Khamis, Mac 30, 2017

Jagalah kesihatan...

Gym Rakyat Tasik Titiwangsa



Assalamualaikum semua adik-beradik yang amat aku hormati dan sayangi. Hari ini aku terasa nak bercerita sikit tentang penjagaan kesihatan. Aku ni pun sebenarnya taklah berapa nak sihat sangat. Nothing major but small little things yang kadang-kala mengganggu pergerakan aku setiap hari. Aku pernah bercerita dulu yang 'turning point' aku sebenarnya ialah setelah berbual dengan salah sorang tetamu mat salleh aku sewaktu aku bertugas di Renaissance Hotel KL dulu. Aku tanya kenapa dia menjaga kesihatannya kerana badannya aku lihat 'cantik' dan agak muscular. Dia jawab, dia menyampah apabila setiap pagi sewaktu bangun tidur dan berdiri bogel didepan cermin, dia sendiri menyampah tengok bentuk badannya yang tak terjaga...sejak itu dia nekad untuk buat sesuatu.....jadi sewaktu aku berehat, aku pun terfikir benda yang sama...hahahahahaha.....

Aku ke gym Celebrity Fitness selama 4 tahun dan berhenti pada tahun lalu kerana aku ni jenis cepat bosan. Bosan dengan diri sendiri sebenarnya yang buat exercise sendirian dan routine kerana aku tak mampu nak membayar personal trainer yang harganya beratus-ratus ringgit untuk sejam. Selain daripada itu aku juga hilang confident dengan mereka kerana kebanyakkannya 'tidak nampak fit' untuk bekerja di fitness center! Selepas CF, aku termangu-mangu mencari program yang bersesuaian dengan kehendak dan waktu aku,  hinggalah aku terbaca program Kevin Zahri tentang "Jom Kurus". Aku join pada hujung tahun lalu. Programnya tak lama. Kali ini aku seronok dan minat aku kembali meningkat kerana program ini dijalankan secara berkelompok. Aku rasa aku yang paling senior dalam kumpulan tu. Hahahahahaha...Setelah selesai mengikuti program JK tetapi aku tetap tak kurus, aku sambung program kesihatan di Fitlife Center di Kampung Pandan. Program diketuai oleh Coach Zack dan isterinya Fifi. Programnya bagus dan aku sentiasa tak sabar mengikuti latihan. Pasangan ini juga sering muncul di kaca tv Al Hijrah untuk program senaman pagi dan juga kick boxing. Coach Zack ialah seorang coach kesihatan yang diiktiraf. Btw, Fifi juga mengajar kickboxing! Kami buat macam-macam disitu termasuklah TABATA (yang ni parah) Hahahahahahaha...Anda semua boleh masuk ke youtube dan taip "TABATA" dan ikutilah programnya yang hanya berdurasi selama 4 minit setiap sessi. Pendek bukan? Tapi mahu muntah-muntah pada yang tak biasa! Hahahahahahaha...

27/3/2017

Setelah beberapa ketika bersama mereka, seperti biasa aku ingin mencuba sesuatu yang baru. Ketika aku sedang browse di fb melihat kawan-kawan lama, aku teringatkan former associate aku di RKL dulu yang dipanggil Pak Li. Pak Li ni sejak dari dulu bertubuh sasa. Aku contact dan tanya Pak Li digym mana dia pergi selalu? Katanya Titiwangsa setiap hari sebelum maghrib, Isnin-Jumaat dari pukul 7. Wah...ini kesempatan aku untuk kembali bersenam. Jadi aku mintak tolong Pak Li untuk ajarkan aku. Alhamdulillah Pak Li sememangnya seorang yang luas pengetahuan berkenaan peralatan dan cara-cara latihan di gym serta tahu apa yang harus dilakukan. So, dengan Pak Li lah aku berguru sekarang. Kini anak aku yang ke dua, Yuya pun sering ikut aku ke gym. Hahahahahahaha...Itulah ceritanya... 

Kenapa aku beria-ia melakukan semua ini? 

Selain daripada menjaga kesihatan, aku dapat memenuhi waktu senggang aku dengan perkara yang berfaedah. Perkara yang tak membuang waktu. Kebiasaannya, setelah makan malam, kita akan menonton tv. Terbaring minum kopi/teh manis, mengunyah makanan  junk. Bila habis, ditambah lagi...Alhamdulillah sejak baru-baru ini, makan aku lebih terjaga. Aku lebih hati-hati dan harus tahu apa yang aku dah makan, sedang makan dan akan makan. Susah pada awalnya tetapi menjadi kebiasaan setelah beberapa hari. Aku nak mencabar diri sendiri. Walaupun umur aku dah menghampiri 50 tahun tetapi aku masih lagi pentingkan penjagaan kesihatan. Bagi aku, jika anda 'berpenyakit', lakukanlah sesuatu. Walaupun anda tewas, anda akan merasa puas kerana sekurang-kurangnya anda tahu yang anda telah berusaha bersungguh-sungguh sebelum kecundang! Oh ya, lupa nak cakap....tidur aku juga lebih nyenyak!

Menjaga kesihatan juga merupakan satu cabang disiplin. Sama dengan disiplin bercucuk-tanam, sama dengan disiplin menjaga kucing, sama dengan disiplin memastikan rumah sentiasa rapi dan bersih! Aku kini lebih berhati-hati apabila tiba waktu makan. Aku harus tahu apa yang aku boleh makan dan apa yang aku harus kurangkan...Aku jarang makan diluar. Mungkin sebulan sekali. Ramai yang tidak sedar bahawa apabila kita makan diluar rumah, kita tidak mampu mengawal penggunaan gula dan garam. Paling teruk ialah penggunaan MSG! Itulah salah satu punca kecil yang menyebabkan kesihatan kita sering terganggu. Kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi. Minuman bergas dalam tin mempunyai kandungan gula yang amat tinggi. Aku teringat arwah mama dulu yang bagitahu aku apabila beliau berada di Tanah Suci dan terasa letih, arwah mama akan minum satu jenama minuman ringan berperisa orange botol besar dan kemudiannya bertenaga! Seriously? In a way, yes sebab ianya mengandungi 'gula' dan gula ini lah yang memberikan tenaga kepada arwah mama untuk bergerak. Tetapi pengambilan ini didalam kuantiti yang banyak amatlah memudaratkan. Hasilnya, sekembalinya arwah mama dari Tanah Suci, kandungan gula didalam darahnya amatlah tinggi. Amat merbahaya!

Kepada adik-adik aku yang membaca cerita aku ni, aku mohon, tolonglah jaga pemakanan dan seterusnya kesihatan. Aku kadang-kala juga makan tanpa rasa bersalah tetapi aku cepat tersedar dan kembali ke landasan makanan yang betul. 

Jangan bagi alasan bahawa adik-adik dah kahwin maka tak perlu lagi menjaga berat badan dan kesihatan. Itu 100% salah...

Jangan bagi alasan bahawa "makanlah sekarang...nanti bila dah sakit tak boleh makan...". Itu 100% salah...

Jangan bagi alasan "takpa..hari ni saja...esok diet balik..." Itu 100% salah.

Jika adik-adik ada waktu, singgahlah di gym rakyat taman tasik titiwangsa setiap isnin hingga jumaat selama sejam dari 7-8 malam. InsyAllah aku dan Pak Li akan ada disitu....jika adik-adik tak 'berahi' workout di gym, adik-adik juga boleh jogging sekeliling tasik ataupun menunggang basikal disitu. Banyak aktiviti riadah boleh dilakukan. Lakukanlah bersama keluarga kerana ia lebih memberikan nikmat!


Jadikanlah penjagaan kesihatan ini sebagai satu 'lifestyle'. Anak-anak aku masih kecil. Baru 19, 16 dan 11. Aku tak mahu sia-siakan hidup aku. Aku nak lihat mereka membesar, mendapat pelajaran secukupnya, bekerja, berkeluarga, kemudian aku nak pencen dan laksanakan apa yang aku dah rancang selepas pencen nanti....Aku tak nak susahkan sesiapa...

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum...

semoga Allah SWT permudahkan segala apa yang dirancang kerana Allah juga ada perancanganNya buta kita, kan? :)

Uncle berkata...

Waalaikumsalam.

Betul tu Kakcik. Semoga segala-galanya dipermudahkan...

Normala Saad berkata...

Saya pun dah lama tinggalkan 'jogging' bila berpindah tempat. Dulu saya sentiasa berstamina. Sekarang seiring usia...mulalah segala benda mak nenek dah rasa bersarang dibadan. Mujurlah ada kebun sejemput tu dapatlah juga saya mengelurkan peluh pagi& petang.

Hayati Ghazali berkata...

Wahhh...body uncle dah macam Ben Ashaari blogger tu...good job :-)

Uncle berkata...

Normala Saad.

Lihat kepada kebun yang ada di blog tu, saya rasa keringat yang tumpah tu dah agak memadai! In fact mungkin lebih! Hahahahahahahaha......

Uncle berkata...

Hayati Ghazali?

Ben Ashaari? Alamak....dia femes....hahahahahahaha.....saya ni kecik sangat....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...