Jumaat, November 13, 2015

Seronoknya bila bertemu..

Amelia dan Marina



Alhamdulillah pada minggu lepas sewaktu sedang berlegar-legar selepas waktu kerja, aku terserempak dengan 2 orang associates lama aku yang kini kedua-duanya sedang meniti kejayaan didalam kareer masing-masing disalah sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur. Mereka masih kenal aku walaupun rambut aku kini telah hampir putih keseluruhannya. Walaupun pertemuan tersebut sangat singkat dan kami tak sempat untuk duduk, minum kopi dan bercerita, tetapi cukuplah sekadar bertanya khabar keluarga  masing-masing. Singkat tetapi padat bagi aku lebih baik daripada panjang tetapi meleret-leret! To those 2 beautiful and gorgeous girls, keep up the good work and may you both have the best of health!



Semoga mereka berjaya!
Alhamdulillah, sessi pada minggu lalu berlangsung dengan baik tetapi aku rasa 3 jam yang diperuntukkan kepada aku adalah terlalu pendek. Banyak perkara nak aku sampaikan. Makanya aku terpaksa pecahkan kepada 3 bahagian. Bila dah dipecahkan, aku terpaksa "cramp"kan segala informations. Banyak perkara nak aku kongsikan bersama. Aku harap dan berdoa agar segala apa yang aku ceritakan dapat dipergunakan. Mereka adalah pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang telah dipilih berdasarkan merit untuk berkhidmat diluar negara. Menjunjung rukunegara dan membawa misi yang amat besar. Tanggungjawab yang sangat hebat. Mereka ini telah terpilih dan ternyata mereka inilah yang terbaik. Pelbagai program telah mereka lalui untuk mempersiapkan diri sebelum berangkat dan program aku merupakan yang terakhir rasanya. To all of you, all the best and to spouses yang akan ikut bersama, aku mohon dimanfaatkan pemergian ke luar negara selama 3 tahun itu dengan sebanyak mungkin ilmu mengenai negara yang bakal menjadi hos nanti dan itu merangkumi kebudayaan, bahasa dan pelbagai lagi! As long as anda semua enjoy buat apa yang ditugaskan, anda tidak akan merasa bebanan....again, all the best!


Pada entry yang lalu aku ada bercerita sedikit mengenai store. Kini aku akan bercerita sedikit mengenai "juice" pulak. Nampak seperti satu topik yang remeh especially untuk adik-adik yang berminat dengan bidang Food and Beverage ni. Sewaktu aku bertugas sebagai bussboy di Paya Serai, PJ Hilton, ada sorang bartender muka bengis yang bernama Abang Joe. Misainya tebal dan rapi seperti Tom Selleck. Jalannya sedikit bongkok dan tangannya mengepak. Abang Joe berasal dari Alor Setar. Gila memancing. Abang Joe tak masuk awal. Kebiasaannya bartender akan masuk pada pukul 9 pagi. Abang Joe akan datang ke Paya Serai (bar dibelah belakang restaurant sebelum ke dapur), muka bengis dan akan panggil aku. Abang Joe akan tunjukkan aku 2-3 tong oren, 2-3 tong tembikai, 2-3 tong honeydew dll. Aku akan usung semua tong-tong itu dengan trolley ke pantry, sediakan cutting board, tong sampah, glove, asahkan pisau, siapkan blender dan mula bekerja. Pada waktu itu, apabila dikatakan "freshly squeezed juice", minuman buah-buahannya memang freshly squeezed. Aku tahu sebab aku yang squeeze! Tetapi kini semuanya datang didalam tub berliter-liter siap dengan "pulp"nya sekali! Keasliannya? Hmmmm......walaupun aku pakai glove untuk memotong dan memerah buah, tetapi oleh kerana terlalu banyak, jari-jari aku menjadi kecut! Kebiasaannya aku akan mengambil masa selama 3-4 jam untuk selesai memotong dan memerahkan juice semua! Setelah selesai, aku akan labelkan, bersihkan semula pantry, hantar kepada Abang Joe dan selain daripada itu, dapat rasa buah-buah tersebut untuk memastikan kesegarannya serta dapat minum jus percuma perahan sendiri secara sorok-sorok daripada Abang Joe! Apa yang aku belajar daripada situ? Aku belajar mendengar arahan. Aku belajar cara-cara penyediaan perahan air buah-buahan yang segar. Aku juga belajar tentang kebersihan.

20 tahun kemudian (fast forward)
  • sewaktu aku bertugas sebagai Restaurant Manager/Food and Beverage Manager, Food and Beverage Director, setiap kali aku berkesempatan untuk bersarapan di cafe dan melihat associates aku menuangkan jus tambahan kedalam juice container di buffet, aku akan sentiasa terkenangkan Abang Joe dan jari kecut aku. Aku belajar mengenal discipline melakukan sesuatu tugas secara "routine". Ini adalah kerana potong dan perah buah merupakan tugas aku hampir setiap pagi! Dari situ aku belajar teknik yang betul. Dari situ aku belajar untuk bekerja secara smart. Apabila dah smart, aku akan lebih bersedia. Preparation teratur apabila mengetahui "Abang Joe Misai Melintang" akan cari aku nanti pukul 9.15am! Dari situ aku belajar erti "bersih" dan "freshly squeezed" dan apabila aku bertemu dengan tetamu, aku akan rekomen minuman segar tadi sebab aku tahu kesegarannya! Dari situ aku mula belajar bercakap dengan tetamu secara confident. 
  • apabila aku mula deal dengan beverage supplier, setiap tutur kata dan body language mereka aku tahu. Supplier tak boleh tipu aku mengatakan bahawa orange juice mereka tak ada gula kerana hanya yang aku perah sahaja tak ada gula. Again, aku tahu sebab aku yang perah sendiri! Hahahahahaha...Aku juga tahu berapa biji oren digunakan untuk mendapatkan orange juice segelas (highball glass). Selalunya supplier akan menghadapi kesukaran apabila berurusan dengan aku. Aku jadi lebih confident dan kebiasaannya aku akan berjaya untuk convincekan mereka dengan fakta-fakta aku berdasarkan daripada pengalaman aku memerah buah...
  • selain daripada itu, kebiasaannya para pengusaha restaurant yang tiada pengalaman dan juga yang masih baru akan terus membeli peralatan dapur dan bar tanpa banyak soal. Ini ialah kerana mereka tiada pengalaman ataupun mereka dinasihatkan secara salah oleh the so called "specialist" ataupun "expert". Ini membuatkan kos permulaan mereka melambung tinggi. Kebiasaannya aku akan berunding dengan supplier tadi. Setiap rundingan aku dengan supplier akan disertai oleh pegawai daripada finance department. Ini penting bagi aku agar tidak timbul cerita yang kurang enak dikemudian hari. Setiap apa yang dibincangkan terutamanya harga dan kontrak akan dicatatkan oleh beliau dan ini bakal menjadi proof bahawa deal tadi berjalan dengan transparent. Apabila aku bertugas sebagai General Manager, aku dapati bahawa bakeries yakni danish pastries serta croissant aku tidak menepati standard hotel bertaraf 4-5 bintang. Aku panggil supplier dan berbincang. Aku naikkan gramsnya dan dia naikkan harga untuk aku. (aku mengambil bakeries dari luar). Aku tak puas hati kerana kualiti masih rendah. Aku minta kontrak untuk diteliti. Aku dan DOF duduk berbincang untuk menamatkan kontrak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan supplier pertama ditamatkan perkhidmatannya. Supplier seterusnya masuk dan mahukan kontrak ditandatangani dengan segera. Aku letakkan syarat bahawa oven untuk membakar/memanaskan bakeries aku harus yang baik dan portable, diberikan secara percuma selama 2 tahun, training diberikan kepada associates aku, maintenance secara berkala, harga barangan ditetapkan selama 6-12 bulan tidak boleh dinaikkan. Agak payah tetapi akhirnya termeterai. Aku happy sebab aku dapat kualiti yang diinginkan. Aku happy sebab dapat oven secara percuma berserta training dan maintenance berkalanya selama 2 tahun. Aku happy sebab dapat panaskan danish pastries serta croissant aku didalam restaurant dan baunya sangat enak sewaktu sarapan pagi. Tetamu aku happy kerana mereka dapat menikmati yang freshly baked. Supplier aku happy sebab mereka tahu yang aku tak akan mengubah fikiran dan beralih kepada supplier lain selama 2 tahun! It's a "win-win situation". Apa yang aku nak sampaikan pada perenggan terakhir ini ialah, para pengusaha boleh bekerjasama dengan supplier dalam memastikan kos permulaan pembukaan restaurant itu dapat dikurangkan walaupun sedikit. Apa yang adik-adik perlu tahu ialah how the business runs. Adik-adik juga perlu tahu basicsnya. Adik-adik perlu ada minat yang mendalam, belajar untuk mendengar arahan (Abang Joe), belajar untuk negotiate, dan belajarlah daripada sumber yang benar (sekali lagi Abang Joe...). Berita terkhir yang aku dengar mengenai Abang Joe ialah, beliau kini merupakan pengusaha makanan di salah sebuah universiti di negeri Perak. Hahahahahaha.....rasanya kalau aku berjumpa dengan Abang Joe, sudah pasti beliau tak mengenali aku sebab rambut aku dah putih. Tapi kalau aku bernasib baik dan berjumpa Abang Joe, aku nak belanja dia minum oren jus sebanyak 8 gelas besar! Hahahahahaha.....
Banyak lagi perkara-perkara kecil yang akan aku sentuh nanti dan aku harap dan berdoa agar adik-adik yang berminat didalam bidang perhotelan ini akan gigih bekerja keras, berdisiplin, jujur, tidak menipu serta sentiasa berusaha untuk memberikan tunjuk ajar kepada para pekerja yang baru. Jangan sombong. Jangan lokek. Turunkanlah pengalaman dan pengetahuan adik-adik tadi secara ikhlas. Insyallah suatu hari nanti adik-adik akan berjaya.....sekali lagi aku dengan bangganya dan dengan muka tak tahu malunya ingin memberitahu bahawa aku bermula daripada jawatan sebagai "cleaner!" Have a pleasant weekend people!




10 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum uncle :-))

wah buah oren pun uncle dapat kenal ye...entri lain boleh ajar ni cara tengok oren...

Omong Mak Long..... berkata...

Syabas Uncle, berpeluang jadi penceramah kepada pegawai tertinggi kerajaan kita yang akan bertugas keluar negara. Pastinya dengan pengelaman dan tunjuk ajar Uncle akan memberi menafaat yang tidak ternilai kepada mereka. Semuga isteri-isteri mereka pula tidak membuang peluang untuk menambah pengetahuan yang nanti boleh diterapkan pengetahuan berguna yang diperoehi kepada masyarakat kita di negeri sendiri.

Uncle berkata...

Iryanty.

Nanti Uncle akan masukkan satu persatu ke dalam entry-entry Uncle. Cerita-cerita yang simple tetapi sangat significant didalam kehidupan terutamanya kerjaya adik-adik nanti! I just love it!!

Uncle berkata...

Omong Mak Long.
Oleh kerana itu saya mohon kepada para spouse yang akan mengikuti agar merebut peluang yang ada untuk belajar perkara-perkara baru. Belajar bahasa mereka, belajar masakan mereka, belajar kebudayaan mereka, lakukan atau adakan hobi baru, kenali penduduk tempatan dan do like the locals do! Chance of a lifetime!

Kakzakie berkata...

Syabas buat uncle!
Mereka yg terpilih beruntung dpt menimba ilmu dari uncle.

Bila baca N3 ini ternyata bukan mudah nak mulakan business yg melibatkan hospitalization.

Uncle berkata...

Terimakasih Kakzakie.

Ya benar bukan mudah walaupun hanya untuk membuka kedai makan sekalipun. Kebanyakkan orang mengambil jalan mudah dan kesudahannya, tidak bertahan lama...

Tanpa Nama berkata...

Salam uncle,

uncle sihat?hari tue saya ada lihat dokumentari MEGA FOOD mengenai penyediaan makanan di hotel Marina Sand, Singapura...teringat cerita uncle..


-faradia-

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Faradia.

Yes begitulah keadaan kami kebiasaannya "behind the scene". Sama seperti itik yang nampak sangat sopan dan cantik dipermukaan air tetapi hakikatnya, dibawah tu kaki mengayuh bagai nak gila dan kadang-kala hampir karam jadinya!

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle,

hahahahha.betul uncle..kebetulan semasa rakaman program, mereka perlu menyediakan makanan untuk sambutan berbuka puasa untuk staf hotel..baru staff hotel..belum untuk guest...boleh layan sampai habis pula tue..


-faradia-

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Faradia.

Kebiasaannya penonton atau tetamu tidak tahu bagaimana sibuknya kami setiap hari. Di hotel2 di kl sarapan pagi untuk 400-600 sudah menjadi kebiasaan. Persediaan bukannya sedikit. Banyak perkara harus dilakukan...sebab itu apabila orang kata nak bukak restaurant, Uncle akan hanya mendengar. Kalau setakat ada duit tetapi tidak ada kemahiran selalunya tak sampai 12 bulan dah bungkus...Dia akan jadi sibuk tak tentu pasal sedangkan duit simpanan pula yang digunakan untuk menampung business...Salah tu...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...