Jumaat, Januari 22, 2016

Bersyukurlah

Pavillion, Bukit Bintang

Cuaca sangat panas sekarang. Bahangnya menggigit. Kulit aku sensitif jika terkena cahaya matahari secara direct. Tapi apa boleh aku buat kerana aku setiap hari menunggang moto. Pagi-pagi selepas aku bersiap, akan aku sapukan "sun block" supaya kulit muka tak terbakar. Kadang kala aku telan juga "anti-histamine" untuk mengurangkan kegatalan di bahagian muka akibat terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari. Letih jadinya. Tapi aku masih bernasib baik. Bernasib baik kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang mempunyai masalah kulit muka yang lebih teruk. Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan apa yang ada! Tapi itu tidak bermakna aku hanya berserah sahaja. Aku masih sapukan sun block dimuka setiap hari sebagai "prevention". My point here is "bersyukurlah".

Setiap pagi Ahad, jika aku berkesempatan, aku sering mengikuti program yang dijalankan oleh kumpulan "Unggas" di Masjed Jamek, Kuala Lumpur. Memberi makan kepada rakan-rakan gelandangan dan sedikit keperluan asas kepada mereka amatlah menginsafkan aku. Kadangkala aku terfikir, aku kesana-kemari hanya dengan menunggang moto. Panas dan hujan terpaksa aku tempuhi. Sering timbul difikiran untuk hanya berkereta setiap hari. Tetapi melihatkan rakan-rakan gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal, hidup sebatang-kara, tidur dilorong-lorong dan dibawah jambatan, timbul keinsafan dihati kecil aku. Sekali lagi datang perkataan, "bersyukurlah".

Apabila aku bekerja di Geneva dulu, aku sering kekurangan wang. Ini ialah kerana aku terpaksa membelanjakan jumlah yang besar untuk bilik sewa aku dan aku juga harus menyimpan wang untuk sebarang kemungkinan. Duit yang ada hanyalah cukup untuk aku makan "proper meal" sekali sehari. Aku hanya berjalan kaki setiap hari untuk pergi dan balik kerja walaupun sewaktu musim dingin sejauh hampir 2 kilometer. Winter clothing aku hanyalah daripada peninggalan pelajar-pelajar senior yang pulang ke negara masing-masing setelah tamat belajar. Setiap pagi aku makan roti yang dicicah kopi. Setiap tengahari aku makan mee segera yang dibeli di MIGROS. Lepas 3 minggu aku naik muak tengok mee segera. Aku telan jugak sebab aku nak alas perut bukannya nak sedap. Dengan duit lebihan yang ada setelah aku membayar segala keperluan dan sedikit simpanan, aku beli "paste" yang dijual didalam botol seperti sambal oelek (dari holland) dan lain-lain untuk aku buat nasi goreng sebagai santapan malam. Begitulah aku dari sehari ke sehari. Pada hujung minggu aku akan bersiar-siar dengan hanya berjalan kaki sambil membawa bekalan. Hanya berhenti di cafe untuk menikmati secawan dua kopi "orang kaya" sambil membaca buku sebelum kembali menyambung jalan. Aku puas walaupun dengan kekangan kewangan kerana apabila perbelanjaan terbatas, aku menjadi lebih kreatif! Apabila aku pulang dan berehat, aku sering terfikir apa yang berlaku kepada anak-anak dinegara mundur yang tidak berpeluang seperti aku? Sekali lagi aku "bersyukur".

Secara kebetulan dan mungkin juga kerana rezeki Allah swt, aku berkesempatan untuk bertugas di Madinah dan Mekah selama beberapa tahun.  Aku bekerja dan menginap di hotel Al Safwah. Tidak perlu mengeluarkan wang walau satu sen pun untuk berbelanja. Kalau aku malas nak makan di restaurant, aku pesan sahaja makanan dan semuanya akan dihantar ke bilik. Kesemua meal period! Pakaian aku dikutip, dicuci, digosok dan suits aku di dry-clean kan. Setelah siap, semuanya dihantar dan disusun semula didalam almari bilik aku. Peti ais mini dibilik aku sentiasa penuh dengan jus buah-buahan. Bagitahu saja apa yang aku perlu, semuanya akan disediakan oleh Room Service untuk aku. Katil aku dikemas setiap hari. Bilik air juga dicuci setiap hari. Memang satu sen pun aku tak keluar. Menambahkan keindahannya, KSA merupakan sebuah negara "tax-free". 

Apabila aku menyingkap langsir dan melihat kebawah dari bilik aku di tingkat 8, aku dapat melihat dengan jelas ramai peminta sedekah. Tidak kiralah samada mereka genuine ataupun tidak. Apabila ada yang bersedekah, mereka akan dikerumuni hingga berlaku tarik-menarik diantara satu sama lain.

Apabila sebuah restaurant mahu dibuka pada tahun 2008, kebetulan pembesar negara tersebut turut berada di Mekah. Pembesar negara itu telah dipanggil untuk melakukan perasmian tetapi disaat akhir tidak dapat hadir kerana beberapa perkara. Banyak kambing yang ditempah telahpun berada disebelah setiap meja. Tetamu telahpun sampai dan ternyata hanya sebahagian sahaja yang hadir kerana entourage negara yang dijemput tidak dapat serta. Banyak makanan yang telah siap dimasak. Keputusan akhir yang dilakukan ialah dengan menjemput sesiapa sahaja yang lalu lalang untuk datang menjamu selera. Aku menjadi sayu melihat fakir miskin yang dijemput berebut-rebut makan makanan yang tersedia. Sampaikan tulang kambing juga dimasukkan kedalam beg plastik untuk dibawa balik! Masyallah....melihatkan situasi tersebut, hati kecil aku berkata, "bersyukurlah.."

Pesanan kepada adik-adik.
  • lihat sekeliling dan bandingkan diri adik-adik dengan orang lain. Uncle pasti adik-adik ada kelebihan. Makanya bersyukurlah.
  • jika adik-adik hanya ada RM5 untuk makan pada hari itu sarapan dan tengahari, lihatlah sekeliling. Ramai lagi yang tidak makan seharian. Berjimat-cermatlah.
  • Jika adik-adik mahukan IPhone yang berharga ribuan ringgit sedangkan adik-adik masih lagi belajar, pendamkanlah niat tersebut. Teknologi silih berganti. Adik-adik kumpulkanlah duit dan setkan target untuk mendapatkan hp tersebut. Berusaha dengan gigih dan simpanlah wang. Keutamaan jangan dilupakan. Apakah keutamaan hp melebihi makanan dan minuman setiap hari? Fikirkanlah. 
Mobile phone telahpun wujud lebih dari 20 tahun lalu jika tak salah aku. Hanya pada tahun 2006 aku mula menggunakan hp. Hinggalah sekarang, ini hanya merupakan hp aku yang ke 3! Apabila anak-anak aku mencadangkan aku mendapatkan hp Lenovo berharga RM650, aku menjegilkan mata. Terlalu mahal bagi aku hanya untuk menghantar dan menerima mesej. Tetapi dek tekanan daripada anak-anak, aku akur dan beli juga hp tersebut. Maka dengan itu hp tersebut merupakan hp paling mahal pernah aku ada selama ini! 

Apa yang aku nak ceritakan kali ini ialah sikap bersyukur yang perlu kita ada. Jika kita melihat kepada kekurangan kita, lihatlah masyarakat sekeliling. Ramai lagi yang lebih kurang daripada kita. 

Jika kita terpaksa mengikat perut selama beberapa jam, berusahalah untuk keluar daripada masalah tersebut. Ramai lagi  yang tak makan seharian!

Key point here is 'BERSYUKURLAH!". Have a very meaningful long weekend with your loved ones, people!

8 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum...

Kakcik guna hp bila diberi oleh suami - walau hanya hp murah, syukur dan bangganya tidak terkira. Selepas itu pun setiap kali tukar hp adalah atas ehsan suami. Kalau ikut kakcik, setakat boleh buat dan terima panggilan serta hantar sms sudah memadai. Tetapi zaman semakin canggih...

Teringat masa pergi ke India. Kasta mereka sangat ketara. Pemandu tak boleh makan bersama kita, jadi niat suami hendak makan bersama mereka memang tak kesampaian. Sudahnya bagi sahaja wang supaya mereka boleh beli makanan...

Ahmad nazrimi berkata...

SubhanaLLah..

terima kasih di atas peringatan dan tazkirah dari pengalaman uncle.
JAZAKALLAHU KHOIRON. Uncle .
Bersyukurlah kita semua dengan apa yang Allah anugerahkan.

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Seronok baca kisah uncle waktu zaman 'belajar'.. Hidup bersilih ganti.. Susah awalnya dan senang akhirnya.
Ada rasa syukur pada nikmat yg ALLAH kurniakan pada kita.. Satu jaminan kebahagiaan disitu..(peringatan utk akak juga ni)

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik Nur.
Setiap kali saya berjalan ke mana-mana, saya akan sering melihat kepada masyarakat sekeliling. Membaca mengenai budaya sesebuah negara sebelum saya kunjungi juga amat membantu. Kebiasaannya mengkagumkan dan ada juga yang meruntun perasaan. Dari situ saya sering terfikir, apakah yang akan berlaku jika saya yang harus menempuhinya. MasyAllah....

Pengalaman Kakcik Nur di India amatlah berharga. Apakah kita masih tidak bersyukur?

Uncle berkata...

Terimakasih Ahmad Nazrimi kerana membaca dan meninggalkan komen di blog Uncle yang tak seberapa ni. Uncle pasti yang Nazrimi juga mempunyai pengalaman yang sangat banyak berhadapan dengan masyarakat Arab setiap hari disana.

Kumpulkanlah setiap pengalaman tersebut dan jadiikan sebagai tauladan dihari muka!

Uncle berkata...

Insyallah Ibu n Abah.
Nak katakan senang tu tidaklah sangat. Cukup makan-pakai-untuk anak-anak serta sedikit simpanan. Alhamdulillah itu dah memadai. Yang paling penting untuk saya ialah kesihatan dan keluarga. Itu my top most priority in life now.

Cuma saya selalu berpesan kepada adik-adik yang membaca agar bersyukur, berjimat-cermat, sentiasa bermatlamat dan jangan putus asa...dan yang penting juga ialah "jangan ikut orang"...hahahahahaha

norh berkata...

Assalamualaikum uncle,

Terima kasih sudi jengah blog norh.. :)

Baca entri uncle ni, malu pulak norh.. la ni tak boleh tahan nafsu untuk pergi travel.. ada ja tempat yg nak pergi.. kadang2 rasa membazir tapi kadang2 fikir kalau tak pergi sekarang, nanti dah tua2, dah tak larat berjalan.. tapi travel bajet, backpackers style ja pun..takpa la kan (ayat nak sedapkan hati..huhuhhu)

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Norh.
Dah lama Uncle tunggu nak baca...dari tahun lepas rasanya dah slow down. Tu pasal your earlier entry Uncle tak perasan! Anyway, once again, "welcome back!"

Mengenai travelling ni, personally bagi Uncle ianya mampu membawa pulangan pengalaman yang sangat berharga. Oleh itu, ia bukanlah satu pembaziran. Go ahead and keep on travellling!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...