Selasa, Ogos 07, 2012

I'm addicted!

Apa bezanya dengan "mamat" kat bawah tu!

Aku dah jadi addicted dengan "workout" sekarang. Dah mula menjadi my "first love" aku selama 2-3 minggu kebelakangan ni. Berulang ke gym sebanyak 3 kali seminggu merupakan satu routine yang aku sentiasa tunggu-tunggu. Walaupun letih dibulan Ramadhan ni tetapi memandangkan aku ada matlamat yang perlu dicapai didalam jangka pendek 6 bulan dan jangka panjang 12 bulan, maka perjuangan aku ternyata belum selesai! Sebenarnya beriadah di gym ni bukanlah sesuatu yang baru bagi aku. Semasa aku bekerja di RKL dulu, waktu tak sibuk, aku akan menghabiskan masa di gym selama sekurang-kurangnya 1 jam. Selesai workout, mandi, bersiap dan masuk meeting pukul 5 petang dan sambung bekerja sampai ke pukul 11 malam setiap hari. Aktiviti begitu berlanjutan selama hampir 1 tahun. Aku sukakan gym tu kerana dibuka 24 jam. Selain daripada para petugas yang peramah, aku suka duduk di "steam room" selama 15 minit. Mula-mula memang sukar nak bernafas tapi lama-kelamaan dah menjadi kebiasaan....Malangnya selepas aku bertukar ke tempat lain, aktiviti sihat tu tidak diteruskan..alasan aku, tak ada masa....dan aku rasa semua orang memberikan alasan yang sama......

Apa bezanya dengan "mamat" kat atas tu!

Semasa disekolah dulu, aku merupakan seorang pelajar yang sangat aktif bersukan. Banyak sudah aku masukkan dalam entry-entry terdahulu bagaimana aku mula-mula bermain "chaptey" di Melaka sewaktu dibangku sekolah rendah dan akhirnya berjaya mewakili negeri Kedah didalam pertandingan sepaktakraw peringkat kebangsaan dan terus menjuarai kejohanan pada tahun 1980 dulu! Bagaimana aku lari dari kelas sekolah rendah melintasi padang sekolah Francis Light, Penang semata-mata kerana nenek aku nak "potong mata" pada tahun 1976 dulu dan beberapa tahun selepas itu aku berjaya mewakili peringkat daerah untuk ke peringkat negeri Kedah didalam acara pecut dan lari berganti-ganti serta diberi kepercayaan membaca ikrar kejohanan di Stadium Darulaman pada tahun 1980! Bagaimana aku hanya merupakan seorang penonton parlawanan rugby sewaktu senior-senior aku bertungkus-lumus bergasak ditengah padang dan beberapa tahun kemudiannya aku skipped kelas untuk berlatih membuat "conversion" dan akhirnya aku berjaya mewakili pasukan sekolah, Kelab Diraja Selangor dll hingga ke peringkat kebangsaan? Maka oleh itu, aku rasa rugi rasanya kalau perkara sebegitu diambil mudah sekarang. Kesihatan tubuh badan amat penting...Nah....sekarang ni aku dah tak sabar nak ke gym lagi petang nanti sebelum waktu berbuka! Hahahahahaha.....

Sekadar hiasan..

Banyak kerenah aku tengok ada kat gym sewaktu aku kesana pada hari Ahad, 2 hari yang lepas. Sewaktu aku berada diatas treadmill yang ke 7 dari kanan, aku dah terdengar satu suara kuat datangnya dari treadmill yang paling kanan. Sambil berlari sambil bercakap di mobile dengan suara memberi arahan. Aku jangka perbualan di mobile akan berakhir selepas 2-3 minit tapi jangkaan aku meleset bilamana perbualan kuat tersebut berlanjutan selama lebih kurang 15 minit! Mata aku tertumpu ke monitor didepan aku yang menayangkan Olympics tapi telinga aku terdengar perbualan kuat siap bagi arahan menu apa nak di masak dan bagaimana nak set-up nanti....dalam hati aku, "ishh budak ni....tak ingat langsung orang lain nak beriadah!". Lepas 20 minit aku bertukar ke bicycle pulak. Aku ternampak kelibat budak tadi dok mundar-mandir dengan gaya ala-ala cuba menarik perhatian orang. Mobile masih tergenggam erat ditangan kanan. Boring punya pasal, aku terus capai hand towel dan naik ke tingkat atas. Sewaktu aku berbaring nak buat "abs crunch", alamak....budak ni datang kat sebelah aku pulak duduk kat "lat pull". Ishhh, angin sungguh! Dari ekor mata, baru aku perasan yang budak ni tadi ialah anak kepada sorang tukang masak selebriti kita dan baru-baru ni anak tukang masak ni pulak ada masalah bilamana sebuah rancangan masakan yang dihoskan bersama kawan aku, zubir (aku waiter kat Hilton dan zubir pulak cook di restaurant yang sama dengan aku) mendapati bahawa cv beliau ditokok-tambah! Adooiiii.........Kepada yang lain-lain yang nak pi workout, tolonglah jangan bersembang kuat-kuat........kesianlah kat kawan sebelah yang nak concentrate nak kempiskan perut bulat tu!

Sekadar hiasan..

Waktu aku tengah dok giat cuba membidangkan dada, disatu sudut, aku terpandang sorang budak ni. Pergh kurus gila! Dari tangan sampailah ke kaki. Sangat kurus. Dia duduk terjelepok di bench sambil memandang jauh. Aku terpikir, apa yang bermain difikiran budak ni? Badan yang tegap dan berotot? Badan yang lebih berisi? Atau memikirkan bagaimana nak menaikkan berat badan? Nah....kat sinilah gunanya "sales personnel" ataupun "instructors" yang dok berkeliaran tak buat apa ni! Personnel ni semua patut approach budak tadi dan tanya apa yang depa boleh bantu ? Untung-untung, budak ni banyak duit dan hire depa untuk jadi personal trainer! Ishhh....fees untuk personal trainer pulak bukannya murah.....each session selama 60 minit, depa charge sampai rm120! Pergh....banyak tu!

Semalam pukul 11pm, aku berkesempatan menonton siri "EXTREME MAKEOVER". Aku sukakan program ni sebab ia mampu memberi semangat pada aku yang selalu tak bersemangat ni! Berangan aku kalau dapat trainer yang power macam tu, ishhh...alangkah bersemangatnya aku! Aku bukannya nak turun banyak sangat pun.....aku cuma nak reduce lagi 2 kilo saja untuk menjadikan berat aku kembali remaja ke 75 kilo! Isshhh apa yang payah sangat tah! Bertahun dah aku nak turunkan tapi 2 hari turun, 2 bulan naik dan tak turun-turun.....Hangin ni.......Anyway, nanti aku nak pi gym lagi kalau tak ada aral melintang. Kasut, stokin, baju dan seluar semuanya aku dah galas datang kerja.....err, bukak posa malam ni masak apa? Jawapan yang aku dapat pagi tadi, "MALAM NI BUAT PAJERI NENAS DAN GORENG IKAN TALANG!" Hahahahahahahahaaaaaa........."Selamat berpuasa people!"

16 ulasan:

kucingorengemok berkata...

tetiba rasa emosi pulak tengok gambar scale dan pesanan² kat atasnya tu... sibuk sangat dok timbang badan hari² (bersenam tak juga, hehe)

Uncle berkata...

Salam KOG.

I rasa weighing scale kat rumah KOG tu salah tu.....cuba pi tukaq yang lain tengok!

Afasz berkata...

huhu.... kene senam + diet seimbang :)

insyaAllah

Uncle berkata...

Salam Afasz.
actually, semuanya kena seimbang lah.....makan, exercise, tidur, horey-horey! Barulah betul....that's why Uncle selalu advice, "work hard and play hard!", Kan balance tu!!!

Ibu n Abah berkata...

bila hadapi situasi sukar..
tentu sekali kita akan teringat citer P.Ramlee..
" CHOBAAN..."
Heh heh heh...

Lady Windsor berkata...

Salam uncle,
Ada soalan bonus, dah brape kg turun? Jgn uncle lebih slim dr auntie sudehhh...hikhikhik!

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Waktu menjawab ni pun badan saya terasa sangat sakit. Tapi saya sedapkan hati dengan berkata "this is a feel good pain!" Yes....esok rest badan and lusa hit the gym again!!!

Uncle berkata...

Salam LW.
Weight masih lagi "yoyo". Turun 1 kilo. This is my 5th day without rice...tapi rasa "kejap" sikit mana-mana yang loose especially tummy and chest...hahahahaha....wish me luck!

Uncle Lee berkata...

Hello Uncle, how you doin'? Regret bahasa saya da la out of tune sebelum merdeka....
Terima kaseh you datang podok saya.
Always thrilled to have a new visitor, hopefully we can be friends from across the ocean.

Its good to read you taking exercises.....jaga jangan overstrain ha ha....
If you have not, try minum Chinese green tea. Its good for you. 3 to 5 cups a day will make you feel good, as well refresh you.
You keep well, have a great week.
Best regards,
Lee.

Lady Windsor berkata...

Okeh..sure..i wish u luck in all your way..meh nak bakor semangat...middle Mei berat saya 92.1 kg. Lepas tu gedebuk gedebak masuk kuar gym gaya lemau turun 1.5 kg. Middle Julai pi out station 3 minggu,lepas balik out station, turun 2.kg. Semalam timbang lagi, turun 1 kg. So dalam masa empat bulan saya reduce lebih kurang 6 kg. Doktor kata ok sangat sebab turun slowly..uncle pergi gym lagi bagus sebab lemak degil pun dah kena attack kan...saya tak p gym tapi kawal makan...

So moral of the story mory, uncle lagi bagus sebab g gym...saya diet ala lemau-lemau tapi dah banyak juga seluaq baju longgaq...(alasan nak beli yg baru..kehkehkeh)

Uncle berkata...

Dear Uncle Lee.
It's always a pleasure knowing you visiting my blog. Your "bahasa" is still good despite being away for so many years! Thanks again Uncle Lee....like you always say, "have a song in your heart!"

Uncle berkata...

Salam LW.
Eh itu bukan alasan...itu kenyataan....memang eloklah turun sikit2....kalau turun banyak, itu sakit namanya! Anyway we can always share our "best practices!"

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

Selamat berpuasa uncle...

Uncle berkata...

Salam Hussain.
Amboi kat Mekah kita boleh jumpa tapi kat KL punyalah payah...padahai Kelana Jaya dengan Bangsar saja pon! Hahahahahaa....

blog-tips-kurus berkata...

seronoknya Uncle banyak pengalaman..

*pic bawah tu Muslim sejati, ensem le jugek.. :-)

Uncle berkata...

BTK.

Lepas ni Uncle nak masuk terus ke blog BTK, tengok2 tips apa yang ada...in fcat in 10 mins time i'll hit the gym!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...