Jumaat, Ogos 05, 2016

Awang!

Sewaktu aku bertugas di Langkawi dulu, ada seorang associate dari Housekeeping department yang aku nampak bahawa masa depannya amat cerah. Setiap pagi kami ada Head of Department meeting. Jika Executive Housekeeper tidak dapat hadir, Awanglah yang akan menggantikannya. Awang ni rajin. Tak pernah mengeluh, tak pernah menunjukkan muka masam dan tak pernah tak datang kerja dengan cara sengaja apatah lagi masuk lambat. Hebat Awang ni...Apabila aku melakukan rondaan setiap pagi sekeliling hotel, aku selalu terserempak dengan Awang. Kadang-kadang aku jumpa di beach, kadang-kadang aku jumpa di water chalet tapi selalunya di office beliau sedang memberikan briefing. Aku sering masuk dan mendengar beliau memberikan briefing mengenai tugasan seharian yang perlu dilakukan. Kadang-kala menyelit apa yang patut bila dirasakan ada point-point penting yang tertinggal terutamanya VIP arrival. Awang amat disenangi oleh rakan sekerjanya dan begitu juga dengan department lain. Pendek kata, Awang seorang yang rajin, berdisiplin dan amat disenangi bukan saja oleh rakan sekerja malah tetamu antarabangsa juga!


Awang dok drama!

Satu perkara yang buat aku sentiasa ingatkan awang ini ialah perihal motor cubnya yang tak memerlukan kunci untuk menghidupkan enjin. Aku sendiri sampai kesudah tak mendapat jawapan dan sampai ke hari ini dia tak bagitahu aku! Motor Awang ada di parkiran motor ditepi pokok besar. Kadang-kadang sengaja aku hidupkan enjin dan bawak berjalan. Awang cari tak jumpa...hahahahaha....Awang ni aku gelarkan sebagai 'penyamun'. Satu kata ganti diri yang amat 'mesra'. Beliau mengambil kesempatan untuk menggelarkan aku Kepala Penyamun (KP). Takpa...1-1. Seri. Sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. 

Sewaktu aku demam campak buat kali ke 2 (aku kena sampai 2 kali), ianya jatuh pada bulan Ramadhan. Aku tak turun ke office. Cuma membuat kerja dari bilik sahaja. Awang lah yang bersusah payah mencarikan aku makanan untuk berbuka puasa yang dibelinya daripada pasar Ramadhan berhadapan dengan lapangan terbang Langkawi. Kari ikan bawal memang aku suka sebab kuahnya kena dengan aku dan ikannya pulak dihiris tebal. Awang tahu. Jadi itulah yang dibelikannya selalu untuk aku berbuka.

Apabila aku meninggalkan pulau tersebut, Awang ada memberitahu aku yang beliau juga berhasrat untuk berhenti. Aku alu-alukan keputusan beliau kerana Awang dah agak lama disitu dan kareer beliau aku lihat tidak akan berkembang. Sebelum Awang menjadi 'complacent', lebih baik Awang ke tempat lain, kata aku. Alhamdulillah Awang membuat permohonan dan dapat kerja di Kuantan dengan posisi dan aku pasti gaji yang lebih baik. Kami masih lagi berhubung. Kadang-kadang Awang bertanya pendapat dan kami berkongsi idea. Sekali lagi Awang bagitahu aku yang beliau nak balik ke Kedah kerana keluarganya disana dan Awang selalu rindukan keluarganya. Sama juga seperti aku dulu. Aku faham sangat. Aku kata rezeki Allah ni merata-rata. Cuma perlu rajin, berdisiplin dan jangan menipu. InsyAllah akan diberikan lorong. Alhamdulillah Awang ditawarkan jawatan sebagai Exec Housekeeper di TH Hotel Alor Setar. Awang seronok. Aku berbangga. Tahniah Awang. Dalam hati kecil aku, aku rasa Awang boleh naik selangkah lagi. Aku lah rasa. Aku cuma tengok dari jauh perkembangan beliau!

Seminggu-dua yang lalu aku ada mendapat message daripada Awang. Nada penulisan Awang amat ceria. Awang memberitahu aku bahawa namanya 'naik' untuk menjadi petugas haji majikannya. Pagi tadi aku terima message sekali lagi daripada Awang menyatakan bahawa beliau kini berada di Madinah untuk 4-5 hari sebelum kumpulannya bergerak ke station tetap mereka di Mekah. Alhamdulillah. Aku berbangga dengan pencapaian Awang. Kadang-kala rezeki yang Allah bagi tu datang dengan pelbagai cara. Bukan hanya dengan wang ringgit dan pangkat semata-mata. Kesihatan yang baik, kesempatan bertugas sewaktu musim haji dan seterusnya kesempatan menunaikan fardu haji juga merupakan ganjaran daripada Allah. Aku juga ingin jika berkesempatan sekali lagi!

Salah sorang kawan 'blogger' aku yakni 'REZEKI' juga sering ke AS dan dahpun diperkenalkan kepada Awang. Alhamdulillah....semenjak itu 'Rezeki' sering bermalam di hotel tersebut. Di pagi Jumaat yang berkat ini aku nak mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya, selamat bertugas serta selamat menjaga kesihatan diri sendiri kepada Awang agar beliau mampu menjaga para jemaah dengan berhemah sama seperti kita menjaga tetamu kita di hotel. All the best Awang! Err, btw, Awang tu bukanlah nama sebenar beliau!

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allahhuakhbar... Salaam pak cik

Alhamdulillah terminal kasih

Uncle berkata...

Waalaikumsalam...ni Awang ka? Lintaih langsong dari Madinah ka.....ni Awang, Uncle nak pesan ni...buat reja elok-elok na....Pederaih jemaah tu dulu...jangan kita pi pederaih diri seniri....Kebanyakkan jemaah tu macam mak-pak kita aihh....tulong jaga makan-minum depa...kesihatan depa....ni musim hangat ni....suroh minum ayaq banyak-banyak....Tapi Awang pon jaga la kesihatan seniri sama na...satni jemaah pulak dok perosoh Awang! Hahahahahaha

You take care and wishing you all the best. Grab opportunities in front of you...Jangan lupa ikut sama semayang jenazah...sini setahun 2 kali kot kalau ada pon....Uncle pon Pak Abu the Lejen (Malaysians yang di Mekah/Madinah kenai sangat dengan Pak Abu ni) yang dok pesan dulu.....

ummi_khalish berkata...

entry yg menusuk jiwa..syukran uncle kerana selalu mencoret sesuatu yg boleh dikongsi bersama..satu pengajaran satu pengalaman..satu nasihat..untuk kita sama2 jadi insan yang di bawah keberkatan Yang Maha Esa...
tambah2 buat insan yg jauh merantau seperti dil ni...hidup yang penuh dengan berbagai pengalaman dan cabaran...nak berjaya bukan mudah..tapi yg penting mesti berani dalam menempuhnya..dan yang penting jangan pernah lupa pada Allah Yang Satu..kerana pada dia tempat kita Mengadu...kan? :-)

sampaikan salam buat family uncle dengan lafaz assalamualaikum..

Ibu n Abah berkata...

Rasanya akak pernah baca kisah uncle demam waktu bulan puasa semasa bertugas di Langkawi. Dan juga kisah motor cub yg tak perlu kunci...
Seronok betul bila baca kisah uncle yg uncle 'flashback' cenggini. Akak yg pernah ikuti kisah tu dulu terasa 'been there' jugalah....
Hehehehehehehee
Mmg dahlama akak ikuti blog uncle. Sejak uncle masih di Mekah. Macam dah kenal.. Walau jumpa jer belum direzekikan lagi.
Cer bgtau nama hotel uncle kerja kat bangsar tu... Nanti akak terjah sesekali akak pekena nasi beringin tu...

Uncle berkata...

Ya kak memang saya ada ceritakan perkara tersebut tapi kali ni baru saya masukkan gambar si Awang tu sebab tahu dia jauh di Madinah kini. Hahaha.....
JDR ialah Jeumpa dRamo. Terletak di Jalan Maarof, Bangsar. Mempunyai 18 buah bilik yg terbahagi kepada suite, deluxe dan standard. Tetapi kini kami tutup untuk renovation dan saya pasti bakal menjadi "Boutique Guesthouse" yang terbaik. Dah 6 tahun saya disitu. Tutup setahun bagi menambahbaik kemudahan dan bakal bersaing dengan "big boys" yg lain. Akan bertambah satu tingkat lagi dan bilik menjadi 26.

Uncle berkata...

Terimakasih ummi khalish kerana meninggalkan komen disini. Uncle sebanyak mungkin cuba meninggalkan cerita-cerita positif untuk dijadikan tauladan. Kadang-kadang Uncle baca balik cerita-cerita ni bila berseorangan. Minggu lepas uncle telah dihubungi oleh wakil Kementerian Pelajaran Malaysia yg ingin mengambil salah satu gambar didalam blog Uncle utk dicetak bagi buku Seni tingkatan 1 tahun 2017! Terharu jugak walaupun hanya sekeping gambar...

Omong Mak Long..... berkata...

Seronok setiap kali baca entry Uncle. Bersaja dan mengandungi erti mendalam.

Pandai betul sahabat Uncle tu.. Boleh start motor tanpa kunci..macam motor-motor dan kereta canggih ler ni tak payah guna kunci, tekan jer punat enjin dah hidup... tapi bahaya juga nanti menjemput bala kecurian.

Uncle berkata...

Terimakasih Mak Long. Bagi saya Awang ni sangat special maka oleh itu saya tributekan entry ni khas utk beliau. Kebiasaannya kita bakal dapat "menghidu" perjalanan career associate kita dan bagi saya Awang ni boleh pergi jauh provided that he stays like what he is now. Banyak juga yg saya pelajari daripada beliau seperti kami bekerja ditempat yg sama....

insan marhaen berkata...

salam,

baru perasan akan komen awak kat entri di sini
: http://hujan-petang.blogspot.my/2016/07/pi-market.html

Saya pun macam awak juga. Kerja bermula dari bawah naik ke atas tapi taklah sampai tahap manager...

Bloglist saya tak ramai ada blogger lelaki. Jadi saya link blog ini... ok jer kan!

iryanty ismail berkata...

Assalamualaikum uncle....apa khabar....kepala penyamun ye uncle rupanya...hihihi

Uncle berkata...

Waalaikumsalam insan marhaen. Sometimes i blog hopped...interesting!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam iryanty.
Tu kira panggilan "paling mesra" lah...haha..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

bertuahnya Uncle Awang tu

Uncle berkata...

SKTJ.

Alhamdulillah. "Rezeki" Awang....tak siapa mampu menduga! Berkesempatan melaksanakan ibadah haji dalam usia yang masih muda...

Kakzakie Purvit berkata...

Kawan blogger yg namakan rezeki tu Pak Itam org Johor ke uncle?
Org berjaya seperti uncle juga - humble walau duduk di atas, kakak salute betul insan-insan yg begini.

Macam Awang yg uncle ceritakan juga berkat cara kerja dia itulah membuat dia berjaya dan Allah bagi ganjaran sehingga dpt peluang menunaikan ibadah haji. Syukur Alhamdulillah... tak rugi jadi org 'tunduk' tapi berisi.

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Pak Itam orang Johor tu lerr......Dia berjaya Kak.....saya masih mencari kejayaan...hahahahahaha...

Awang ni memang saya nampak bakatnya dari dulu lagi. Selalunya saya boleh menelah apa yang akan berlaku. Dari segi kerja, follow up, matlamat hidup dan kerjaya, Awang boleh pergi jauh. Untuk berjaya, kita harus berada di dalam lingkungan orang-orang positif. Maka dengan itu apabila Awang memberitahu untuk berhenti dan berubah angin ke tempat lain, saya amat menyokong beliau. Saya kenal isteri dan anak-anaknya. Saya tahu yang Awang akan mendapat sesuatu yang baik sebagai pulangan daripada apa yang beliau tunjukkan...Alhamdulillah and to Awang, if you are reading this in Mekah, saya tak bodek ataupun 'jekk'. Ni sungguh....hahahahahaha....

norh berkata...

Assalam uncle :)

lama dah saya tak berkunjung ke blog uncle...blog sendiri pun tak masuk..hahahhaha..kena sampuk hantu :p

teringin nak dapat bos macam uncle.. macam best ja uncle describe anak-anak buah uncle dengan pengalaman mencari rezki..

saya rindukan seseorang yang bernama bos ni.. ex-boss resign bulan 4.. sampai la ni depa tak bagi lagi pengganti..huuhuhuhu..rindukan perhatian dari bos :p

la ni jenuh dok himpun sisa2 semangat nak hidup tanpa bos lama mana tak tau lagi ni :p



Tanpa Nama berkata...

Insyallah..aminn

Kakcik Nur berkata...

Alhamdulillah...lorong yang dirintis Awang nampaknya kian melebar menjadi jalanraya dan mungkin akan terus menjadi lebuhraya...

Allah sentiasa membantu selagi kita berusaha, kan? :)

Uncle berkata...

Norh.

Waalaikumsalam. Hamboihhh lama tak nampak...ingatkan dah migrate overseas! Sila lah menulis kembali ya.......ramai dok menunggu tau!

Pasal boss Norh tu Uncle rasa pasti nanti akan ada pengganti yang sebaik/sebagus beliau jika tidak yang lebih lagi! InsyAllah!

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...