juga berasa sedih yang amat sangat atas peristiwa tersebut. Kehendak Nya juga kemalangan itu berlaku dan kita berserah kepada Nya disamping mempelajari dari sejarah yang berlaku itu. Semuga keluarga dan sahabat terlibat tabah menghadapi musibah itu. Sahabat baik Mak Long yang tinggal di Dallas, Texas baharu sahaja bertolak ke Madinah semalam untuk menunaikan fardu haji.

Uncle, nak minta tolong sikit! Uncle menyebut blog Nek Rock, itu blog sahabat Mak Long. Mak Long tidak dapat jumpa alamat blog tu dan sangat berharap untuk menemuinya kembali.

Kakzakie Purvit berkata...

Betul unlce siapa saja yg sudah menjejakkan kaki di Masjidilharam pasti terbayang kawasan tersebut sebeb kita pun dah lalu-lalang kawasan tersebut. Sedih, sebak dan mohon moga ujian Allah ini dpt dihadapi dengan redha.

Pasti ada hikmah dariNya yg kita tak ketahui..

Uncle berkata...

Salam Mak Long.
Tak sangka pulak yang Mak Long kenai dengan Nek Rock. Anyway, what u can do is to go to my last entry titled "Anak-Anak", go to the comments, you'll see her name there, Nek Rock. Click on her name and her blog will appear. Go to comment and leave a note there. She'll definitely get back to you! Good luck Mak Long...btw, saya takdak nombor sana dan email address NR....hmmm.....ada kot tapi lupa!

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar kesemua mereka selamat. Dah tak lama lagi nak wukuf!

Omong Mak Long..... berkata...

Terima kasih, terima kasih, terima kasih Uncle... Betul Nek Rock yang Mak Long kenal tu. Jejak kasih berjaya..alhamdulillah.

iryantyismail berkata...

asalamualaikum uncle...peistiwa di mekah tempoh hari memang tak sangka kan...moga yang pergi damai disana..al fatihah...
buat mereka yang cedera..moga cepat sembuh dan dipermudahkan Allah urusannya
.

NEKCIK berkata...

iya kan Uncle..malang tak berbau..kita tak tahu apa yang Allah nak uji hambaNya..namun cara kematiannya amatlah indah walau pun parah..di dalam rumah Allah lagi..Allahukbar

Uncle berkata...

Nekcik, sewaktu saya di Mekah dulu dan Al Safwah Hotel masih didalam pembinaan, saya dikejutkan dengan satu berita bahawa ada pekerja yang sedang membuat hotel jatuh dan mati dalam keadaan mengerikan. Berlari staff saya memberitahu saya yang pada waktu itu sedang berada di pejabat sementara tingkat 2. Saya tanya apa yang berlaku lalu beliau explain dalam bahasa inggeris yang tunggang-langgang memberitahu bahawa ada seorang pekerja dari tingkat 20 (saya tak berapa ingat tapi sangat tinggi), ingin turun ke bawah. Ditekannya butang lift. Pintu terbuka...dia tak sedar yang didalam tu tiada lift. Yang ada hanya lubang lift. Dia masuk ke dalam dan terus terjunam beberapa tingkat! Jenazahnya di sembahyangkan di depan kaabah...

Nek Rock berkata...

Assalam Uncle,

Terima kasih diatas segala doa2 buat Nek. Alhamdullilah everything went smoothly.
Keywords going for Hajj - patience, patience, patience and Believe in Allah!!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam NR.

Tahniah kerana telah berjaya melaksanakan satu lagi kewajipan! Alhamdulillah kerana segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang "hiccup"....i'm happy for you!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...