Rabu, Februari 09, 2011

43

(sapi yang akan digunakan untuk bawak mayat nanti selepas upacara pembakaran diraja pada 10 februari nanti)

(laundry yang selalu aku hantar...sapa punya seluarlah kat atas tu!)

(nama siput ni talip....selalu lepak kat balcony aku..)

(cantik makcik ni bawak bekalan ke pura)

(ni dulu jee buat modal untuk lagu dia...ni yang kat depan balkoni aku..)

Kelmarin aku dah rasa badan aku ni seram-sejuk tak tentu pasal. Ni masuk hari ke dua aku tak sedap badan. Aku tergelak sakan bila staff aku kata badan aku masuk angin! Kot mana dia masuk? Kalau macam tu aku kena tutuplah semua lubang angin! Heh3...tapi aku rasa mungkin aku letih sebab tiap-tiap hari tidur pukul 1 pagi dan bangun pulak awal. Tambahan pulak weather kat sini tak menentu. Hujan lebat kat Tegallalang tapi kat Ubud panas nak mampus! Hujan kat Ubud tapi panas nak mampus kat Gianyar! Hari ahad lepas masa aku ke Kintamani naik speda motor tu, dalam perjalanan balik, hujan punyalah lebat. Aku takut air naik jadi aku redah jugak walaupun hujan sangat lebat. Mungkin itulah puncanya selain daripada badan yang tak cukup rehat!

Semalam aku melawat satu Villa. Dekat dengan Goa Gajah. Actually nama saja Goa Gajah tapi tak dak pun gajahnya! Gua ni besar dan ada ukiran gajah kat dalam dan katanya ada pura yang cantik. Aku rasa kalau badan aku dah ok sikit mungkin aku kesana hujung minggu ni...naik speda motor lagi...yeay!

Aku menyusur lorong yang berliku dan tak berturap selama 300 meter. Di sebelah kiri jalan ada sungi mengalir laju. Selang beberapa meter aku nampak sorang pakcik dok cuci baju....lepas 30 meter lagi aku tengok ada budak pompuan dok cuci motor...aik? Terbalik ni...patutnya pakcik tu yang cuci motor dan budak pompuan tu yang cuci baju....heh3...takpa...janji depa mencuci. Aku naik lagi. Dalam lebih kurang 50 meter, aku nampak 2 orang budak tengah mandi sungai dalam keadaan bogel...Tak palah...depa budak...aku naik keatas lagi dan sampai ke satu Villa agam yang namanya "Wanita View Villa". Aku heran pasal apa dipanggil "WVV". Aku ditunjukkan bilik-bilik yang ada dan kami turun lereng ke satu lagi bilik yang ada dibawah sekali. Setiap bilik ada pool sendiri. Memang cantik. Bila sampai di bilik yang kat bawah, aku tengok, viewnya tambah cantik. Nampak air terjun dan ada 2 kawasan takungan air yang sangat jelas kalau nak dilihat dan tak perlu pakai binoculars. Michael bagitahu aku yang setiap petang ramai anak-anak gadis yang akan datang ke situ sambil basuh baju, nyanyi-nyanyi dan mandi-manda sebelum malam. Suasana agak meriah terang Michael. Jadi, katanya kalau nak tengok, kenalah datang petang nanti....tapi yang tu bukan tujuan aku ke situ...dalam kepala otak, teringat pulak cerita-cerita lama lakonan s kadarisman ka, ahmad nesfu ka, ahmad mahmud ka.....dan normadiah ataupun saadiah dok berkemban mandi kat tepi sungai sambil nyanyi...heh3....kelas.........kat belah atas pulak aku boleh nampak paddy terrace yang disusun cantik dan air dilepaskan dari atas turun ke sungai yang membentuk macam air terjun. Dari bilik tadi kita dapat dengar air terjun....burung-burung...cengkerik-cengkerik...dll. Pada sapa yang nak tengok, googlelah ke www.villawanitaview.com dan akan tahu apa yang aku cerita.

Lepas aku tengok semua bilik dan bersembang sakan dengan pekerja kat situ dan tengok kawasan sekitar, aku pun mula bergerak nak balik. Masa nak naik tadi aku tengok pakcik la...budak pompuan la...dan 2 budak lelaki tengah dok "riang ria gelak ketawa apple zapel". Sekali ni masa aku nak turun ke main road untuk balik ke Ubud, aku ternampak sorang pakcik ni pulak dok kat dalam sungai tu berendam sambil dok sabun badan......aku rasa macam nak jerit, "pakcik...jangan bangun......jangan bangun....." Tapi sebelum aku sempat jerit, pakcik tu dah bangun! Ooo mak aiiii.....aku terus balik....tu yang demam tak kebah tu!

Selasa, Februari 08, 2011

Legong Kraton Dance

(entrance of pura beautifully decorated)

(penari2 yang masih perawan)

(lepas habis menari, semuanya keluar untuk ucapkan terimakasih pada penonton)

(poster untuk legong dance)

Kat sini aktiviti malamnya agak kurang. Selain daripada Starbucks yang tutup pukul 9 malam, lain dari tu cuman Jazz Bars yang ada berlambak-lambak kat sini. In fact tepi rumah aku pun ada Jazz Cafe. Yeah....they play well! Makanya jazz cafe's ni semua akan penuh setiap malam. Aku tak berani nak masuk dalam dan lepak sambil tengok live band sebab aku takut jadi macam kat Sari Bar di Kuta dulu...ngeri! Jadi aku cuman parkir kat tepi dan tengok dari seberang jalan sana sambil teguk Pocari Sweat! Yeah....Pocari Sweat!

Malam tadi aku tak ada banyak plan selain daripada melepak kat balkoni dan dengar bunyi cengkerik. Petangnya aku keluar lunch kat jalan Hanuman yang cuma 2 minit jalan dekat Dewata (7-11). Masa aku dok ronda dulu aku dah nampak ada satu indian restaurant kat sini. Aku parking motor kat depan kedai dan jalan masuk. Aku order Aloo Gobi....mann...that was heaven....makan indian food in bali! Pelik sikit bunyinya. Food was good. Bukan saja indian food yang dijual, tapi thai food pun ada sama. Patutlah ada mat salleh couple yang gaya macam nak pi Woodstock cakap kat aku yang makanan kat situ bagus! Groovy habis depa. Penuh tattoo satu badan...

Lepas makan aku ke Puri Saren yang bersebelahan dengan Wantilen (dewan besar yang tak ada pintu dan tingkap!). Masuk ke dalam Puri Saren dan tengok persiapan untuk upacara bakar mayat kerabat diraja ubud yang akan diadakan esok atau lusa. Putar-putar kat situ, aku dah letih....berhenti kat tepi jalan, duduk atas tembok dan minum air sekejap. Masa dok minum tu ada pakcik pakai uniform datang jumpa aku dan tunjukkan kad kuasa dia. Aku terkejut ingat kan dia nak check lesen aku yang dok pi balik pi balik pakai lesen malaysia....(that reminds me of applying an international license masa kat kl nanti). Rupanya kad kuasa tu untuk jual tiket tarian kat pelancong. Aku beli tiket Legong Dance malam tu yang start pukul 7.30 malam selama 1 jam setengah. Lepas bayar dan buang botol air aku, of course kat dalam tong sampah......aku jalan ke kedai dvd yang aku selalu pergi (selalu tu maksudnya every evening!!). Beli lagi 2 movies dan naik motor balik rumah. Malam tu aku pergi lambat. Pelancong penuh satu dewan. Semua kerusi plastik dah kena ambil. Aku manggagau cari kerusi plastik yang lain. Tak jumpa. Aku suruh pakcik jual tiket tu bangun dan aku ambik kerusi dia...heh3...dia tak pa....tak tengok pun takpa!

Cerita start tepat pukul 7.30malam dan ceritanya berkenaan dengan sorang raja yang sakit dan diubati oleh 2 anak gadis yang masih belum menstruasi (it's written in the brochure...). Lebat raja tengok 2 anak gadis itu tadi menari, dia terus sembuh dan raja tadi jadikan tarian tadi sebagai tarian istana. Sangat cantik dengan lirikan mata, lentikan jari dan costume yang sangat hebat. Penari-penari dan pemuzik semuanya professional. Setiap scene akan mendapat tepukan gemuruh dari tetamu-tetamu yang datang tengok dan dari tetamu-tetamu yang tak bayar tapi penuh kat tepi dewan....(aku kata dah tadi...dewan takdak pintu dan tingkap). Jadi harga tiket tu actually untuk kerusi plastik! Bukan murah ok...Rp80,000 sorang!

Malam tu aku balik sambil terbayang tarian yang bagi mata aku sangat cantik, sangat traditional, asli, manis dan memukau. Sampai kat rumah, pompuan jepun sebelah rumah aku tanya, "Pi mana tadi?" Aik pompuan ni....tiba-tiba dia jadi "sibuk-badan@busy body!" pulak...

Ahad, Februari 06, 2011

Kintamani

(danau batur dan tanah sekeliling yang sangat subur. banyak ditanam kobis)

(a very charming makcik who speaks passable english!)

(lunch aku kat balcony restaurant sambil mengadap gunung berapi dengan cuaca yang dingin kayak Genting Highland...nyaman bener!)

(that's me in shorts and a friend enjoying the panorama)

(gunung berapi batur dari jauh)

Pagi ni aku bangun awal lagi. Bukan pasal tak ada listrik tapi pasal mata aku tak boleh nak lelap lagi dah. Adoi...apasal lah mata aku macam ni? Breakfast order aku diambil awal pagi ni. Ommelette with lots of tomato, mixed fruits and kopi bali...makan di balkoni...bliss....dari jauh aku dah nampak awan makin cerah. Bagus untuk aku berjalan ke tempat lain pulak hari ni.

Aku kumpulkan laundry yang nak dihantar, penuh satu beg. Aku galas kat belakang, bawak motor dan singgah di laundry kat kedai sebelah. Mbak tu senyum tengok muka aku...mungkin rezeki untuk dia dipagi minggu. Anak-anak dia bergelimpangan dok tidur kat atas timbunan laundry kotor yang dihantar untuk dicuci. Tak kiralah atas seluar dalam siapa ataupun disebelah baju dalam makcik mana...Tak sampai hati aku nak ambik gambar dan masukkan dalam entry. Anak mbak tadi terlepas daripada kamera aku dan cerita aku dalam blog.

Lepas semua selesai, aku bawak perlahan-lahan motor sewa aku ke Pertamina untuk isi minyak. Rp10,000 dah penuh tangki. Aku bawak pelan-pelan ke Tegallalang. Baru setengah jalan, aku teringat yang kamera aku tertinggal kat dalam beg laptop. Aku patah balik ambik kamera. Kalau tak dak kamera, tak dak lah entry baru! Aku check betul-betul dan pastikan yang aku dah bawak semua. Baju hujan...ok....baju sejuk...ok...air...ok...passport...ok...duit sikit (sikit ja!)...ok...minyak dah isi penuh...sekali ni aku pasti yang semua yang penting aku dah bawak. Oh ya...satu lagi yang penting...PETA! Set...jalan terus!

Aku sampai kat Tegallalang dalam masa 20 minit. Cepat sebab aku dah tahu lubang kat jalan...aku berhenti untuk check sms yang tiba-tiba bunyi masa aku tengah dok pecut. Alahai...service provider ni...masa ni lah pulak dia nak sms! Aku sambung perjalanan dan sampai kat Sebatu...hmmm...taklah jauh mana pun...dekat-dekat Setapak jugak! Kiri-kanan jalan aku tengok banyak ditanam buah-buahan. Aku tak berhenti sebab motor aku tak dak bakul. Kalau ada, aku dah beli rambutan 12 kilo letak dalam bakul! Kalau tak muat, boleh aku gantung kat handle kiri-kanan...heh3...aku sambung perjalanan aku. Pinggang aku ada terasa "nyut...nyut..." sikit. Alamak, kacau ni. Jalan sajalah...nanti balik baru cerita. Cuaca dah terasa sejuk. Aku tak bukak tingkap sekali ni sebab motor aku memang takdak tingkap! Nyaman....fresh air betul dan dada aku terasa lapang. Otak lapang...poket pun lapang! Lepas aku bawak motor selama satu jam setengah dan pinggang aku bagai nak patah, aku sampai ke persimpangan maut...kona kiri ke Singaraja dan kona kanan ke Kintamani. Kali ni aku ke Kintamani. Singaraja pun katanya menarik tapi aku kena tambah lagi satu jam setengah untuk sampai kesana. Mungkin minggu depan aku akan bawak motor kesana. Angin dah mula kuat. Dari tebing gaung aku dah nampak Gunung Batur yang dulu katanya sangat aktif. Bahagian bawahnya menjadi hitam dan aku rasa itu dulu merupakan laluan lahar gunung berapi. Wow...hebat....dalam pada dok kata hebat...hebat...aku bersyukur kat Allah sebab kita tak dak gunung berapi. Kalau ada, mungkin tiap-tiap 5 ataupun 10 tahun kita dok asyik berpindah-randah. Alhamdulillah...kita masih selamat.

Aku masuk kat satu restaurant dan jalan kat balcony. Aku order kopi bali satu sambil menikmati pemandangan indah at my own pace. Aku tak nak ikut tour sebab nanti terkejar-kejar dan susah aku nak suruh driver berhenti untuk ke toilet. Bawak motor sendiri, senang...kalau rasa-rasa nak ke toilet, berhenti saja kat tepi jalan, mata tengok kiri-kanan, mulut muncung sambil dok whistle, buat-buat tengok jam kat tangan kiri sat....dan aku rasa by the time aku geleng-geleng kepala ataupun tampar dahi buat-buat macam aku lupa something, aku rasa tugas emergency aku pun dah selesai kot! Senang kan? Anyway, pemandangan dari situ magnificent! Lepas minum aku order makan pulak. Aku mintak nasi putih dan ikan goreng bumbu bali. Itu saja. Dan rasa masakannya, pergh....OUT OF THIS WORLD! Memang sedap. Nama kedai aku lupa. Jadi kalau sapa nak mai sini, jangan tanya aku. Period!

Lepas makan aku bawak motor lagi turun ke lake. Sampai kat tepi lake aku tengok tanah kat situ semuanya ditanam sayur. Batu-batu kat tepi pulak berwarna hitam. Tanah pun hitam. Ni semua dah kena lahar lah ni. Pasti subur! Aku bawak moto masuk kampung sampai ke "hot spring". Ramai pelancong mula sampai dengan van. Bila langit dah gelap, aku pun patah balik naik ke atas. Baru sekerat jalan, hujan turun lebat. Aku berhenti minum kopi dulu sambil cari toilet lagi...banyak sangat aku minum! Lepak sambil bersembang dengan om "warkop@warung kopi". Hujan dah reda. Aku pakai rain coat yang aunty pack dari kl, aku bawak lagi. Baru 20 meter aku jalan, hujan turun tambah lebat. Aku cilok masuk kat satu hotel usang....bersembang pulak dengan mbak jual baju. Dia offer aku, aku cakap tak nak...dia offer lagi kat aku, aku cakap aku tak bawak duit....kali ke 65 dia offer aku, aku beli 6 t-shirt dia....baru dia diam!

Dalam hujan tu jugaklah aku bawak motor balik ke Ubud. Perjalanan yang sangat menarik, sangat hebat, mengalahkan pelayaran Marco Polo di zaman Shih Huang Ti dulu. Parking motor kat tepi jalan, turun dari motor, aku dah jalan senget-senget....pinggang aku dah sakit. Aku naik balik motor pelan-pelan, masuk jalan Hanuman, cilok sebelah kanan sebelum masuk jalan Monkey Forest, aku bagi signal kanan dan susur masuk dan parking kat belakang......aku tanggalkan helmet dan jalan ke kedai depan tu. Budak pompuan kat situ tanya aku, "mahunya berapa jam Om?". Sambil jalan senget-senget dan tangan kiri dok pegang belakang sebelah kiri, aku pasrah.....dan cakap, "2 jam..."

Sabtu, Februari 05, 2011

Calon Arang (puja mayat)

(menuju ke pura untuk upacara "calon arang")

(it's a big event)

(berkebaya ke pura)

(anak pun ikut sama..asik...)

(macam anak aku masa depa kecik dulu...celapak naik ataih kepala!)

Scene 1

Selamat pagi. Ada upacara lagi disini. Menarik! Namanya "Calon Arang" yang merupakaan nama sorang anak dari Dewi Durga yang merupakan pemilik kuburan. Susuknya seram mempunyai taring panjang, lidah panjang, rambut panjang dan mempunyai kekuatan magis di peringkat yang paling tinggi dalam kategorinya. Pada pukul 11 malam tadi diadakan pulak acara yang dipanggil "sesuonan betara" yang merupakan tarian yang dilakukan di jalanan untuk memanggil semua magis-magis yang ada di sekitar kawasan tersebut. Tepat pukul 12 malam, mayat akan diarak dari rumahnya dan dibawak ke kuburan diiringi dengan muzik gamelan dan jeritan-jeritan ngeri memanggil "liyak@black magic" di bali. Mayat tadi diarak ke kubur menuju ke pura yang mengadakan tarian tadi. Sesampainya mayat yang diarak tadi ke pura, upacara yang agak benar-benar serupa dengan upacara kematian akan diadakan dan kemudian "Rangda" akan berlawan dengan "liyak" yang mana pancaran api akan kelihatan di udara. Setelah durasi tarian tadi habis setelah 15 minit, pastinya ada orang yang akan dirasuk dan tak sedarkan diri. Setelah selesai tarian, mayat tadi akan dihidupkan semula oleh "pemangku pura setempat@bomoh" dengan memercikkan "tirta@air suci dari pura" dan Rangda itu akan melompat-lompat diatas mayat sebanyak 3 kali. Mayat akan bangun dan tarian pun selesai. Setelah habis tarian mayat yang dah hidup semula tadi akan berjalan menuju ke pura untuk upacara penyucian.

Scene 2

Ada sorang jepun berumur lagak macho duduk sebelah kanan rumah aku. Keluar rumah awal pagi dan tidur malam pun awal. Malam-malam masa aku nak tidur mesti ada bunyi pelik keluar dari rumah dia...bukan bunyi pompuan sebab kalau bunyi pompuan, maksudnya dia tak pelik...heh3...tapi yang ni nak kata suara orang, bukan orang...nak kata suara binatang pun bukannya binatang...pelik! Kadang-kadang bunyi nya berbisik dan kadang-kadang bunyinya garau...pergh...masa nak tidur aku mesti kecut perut. Dah lah kipas tangkai panjang aku pun bunyi "kriok...kriok...kriok...kriok...". Lagilah macam-macam dok dalam kepala aku. Pukul 10 malam tadi masa aku duduk bersembang kat balcony, aku diberitahu yang bunyi tu sebenarnya datang dari "gecko" yang orang jepun tu bela....aku gelak sorang-sorang sebab yang nyata, aku dah tersasar jauh! Kami dok bersembang lagi....cerita sikit upacara ngeri "Calon Arang" tu. Naik bulu kaki aku...ngeri woh....

Tiba-tiba aku dengar ada bunyi tapak kaki berjalan kat sebelah rumah aku. "sroh...sreh...sroh...sreh...". Oh...jepun tu dah balik....kami sambung bersembang. Tiba-tiba masa kami dok ralit tu, aku dengar jepun tadi menjerit kuat.... "Oooooo". Aku rasa ada katak melompat kat kaki dia...bila sampai kat pintu rumah dia, dia toleh dan nampak aku kat balcony. Dia malu dan terus bukak pintu dan masuk rumah....Rumah dia masih gelap. Tapi kalau dah duduk rumah tu sampai 9 tahun, aku rasa dia dah tahu susun perkakas rumah dia...jadi dia bisa manouvre dengan baik walaupun gelap-gelita. Aku duduk lagi kat balcony. Tiba-tiba aku dengar dia menjerit lagi kat dalam rumah...aku rasa kali ni mungkin dia terpijak gecko dia ataupun gecko tu melompat celapak naik atas badan dia dalam gelap-gelap macam tu...err, kalau aku, aku rasa aku pun menjerit sama kot...heh3....tu la...pi lagi tengok "Calon Arang" tu kat pura!

Scene 3

Sebelah kiri aku pulak, ada neighbour pompuan jepun yang dah 2 bulan duduk kat situ. Apa dia buat pun aku tak tahu...tiap pagi dia cuma baca buku. Tiap malam pun dia baca buku. Aku rasa malam tadi pun dia pi tengok "Calon Arang" jugak....Pompuan ni balik awal sikit....kalau tak salah aku dalam pukul 9.30 malam dia dah balik. Macam biasa, dia kena lalu kat depan balcony aku. Dan macam biasa jugak kami akan bertegur sapa. Masa dia dok kutip baju kat penyidai dia, tiba-tiba dia jerit kuat. Pergh...aku ingat jeritan dia tu kalau derian tak masak pun boleh gugur....punyalah kuat...jantung aku pun dah nak gugur jugak macam derian tadi! Dengan muka panic dan takut dia jerit "mushi....mushi...". Aku pulak dengan gaya Felipe dalam cerita Eat, Pray, Love tu pun terus terpa kat balcony dia dan tanya "doko? (mana?) doko? (mana?). Dia tunjuk dengan tangan "achi.....(sana...). Aku ambik selipar dan kuis jauh-jauh.....Dia ucapkan terimakasih kat aku....Ala...bukannya apa-apapun...dia takut ulat (mushi) saja tadi.....dalam hati aku, hah...tu la...pi tengok lagi "Calon Arang" kat pura@temple tu.....heh3...anyway, pompuan jepun tu dah obaachan (atok) tapi suka melancong......(serious ni tak tipu...kalau tak, silap-silap aunty dah sampai esok dengan flight Garuda!)

Scene 4

Aku masuk bilik dalam pukul 11.30 malam dan plan nak tengok dvd. Semua dah siap set. Kacang ada, Lemon Drink ada...katil pun dah aku tarik cadar siap-siap untuk nonton sambil dok berselimut....Charge kan "ha-pey@hp@handphone" aku dan bila aku nak baring kat atas katil sambil pegang air lemon tadi tiba-tiba lampu terpadam....nyala sat...terpadam lagi...nyala lagi...terpadam terus...pergh....ni bukan hal katak ni...ni bukan hal gecko ni...ni bukan hal mushi@ulat ni.....ni dah lain macam ni....masa tu lah nak pi toilet...aku agak-agak kat mana katil sebelah yang satu lagi tu...aku jalan pelan-pelan...memang gelap-gelita betul! "pedepang..." aku langgar katil! Binchot@bengkak kecik betis aku....pukul 12.30 malam lampu nyala balik...aku tengok dvd cerita "black swan". Tidur terus sampai ke pagi.....

Pagi tadi masa aku mai tengok kedai kopi, aku cerita kat Ida (staff aku) yang malam tadi lampu terpadam tepat pukul 12 malam. Ida gelakkan aku. Dia kata, memang lampu semua sengaja dipadamkan sebab untuk menambahkan ketakutan pada penceritaan "Calon Arang" di pura tu tadi......

La.....awat tak bagi notis awal-awal....amboi aiiii...bali ni....mistik sungguh....macam cerita "Nyi Blorong!"

Jumaat, Februari 04, 2011

Ronda lagi...

(aku kat mana ni?)

(jual madu yang masih banyak lebah kat honeycombnya!)

(3 jam setengah aku tunggu julia kat sini....hampeh!)

(kat dalam tu ada villa yang hebat! Luar tu not doing justice again..)

(yummy food awaiting to be explored!)

Aku ronda lagi. Sekali ni menyusur lorong-lorong kecik yang banyak terdapat di ubud. Makin banyak aku masuk, makin menarik tempatnya sebab masih ramai yang berjualan ataupun bukak toko-toko yang sangat menarik perhatian aku dari kacamata sorang pelancong. Depa sangat creative. Apa yang aku teringat sepanjang aku kat sini, tak banyak restaurant yang jual makanan yang sama. Semua yang aku masuk, makanannya berbeza....presentationsnya berbeza tapi yang sama cuma servicenya. Service yang datang dari hati...jiwa...dan kehalusan orang-orang bali terutamanya ubud...semuanya berseni! Amazing. Macam kat thailand jugak. Masih mengekalkan nilai-nilai tradisi disepanjang apa jugak yang dilakukan. I wonder, why can't we? Apa yang tak kenanya dengan kita? Kita ada semua tapi didalamnya kosong...servicenya tak mengalir di dalam badan, jiwa dan fikiran kita!

Aku berpeluh jalan keliling bila tiba-tiba aku jumpa Putrajaya. Tak masuk sebab masih dibersihkan untuk dibukak sekejap lagi. Aku terus menyusur ke monkey forest dan mata dok meliar tengok kedai-kedai, cafe-cafe dan restaurant-restaurant serta villa-villa yang ada di sekitar ubud dengan harapan aku akan mendapat idea-idea menarik untuk aku jadikan guideline ataupun benchmark untuk projek aku yang seterusnya.....exciting...exciting...Banyak foto-foto yang aku buat koleksi. Esok ataupun lusa aku akan melawat villa-villa dilereng bukit sepanjang jalan ke Tegallalang untuk melihat dengan lebih dekat apa yang depa dapat offer untuk projek kami seterusnya.....I am seaching for a good villa with private pool dan more to "personalised service". We are expanding...that's for sure! Aku sukakan projek ni sebab semuanya berlaku didalam keadaan santai, stress free,aku boleh berkreatif didalam menyampaikan idea-idea yang aku rasa diperlukan oleh tetamu. Menarik kan? Kerja didalam kondisi yang tak ada politik ni sungguh menyenangkan dan sedikit pun aku tak terasa masa agak cepat berlalu. Aunty ada tanya aku hari tu perkara yang sama. Aunty kata kalau aku happy, dia tambah happy.....jadi kesimpulannya, aku happy! Yeay!!

Aku sampai ke pasar Ubud lagi dan sekali ni aku tengok ada temple kecik kat sebelah pasar tu. Menariknya kat sini, kawan aku si julia tu pun ada datang kat sini dan julia pun sependapat dengan aku mengatakan yang tempat ni penuh dengan misteri....heh3...julia...julia...Malam tadi aku menonton sekali lagi cerita julia tu dan baru aku sedar yang christine hakim pun ada sama. Patutlah familiar! Aku pernah tengok movie CH dulu ditahun 70-an dan raut wajahnya masih belum berubah...tapi sekarang agak sedikit gempal. Kalau dalam movie tu kita tengok rumah ketut liyer, macam tu jugaklah rumah yang aku tinggal sekarang ni. Konsep yang serupa cuma aku masih tak mampu nak duduk kat tempat Felipe....heh3...

2-3 hari ni aku asyik makan dan makan terus. Ok...hari ni aku start diet balik. Kena turun balik 1-2 kilo. Tapi nasi padang kat tepi tempat aku ni pun sedap jugak...dengan tempenya...dengan sambal hijonya...dengan rendang sapinya...waduh nggak bisa tidur semalaman nih!

Aku nak keluar sekejap. Nanti esok aku sambung lagi....ada aku nampak t-shirt yang menarik perhatian aku. Nak ronda dengan scooter sekejap...enjoy reading!

Khamis, Februari 03, 2011

Jimbaran

(kat sinilah dulu malapetaka yang mengorbankan nyawa tu..)

(tadi aku sempat tengok wedding kat sini tapi tak sempat ambik gambar...aku lari sebab hujan renyai2)

(pakai kamera aku ni pun aku rasa cantik...kalau pakai kamera lotpi yang panjang sedepa tu apalah resultnya yea?)

(makan dan terus makan sampai tak ingat dunia..)

(esok aku diet balik...)

Jimbaran ni sangat famous dulu sebab ada petaka yang membunuh beberapa orang. Jumlah sebenar aku tak pasti dan siapa aku tak pasti jugak tapi yang menurut ceritanya, adalah casualties....tempat ni lebih kurang satu jam setengah dari tempat aku kat ubud. Malam tu aku dijemput Pak Ikal yang datang dari Denpasar untuk dibawa ke Jimbaran for dinner. Pak Ikal talipon dan bagitahu aku yang dia akan datang ambik aku petang nanti pukul 5 sebab katanya by the time kami sampai kat kawasan tu, matahari baru nak terbenam dan pemandangan kat situ sangat cantik. Sepanjang perjalanan kami ralit dok bersembang. Dok bercerita pasal diri masing-masing.

Lepas sejam setengah dan lepas dok mengharung macet, kami sampai dengan selamat. By the way, electrician aku pun nama Selamat! Aku bagitahu siap-siap kat Pak Ikal yang aku nak makan cuma ikan bakar dengan "bumbu lengkap" dan "sambal mata". Yang datang bukan saja ikan, tapi sotonglah, keranglah, entah apa lagi dalam cengkeranglah, aku pun tak tahu nama! Sambal ada beberapa macam jenis tapi yang kami dok berulang tambah cuma "sambal mata" tadi. Kalau tak salah, mahu 4 bekas yang kami dah bedal! Aku makan kat tepi laut dan tak perasan yang air tengah dok pasang.....bunyi ombak memang asik! Sedar tak sedar, kaki aku dah mula basah. Budak-budak kecik dok main laser kat tepi laut. Sekali-sekala depa tertembak kat muka aku. Terasa macam Markus yang kena laser masa AFF Suzuki Cup pun ada jugak....bezanya, dia botak tapi aku ada rambut walaupun dah putih! Heh3...

Dari situ aku nampak dari kejauhan pekan Uluwatu. Tak banyak yang ada kat Uluwatu tapi magnificent sebab pemandangan sepanjang perjalanan dan jugak temple yang ada terletak kat lereng bukit mengadap ke laut. Nanti bila aku kesana aku akan ambik gambar banyak-banyak dan masukkan kat sini untuk tatapan semua! Dah nak masuk 2 minggu aku kat sini dan banyak dah tempat yang aku dah sampai. Seronok...so many things to see and so many places to go..err, this morning in fact, sambil tunggu masa nak keluar, aku pasang laptop kat balcony aku dan nonton Eat, Pray, Love. Sempat la ikut Julia sampai ke Italy....nanti aku ikut dia naik basikal kat sawah lagi...By the way, sawah terrace yang kat dalam cerita tu cuman 15 minit dari tempat aku. Hari tu aku kata nak ngopi kat situ tapi masih belum berkesempatan lagi nak ngopi atau ngeteh. Cuma lalu untuk tengok barang saja. Kalau ikut hati, dah 2 kontena aku usung balik...

Semalam aku ke Nusa Dua sebab nak finalise deal dengan ILLY Coffee. All done...and tomorrow I'm going to have Illy Coffee sold at my place...Yeay!!! Tak sabar nak tengok guest reaction having one of the best coffees in the world! Apa depa nak kata nanti....For the past couple of days, I met this mat salleh who speaks fluent Indonesian. Nama dia Pak Elijas (pronounced elias) dari Canberra. Dia mampu bertutur 10 bahasa dan kami sempat cakap perancis dan arab sikit. Suka aku dok bersembang dengan pak elias sebab dia ni banyak pengalaman. Satu dunia dah ronda. Dan satu dunia jugaklah "marrka" dia ada...heh3....3 hari dia melepak kat tempat aku dan hari terakhir tu dia ajak nak belanja kopi kat aku di nearby cafe. Kami berjalan 10 minit kekanan dan masuk ke "Rendervous Doux". Minum kopi dan sambung sembang lagi....tiba-tiba ada marrka Italy masuk dan duduk kat sebelah kami....Pak Elias pun start lah drama dia....dia bantai cakap Italian pulak! Sambil dok drama sempat Pak Elias kenyit mata kat aku....aku habiskan kopi aku dan mintak diri....Pak Elias alih tempat...."the rest they say......could be a mystery!!". Yang buatkan aku syok bersembang dengan dia ni selain daripada pengalaman dia, jugak perihal kisah dia yang dilahirkan yahudi tapi dah pelok islam 40 tahun yang lalu! Amazing!!

Selasa, Februari 01, 2011

Yuliati

(kehidupan di Yuliati House yang sentiasa meriah!)

(ni lah Pak Kadek! Airnya nyaman Pak!!)

(ni Yuliati tanpa make up dan costume menarinya...)

(ni Yuliati yang lengkap nak menari)

Hello...aku masih kat bali ni...Hari tu aku masukkan entry aku pasal Yuliati House dan ada aku cerita perihal orang yang bernama Yuliati. Yuliati ni sebenarnya ialah nama anak kedua kepada tuan punya rumah aku. Pasal apa dinamakan dengan nama yang manis tu? Ini sebab Yuliati ni dah melancong keseluruh dunia untuk mempersembahkan tarian bali kepada masyarakat di jepun, amerika dan eropah termasuklah singapore dan banyak lagi negara-negara lain. Diwaktu yang sama dia akan perkenalkan bali. Apabila pelancong tertarik nak datang ke bali, depa akan cari orang yang bernama Yuliati ni tadi. Jadi Yuliati House ni adalah bersempena dengan nama dia....Yuliati ni pulak adalah merupakan salah sorang pekerja di CIMB Denpasar....jadi aku rasa kalau CIMB nak buat big event, bolehlah contact dia untuk menari. Dia ada troupe gamelan sekali...kalau travel, ada 20-30 orang dalam rombongan tu! Rombongan Cik Kiah pun kalah!!

Yuliati balik rumah pada hujung minggu. Kebetulan aku pun balik ke rumah dalam pukul 8 malam hari tu dan terserempak dengan Yuliati yang tengah dok mengendong anak dia. Ibu panggil aku dan introducekan pada Yuliati. Kami bersalaman dan aku mintak izin untuk ambil gambar Yuliati untuk aku buat entry baru. Dia malu sebab katanya dia tak make-up...aku kata kalau dia tak keberatan, biar aku ambik tanpa make-up sebab lebih "natural..". Dia setuju dan aku ambik gambar dia. Instead of aku yang kata terimakasih, dia pulak yang kata terimakasih kat aku. Kalau tak salah, Yuliati dah ada 2 orang anak. Memang depa kahwin muda disini...

Yuliati ni sentiasa mendapat undangan menari bersama-sama dengan troupe dia. Masa kami bersembang tu pun, katanya ada satu lagi undangan yang perlu dia penuhi di Tokyo tapi dia la ni bekerja dengan bank, jadi agak susah untuk dia bergerak. Bila aku sempat tanya sikit-sebanyak pasal menari, dia bilang yang dia mula menari sewaktu berumur 4 tahun dan belajar dari ibunya. Bapak dia mengajar dia gamelan sikit untuk pengetahuan supaya dia besar dengan nilai budaya yang tinggi.

Aku sempat mintak album-album gambar dia untuk aku tengok dan ternyata banyak tempat yang dia dah sampai. Lenggok badan, lentik jari, lirik mata semuanya sangat "artistic" dan mengasyikkan. Bukan dia saja yang pandai menari didalam family dia tapi boleh dikatakan semua orang sama naik pandai! Kakak dia, adik dia semua penari professional. Aku tumpang seronok bila aku tahu yang aku la ni menginap di rumah salah sorang penari bali yang terbaik di dunia! Walaupun status dia dah tinggi tapi Yuliati dan family members dia semuanya macam orang biasa...kalau kat US mungkin dah kaya-raya depa ni....aku rasa kalau dia masuk "So Do You Think You Can Dance" program, mungkin 3 tahun berturut-turut dia menang....

Malam ni ada acara besar di Pura kat tepi rumah aku. Oh by the way, pada sapa yang ke bali mungkin pernah dengar satu club yang famous di ubud yang dok mainkan lagu-lagu jazz secara live. Nama tempat tu "Jazz Cafe".....dan rumah aku ada kat sebelah tu!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...