Selasa, Februari 08, 2011

Legong Kraton Dance

(entrance of pura beautifully decorated)

(penari2 yang masih perawan)

(lepas habis menari, semuanya keluar untuk ucapkan terimakasih pada penonton)

(poster untuk legong dance)

Kat sini aktiviti malamnya agak kurang. Selain daripada Starbucks yang tutup pukul 9 malam, lain dari tu cuman Jazz Bars yang ada berlambak-lambak kat sini. In fact tepi rumah aku pun ada Jazz Cafe. Yeah....they play well! Makanya jazz cafe's ni semua akan penuh setiap malam. Aku tak berani nak masuk dalam dan lepak sambil tengok live band sebab aku takut jadi macam kat Sari Bar di Kuta dulu...ngeri! Jadi aku cuman parkir kat tepi dan tengok dari seberang jalan sana sambil teguk Pocari Sweat! Yeah....Pocari Sweat!

Malam tadi aku tak ada banyak plan selain daripada melepak kat balkoni dan dengar bunyi cengkerik. Petangnya aku keluar lunch kat jalan Hanuman yang cuma 2 minit jalan dekat Dewata (7-11). Masa aku dok ronda dulu aku dah nampak ada satu indian restaurant kat sini. Aku parking motor kat depan kedai dan jalan masuk. Aku order Aloo Gobi....mann...that was heaven....makan indian food in bali! Pelik sikit bunyinya. Food was good. Bukan saja indian food yang dijual, tapi thai food pun ada sama. Patutlah ada mat salleh couple yang gaya macam nak pi Woodstock cakap kat aku yang makanan kat situ bagus! Groovy habis depa. Penuh tattoo satu badan...

Lepas makan aku ke Puri Saren yang bersebelahan dengan Wantilen (dewan besar yang tak ada pintu dan tingkap!). Masuk ke dalam Puri Saren dan tengok persiapan untuk upacara bakar mayat kerabat diraja ubud yang akan diadakan esok atau lusa. Putar-putar kat situ, aku dah letih....berhenti kat tepi jalan, duduk atas tembok dan minum air sekejap. Masa dok minum tu ada pakcik pakai uniform datang jumpa aku dan tunjukkan kad kuasa dia. Aku terkejut ingat kan dia nak check lesen aku yang dok pi balik pi balik pakai lesen malaysia....(that reminds me of applying an international license masa kat kl nanti). Rupanya kad kuasa tu untuk jual tiket tarian kat pelancong. Aku beli tiket Legong Dance malam tu yang start pukul 7.30 malam selama 1 jam setengah. Lepas bayar dan buang botol air aku, of course kat dalam tong sampah......aku jalan ke kedai dvd yang aku selalu pergi (selalu tu maksudnya every evening!!). Beli lagi 2 movies dan naik motor balik rumah. Malam tu aku pergi lambat. Pelancong penuh satu dewan. Semua kerusi plastik dah kena ambil. Aku manggagau cari kerusi plastik yang lain. Tak jumpa. Aku suruh pakcik jual tiket tu bangun dan aku ambik kerusi dia...heh3...dia tak pa....tak tengok pun takpa!

Cerita start tepat pukul 7.30malam dan ceritanya berkenaan dengan sorang raja yang sakit dan diubati oleh 2 anak gadis yang masih belum menstruasi (it's written in the brochure...). Lebat raja tengok 2 anak gadis itu tadi menari, dia terus sembuh dan raja tadi jadikan tarian tadi sebagai tarian istana. Sangat cantik dengan lirikan mata, lentikan jari dan costume yang sangat hebat. Penari-penari dan pemuzik semuanya professional. Setiap scene akan mendapat tepukan gemuruh dari tetamu-tetamu yang datang tengok dan dari tetamu-tetamu yang tak bayar tapi penuh kat tepi dewan....(aku kata dah tadi...dewan takdak pintu dan tingkap). Jadi harga tiket tu actually untuk kerusi plastik! Bukan murah ok...Rp80,000 sorang!

Malam tu aku balik sambil terbayang tarian yang bagi mata aku sangat cantik, sangat traditional, asli, manis dan memukau. Sampai kat rumah, pompuan jepun sebelah rumah aku tanya, "Pi mana tadi?" Aik pompuan ni....tiba-tiba dia jadi "sibuk-badan@busy body!" pulak...

12 ulasan:

kucingorengemok berkata...

uncle, i watched a documentary once, tarian bali tu zaman black n white dulu depa joget dengan tak pakai baju, pakai kain je!

kalau sekarang pun masih camtu, mesti perempuan jepun sebelah rumah tu tunggu dengan hos bomba kasi sembuq uncle satu das, kih kih

azieazah berkata...

Wahhh sungguh menarik. Ada persembahan tradisional begitu..

Mesti terbayang-bayanggggg... Mimpi tak UNCLE?

Kalu Dah Perangai Suka Mengecek...

Uncle berkata...

Salam KOG.
Yes, right. At one time they were all topless. Ada buku dan dvd berkenaan dengan zaman tersebut. Ada toko disini yang put the dvd for public to watch. Buku-buku pun banyak. To the locals it's not lucah. It's just their culture....

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

Tak lah sampai mimpi tapi mengenangkan pasal apa depa buleh buat tapi kita tidak? Tu saja!

Kakzakie berkata...

Salam Uncle,

Wah cuci matalah uncle kat sana. Sebab tu perempuan Jepun tu sibuk badan. Tidur pun terbayang penari yg comel tu kan....

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Saya memang suka tengok yang tradisional. In fact this thursday saya akan tengok barong dan sunday kecak. Saya suka penuhkan diari saya dengan aktiviti supaya saya mampu menulis dan bercerita. In fact kecak tu penarinya semua lelaki...

Pasal makcik jepun kat sebelah tu saya pun heran, awat tiba2 dia tegur saya semalam dan tanya "tadi pi mana?"!@#$$%^&* Misteri sungguh!!!

Aunty W berkata...

tak acinya you pergi sini sana, tenggok legon dance etc. takpe, i tenggok Marina's dance. itu pun manis jugak.

Btw Happy Birthday to you & Erra fazira!!! we love you!

rezeki berkata...

uncle

80000 rp sekarang berapa rm

sikit lagi mesti uncle dah khatam semua ceruk rantau area kat sana, boleh dijadikan panduan sesiapa yg nak ke sana

Uncle berkata...

Salam to you aunty W.
I like watching and going to all places. Dapat tengok banyak ragam dan banyak culture!

Uncle berkata...

Salam rezeki
rp80,000 divide by 3000 and that's about RM26-27. Not bad huh? Pasal khatam tu, saya rasa lagi 2-3 hari saya dah tahu semua tempat.....boleh cerita macam the locals!

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik

pertama sekali happy birthday yg ke 34 kuutttttt,,,hahaha
kedua perempuan jepun tu bukan menyebokkkk, tapi dia mewakili auntyyyy hahahah

penyamunnnnnn

Kaseh berkata...

haha dia bukan busy body tu uncle..dia risau..ehekss...

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...