Selasa, Februari 01, 2011

Yuliati

(kehidupan di Yuliati House yang sentiasa meriah!)

(ni lah Pak Kadek! Airnya nyaman Pak!!)

(ni Yuliati tanpa make up dan costume menarinya...)

(ni Yuliati yang lengkap nak menari)

Hello...aku masih kat bali ni...Hari tu aku masukkan entry aku pasal Yuliati House dan ada aku cerita perihal orang yang bernama Yuliati. Yuliati ni sebenarnya ialah nama anak kedua kepada tuan punya rumah aku. Pasal apa dinamakan dengan nama yang manis tu? Ini sebab Yuliati ni dah melancong keseluruh dunia untuk mempersembahkan tarian bali kepada masyarakat di jepun, amerika dan eropah termasuklah singapore dan banyak lagi negara-negara lain. Diwaktu yang sama dia akan perkenalkan bali. Apabila pelancong tertarik nak datang ke bali, depa akan cari orang yang bernama Yuliati ni tadi. Jadi Yuliati House ni adalah bersempena dengan nama dia....Yuliati ni pulak adalah merupakan salah sorang pekerja di CIMB Denpasar....jadi aku rasa kalau CIMB nak buat big event, bolehlah contact dia untuk menari. Dia ada troupe gamelan sekali...kalau travel, ada 20-30 orang dalam rombongan tu! Rombongan Cik Kiah pun kalah!!

Yuliati balik rumah pada hujung minggu. Kebetulan aku pun balik ke rumah dalam pukul 8 malam hari tu dan terserempak dengan Yuliati yang tengah dok mengendong anak dia. Ibu panggil aku dan introducekan pada Yuliati. Kami bersalaman dan aku mintak izin untuk ambil gambar Yuliati untuk aku buat entry baru. Dia malu sebab katanya dia tak make-up...aku kata kalau dia tak keberatan, biar aku ambik tanpa make-up sebab lebih "natural..". Dia setuju dan aku ambik gambar dia. Instead of aku yang kata terimakasih, dia pulak yang kata terimakasih kat aku. Kalau tak salah, Yuliati dah ada 2 orang anak. Memang depa kahwin muda disini...

Yuliati ni sentiasa mendapat undangan menari bersama-sama dengan troupe dia. Masa kami bersembang tu pun, katanya ada satu lagi undangan yang perlu dia penuhi di Tokyo tapi dia la ni bekerja dengan bank, jadi agak susah untuk dia bergerak. Bila aku sempat tanya sikit-sebanyak pasal menari, dia bilang yang dia mula menari sewaktu berumur 4 tahun dan belajar dari ibunya. Bapak dia mengajar dia gamelan sikit untuk pengetahuan supaya dia besar dengan nilai budaya yang tinggi.

Aku sempat mintak album-album gambar dia untuk aku tengok dan ternyata banyak tempat yang dia dah sampai. Lenggok badan, lentik jari, lirik mata semuanya sangat "artistic" dan mengasyikkan. Bukan dia saja yang pandai menari didalam family dia tapi boleh dikatakan semua orang sama naik pandai! Kakak dia, adik dia semua penari professional. Aku tumpang seronok bila aku tahu yang aku la ni menginap di rumah salah sorang penari bali yang terbaik di dunia! Walaupun status dia dah tinggi tapi Yuliati dan family members dia semuanya macam orang biasa...kalau kat US mungkin dah kaya-raya depa ni....aku rasa kalau dia masuk "So Do You Think You Can Dance" program, mungkin 3 tahun berturut-turut dia menang....

Malam ni ada acara besar di Pura kat tepi rumah aku. Oh by the way, pada sapa yang ke bali mungkin pernah dengar satu club yang famous di ubud yang dok mainkan lagu-lagu jazz secara live. Nama tempat tu "Jazz Cafe".....dan rumah aku ada kat sebelah tu!

16 ulasan:

Kakzakie berkata...

Salam uncle,

Kalau ikut mata kakak memang cantik Yuliati ni walau tanpa make-up. Manis wajah perempuan asean terserlah pada senyuman manisnya. Muda dah punya 2 anak.

Uncle terus duduk di sana ke? Tak mahu balik lagi? Hehehe....

nadz berkata...

Assallamualaikum uncle,

Betapa mereka mengagung budaya dan mempertahankan kesenian tarian mereka..Tahniah buat Yuliati..ibu yang masih cantik...uncle cubalah tanya..deme makan jamu apa?

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kak Zakie.
At the moment, yes...duduk sini sat...tapi end of feb nanti balik kl sat tengok yang sana pulak...

Uncle berkata...

Wa'alaikumsalam Mama Nadz.

Memang sweet. Tapi la ni shownya bukan di daerah sini...jadi tak berkesempatan nak tengok. Jamu? Rasanya mungkin ada kot, tak sampai ke situ pulak.....takut kalau tanya nanti dia tanya balik, "awat, berkenan ka?" Huh, jenoh!

rezeki berkata...

salam uncle

vava, padat aktiviti uncle

lps ni boleh ngombong jawa pulak hehe

dilaOHdila berkata...

salam uncle..
Yulliati ni nampak mcm gadis perawan
ayunya lah.....
WAH julia robert makan chicken chop tu ke uncle (hehe)

abdrazak berkata...

salam,
seronoknya...rasa nak pi kesana...di ubud ni sesuai tak orang OKU melawat? maksudnya yg tak boleh berjalan, perlu guna kerusi roda untuk bergerak dgn bantuan.

Uncle Lee berkata...

Hello Uncle, love the pics here. Very interesting.
But regret unable to read your cherita sebab bahasa saya sebelum Merdeka, da karat, ha ha.

Wishing you and family the very best of the Rabbit year....
Lee.

Uncle berkata...

Salam Rezeki.

Bahasa depa memang pelik kat sini...yang aku baru belajar cuma satu...kalau kenyang kat sini (bali) jangan sekali-kali cakap "Dah Kenyang!" sebab maksudnya boleh membeliakkan mata wanita disekeliling kita!!!

Uncle berkata...

Salam Dila.
Memang ayu sangat....pagi tadi pun uncle sempat jumpa dia....dia tengah dok prepare barang untuk pergi sembahyang! Bagueh budak ni!

Uncle berkata...

Salam Abd Razak.
Terimakasih kerana membaca. Rasanya tak salah kalau orang OKU datang ke sini tapi masalahnya mungkin pada kemudahan yang masih terlalu kurang. Saya ada pernah ternampak tamu yang berkerusi roda disini. Dibawa masuk ke pasar ubud yang sesak. Orang ramai senang membantu. Not to worry!

Uncle berkata...

Dear Uncle Lee.
Thanks for visiting.....I think after reading a couple of entries, you might recall back the lovely language! You take care Uncle Lee....I love reading your stories!!! Keep on blogging!!!

Kaseh berkata...

salam uncle.. cantik gak yuliati wpun tanpa mekap...natural beauty.. waah dia dah merantau byk negara eik semata2 nak promote tradisional dance bali.. salute..hhehee..

Uncle berkata...

Bagi Uncle dia ni sweet...ada natural beauty...pagi tadi baru uncle terserempak dengan dia lagi.

azieazah berkata...

Memang hebat Yuliati tu.
Dia adalah salah seorang anak jati Bali yang begitu bangga dengan budaya tradisinya.

Kita pun wajar berusaha sebegitu bagi mengekalkan budaya dan seni tari kita tak ilang dek zaman...

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Pagi tadi pon dia dok prektis menari......terpegun sat!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...