Ahad, Mac 06, 2016

MJ/LRT

Masjid Jamek (MJ)Ahad lepas..

MJ

Gambar diatas tu gambar yang aku ambil pada pagi Ahad lepas di Masjid Jamik. Ramai sukarelawan bertugas ditempat lain. Yang ada hanyalah kami 9 orang kalau tak salah aku.  Tak seperti biasa, pada hari tu aku membantu seorang sukarelawan yang pada waktu itu keseorangan menyiapkan packing nasi lemak untuk lebih kurang 300-400 rakan jalanan.. Boleh kebas tangan kalau nak diikutkan...kami panggil beliau "mommy" kerana sifat-sifat ringan tulang serta keibuannya. Anak mommy merupakan ketua pasukan bolasepak sama dengan anak aku. Oleh itu aku kenal mommy lebih daripada seorang rakan sukarelawan. Apabila sukarelawan lain mula sampai, perlahan-lahan aku mengundurkan diri dan kembali ke "station" biasa aku yakni "kaunter air!"

Aku ada membawa satu beg pakaian anak-anak aku yang dah dicuci dan digosok aunty seminggu sebelumnya. Diletakkan disatu sudut belakang kaunter air. Pakaian hanya dibenarkan untuk diambil sebaik sahaja lepas solat/doa subuh. Rakan jalanan akur dan sabar menunggu. Selesai sahaja doa, mereka mula memunggah pakaian yang dibawakan tadi. Banyak sungguh pakaian minggu ini. Selesai..

Sedang aku menyelenggarakan kaunter air, sekilas pandang aku kaget bilamana aku terlihat seorang pakcik memakai baju kemeja kotak berwarna hijau. Lama aku perhatikan. Beliau memakai baju itu diatas sehelai baju yang lain. Melihat keadaan tersebut, aku yakin yang pakcik tadi baru sahaja mengambil pakaian yang diagihkan. Aku jadi sayu melihatkan pakcik tersebut. Tambah sayu kerana baju itu merupakan baju Azumi yang disedekahkan. Aku berjalan ke pakcik tu dan meminta kebenaran untuk mengambil gambar. Beliau obliged....kami bersalam dan aku beritahu yang baju tu ialah baju anak aku dan anak aku pasti berbangga bila tahu pakcik Gombak tu pakai baju dia...pakcik Gombak ucapkan terimakasih sambil mengesat airmata...

LRT

Aku tak sihat kerana cuaca. Itu aku pasti. Kepala rasa berat. Tekak rasa perit. Badan rasa lemah. Moto pulak buat hal...lagilah aku sakit..sakit jiwa dan poket! Enjin moto berbunyi kuat macam motobot. Masa kat traffic light, aku dah dengar bunyi bising tu. Aku jeling ke moto sebelah dan dalam hati berkata, "hantarlah pergi repair kalau rosak...". Lampu bertukar warna menjadi hijau. Aku memecut. Bunyi tu ada lagi...lagi aku laju, lagi bunyi tu kuat. Hati panas bila ternampak moto buruk tadi di cermin sisi. "Hiiishhh...". Sampai ditraffic light ke dua, bunyi tu ada lagi. Rupanya moto aku...hahahahaha....

Ah Chong suruh masuk workshop selama satu setengah hari...aku pasrah..paginya aku keluar awal sikit berjalan menuju ke stesyen lrt cahaya. Morning walk sangat bagus untuk kesihatan. berpeluh jugak berjalan selama 10 minit. Terkial-kial aku nak membeli tiket di ticket machine. Nasib baik ditulis rumi. Orang lain laju sebab menggunakan pas bulanan. 

Ramai yang menunggu untuk ke destinasi masing-masing. Aku teringat pesanan abang malam tadi. "Papa turun kat Masjid Jamik!". Yelah...papa turun kat MJ. Sampai di MJ aku resah mencari line nak ke Bangsar! 5 minit aku berputar kat dalam stesyen mencari pintu nak ke Bangsar. Akhir sekali aku tanya kaunter. Gadis kaunter suruh aku keluar stesyen dan seberang jalan...la....kena seberang jalan ka? Aku malu sendiri...

Aku teringat sewaktu aku mula menjejakkan kaki di Tokyo. Perkara pertama yang aku paling takut ialah membeli tiket JR Yamanote line. Ada berpuluh ticket machines. Ada beribu orang nak beli. Ada beratus destinasi yang ditulis didalam tulisan jepun. Pengsan aku nak mencari...Tulisan biasa ada juga tertulis tetapi 'panic'  mengatasi kewarasan. Aku tersangkut! Nasib baik ada orang membantu...

Menuju ke MJ tadi, kebanyakan stesyennya sesak. Ada yang tak dapat naik dan terpaksa menunggu keretapi lain beberapa minit lagi. Aku nampak muka mereka masam. Bahu aku lenguh menggalas beg. Tangan aku lenguh mengelek laptop buruk yang seberat 10 kilo ni...peluh mula membasahi dahi walaupun penghawa dingin agak kuat.

Lintas jalan dan mencari ticket machine lagi. Destinasi kali ni, LRT Bangsar. Jumpa dan dapat  beli. Semuanya lancar hinggalah aku sampai ke stesyen. Aku lihat ada barisan panjang menunggu untuk menaiki feeder bus. Sampai giliran aku, aku naik dan tanya pemandu bas dimana aku nak masukkan duit syiling? Pemandu dengan sopan memberitahu aku bahawa feeder bus disitu dah tak pakai duit...semuanya pakai touch and go...aku turun bas...

Sedang berfikir, datang sorang pekerja bas tersebut bernama Zainal yang bersimpati. Beliau menerangkan kepada aku serba ringkas dan mencadangkan agar aku masukkan RM10 ke dalam kad pengenalan aku. Yak tak ya jugak...antara ciri-ciri "smart" yang ada di kad pengenalan ialah fungsinya sebagai kad touch and go..lupa aku....

All in all, ia satu pengalaman yang sangat menarik. Berpuluh tahun aku tak naik bas macam ni..last sekali ialah dizaman mini bus. Sebenarnya, perjalanan aku ke tempat kerja amatlah smooth. Kalau ada yang kata sesak bila di dalam keretapi, mereka masih belum menaiki keretapi di Tokyo lagi...hahhahahahaha.....

Aku tak sihat ni..Azumi demam. Marina demam dan kini aku pulak demam! Aku nak makan ubat dan kemudian lelapkan mata. Have a pleasant and productive week ahead...good night people!

14 ulasan:

Remieroy berkata...

Aku pun sama gak dgn ko Kel, cuma.lebih sikit sbb kali terakhir naik LRT pergi kerja thn 2008..tp yg psl naik bas ni memang aku blur..pun sama kali terakhir zaman mini bus...tu pun sbb ikut ko balik rmh kakak ko kt Damansara dr Sdar...hehe

Omong Mak Long..... berkata...

Alaihai Uncle, dah makan ubat, tidur berihat, in sya Allah esok sehatlah tu. Mudah-mudahan anak-anak juga segera sembuh boleh pergi sekolah. Dapat makan bubuq nasi panas sedap lagi cepat kebah demam!

Dulu-dulu pun Mak Long naik bas mini..laju gila, habis set rambut comei terburai tiup angin dari tingkap terbukak! Bila balik KL Mak Long suka naik LRT dari memandu. Jalan di KL bersimpang siur tak macam tahun dulu. Pernah berpusing-pusing Kg Pandan banyak kali SESAT!

Apa-apa pun jaga kesihatan Uncle juga keluarga ya..

Kakcik Seroja berkata...

Melihat nasib orang yang mengharapkan belas ehsan orang lain, terasa hidup kakcik dan keluarga masih beruntung. Walau tak mewah dan kaya-raya, tapi masih boleh berkongsi rezeki sesuap dua...

Bila dah lama tak naik kenderaan awam, memang rasa macam terpinga-pinga. Bab tambah nilai dalm kad pengenalan tu, kami pun baru tahu beberapa bulan lalu. Itu pun sebab En Suami tertinggal kad TnG. Pekerja tol cakap, boleh tambah nilai di kad pengenalan... :)

Semoga segera sihat sepenuhnya buat Uncle dan anak-anak. Aamiin.

Uncle berkata...

Remieroy.
Pergh tu cerita lama kita tu....lebih 30 tahun dulu...dizaman rambut masih hitam dan berat badan dalam lingkungan 60kg! Lari masih berdesup waktu tu....and yes aku ingat kita sama-sama naik bas mini no 12! Hahahahahahaha.....

Uncle berkata...

Terimakasih Mak Long.

Masih belum sihat tapi bertugas tetap bertugas...Azumi masih terbaring di rumah waktu saya nak keluar pagi tadi. Katanya sakit kepala. Marina dah makan ubat sebelum ke sekolah pagi tadi. Peperiksaan pun bermula hari ni jadi mau tak mau, kena pergi jugak ke sekolah...

Cuaca memang tersangat panas Mak Long di KL sekarang ni. Rumput habis kering. Pokok limau purut dan lain-lain dalam pasu semuanya mati. Semalam satu pagi saya kemaskan sikit kebun tepi rumah. Seronoknya walaupun saya tinggal di apartment, saya di ground floor dan ada tanah depan dan tepi...cukuplah untuk saya keluarkan peluh jika tidak ke gym..

Uncle berkata...

Benar Kakcik.

Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada. Saya bersyukur walau hanya naik koto kapchai pergi balik kerja. Ada ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti kita. Itu yang selalu saya pesankan kepada anak-anak. Niat saya bercerita mengenai "rakan jalanan" itu hanyalah untuk kita semua merasa syukur dan timbul niat untuk sama-sama membantu walaupun sedikit. Walaupun hanya dengan tenaga.

Bila bab touch n go kat kad pengenalan tu yang klasik...hahahahahahaha...saya sendiri terlupa "smart function yang ada situ!

Ibu n Abah berkata...

Take care uncle..
Kalau demam begitu mmg berjangkit.
Kena rehat tau.

Seronok naik LRT/ERL/Komuter sekali2 di negara kita. Tapi kan... Yg paling tak best berebut dgn bangla dan mat indon... Bisa konpius kita dimana....

Kakzakie Purvit berkata...

Negara kita masih memerlukan ramai lagi insan-insan seperti uncle and the geng ini. NGO begini masih kurang dilihat walhal ianya sangat bertepatan dgn ajaran agama kita.

Di JB ni belum ada lagi semua tu uncle. Agaknya kalau ada kakak pun boleh jadi terpinga-pinga lebih dari org asing yg tumpang mencari rezeki di negara kita ni.

Uncle berkata...

Ibu N Abah.
terimakasih diatas peringatan. Semalam sekali lagi saya ke klinik untuk mengambil bacaan darah. Alhamdulillah...white blood cell ok, platelet ok dan lain2 masih dalam lingkungan selamat. Risau takut denggi...

Berkenaan naik LRT pulak, saya amat kecewa bila ruang utk golongan tertentu disalah gunakan...

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.
Saya masih baru didalam program ini. Masih belajar. Terimakasih saya ucapkan kepada Vimmy Yasmin Razak dan suaminya Farid yang membuka mata dan hati saya untuk membantu. Merekalah yang membuat saya tertarik. Alhamdulillah....banyak memberi saya keinsafan. Satu-satunya projek yang dibenarkan beroperasi dari masjid...

Tanpa Nama berkata...

sekitar awal thn 80an semasa menentut disek st. john betapa damai disekitar jln dileboh ampang ke mj namun skrng tiada suasana begitu spt tiada sempadan siang dan mlm tiada hentian aktiviti insan kota kosmopolitan ini

Uncle berkata...

Terimakasih TN kerana meninggalkan sesuatu disini.
Banyak perubahan telah berlaku didalam tempuh 30 tahun itu. Keadaan semakin meriah. Jika biasa lalu disitu sekitar jam 4-5 pagi, akan kelihatan ramai anak-anak muda memanaskan enjin moto dan kereta dikawasan parkir di Dataran Merdeka. Sangat bingit....tetapi jika masuk ke kawasan MJ, keadaan senyap sunyi...

liza berkata...

Salam Uncle...

Kadang2 warga asing yg kerja kat KL lagi tahu pasal public transport kan?? Saya pun mcm Uncle...pernah terpinga2 kat KL Central...tak tahu nak cari mesin beli tiket...rasanya bila kita travel ke negara org kita lebih bersedia kan...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Liza.

Betul. Uncle jadi malu sendiri. Tapi sekarang tidak lagi...Dah bijak sikit dari minggu lepas! Btw, i love reading your blog. Especially bila masuk ke bab-bab travelling tu. Keep on writing!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...