Khamis, Ogos 18, 2016

Ada ka yang nak baca?

Cuba saja...

Assalamualaikum adik-adik dan pembaca yang aku sayangi semua. Tiba-tiba aku terpanggil untuk menulis tentang pembikinan projek hotel dalam scale yang sedikit kecil daripada hotel bertaraf antarabangsa yang mempunyai beratus-ratus bilik. Tujuan aku menulis tentang projek aku terkini ialah semata-mata untuk berkongsi kerja dan pengalaman tentang bagaimana nak membuka sesebuah hotel. Apa yang bakal aku catatkan nanti adalah lebih kepada 'operational matters'. Ini aku rasa penting agar ada diantara adik-adik diluar sana bakal mendapat 'insights' tentang bagaimana dan apakah knowledge yang perlu ada untuk seseorang membuka sebuah hotel 'boutique', yakni yang kurang daripada 40 bilik. Penceritaan tentang projek ini juga aku harap dapat membantu adik-adik semua didalam merancang sesuatu dengan lebih baik. Harus adik-adik ingat bahawa, duit saja tidak menentukan kejayaan adik-adik melaksanakan projek ini. Adik-adik perlukan pengetahuan, disiplin, sokongan berterusan dll lagi. 

Apa saja yang bakal aku tuliskan nanti adalah berdasarkan day to day activities yang berlangsung. Maksudnya, "actual" dan bukannya fiction ataupun ikut rasa. Aku harap adik-adik dapat mempelajari serba-sikit daripada kerja yang aku laksanakan. Ini semua tak akan dapat di University ataupun mana-mana hotel school...

Dalam pada itu, adik-adik yang mempunyai pertanyaan, bolehlah kemukakan soalan-soalan tersebut disini agar dapat dikongsi soalan dan jawapannya nanti bersama-sama. 

Aku tertarik apabila minggu lalu aku berkesempatan bertemu dengan seorang tokok korporat bagi bertanyakan pandangan beliau tentang sesuatu. Pertemuan berlangsung di Pelita Ampang Point. Memang dia seorang yang low profile... dan reply yang aku dapat ialah, "Uncle, bagilah pengetahuan apa yang kita ada pada orang lain agar dapat dipergunakan dengan sebaiknya. Kalau aku tak bagi pengetahuan aku kat orang, macamana aku nak dapat pengetahuan baru!" Wah...aku terpegun....terus aku order satu lagi nescafe ais untuk aku dan teh o panas untuk dia....aku belanja dia! Hahahahahaha...

Nah...itulah ceritanya....aku teringin nak menulis 'step-by-step in building a small hotel that you can be proud of!'

Tapi......ada ka orang berminat dan nak membaca? Itu yang aku nak tahu....sila bagi feedback secepat mungkin sebelum aku beralih arah menulis cerita lain..

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,

nak baca proses2 itu..

faradia

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Fara.
Insyallah...

Kakcik Nur berkata...

Assalamu'alaikum...

tulislah apa sahaja, InsyaAllah kakcik akan baca. Cuma kadangkala kalau tak tahu nak komen apa, kakcik baca dalam senyap sahaja (selama ini pun baca dalam senyap, takkan nak berbunyi pulak bila menhadap skrin yang bisu, kna? hehehe)

Abdul Samad Kamariah berkata...

.. bagus, tulis lah uncle... ada juga ilmu yang bermanafaat yang boleh dikongsi bersama... tk.

ummi_khalish berkata...

assalamualaikum uncle... teruskan menulis apa jua...in shaa allah pasti kami sedia membacanya walau kadang2 x sempat meninggalkan sepatah kata..kerana kini line di mesir seperti sangat mencemburui kami.. hehehe.... :-)

Uncle berkata...

Kakcik Nur.

Tujuan saya agar ia menjadi panduan kepada adik-adik ataupun sesiapa yang ingin berkecimpung, ada duit tetapi tak pasti/tak tahu apa nak buat/nak mula..Niat saya agar ia sedikit sebanyak membantu.

Uncle berkata...

ASK.

didalam penceritaan Uncle, akan diselitkan ciri-ciri positif yang perlu adik-adik ada...

Uncle berkata...

ummi_khalish.

Waalaikumsalam. Bila ada masa bacalah...terimakasih kerana masih meninggalkan komen walaupun 'line' disana ada sedikit gangguan. Uncle doakan agar anda sekeluarga sihat sentiasa...

Ibu n Abah berkata...

Uncle..
Akak setuju sangat uncle bukukan pengalaman uncle tu.... Banyak menafaatnya...(akak memang tak sabar nak baca)
Pengalaman bekerja di Mekah juga boleh jadi buku yg sangat menarik.

NEKCIK berkata...

Uncle..sayang andai pengalaman yg berharga itu dibiarkan begitu saja..ada bakat..ada pengalaman maka ia dapatlah lah di kongsi bersama...untuk dimanafaat kan..insyaallah
Nekcik nak satu yg diautograpkn tau

pB berkata...

mestilah nak baca

Uncle berkata...

Ibu N Abah.

Terimakasih kerana memberi sokongan. Nanti saya cuba usahakan untuk bekerjasama dengan satu publisher ni.....hahahahahaha......cerita macam real! But of course teringin jugak nak tengok cerita-cerita saya dalam bentuk buku walaupun hanya sejilid! hahahahahaha...

Uncle berkata...

Nekcik.

Hahahahahaha...nak otograp ye......saya sendiri yang akan hantar ke rumah Nekcik...mana perenah orang buat? Hahahahahahaha...

Uncle berkata...

pB.

thank you.....tapi silalah terima bahasa 'rojak' saya....

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...