Sabtu, Februari 27, 2016

Marina pulak!

Marina Ayumi

Tak habis nampak gayanya. Dulu dengan Azumi, merata-rata aku mengekor. Kemudian Yuya pun sama walaupun terpaksa membahagikan masa diantara Azumi dan Yuya. Letih memang letih namun end of the day, aku rasa puas. Arwah mama dulu pun akan mengikut aku kemana saja aku pergi bermain bolasepak. 

Sewaktu aku bermain untuk sekolah Iskandar Alor Setar bawah 12 tahun 1980, arwah mama akan sering berada dibelakang gol kerana aku bermain diposisi pertahanan. Aku selalu confuse suara mana yang harus aku dengar. Coach atau arwah mama...Arwah mama kata tendang, aku tendang. Arwah mama kata bentes, aku bentes...Arwah mama kata serang, aku yang main sebagai pertahanan akan overlap menyerang dari sebelah kanan. Arwah mama memang hebat. Lepas game, coach selalu marah aku sebab tak mendengar arahan....Aku jadi confuse sebab aku ingat, arwah Ustad Talib cakap, "jangan melawan cakap ibubapa!"

Marina dan Nadia

Aku menghantar Marina ke sekolah. Bila sampai disekolah, kereta cikgu yang sorang lagi pulak tiba-tiba rosak. Nak tak nak aku terpaksa menjadi "bidan terjun" membawa 6 orang pemain wanita cilik didalam kereta aku. Kami terus memecut ke padang hoki di Bangsar. Masyallah...punyalah panas. Duduk ditempat berbumbung pun panas kerana matahari berada didepan dan bukannya diatas. Takpa, demi anak-anak, aku sanggup berpanas walaupun aku tahu kulit muka aku akan terbakar. 

Sewaktu aku di Alor Setar dulu pun aku dah kuat bersukan. Apabila aku terpilih mewakili sekolah untuk acara 4x100 meter peringkat daerah kota setar, aku mendapat mandat untuk membaca ikrar kejohanan. Acara diadakan di stadium darulaman. Arwah mama tak bagi aku berlari. Aku tak tahu pasal apa sedangkan bola ok baginya. 

Aku kata aku nak ke sekolah sebab ada kelas tambahan. Arwah mama hantar aku ke sekolah dan apabila sampai, arwah mama terkejut melihat bas dah tunggu, semua dalam pakaian sukan dan kami bawak bendera. Aku berlari terus ke bas yang sedia ada dan kami berangkat ke stadium.

Aku baca ikrar. Bangga sekejap. Apabila acara 4x100 meter nak dimulakan, kami dipanggil dan diberikan taklimat. Sebagai pelari terakhir, aku mula bergerak dalam barisan menuju ke tempat aku. Terkejutnya aku bilamana aku terpandang muka pakcik aku yang sebenarnya merupakan penjaga larian terakhir! Arwah cikgu Ibrahim Ahmad merupakan adik kepada arwah bapak aku, Ali Ahmad. Dia terkejut tengok aku, aku terkejut tengok dia...Oleh kerana aku bertambah takut tengok misai melintang dia, aku berlari dengan sesungguh hati dan kami berjaya mendapat tempat pertama bagi acara tersebut dan seterusnya mewakili daerah untuk ke peringkat negeri! Aku teringat kata-kata arwah Ustad Talib, "berusahalah bersungguh-sungguh hingga berjaya!"

Marina dan rakan-rakan

Marina tak sabar nak ke perlawanan persahabatan yang pertama seumur hidupnya selama 10 tahun ini. Malamnya tidur awal. Aku apikan lagi dengan kata-kata semangat supaya dia bertambah tak sabar...hahahaha...Aku keluarkan tong air, belikan 100 + sebanyak 2 crates dan roti untuk dibawa kepadang keesokan paginya. Marina bertambah excited. Terus dia tidur awal. Aku suka tengok anak-anak excited dengan perlawanan sukan keesokan harinya. Ini banyak mengingatkan aku kepada zaman aku diumur mereka.

Sebelum aku berpindah ke Alor Setar, aku masih bersekolah di Banda Hilir, Melaka. Aku bermain bolasepak didalam posisi pertahanan juga. Ada seorang kakak kantin ni yang selalu bagi aku minum air free dan tidur dibangku kantin disekolah. Dengan kakak ni aku selalu bercerita mengenai kegemaran aku bermain bolasepak. Aku dah lupa namanya tetapi berasal dari Durian Tunggal kalau tak salah aku. Aku buat-buat baik dengan kakak kantin ni dan selalu jugak dapat nasi goreng! Cukup untuk mengalas perut sementara menunggu perlawanan nanti. Aku tak berapa ingat nama rakan-rakan aku waktu itu kecuali 2 orang yakni Israq dan Malek. Kami sering menang perlawanan dan merupakan salah satu pasukan yang kuat pada waktu itu. Hahahahaha....

Marina dan rakan-rakan dan coach

Sebelum perlawanan hoki dimulakan, cikgu jadi pening sebab para pemain tak boleh duduk diam. Ada yang pakai shin pad terbalik, ada yang cari kayu hoki tak jumpa, ada yang tiba-tiba jersey hilang (tertinggal dalam tandas), ada yang pakai stokin sampai ke peha! Aku ketawa gelihati...Aku tengok parents lain semuanya excited. Marina tak ketinggalan dalam kekalutan tersebut. Marina pakai shin pad diatas seluar panjangnya. Nampak pelik. Keadaan bertambah pelik bilamana kawan-kawan Marina ingat itu cara pemakaian yang betul lalu mengikut cara Marina! Hahahahahahaha...

Pada zaman aku dulu, pemakaian shin pad tidak wujud. Mungkin telah ada tetapi aku tak ingat dan tak pernah memakainya hinggalah aku mula bermain bolasepak sewaktu disekolah menengah. Apabila aku bermain untuk pasukan bawah 15 tahun, rata-ratanya pemain tngkatan 3. Aku terpilih walaupun masih di tingkatan 2 mungkin kerana saiz badan aku yang besar waktu itu. Hahahahaha...Pakaian sukan aku lengkap sebelum perlawanan tetapi akan menjadi tak lengkap sebaik sahaja perlawanan akan dimulakan! Kenapa begitu? Oleh kerana aku junior, kelengkapan aku banyak dipinjam mereka....shin pad, boots dan lain-lain. Nak mintak aku takut! Nak tegur, aku tak berani! Akhir sekali aku main jugak tanpa shin pad dan kadang-kadang pakai boots lama. Waktu tu aku sekali lagi teringat kata-kata arwah Ustad Talib, "tunjuklah rasa hormat pada yang lebih tua dari kita...!" Hahahahahahaha....have a pleasant weekend people!

12 ulasan:

mokjadeandell berkata...

Kenangan semasa membesar anak2. Kita yg lebih excited bila mereka nak bertanding dipadang atau diatas pentas.Mereka berjaya kita suka. Bila kecewa rasa bersama.Tapi semangat terus ditiup utk menang dilain masa.

Kakcik Nur berkata...

Entah apa yang menggelikan hati, tapi dari awal baca sampai akhir kakcik tersengih-sengih sendiri...

Baguslah anak murid Ustaz Talib ni. Mendengar kata sungguh! :)

Suami kakcik dulu aktif main bolasepak dari zaman sekolah hingga zaman bekerja hingga ada anak. Tapi dari 4 anak lelaki kakcik, hanya sibongsu yang 'gila bola'... :)

ummi_khalish berkata...

baca entry uncle ni..buat dil ketawa sendiri sambil sebak di hati..teringat abahmak dil pun mcm tu..masa dil aktif bersukan..sampai org ingt dorg manager ...huhu....

Ibu n Abah berkata...

Marina dah ikut abam2nya
Seronok tgk marina dah berminat bersukan sama sprt abam2nya..
Semuga terus berjaya.

Uncle berkata...

Mokjadeandell.
Benar. Saya sering tak lelap tidur bila anak-anak ada acara keesokan harinya. Ni dah last dan dalam masa beberapa tahun saja lagi, Marina pulak tak perlukan saya mengekorinya...the time will come....sayu pon ada!

Uncle berkata...

Ibu n Abah.
Alhamdulillah. Marina memang terlebih horey-horey daripada abam-abamnya! Saya pulak jadi ngeri! Hahahahaha...

DamiaAreesya MikhailaSofea berkata...

Uncle.. shin pad zaman dulu2 guna kulit bemban ja kalau tak silap. hehehe

Uncle berkata...

Ummi_khalish.
Thank you. Kehidupan ni ibarat roda. Dulu mak bapak kita...la ni kita pulak....looking back, banyak persamaannya. Dan terasa dah berumur rupanya..hahahahaha

Uncle berkata...

Kakcik Nur.
Ustad Talib sangat dekat dengan hati saya...Ada kereta macam cerita "Rockford Files!" Ustad saya tu merangkap jurulatih bolasepak sekolah Iskandar tahun 80! Telah meninggal dunia tetapi alhamdulillah saya sempat melawat ustad sewaktu arwah ustad dimasukkan ke hospital KPJ Damansara. Beberapa minggu selepas itu beliau meninggal. Meninggalkan anak-anak yang amat berjaya. Abang Mat N, Kak Chaq, Kak Chik, Munir, Talha dan Nuha. Munir main bola dengan saya. Isteri Ustad Talib bernama Mak Siah. Ada saya cerita dalam entry tahun lalu dengan tajuk "Mak Siah!"

Uncle berkata...

DamiaAreesya MikhaelaSofea.
Uncle tak berapa nak ingat sebab Uncle tak pernah pakai...setiap kali balik, kaki mesti lebam...hahahahahah

NEKCIK berkata...

Uncle..kira arwah mama uncle ni terer bola lah ye..huiih susah nak carik orang dulu dulu lagu nii...memang patut jadi idola kan

Uncle berkata...

Nekcik.
Yang paling saya ingat masa kecik dulu bila ada wrestling. Suara arwah mama akan kedengaran hingga ke rumah jiran!

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...