Sabtu, September 08, 2012

FLYFM Open House

Matt London in KL!

Dihari yang berbahagia dan bersamaan dengan hari Rumah Terbuka FLYFMdi tempat aku, aku dikunjungi oleh salah sorang teman lama aku. Memang lama sungguh berteman kan dia. Dulu selalu aku bercerita pasai Matt ni. Dia ketua murid sekolah rendah bandar hilir melaka tahun 1979 dan aku pulak ketua murid sekolah yang sama tahun 1980. Tahun 81 kami berjumpa di SDAR bila aku masuk form 1 dan Matt waktu tu dah masuk form 2. Ramai budak batch dia dari sekolah rendah bandar hilir masuk SDAR. Malakut, Gonjeng, Rock adalah sebahagian daripada mereka....kami masih berhubung sampai sekarang...itulah kelebihan old boys ni....

Matt menetap di London sekarang dan balik bercuti ke kl bersama dengan keluarga. 3 minggu depa raya. Matt talipon aku dan bagitahu yang dia ada kat Pavillion. Aku jemput Matt datang sekali since lama aku tak jumpa dan kebetulan pulak ada open house. Sebenarnya taklah lama sangat, beberapa bulan yang lepas masa aku berkunjung ke Landenn, Matt lah yang entertained aku selama hampir 2 minggu. Dibawaknya aku makan merata ceruk...Jadi dikesempatan yang singkat ni, aku nak mengucapkan terimakasih pada Matt kerana sanggup meluangkan masa datang menjengok aku. To Matt, "you take care brother....call me whenever you are in KL!"

Matt sekeluarga dan aku bersama FLYFM Crews!

As a special treat to Matt's kids, kami bergambar beramai-ramai dengan all presenters, emcees, dj's yang ada malam tu....anak-anak Matt yang tak fasih cakap melayu cuit tangan aku dan bisik..."Uncle....this is cool mannnn....this is real COOOLLLLL!". Aku tersengih........

Showdown 2012!

Maaf, aku tak ingat nama dia apa, tapi aku panggil dia "Abang Showdown". Mengekek-ngekek dia gelak! Both of them sangat-sangat down to earth. Depa datang bersalam dengan aku dan kami bersembang banyak cerita. Termasuklah soalan macamana aku nak masuk showdown programme sekeluarga! Dia bantai gelak lagi kuat! Hahahahahaha....

Adam of 8TV

Program ni dibuat di malam menjelangnya Merdeka. Adam buat siaran langsung dari tempat aku. Alhamdulillah! Adam ni memang banyak cakap. Non stop dia berceloteh....pergh...aku rasa letih mak pak dia dulu dok melayan si Adam ni. Baik sungguh budak sorang ni. Hormat dengan semua orang....dulu masa aku buat event Desperate Housewives pun dia yang hostkan...Jadi kami masih kenal satu sama lain. Sempat pekena teyy sama-sama malam tu dengan yang lain-lain....

Honey Madu..

Yang ni aku tak berapa nak kenai sangat. Katanya dulu menyanyi tapi la ni jadi emcee. Alhamdulillah....rezeki dia kot. Maklumlah Honey-Madu, senyum dia memang menawan. Berkuntum-kuntum senyum dia malam tu....very the sweet! Cerita pasai dj ataupun Emcee ni, teringat aku pada 2 orang lama yang sangat aku suka. Yasmin Yusuff dan Constance Haslam. Bila depa keudara, aku tak pernahnya miss. Kalau tak salah aku CH pun dok baca berita at one time masa time Harjit Singh dan Hisham Embi. Apa lah dah jadi kat depa. Paling lama aku ingat ialah kat si Singh tu,  kalau tak salah aku, dia dok baca berita sejak dari tahun 70 an lagi tu! Ada sorang tokoh negara pernah bagitahu kat aku, "Shahrir, cuma ada satu benda pada seseorang yang tak akan berubah....yakni suara dia....". Maka dengan itu aku pun teringatlah kat bekas-bekas pembaca berita kita termasuk jugak lah dengan Datuk Rahim Razali. Walaupun rupa dan fizikal dimamah usia, tapi dengarlah suara depa....tetap sama...macam jugak Datuk Haji Hasbullah Awang!

Kesemua crew!

Meriah sungguh malam tu. Aku gumbira sebab selain daripada function yang berlangsung dengan jayanya, kehadiran Matt London sekeluarga dari Lanndenn bertandang ke tempat aku malam tu sesangatlah istimewa untuk aku. Crew FlyFM amat sporting. Baik, rendah diri dll lagi yang positif. Kalau aku nak tulis mahu sampai esok tak habis cerita perihal depa ni. Tengok sajalah muka-muka depa tu....macam-macam perangai ada!

Aku dan Fabian aka Phat Fabes!

Fabian ni sekarang merupakan dj dan emcee terkenal. Salah sorang yang terbaik dinegara kita. Aku kenal Fabian sejak dari tahun 1992 lagi sewaktu aku menjadi manager pertama di Uncle Chilli's FunPub di PJ Hilton tu. Dalam UCFP tu dulu ada 2 karaoke rooms yang sangat besar, games room, dance floor, dj console area, open kitchen dan an island bar. Group yang main kat situ masa aku disana dulu ialah seperti Alleycats dan Headwind (seingat aku). Manakala Fabian merupakan resident dj aku waktu itu. Setiap malam lepas kerja dalam sekitar pukul 2 pagi, aku akan melepak dengan dia minum-minum dan merapu. Selalunya kami terbabas sampai pukul 4 atau 5 pagi.....pertemuan aku dengan Fabian di JDR menggamatkan suasana malam tu. Kami berborak sakan cerita-cerita lama....nostalgia.....

Ok people, aku nak rehat sekejap. Pagi tadi aku dah bergelumang kat gym selama sejam lebih...dada terasa ketat sikit. Sakit dah kurang. Btw, aku tengah gila pi gym la ni...in fact hari ni merupakan hari ke 5 aku ke gym minggu ni. Err, rasa-rasa esok pagi pun aku nak kesana jugak lah...early workout! Fuyooo...."eat healthy and stay healthy people!

Sabtu, September 01, 2012

3rd Day Raya

Azumi, Izatt (cucu menakan) and Yuya..

Habis depa bergelumang kat atas ais...manakala Pak depa dok sejuk "gedi" kat tepi skating rink tu! 2 jam Pak depa dok "keraih!". Ada ramai tok-tok bawak cucu depa main ais. Aku pun duduk sekali dengan depa sambil minum mocha. Salah sorang tok tu tanya kat aku, "which one is your grandchild?". Aku jelin siaaaapppp...aaaiiiiaaappp atas bawah kat depa. Last-last dia rephrase balik, "err, mana anak-anak?". Baru aku menguntum senyum....aku tunjuk, "tu, 5 orang yang jatuh merudum tu...". Dia melopong sambil sebut, "oooo..."

Aunty in black, Marina in pink and Kayla in green (cucu menakan jugak!)

Menghabiskan masa selama 2 hari dengan depa yang sedang membesar amat-amatlah membahagiakan aku. Melihat depa bermain adik-beradik, berpimpin tangan, bergelak ketawa, masam muka, sat-sat bergaduh sat-sat berdakap....masyAllah....what else need I ask for? Jadi, kalau aku belanja lebih sikit pun untuk bersama-sama depa, aku tak terkilan langsung. Depa seronok, aku puas. Keputusan aku mengambil 2 bilik connecting tak membuatkan aku menyesal atau terasa rugi. Bayar lebih sikit pun tak palah....dan sekarang aku merancang untuk berbuat sekali lagi. It's ok. Simpan duit sikit.....

In her own world!

Tak lama lagi anak-anak aku semua akan menganjak keusia untuk masuk college walaupun lambat lagi. Waktu tu rambut aku akan bertambah putih. Gigi mungkin dah relai! Tenaga mungkin kurang dan tangan mungkin terketaq-ketaq manakala mata pulak mungkin tak berapa nampak. Walaumacamanapun, suara depa, hilai-tawa depa, bau depa sentiasa dalam ingatan...

Muka terlebih makan!

Masa aku kecik dulu, waktu nak balik kampung berhari raya merupakan masa yang paling aku tunggu-tunggu. Baju raya dan kasut raya dah disiapkan. Masukkan dalam kereta VW bernombor pendaftaran BP4538 sehari sebelum, sebab tak sabar-sabar....pada yang dah besar, depa terpaksa naik bas balik ke alor setar sebab VW tak muat nak masuk 6 orang anak-anak yang badan masing-masing tak kurang besarnya! Pagi esoknya, akulah yang paling tak sabar nak tunggu waktu bertolak. Kecoh dok bertanya bila...bila....kadang-kadang bila arwah mama dah meluat, dia cubit pipi aku...menangis sat...lepas 10-15 minit aku tanya lagi sampailah ke waktu yang semuanya dah masuk dalam kereta. Waktu tu aku suka balik alor setar sebab ramai sepupu yang lebih kurang sebaya dengan aku ada. Pi rumah Mak Tam, ada 2-3 orang...pi rumah Lang, ada....pi rumah Nyah, ada....pi rumah Wa pun ada....habis satu alor setar kami ronda. Dari Lorong Titi Siam, Kampong Berjaya, Taman Uda, Taman Intan, Bakar Bata, Mentalon, Alor Merah, aktiviti kami tak pernahnya cukup 2-3 hari....

Rahsia kami!

Sewaktu aku di eropah dulu aku berkesempatan berhari raya disana. Taklah meriah manapun sebab tempat aku tak ada masjid. Lagipun tempat aku pun cume ada berapa kerat saja orang Islam. Pagi Raya yang syahdu, lepas kelas pagi tu, aku berjalan dengan kawan aku ke cafe tepi pejabat post, minum kopi dengan makan croissant. Tu lah makanan di pagi raya. Oh ya, dulu ada jugak aku cerita yang sorang lecturer yang mengajar aku French dengan Physchology ni nama dia Karim Ariffin. Mak Suisse, bapak melayu. Sangat bagus dan sangat mengambil berat perihal kami. Paham cakap melayu tapi dah tak boleh cakap lagi dah. Muka pun macam mat salleh. Pendek kata kalau student pompuan tengok dia mengajaq, melopong lah mulut depa! 2 tahun lepas aku dapat berita yang dia dah meninggal akibat cancer......aku pasti yang family di Malaysia tak tahu pasal dia. Dah lah anak yatim piatu, dia pulak sebatang kara....cuma kami sajalah tempat dia bercerita! Kesian sungguh aku kat Karim ni....

Masa aku kat Mekah pulak, di pagi Raya, dibakarnya bekas macam kita dok bakar kemiyan tu dan di sogokkan ke kita supaya satu badan berbau wangi.....kemudian di hotel lobby, kami sediakan bermacam-macam makanan dan minuman. Kaum pompuan depa dapat sekuntum bunga ros merah dan kanak-kanak akan mendapat gula-gula sepeket sorang. Sekali imbas aku terasa macam hari perayaan lain pulak yang lebih kurang sama walaupun tak sama. Bila aku tanya pasal apa buat lagu tu, dia kata memang tradisi disana buat lagu tu....oh...ya ka! Lagi satu, depa tanya pulak kat aku, di Malaysia waktu bukak posa kat hotel, buat apa? Aku sambil tersenyum bagitahu kat depa, "oh...kalau kat Malaysia, bukak posa di hotel ada pompuan nyanyi ghazal siap dengan pemuzik lain lagi..." depa jawab, "masyAllah........masyAllah......why?". Hahahahahahahaaaa.....

That's why I hate mobile phones!

Ini lah masalahnya bila semua dok sibuk pakai mobile! 24 jam dengan mobile. Sedangkan aku sendiri tak sesibuk depa pakai mobile. Aku dah tak berapa nak paham apa yang depa dok sibuk dengan mobile. Sms ka? Main game ka? Sampai Yuya pun dah tak sedar diri. La ni, si kecik Marina pulak dok kecoh nak mobile sebab katanya nak sms ke Sarah, kawan baik dia. Satu hari Marina datang kat aku dan cakap, "Papa...Sarah tu BFFE Marina!". Aku kaget!!! Aku tanya kat dia, "BFFE tu apa menatang?". Dia jawab, "Apalah Papa ni.....orang dewasa pun tak tahu apa BFFE? BFFE tu maksudnya, "Best Friend Forever and Ever!". Tu dia aiihhh, anak pompuan aku yang umoq 6 tahun tu!

I like the "mizu" effect!

Hari tu Yuya dah kurus elok. Maklumlah posa penoh! Tapi lepas 2 minggu lepas posa, aku tengok badan dia berisi balik dah. Alamak, apa dah jadi ni? Since semalam aku nak jumpa sorang blogger yang balik bercuti dari Phoenix, USA dan aku tahu aku akan jamah makanan sikit, aku pakat satu family pi jogging kat Taman Tasik Ampang Hilir. Pergh...cargasss...cargasss......jaga badan...jaga badan.....kami balik rumah pukul 7.00pm. Balik rumah, mandi, bersiap dan pergi ke kenduri kahwin anak bekas associate aku dulu kat Dewan Taman Dato' Amhad Razali di Ampang.....nasi kenuri tuu.......tapi pasal aku dah pi jogging, makanya aku tak jamah makanan kenuri sedikit pun. Cuma minum air saja! Fuyooooo Jangan jealous yea! Ok people....have a nice weekend!

Sabtu, Ogos 25, 2012

2nd day Raya Pt 1

Abang yang ambik gambar.

Pada Hari Raya ke dua, kami sekeluarga mendapat jemputan "maha istimewa" daripada rakan blogger tegar, si LW! Jemputan pukul 11 pagi tak aku sia-siakan sebab LW kata dia nak masak beriani dan pasta yang mana kedua-duanya merupakan favourite aku. Selain daripada tu ada pulak ditambah dengan nasi himpit dan kuah kacang yang kesemuanya dibuat sendiri. Rating aku bagi, almost perfect...memang sedap dan aku mengucapkan berbanyak terimakasih kerana menjemput aku sekeluarga melawat rumah LW dan menikmati juadah terhebat abad ini!

King size bed

Daripada rumah LW, aku bergegas ke Damansara pulak sebab aku ada buat booking di Royal Bintang Damansara yang baru saja 5 minggu dibukak katanya. Rate yang ditawarkan ialah "special rate". Aku ambik 2 bilik, connecting. Sekarang kalau nak kemana-mana aku kena booking sampai 2 bilik sebab abang dan yuya dah besar dari dulu dan memerlukan sedikit privacy. Kalau nak cramp satu bilik, kesian kat aku sebab selalunya akulah yang akan kena tidur kat atas lantai! Aku yang bayar aku yang tidur kat bawah! Kalau depa kesian kat aku, depa bagilah TOTO satu! Hahahahahaha....tapi this time, selepas penat bekerja, dan kami pulak tak balik kampung, sengaja aku nak bagi family aku happy sikit. Cuti 2 hari tak membenarkan aku pulang ke Penang. Lagipun kalau aku balik ke Penang, maknanya kami beraya cuma ber 5 anak-beranak sebab semua kakak-kakak aku dan abang-abang aku ada kat KL! Kesian jugak kat anak-anak sebab depa tak dak kampung dah! Untuk mengharungi traffic jam selama 6-8 jam untuk balik ke Penang, aku rasa tak berbaloi walaupun rasa macam meriah!


Hollywood twin bed for abang and yuya!

Sekali ni aku berani cakap yang aku sukakan hotel ni. Ini kerana biliknya agak luas (Deluxe), pemandangan mengadap infinity pool yang menarik, susun atur bilik yang kemas, peralatan yang moden serta penataan lampu yang mencukupi membuatkan aku boleh membaca dimana-mana sudut pun didalam bilik ini. Di katil boleh baca, di wing chair boleh baca, di toilet bolet baca, di working table pun boleh baca. Ini penting dan patut diberi perhatian oleh semua hotel yang didalam pembinaan ataupun sedang melalui proses menaik taraf. Tingkap yang luas juga membuatkan penghuni merasakan yang bilik ini lebih besar walaupun aku tak berapa suka dengan sudut atas curtain yang bagi aku agak "heavy" dengan ropol-ropol tak kena gaya berbanding dengan set-up yang senada! Ruang almari baju juga luas dengan lampu automatik diisi dengan seterika dan boardnya sekali melekat kemas di dinding dalam almari. Susun atur amenities minibar tanpa minuman alkohol harus dipuji. Jumlah kopi dan teh uncang mencukupi untuk 2 orang dan boleh diminta dari housekeeping untuk ditambah jika perlu. Bilik air juga luas dan dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama ialah shower area beserta dengan "rain shower" berjenama GROHE diasingkan dengan pintu kaca. Bahagian sinki juga luas untuk tetamu meletakkan toiletries untuk lelaki dan wanita. Lampu di bilik air adalah mencukupi dan jika terlalu terang, sebahagiannya boleh ditutup! Bahagian ke-3 pula ialah toilet yang juga menggunakan pintu kaca. Manakala tingkap sebelah sana boleh melihat terus ke katil tetapi mempunyai lapisan bidai yang boleh menutup terus agar tidak dilihat sewaktu "berurusan". Bilik yang bersambung dengan 2 pintu kedap suara juga sama susunannya kecuali jenis katil yang berbeza!


Yuya enjoying a movie..

Abang, Yuya dan Marina suka sangat dengan arrangement aku pada raya tahun ni. Depa kata kalau tahun depan pun lagu ni bagus jugak! Kami relax dulu dibilik selama 2 jam sebelum cucu menakan aku sampai. Kayla dan Izatt sampai pukul 4 petang manakala Kak Anne yakni nenek depa berkesempatan berhari raya. Aku baby sit depa! Hahahahaha...Baby sit depa ni tak bermakna aku duduk dibilik jaga depa.....aku bawak budak-budak tu semua turun ke tingkat satu dan bagi depa main "ice skating". Ini lah satu-satunya hotel yang mempunyai ice skating rink didalam hotel! Konsep yang sangat menarik. Ada beberapa restaurant di hotel ni, tapi aku rasa ini semua tak perlu sebab tetamu mempunyai pilihan yang lebih banyak di The Curve! Cukup setakat satu All Day Dining dan satu lagi Lounge. Kalau ada pun restaurant lain, baiklah di convertkan menjadi "function room". Aku rasa itu lebih banyak kegunaannya.


Meanwhile, Marina sibuk buat homework!

Sesampainya Marina dibilik, dia sibuk mencari pensel. Aku tanya nak buat apa? Dia jawab nak buat homework! Amboi rajin sungguh "anak dara" aku sorang ni! Abang dengan Yuya tak pernah pun teringatkan homework...aku pulak yang selalu dok ingatkan depa! That reminds me bahawa esok pagi aku kena check buku sekolah depa satu persatu! Tapi jangka hayat Marina buat homework tak lama sebab bila cucu menakan aku sampai, depa semua kalut nak turun bawah pi skating...adoiii....aku bawak depa turun ke tingkat satu. Sementara aku dok melangut tengok depa jatuh-bangun, aku pekena mocha coffee sebab aku dah tak tahan sejuk. Actually bukannya aku tak tahan sejuk, tapi aku tak prepared dengan cuma memakai t-shirt dan seluar jeans. Tak cukup tu!

Baby Papa!

Selama 2 jam depa dok main tu, aku dah berpuluh kali berulang pi toilet. Hahahahaha.....takpalah...biar depa seronok...aku kecut tak pa....ice skating rink disitu taklah sebesar mana tapi memadailah untuk beginners macam anak-anak aku. Tapi surprisingly, lepas 30 minit, depa dah meluncur sendiri tanpa bantuan dari sesiapa. Railing pun dah tak payah pegang lagi! Hebat sungguh budak-budak ni. Kalau tiap-tiap hari macam ni, aku rasa next winter olympics depa boleh lah mewakili negara! Ramai jugak budak-budak melayu yang tak balik kampung datang ke situ. Sewaktu aku dok "keras" menanti depa, aku panjangkan kaki melewati "connecting bridge" dan rupa-rupanya aku berada didalam kawasan The Curve. Mak aiii...dekatnya....sangat convenient untuk istirehat selama sehari!


"There's light at the end of the road!"

The next day tu sewaktu aku turun nak bersarapan, aku terkejut bila aku ditegur bila aku sampai di entrance restaurant. Aku langut dan ternampak muka bekas pekerja aku dilangkawi dulu. Dia senyum....katanya dia dah agak yang aku menginap disitu daripada senarai nama tetamu yang akan turun breakfast. Kami bersembang sekejap sebab dia busy dengan tetamu-tetamu yang lain. Adoi...mana aku nak lari nanti pasai hampir kesemua hotel yang dok ada ni especially di KL, aku akan jumpa former associates aku. Tapi alhamdulillah walaupun depa ni dok kena jerit dan marah daripada aku, depa ni setiap kali aku jumpa dan tanya, depa bagitahu pasai kena jerit dan kena marah lah depa dapat naik pangkat....aik, pun ada lagu ni? Alhamdulillah! Senang aku dengar dan tengok depa yang semakin lama semakin serasi bekerja di hotel!

Ok people, dah nak julin bijik mata aku. Have a nice weekend and Selamat Hari-Hari Raya!


Rabu, Ogos 22, 2012

1st day Hari Raya 2012

Marina kecoh nak tudung...

Macam biasa, kami tak tukar curtain, tak tukar sofa, tak tukar kereta dan dan tukar apa-apa....semuanya masih pakai benda-benda yang sama...Infact baju melayu pun tak bertukar kami anak-beranak! Hahahahahaha.....pasal apa nak tukar sedangkan semuanya masih suci murni dan dalam keadaan baik? Seluar baju melayu aku, macam biasalah....pakai getah elastik, jadi aku tak perlu tukar selama 5 tahun! Malam raya, lepas kami anak-beranak masukkan kuih dalam balang, anak-anak main bunga api, kemas rumah sikit, kami cuma duduk melepak menikmati keindahan dan kesyahduan malam raya di balcony rumah. Ramai neighbours dah balik kampung dan banyak rumah yang dah kosong. Tapi di musim perayaan ni, security ditambah beberapa orang lagi. Jadi pada yang balik bercuti, depa taklah risau sangat. Dalam masa yang sama jugak, tidak ada "movement" dari segi lori masuk keluar dll sebab takut depa angkut dengan rumah-rumah sekali!
Macamana boleh senyum ni? Selalu bertekak depa 2 ni!

Di pagi raya yang syahdu, kami bangun awal. dan menyucikan diri. Marina dah tak sabar nak semayang raya dengan abang-abang. Tudung dah beli kat Ampang Point sehari sebelumnya. Pukul 8 pagi kami mula bergerak dari rumah. Alaaa...taklah jauh pun. Kalau jalan ada lah dalam 5 minit. Masjid masih lengang dan yang ada cuma tok imam dan ahli jawatankuasa masjid. Aku duduk belakang sekali sebab aku bawak Marina dan tak mahu jemaah lain terganggu. Muka Marina nampak bercahaya sebab ni lah kali pertama aku bawak dia berjemaah beramai-ramai. Tepat pukul 8.30 pagi, semayang pun bermula. Mata Marina liag dok tengok kiri-kanan. Sat-sat dia toleh kat aku....sat-sat dia buat muka kat aku...sat-sat dia cuit abang...nakal gila! Marina ni pulak kalau orang tak biasa tengok dia, depa akan kata, "isshhhh, baik sunggoh budak ni...". Tapi bila dia ada dirumah, abang dengan yuya termasuklah aku sekali akan jadi letih melayan dia cakap...macam "popcorn" mulut dia...dari mula dia celik mata sampailah dia tidur malamnya...

Alamak...blurr laaa...

Lepas semayang raya, aku bergegas balik kerumah. Berkumpul sekejap, anak-anak beratur sambil memohon maaf dan mencium tangan, merupakan saat yang sangat syahdu. Dalam hati aku terdetik isshhh cepat sungguh depa ni membesar...Macamanalah gamaknya bila sorang-sorang mula meninggalkan kami nanti! Pergh....syahdu ada.....ngeri pun ada! Hahahahahaaaa. Lepas selesai semua, aku terus bertukar pakaian, capai beg dan bergegas ke hotel pulak. Ada Hari Terbuka Raya yang mesti aku handle. Total guest ialah 700 orang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun half way through, hujan turun mencurah-curah. Keluarga aku datang ke rumah terbuka, makan sikit dan tiba masa untuk aku hantar depa kerumah kakak aku yang berdekatan pulak. Adoi Kak Anne buat beriani daging...darrrcha.....macamana aku tak makan? Habislah diet aku macam ni! Semuanya selesai dalam lebih kurang pukul 6 petang. Aku pack kan barang, pecut balik Ampang. Pukul 8 nanti aku nak bawak semua tengok cerita PARA NORMAN pulak! Aku sampai rumah pukul 7 malam. Letih punya pasal aku terlelap sampai pukul 7.20pm. Aunty kejut aku dan bagitahu anak-anak dah ready nak tengok wayang....aku bangun, mandi, pakai baju, terus bawak depa ke MBO Ampang. Satu-satunya panggung kat Malaysia ni yang tak pernahnya full walaupun cerita BLOCKBUSTER! Kami adalah antara 10 orang yang menonton waktu tu...amacam, bestkan? Hhahahahahaaaa...

WIWIT lah tu...dah 4 tahun dengan kami nak masuk tahun ke 5!

Lepas  tengok wayang, depa tak mahu balik pulak.....depa nak pi minum dulu dan ronda-ronda kat KL. Macam biasa, "Saya Yang Menurut Perintah" terus lah pusing-pusing KL. Bagi depa happy. Apa lagi aku nak tengok selain daripada tengok depa seronok adik-beradik....Takpa, biaglah aku susah sikit...biaglah aku naik moto cabok pi balik pi balik asalkan makan-minum depa, pakaian depa, pelajaran depa tak terabai.......

Ada pulak terselit kat tengah!

Sambil pusing sambil aku dok mencari manalah Hotel Grand Hyatt ni? Bila aku masuk ke Impiana Hotel, rapat ke kiri dan bagi signal, aku berhenti sekejap dan tengok....pergh..."gah" sungguh hotel ni....habislah hotel-hotel lain yang dok ada sekeliling tu....kuranglah business depa nanti! MO? IMPIANA? TRADERS? Akan keciklah kek depa bila dah kena share ramai-ramai nanti....selain daripada tu, yang selalunya menjadi igauan ngeri pada pengusaha-pengusaha hotel ialah, habislah staff depa akan lari ke hotel baru nanti....aku dengar pulak, "perks" depa kat sana sangat menarik! Fuyooo....tiba-tiba screen kereta aku diketuk orang. Aku toleh dan nampak muka security guard yang begis suruh aku jalan.....hahahahahahahaaa....."Sorry Baya!!"

Abang kontrol macho...

Jam dah manunjukkan pukul 11 malam. Anak-anak tak mahu balik lagi walaupun aku dah dengar abang dengan yuya dah berdengkur! Woit, mana lagi nak pergi ni? Aku cilok masuk kat RAWSHA. Dan aku bagitahu kat anak-anak yang nanti aku akan bawak depa makan kat sana. Tapi mesti lunch dan bukannya dinner! Aku ada sebab nak pergi lunch instead of dinner! Hahahahahahaaaa....

Alamak, hemmsemmm pulak budak ni...anak sapa ni?

Dari semalam lagi henpon aku aku asyik berbunyi. Sampai penoh inbox aku. Dari merata-rata aku dok dapat sms raya. Alhamdulillah depa masih ingat kat aku walaupun aku pun dah lupa kat depa! Last-last masa nak tidoq aku pi letak "silent mode" sebab kalau tidak, sampai ke sudah aku tak tidur! Anyway, terimakasih banyak-banyak sebab menghantar sms raya kat aku walaupun aku kadang-kadang terlupa sapa yang hantar! Hahahahahahaha.....OK people, have a good horey-horey raya week....jangan terlebih makan.....jumpa lagi dalam posting aku yang akan datang...yang tu aku akan cerita pasai aku pi check-in kat hotel baru di KL ni dengan family! Amboih....macam orang kaya-kaya!

Isnin, Ogos 13, 2012

Posa Merata-Rata

Ayoooo...pasemborrrrrr!

Posa di Le Bouveret, Suisse

Banyak jugak tempat yang aku berkesempatan untuk berpuasa. Salah satunya ialah sewaktu aku di Suisse dulu. Alhamdulillah cuaca sungguh nyaman untuk berpuasa tapi yang tak nyamannya bilamana waktu puasa menjadi tersangatlah panjang! Panjang tu aku tak kisah sangat sebab musim sejuk dah nak sampai...kelas dari pagi sampai ke petang. Bukak posa aku tak sama dengan student-student lain yang pergi dinner. Makanan aku dan pelajar muslim yang lain diasingkan. Dari Malaysia adalah 3 orang, dari Tunisia ada 1, dari Egypt ada 1 dan lain-lain adalah dalam 2-3 kerat saja. Waktu nak berbuka, aku boleh berbuka samada di dining hall ataupun dibawa balik ke bilik untuk makan. Aku ambil keputusan makan kat dining hall sebab aku malas nak membasuh. Sammi budak Tunisia dan  Amir budak Egypt akan duduk sama dan makan dengan aku sekali. Btw, Sammi ni best friend aku disana dulu. La ni dia dah jadi GM di salah sebuah Golf Resort terkenal di Dubai. Selalu main dengan Tiger Woods kalau Rimau Kayu tu touring PGA melewati Dubai....anyway, doa yang Sammi dan Amir baca sangatlah panjang sampai aku letih nak menunggu. Selalunya aku akan teguk air dulu masa depa dok leka baca doa. Pergh...khusyuk habis sampai aku rasa depa lupa yang air liur aku dah penuh dalam pinggan! Bila depa bukak mata, depa tanya aku, "you haven't had your meal?". Aku geleng-geleng walaupun dah 2 gelas air aku tunggang! Depa senyum dan suruh aku makan. Sambil makan tu depa pun bercerita lah pasal kelebihan burpuasa kat aku. Macam-macam depa cerita siap bagi hadis lagi! Siap cerita kelebihan puasa dari segi science lagi! Pergh...hebat kawan-kawan aku ni....lepas setengah jam aku dok makan dan aku pun dah nak masuk ke dessert, aku heran pasal apa depa tak makan-makan lagi...masa aku nak teguk cappucino yang Sammi ambik dari coffee machine, aku tanya kat depa, "Sammi, Amir, why are you guys not eating?". Amir pandang aku dengan muka ceria dan berkata, "Oh...we're not fasting......we are musafeer..." sambil Sammi ligat dok angguk kepala. Lepas 2-3 jam bukak posa dan aku pun mula nak bukak buku, Sammi talipon aku. "Ali, let's go to TOUCAN!" (nama bar terkenal disitu selain daripada TONKIN dan DOG AND THE LAMP POST!) Hahahahahahahahaha......Aku gelak sakan.....nampak sangat depa nak pi pekena minuman berbuih macam air lencing kuda tu! Aku dan Sammi masih lagi berhubung rapat tapi Amir yang dari Egypt tu aku dah lost contact. Mungkin dok perah susu unta kat Cairo.

Nampak macam sedap..iaran lari merata-rata bila polis datang menyerbu!

Posa di Madinah, KSA

Ramai kawan-kawan aku heran macamana lah budak yang perangai "baik" macam aku ni boleh terlajak ke Madinah....Setiap kali depa tanya, setiap kali tu aku jawab, "I'm the chosen one!". Last-last depa pun dah terbiasa dengan aku di Madinah. Posa di sana adalah kali pertama aku berposa di tanah arab. Orang kata, "alah bisa tegal biasa". Lama-kelamaan, aku dah  makan tamar dan teguk laban 2 gelas sebelum kalut semayang maghrib. Berbuka puasa di Masjid Nabawi sangat menyeronokkan sebab dari lepas waktu asar lagi akan kelihatan orang ramai berbaris panjang ditepi jalan untuk mengambil habuan sedekah dari dermawan. Ada yang datang dengan motor, ada yang datang dengan kereta, ada yang datang dengan van dan tak kurang juga yang datang dengan lori! Plastik-plastik sapra akan disusun panjang berupa saf disatu kawasan didalam masjid dan orang ramai akan berkumpul disitu. Makanan cumalah tamar, laban dan kopi arab. Bagi aku yang selalunya menyental nasi, aku hairan macamana dengan laban, 2 biji kurma (tamar@kurma juga mempunyai jumlah gula yang tinggi dan mampu memberi tenaga dengan segera) dan secangkir kopi, perut terasa kenyang dan aku kembali bertenaga! Suasana sungguh meriah. Para peniaga pulak berkeliaran dikejar polis! Yang seronoknya lepas 10 minit depa mai balik meniaga macam biasa! Pada waktu ni aku berkesempatan berjemaah di Masjid Nabawi sebab hotel yang mempunyai 650 bilik tu masih diperingkat akhir untuk dibuka. Buka 2 bulan selepas tu sewaktu musim haji! Alhamdulillah aku sempat sebulan berpuasa di Madinah!

Pasar Ramadhan Bangsar

Posa di Makkah

Tahun berikutnya aku berpeluang berpuasa dan berbuka di Makkah pulak. Pengalaman berbuka di dataran kaabah dan mengadap Kaabah merupakan satu pengalaman menakjubkan untuk aku. Makanan masih lagi sama seperti di Madinah tapi yang tak samanya bila aku pulang ke bilik lepas solat Maghrib. Budak-budak Room Service dah hantar macam-macam kat bilik aku! Jus Caesar, laban, kuih Bangladesh, mandy original, fuyoo...kalau aku bedal semua, mahu aku tak turun tengok tetamu makan malam....mahu aku terbongkang sorang-sorang dalam bilik nanti! Kemeriahan berposa di Makkah melebihi daripada tempat-tempat lain. Depa ni meriah sampai ke subuh! Tu yang aku tak tahan sesangat tu....makan pulak sepanjang malam....makan kalau habis tak pa. Ini dijamah 2 suap, yang lainnya dibuang....ada pulak satu kerabat tu order sekor kambing, makannya cuma 4 orang. Sah-sah kambing tu tak habis! Memang betul pun. Bila aku naik check kat bilik dia, yang dijamah cuma bahagian peha manakala. tiga perempat lagi masih tak dijamah! Sangat membazir. Ada juga yang cuba-cuba menalipon memesan makanan siang untuk dihantar ke bilik. Selepas kami bersoal jawab, dia sendiri menjawab tak payah hantarlah....dia termalu sendiri! Pergh...macam-macam ada!.


Dia jual mee, dia jual bunga api, dia jual bubur!

Posa di Langkawi

Aku jugak berkesempatan beposa dan berbukak di Langkawi. Tak banyak aku berposa sebab aku lebih banyak berbuka pada bulan Ramadhan tu. Masa posa tu lah jugak aku terkena demam campak kali ke 2. Nasib baiklah ada sorang kawan ni yang tiap-tiap hari dok beli makanan kat aku. Kalau dia takdak, mahu turun 5 kilo aku masa tu. Tapi lepas aku dah keluar hospital dan bertambah baik, aku berkesempatan melawat pasar Ramadhan berhadapan dengan lapangan terbang. Tak banyak bezanya dengan ditempat lain kecuali kari ikan bawal dia memang special. Sama macam arwah mama buat untuk aku waktu berbuka dulu! Dengan kacang bendi dan tomato sliced, minyak berlinang, ikan bawal dipotong besar, adoiiiii nasi mesti tambah 2 pinggan. Sanggup simpan lagi kuah kari balance yang mama buat. Lusanya perangat dan makan dengan roti......fuyoo....terangkat! Dalam penat-penat melayan permintaan anak-anak, aku tahu dia bangga dan seronok tengok kami adik-beradik dok makan masakan yang dia buat.

Posa di KL

2 hari lepas aku berkesempatan berbuka puasa di rumah Kak Anne (kakak sulung aku). Aku pot luck dengan kakak aku sorang lagi. Aku bawak pajeri nenas dan kuih manakala kakak aku sorang lagi bawak makanan lain. Kak Anne buat sayur labu, goreng ikan dan buat kari ikan. Tengokkan kari ikan, aku terus teringatkan arwah mama. Teringat punya pasal, sampai ke sudah aku tak makan kari tu! Kakak-kakak aku heran. Peluang sekali-sekala begitu kami manfaatkan dengan bertanya khabar masing-masing, aturkan rancangan kunjungan sewaktu raya nanti dan lain-lain lagi. Lihatkan kakak-kakak aku yang 2 orang tu, tak sangka yang depa sedang menuju ke angka 60! Tenaga dan susuk badan depa menunjukkan yang depa tu 15 tahun lebih muda dari usia sebenar! Anak-anak dan cucu pulak, sibuk main bunga api kat depan rumah. Melihatkan kelibat Marina dan Yuya, fikiran aku mula melayang lagi kezaman kanak-kanak sewaktu aku diusia depa. Belum sunat lagi dan berlari satu malam di Brown Garden! Zaman itu dah 38 tahun berlalu tapi semuanya masih segar dalam ingatan aku. Tsk...tsk...tsk...sebak ni.....Ok people, another week to go, selamat berpuasa dan selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!



Selasa, Ogos 07, 2012

I'm addicted!

Apa bezanya dengan "mamat" kat bawah tu!

Aku dah jadi addicted dengan "workout" sekarang. Dah mula menjadi my "first love" aku selama 2-3 minggu kebelakangan ni. Berulang ke gym sebanyak 3 kali seminggu merupakan satu routine yang aku sentiasa tunggu-tunggu. Walaupun letih dibulan Ramadhan ni tetapi memandangkan aku ada matlamat yang perlu dicapai didalam jangka pendek 6 bulan dan jangka panjang 12 bulan, maka perjuangan aku ternyata belum selesai! Sebenarnya beriadah di gym ni bukanlah sesuatu yang baru bagi aku. Semasa aku bekerja di RKL dulu, waktu tak sibuk, aku akan menghabiskan masa di gym selama sekurang-kurangnya 1 jam. Selesai workout, mandi, bersiap dan masuk meeting pukul 5 petang dan sambung bekerja sampai ke pukul 11 malam setiap hari. Aktiviti begitu berlanjutan selama hampir 1 tahun. Aku sukakan gym tu kerana dibuka 24 jam. Selain daripada para petugas yang peramah, aku suka duduk di "steam room" selama 15 minit. Mula-mula memang sukar nak bernafas tapi lama-kelamaan dah menjadi kebiasaan....Malangnya selepas aku bertukar ke tempat lain, aktiviti sihat tu tidak diteruskan..alasan aku, tak ada masa....dan aku rasa semua orang memberikan alasan yang sama......

Apa bezanya dengan "mamat" kat atas tu!

Semasa disekolah dulu, aku merupakan seorang pelajar yang sangat aktif bersukan. Banyak sudah aku masukkan dalam entry-entry terdahulu bagaimana aku mula-mula bermain "chaptey" di Melaka sewaktu dibangku sekolah rendah dan akhirnya berjaya mewakili negeri Kedah didalam pertandingan sepaktakraw peringkat kebangsaan dan terus menjuarai kejohanan pada tahun 1980 dulu! Bagaimana aku lari dari kelas sekolah rendah melintasi padang sekolah Francis Light, Penang semata-mata kerana nenek aku nak "potong mata" pada tahun 1976 dulu dan beberapa tahun selepas itu aku berjaya mewakili peringkat daerah untuk ke peringkat negeri Kedah didalam acara pecut dan lari berganti-ganti serta diberi kepercayaan membaca ikrar kejohanan di Stadium Darulaman pada tahun 1980! Bagaimana aku hanya merupakan seorang penonton parlawanan rugby sewaktu senior-senior aku bertungkus-lumus bergasak ditengah padang dan beberapa tahun kemudiannya aku skipped kelas untuk berlatih membuat "conversion" dan akhirnya aku berjaya mewakili pasukan sekolah, Kelab Diraja Selangor dll hingga ke peringkat kebangsaan? Maka oleh itu, aku rasa rugi rasanya kalau perkara sebegitu diambil mudah sekarang. Kesihatan tubuh badan amat penting...Nah....sekarang ni aku dah tak sabar nak ke gym lagi petang nanti sebelum waktu berbuka! Hahahahahaha.....

Sekadar hiasan..

Banyak kerenah aku tengok ada kat gym sewaktu aku kesana pada hari Ahad, 2 hari yang lepas. Sewaktu aku berada diatas treadmill yang ke 7 dari kanan, aku dah terdengar satu suara kuat datangnya dari treadmill yang paling kanan. Sambil berlari sambil bercakap di mobile dengan suara memberi arahan. Aku jangka perbualan di mobile akan berakhir selepas 2-3 minit tapi jangkaan aku meleset bilamana perbualan kuat tersebut berlanjutan selama lebih kurang 15 minit! Mata aku tertumpu ke monitor didepan aku yang menayangkan Olympics tapi telinga aku terdengar perbualan kuat siap bagi arahan menu apa nak di masak dan bagaimana nak set-up nanti....dalam hati aku, "ishh budak ni....tak ingat langsung orang lain nak beriadah!". Lepas 20 minit aku bertukar ke bicycle pulak. Aku ternampak kelibat budak tadi dok mundar-mandir dengan gaya ala-ala cuba menarik perhatian orang. Mobile masih tergenggam erat ditangan kanan. Boring punya pasal, aku terus capai hand towel dan naik ke tingkat atas. Sewaktu aku berbaring nak buat "abs crunch", alamak....budak ni datang kat sebelah aku pulak duduk kat "lat pull". Ishhh, angin sungguh! Dari ekor mata, baru aku perasan yang budak ni tadi ialah anak kepada sorang tukang masak selebriti kita dan baru-baru ni anak tukang masak ni pulak ada masalah bilamana sebuah rancangan masakan yang dihoskan bersama kawan aku, zubir (aku waiter kat Hilton dan zubir pulak cook di restaurant yang sama dengan aku) mendapati bahawa cv beliau ditokok-tambah! Adooiiii.........Kepada yang lain-lain yang nak pi workout, tolonglah jangan bersembang kuat-kuat........kesianlah kat kawan sebelah yang nak concentrate nak kempiskan perut bulat tu!

Sekadar hiasan..

Waktu aku tengah dok giat cuba membidangkan dada, disatu sudut, aku terpandang sorang budak ni. Pergh kurus gila! Dari tangan sampailah ke kaki. Sangat kurus. Dia duduk terjelepok di bench sambil memandang jauh. Aku terpikir, apa yang bermain difikiran budak ni? Badan yang tegap dan berotot? Badan yang lebih berisi? Atau memikirkan bagaimana nak menaikkan berat badan? Nah....kat sinilah gunanya "sales personnel" ataupun "instructors" yang dok berkeliaran tak buat apa ni! Personnel ni semua patut approach budak tadi dan tanya apa yang depa boleh bantu ? Untung-untung, budak ni banyak duit dan hire depa untuk jadi personal trainer! Ishhh....fees untuk personal trainer pulak bukannya murah.....each session selama 60 minit, depa charge sampai rm120! Pergh....banyak tu!

Semalam pukul 11pm, aku berkesempatan menonton siri "EXTREME MAKEOVER". Aku sukakan program ni sebab ia mampu memberi semangat pada aku yang selalu tak bersemangat ni! Berangan aku kalau dapat trainer yang power macam tu, ishhh...alangkah bersemangatnya aku! Aku bukannya nak turun banyak sangat pun.....aku cuma nak reduce lagi 2 kilo saja untuk menjadikan berat aku kembali remaja ke 75 kilo! Isshhh apa yang payah sangat tah! Bertahun dah aku nak turunkan tapi 2 hari turun, 2 bulan naik dan tak turun-turun.....Hangin ni.......Anyway, nanti aku nak pi gym lagi kalau tak ada aral melintang. Kasut, stokin, baju dan seluar semuanya aku dah galas datang kerja.....err, bukak posa malam ni masak apa? Jawapan yang aku dapat pagi tadi, "MALAM NI BUAT PAJERI NENAS DAN GORENG IKAN TALANG!" Hahahahahahahahaaaaaa........."Selamat berpuasa people!"

Rabu, Ogos 01, 2012

Aku nak berubah!


Dah selalu sangat aku kata aku nak masuk gym. Seingat aku, bertahun jugaklah aku dok kata lagu tu. Pi balik-pi balik, masuk keluar- masuk keluar gym jangan cerita lah...lepas aku recce gym yang berdekatan, selalunya mood aku cuma bertahan selama 2 jam sahaja. Keluar dari gym, pekena teyy 2-3 gelas, balik rumah....Sedangkan selama aku dok delay tu, berat badan aku tak pernah pun nak delay. Memanjang naik tak turun-turun! Tapi sekali ni aku bersemangat waja....waktu aku dok ronda-ronda kat bangsar village, aku ternampak Celebrity Fitness berada di tingkat 3 berhadapan dengan HAMMAM.  Aku jengok kepala....sua kaki.....aku ditegur sorang lelaki yang bernama Donny. Donny tanya beberapa soalan yang biasa ditanya oleh TRUE FITNESS dan jugak FITNESS FIRST! Aku rasa script depa semuanya sama...Setelah aku berperang dengan Donny selama 20 minit, barulah dia bawak aku jalan-jalan tengok equipments depa. Yesssss.....aku suka! Untuk cardio saja ada lebih kurang 20-30 unit semuanya. Itu belum yang dok ada kat dalam training studio depa lagi! Banyak tv monitor...yessss.....aku sukakan banyak tv monitor sebab aku suka tengok video clips sewaktu diatas threadmill! Tak terasa.....Aku dibawak ke tingkat atas dimana terdapat beberapa studio untuk yoga, body pump, aerobics dll. Teruja sunguh aku tengok....rasa macam la-la tu jugak aku nak sign up! Sabar...sabar...apa lagi dia ada? Equipments untuk upper body pun banyak....yessss....aku suka! bicep, tricep, quadracep dan tah apa-apa cep lagilah...fuyoo.....dah terbayang perut ada 6 packs......dah terasa bicep menonjol-nonjol keluar dari lengan baju....manakala dada pulak, pergh.....jangan ceritalah....kalau dah berdada bidang nanti, mahu aku ke pasar malam tak pakai baju! Hahahahahahaha......



Selepas aku buat payment beserta dengan 2 bulan advance, makanya aku pun dibenarkan untuk masuk angkat besi! Hari pertama aku angkat besi, badan aku bergegar-gegar sebab banyak lemak. Mula-mula aku buat cardio. Berlari diatas threadmill selama 15 minit dibulan puasa ni menyebabkan lidah aku panjang sampai ke lantai. Tak pa....aku tabahkan hati dan perasaan serta nafsu! Lepas cardio, aku naik atas kononnya nak check tahap kecerdasan pulak. Aku buat "plank" selama beberapa minit. Oh mak aiiii, macam nak patah pinggang aku! Dalam pada tu aku sempat jugak menjeling ke studio. Aku tengok adalah dalam 30 orang pompuan baru nak masuk. Dalam fikiran aku mula terbayangkan yang depa ni nak buat aerobics ataupun line dance. Tapi sangkaan aku meleset lagi bilamana lagu dipasangkan, rupa-rupanya wanita ni  tadi semuanya dok buat "body pump".....pergh...pompuan.....yang jantannya pi mana?


Yang kat atas tu pulak ialah kasut buruk aku. Kasut yang dah bertahun tak bertukar. Selongkar punya selongkar, adalah sepasang kasut ni yang aku masih boleh pakai untuk ke gym.  Cuci bagi bersih, lepas kering aku tengok aikk, macam kasut baru pulak! Nasib baik aku tak buang minggu sebelum tu! Kasut ni lah yang aku pakai sampai lunyai sekarang ni...aku tengok kaki kat sebelah aku ada yang pakai REEBOK.....tengok sebelah sana pulak, ada yang pakai ADIDAS....pelan-pelan aku tunduk kebawah tengok kasut aku jenama apa...laaa.....kasut aku jenama POWER! Patutlah lari tadi tak terasa penatnya walaupun dibulan Ramadhan!!!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...