Isnin, Mei 09, 2016

Pi...terr!

Aku ada sorang kawan ni. Baik orangnya. Sopan santun lagi. Budak kelantan. Namanya Saufi tapi oleh kerana nama Saufi tu terlalu panjang...ada 2 syllables dalam tu...jadi kami panggil dengan nama yang lebih pendek lagi. "Pi". Setiap kali "Pi" bercakap atau menghantar whatsapp messages pasti ada perkataan "terr" kat belakangnya. Oleh sebab itu, nama "Pi' telah bertukar menjadi "Piterr". Ala-ala hollywood sikit!

Kumpulan kami sangat aktif. Saban waktu hingga 20 jam setiap hari pasti akan ada messages yang masuk. Baru 3-4 hari ni pun aku baru clearkan 3000-4000 messages dari group aku. Hahahahaha....seronok bercerita. Perihal dulu, kini dan masa depan hinggalah kepada topik kesihatan. Oleh kerana group aku ada beberapa orang doktor, topik-topik kesihatan akan menjurus kepada mereka. Tapi dalam pada tu ada juga 'pakar kesihatan' yang tak berapa pakar, juga membuat komen-komen hebat mengalahkan doktor pakar. Dulu Bio F9! Kikikikiki......

Berbalik kepada rakan aku si Piterr ni. Rajin dia menulis sajak/pantun sejak dari zaman sekolah lagi. Saban tahun ada saja hasil nukilan si Piterr dalam majalah sekolah. Kat dinding sekolah dan belakang kelas dulu pun aku perasan jugak...tapi tak ada bukti sahih! Yang aku suka tu sebab endingnya rhyme dan sangat 'kena'. Diam tak diam beberapa hari yang lepas dek kerana akrabnya persahabatan kami, Piterr dengan sekelip mata telah mengarang dan mengirimkan sebuah sajak/pantun ke whatsapp group kami. Aku pun di'rembatnya' jugak. Begini bunyinya...

Nnatu tuk nggulu
jual manisan leboh
maso terus berlalu
kito pung banyok beghuboh

Mok beli bedok
Nok bui ko angso
Dulu kito ni budok
lo ni doh dewaso

Ssahur dekat fajar
make nasi dajo
dulu kito pelajar
hari ni kito pekerjo

Anta ko ana
maksudnya kito sorang
dulu kito teruno
lo ni jadi pok orang (kena tinggal dok sorang)

Nok ko tak nok
saing denge Mek Yoh
dulu kito anok
lo ni kito ayoh

Lamo tak jjupo Zul Anje
KuSha pulok rajing bergateh
dulu kito rambut panje
lo ni Uncle rambut puteh

Mulo kereto kancil
sbb gaji tak besar
dulu kito pangkat kecil
loni demang, aini atan, dr min, lan hassan
ley gilos, iq, jr, judd n bradas semuo terr pangkat besar

Teringat ko Ghani Minhat
Lagenda bola jange diungkit
Dulu kito tuboh sihat
loni gak dok sakit-sakit

Minum air batu
kenye gak dok sendawo
dulu kito jadi menantu
loni azihe, tuk raden, ir fuad, loyar nazri
dah jadi pak mentuo

Seluruh badan basah
terjun kolam renang
dahulu sangat susah
sekarang sudah senang

Sedapnya ccolek kerang
make pulok peghut lembu
dulu kito mato terang
lo ni mato pung kelabu

Selamat meniti hari 'dewasa'

kiriman ; Pi terr

Pi  terr, mu meme hebakk terr...daghi dulu sapa sekare hebakk terr....tak retti aku nak buakk hok lagu ni terr....


12 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Hebak Pi...terrr

Selamba mengarang dan kena kat semua orang. :)

Ibu n Abah berkata...

Menghiburkan
Pantun berkisah kisah teman2...
Nanti suruh Pi Terr karang lagi....

JALAN REBUNG berkata...

Salam Uncle,

Terbaik sajak pagi2 ni ...bila uncle sebut pasal biologi maa saya kat SAS dulu cikgu bio saya budak SDAR ..cikgu Halim Ismail ..not sure which batch tapi sekarang dah jadi org besar kat MOE (lepas SDAR dia main dgn Serdang Angels ) ...kebetulan dia jugak coach ragbi kami ...(budak SDAR kan) ..so budak2 ragbi yg ambik kelas bio dengan dia mmg dpt kelebihan la ...

p/s : Nadim senior saya kat UUM ...dia pergi RWC last year dgn geng2 UUM la tu uncle ..

Uncle berkata...

Kakcik Nur.

Sambil bersembang pon boleh karang.....gila budak Piterr ni....diantara prefect yang tersangatlah sopan-santun semasa zaman persekolahan dulu. Hahahahahaha...

Uncle berkata...

Ibu N Abah.

Piterr juga salah sorang yang amat aktif didalam group whatsapp kami. Celoteh dan pengkisahan beliau amat menghiburkan...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam JR.

Cikgu Halim Ismail tu mungkin batch late 60's atau awal 70's. Jauh benar dengan Uncle. Uncle masih remaja lagi (sampai kini)....Kalau tak salah Uncle Hang Nadim tu form 1 masa Uncle form 5. Uncle merupakan salah sorang daripada pelajar senior (f5, 85) yang amat baik sekali. Kalau tak percaya boleh tanya Nadim!

Beberapa tahun yang lalu, Uncle ada pergi ke UUM sebab anak lawan bola. Kalau tak salah hampir 2 tahun lepas. Ada Uncle ceritakan kat sini. Makkk aiiii....cantik betul padang dia....geram Uncle tengok...puas budak-budak tu main bola...

Btw, kalau nak kambing golek, bolehlah contact si Nadim tu...especially Ramadhan ni..

Kakzakie Purvit berkata...

Hebat Pi Terr ni:)
Sebuah kisah yg kakak rasa kalau baca ni mesti senyum. Bohonglah kalau tak senyum. Mesti terimbau yg lama dan rasa kena batang hidung.

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Memang kelakar si Piterr ni. Setiap message yang datang dari beliau pasti membuatkan kami tersenyum...hahahahahaha stedeyy terr...

iryantyismail berkata...

assalamualaikum uncle apa khabar....gelak yan baca tentang pi terrr. :-))

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Iryanty.

Terimakasih kerana masih membaca....alhamdulillah sihat. Iryanty dan keluarga bagaimana? Uncle doakan agar Iryanty dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik!

Lady Windsor berkata...

hahaha Piterrr meme hebak...ambo pong dok leh nak karang pantun gitu wehhh

Uncle berkata...

Lady Windsor

Sambil makan nasi lemak pon dia boleh karang...manusia macam ni pon ada!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...