Sabtu, Februari 05, 2011

Calon Arang (puja mayat)

(menuju ke pura untuk upacara "calon arang")

(it's a big event)

(berkebaya ke pura)

(anak pun ikut sama..asik...)

(macam anak aku masa depa kecik dulu...celapak naik ataih kepala!)

Scene 1

Selamat pagi. Ada upacara lagi disini. Menarik! Namanya "Calon Arang" yang merupakaan nama sorang anak dari Dewi Durga yang merupakan pemilik kuburan. Susuknya seram mempunyai taring panjang, lidah panjang, rambut panjang dan mempunyai kekuatan magis di peringkat yang paling tinggi dalam kategorinya. Pada pukul 11 malam tadi diadakan pulak acara yang dipanggil "sesuonan betara" yang merupakan tarian yang dilakukan di jalanan untuk memanggil semua magis-magis yang ada di sekitar kawasan tersebut. Tepat pukul 12 malam, mayat akan diarak dari rumahnya dan dibawak ke kuburan diiringi dengan muzik gamelan dan jeritan-jeritan ngeri memanggil "liyak@black magic" di bali. Mayat tadi diarak ke kubur menuju ke pura yang mengadakan tarian tadi. Sesampainya mayat yang diarak tadi ke pura, upacara yang agak benar-benar serupa dengan upacara kematian akan diadakan dan kemudian "Rangda" akan berlawan dengan "liyak" yang mana pancaran api akan kelihatan di udara. Setelah durasi tarian tadi habis setelah 15 minit, pastinya ada orang yang akan dirasuk dan tak sedarkan diri. Setelah selesai tarian, mayat tadi akan dihidupkan semula oleh "pemangku pura setempat@bomoh" dengan memercikkan "tirta@air suci dari pura" dan Rangda itu akan melompat-lompat diatas mayat sebanyak 3 kali. Mayat akan bangun dan tarian pun selesai. Setelah habis tarian mayat yang dah hidup semula tadi akan berjalan menuju ke pura untuk upacara penyucian.

Scene 2

Ada sorang jepun berumur lagak macho duduk sebelah kanan rumah aku. Keluar rumah awal pagi dan tidur malam pun awal. Malam-malam masa aku nak tidur mesti ada bunyi pelik keluar dari rumah dia...bukan bunyi pompuan sebab kalau bunyi pompuan, maksudnya dia tak pelik...heh3...tapi yang ni nak kata suara orang, bukan orang...nak kata suara binatang pun bukannya binatang...pelik! Kadang-kadang bunyi nya berbisik dan kadang-kadang bunyinya garau...pergh...masa nak tidur aku mesti kecut perut. Dah lah kipas tangkai panjang aku pun bunyi "kriok...kriok...kriok...kriok...". Lagilah macam-macam dok dalam kepala aku. Pukul 10 malam tadi masa aku duduk bersembang kat balcony, aku diberitahu yang bunyi tu sebenarnya datang dari "gecko" yang orang jepun tu bela....aku gelak sorang-sorang sebab yang nyata, aku dah tersasar jauh! Kami dok bersembang lagi....cerita sikit upacara ngeri "Calon Arang" tu. Naik bulu kaki aku...ngeri woh....

Tiba-tiba aku dengar ada bunyi tapak kaki berjalan kat sebelah rumah aku. "sroh...sreh...sroh...sreh...". Oh...jepun tu dah balik....kami sambung bersembang. Tiba-tiba masa kami dok ralit tu, aku dengar jepun tadi menjerit kuat.... "Oooooo". Aku rasa ada katak melompat kat kaki dia...bila sampai kat pintu rumah dia, dia toleh dan nampak aku kat balcony. Dia malu dan terus bukak pintu dan masuk rumah....Rumah dia masih gelap. Tapi kalau dah duduk rumah tu sampai 9 tahun, aku rasa dia dah tahu susun perkakas rumah dia...jadi dia bisa manouvre dengan baik walaupun gelap-gelita. Aku duduk lagi kat balcony. Tiba-tiba aku dengar dia menjerit lagi kat dalam rumah...aku rasa kali ni mungkin dia terpijak gecko dia ataupun gecko tu melompat celapak naik atas badan dia dalam gelap-gelap macam tu...err, kalau aku, aku rasa aku pun menjerit sama kot...heh3....tu la...pi lagi tengok "Calon Arang" tu kat pura!

Scene 3

Sebelah kiri aku pulak, ada neighbour pompuan jepun yang dah 2 bulan duduk kat situ. Apa dia buat pun aku tak tahu...tiap pagi dia cuma baca buku. Tiap malam pun dia baca buku. Aku rasa malam tadi pun dia pi tengok "Calon Arang" jugak....Pompuan ni balik awal sikit....kalau tak salah aku dalam pukul 9.30 malam dia dah balik. Macam biasa, dia kena lalu kat depan balcony aku. Dan macam biasa jugak kami akan bertegur sapa. Masa dia dok kutip baju kat penyidai dia, tiba-tiba dia jerit kuat. Pergh...aku ingat jeritan dia tu kalau derian tak masak pun boleh gugur....punyalah kuat...jantung aku pun dah nak gugur jugak macam derian tadi! Dengan muka panic dan takut dia jerit "mushi....mushi...". Aku pulak dengan gaya Felipe dalam cerita Eat, Pray, Love tu pun terus terpa kat balcony dia dan tanya "doko? (mana?) doko? (mana?). Dia tunjuk dengan tangan "achi.....(sana...). Aku ambik selipar dan kuis jauh-jauh.....Dia ucapkan terimakasih kat aku....Ala...bukannya apa-apapun...dia takut ulat (mushi) saja tadi.....dalam hati aku, hah...tu la...pi tengok lagi "Calon Arang" kat pura@temple tu.....heh3...anyway, pompuan jepun tu dah obaachan (atok) tapi suka melancong......(serious ni tak tipu...kalau tak, silap-silap aunty dah sampai esok dengan flight Garuda!)

Scene 4

Aku masuk bilik dalam pukul 11.30 malam dan plan nak tengok dvd. Semua dah siap set. Kacang ada, Lemon Drink ada...katil pun dah aku tarik cadar siap-siap untuk nonton sambil dok berselimut....Charge kan "ha-pey@hp@handphone" aku dan bila aku nak baring kat atas katil sambil pegang air lemon tadi tiba-tiba lampu terpadam....nyala sat...terpadam lagi...nyala lagi...terpadam terus...pergh....ni bukan hal katak ni...ni bukan hal gecko ni...ni bukan hal mushi@ulat ni.....ni dah lain macam ni....masa tu lah nak pi toilet...aku agak-agak kat mana katil sebelah yang satu lagi tu...aku jalan pelan-pelan...memang gelap-gelita betul! "pedepang..." aku langgar katil! Binchot@bengkak kecik betis aku....pukul 12.30 malam lampu nyala balik...aku tengok dvd cerita "black swan". Tidur terus sampai ke pagi.....

Pagi tadi masa aku mai tengok kedai kopi, aku cerita kat Ida (staff aku) yang malam tadi lampu terpadam tepat pukul 12 malam. Ida gelakkan aku. Dia kata, memang lampu semua sengaja dipadamkan sebab untuk menambahkan ketakutan pada penceritaan "Calon Arang" di pura tu tadi......

La.....awat tak bagi notis awal-awal....amboi aiiii...bali ni....mistik sungguh....macam cerita "Nyi Blorong!"

12 ulasan:

norh berkata...

uncle..penuh dengan suspense Calon Arang ni.. kalau gazet cerita seram kat TV3 tu pun saya dah alih channel lain..

Uncle berkata...

Salam Norh. Memang saspen gila...kalau tahu dek jins shamsuddin mahu dia buat pelem ni...

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,

kalau dok thrill macam tu, mcm mana org berumur mcm mama nak pi melancong ke situ dan tengok "Calon Arang'..
orang melancong nak senangkan hati..ini hah ditakutkan pulak..ada pulak macam tu menarik pelancong ke sana..hihihi

Uncle berkata...

Salam Mama Nadz.
Seronok cerita dia...memang real! Malam ni tak dak apa. Saya nak rest. Esok pagi2 lepas breakfast, saya nak isi minyak motor kasi full, beli air siap2.....mahu jalan ke Kintamani naik scooter! Pergh...kelassssssssssss!

dilaOHdila berkata...

uncle,
berdiri bulu remang aihhh
cam tu culture dia urang erk...
kalau tak kuat ni mahu pengsan kut uncle....
uncle snap tu dari hotel ka?

Kuey san berkata...

Salam Uncle,

saya baca sampai part scene 2 je. Itu pun suku jalan. Pastu terus lompat part comment box. Takut nak baca. Saya keje hospital. Dok dalam lab main darah.

Seram wooo :0


ps: siang hari nanti saya sambung baca part scene terusnya. hehhe

Kaseh berkata...

okeh citer uncle kali ni mmmg creepy gilerr.. biar betol mayat tu bleh bangun? pastu kaseh mmg fobia karen takdek nih.. kalau la betol kaseh yg terkena gurauan mengong camtu...mmg kena maki kow2 org tu... tak agak2 nak takut2kan orgpun.. takjadik ar nak g bali camni uncle.. seramm...

Uncle berkata...

Salam Dila.
Uncle tak ambik dari hotel tapi ambik dari tepi jalan saja...Uncle rasa banyaki lai cerita yan akan menyusul tapi untuk hari ni, Uncle nak ambik short break like half a day nak bawak motor peri Kintamani...katanya cantik...Kalau larat petan ni Uncle masukkan cerita kalau tak pun esok saja!

Uncle berkata...

Salam Kuey San.
Orang lain main guli...yang Kuey San pi main darah tu buat apa? Ala...apa yang nak takut? Ni supposed to be a fun to read lah!

Uncle berkata...

Salam Kaseh...
Creepy ke? Ala-ala "creepy crawlies" je tu....in fact not only my house but the whole ubud di switch off kan lampunya for 15-30 minutes!!!! Malam tu tak kelakar langsung!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

hehehehe...forever with lots of fun when baca2 your entries :))

Uncle berkata...

Salam KN.
Saya suka cerita...kalau nak cerita sedih, tak best lah pulak nak baca.

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...